Sunday, 20 May 2012

20hb May ULANG TAHUN KU..........


Suatu Ketika
Olak Lempit - Tika semua orang disisi Aki sedang nyenyak di buai mimpi, Aki sendirian melayari kenangan silam....20/5 adalah tarik keramat Aki di izinkan olehNya melihat dunia yang indah ini. Di lantai lantai buluh jauh di hujung kampung di atas tanah Tok Ismail...sebuah DANGAU 10 X 12 kaki Aki dilahirkan selepas 9 bulan di kandung ibu.  Mengikut kata Acik Misna adek ipar Ibu Aki.....Aki di lahirkan seperti bola....masih berbalut dengan karungan....dan di belah karungan itu barulah Aki nampak dunia ini....kata Tok...Aki ni bersampul.

Keajaiban demi keajaiban berlaku keatas diri Aki...hanya ianya menjadi rahsia Aki. sepanjang zaman kanak-kanak nakalnya Allahhurabbi.....hingga kini orang masih menceritakan kenakalan Aki. Tapi semua orang bagaikan tidak kisah apa yang Aki lakukan. Falsafah hidup Aki...HIDUP NEKAD MATI MUDA.
Di Pusara Almarhum Ibu dan Ayah

Kasai adalah tempat yang agak jauh dari Kg Chepor....mungkin hampir dua KM dari Kg Chepor. Ada sawah disini yang Tok berikan pada Ibu. Disini almarhum ayah dirikan dangau. Aki anak kedua dari tujuh beradik. Aki tidaklah segak jika di bandingkan dengan abang Aki yang kini menjadi Ketua Balai di Taman Tun. Kulit Aki gelap....di panggil orang Pak Jebeh. Semasa umur Aki 7 tahun...Aki pernah mengejar orang dengan keris pusaka ayah kerana dia mencuri selipar Aki. Riuh sekampung.

Jejak Pemburu

Bersekolah di Sek Keb Chepor..Lenggong. Sekolah ini pernah di bakar Cina Komunis. Masih ada bangunan lama sekolah ini. Aki bukanlah bijak sangat...tapi tidak pernah mendapat dibawah nombor sepuluh sepanjang Aki bersekolah. Aki suka bersendirian. Suka dengan cerita klasik Melayu dan lagu-lagu lama yang ada kenangan dengan hidup Aki.

Perkara yang paling best di kampung adalah musim BAH. Seronok sebab tak payah pergi sekolah...kadang-kadang sampai seminggu. Semua cikgu tinggal di Lenggong. Nak ke Chepor kena naik Bot. Kalau musim bah, tiada bot yang berani menyeberang sungai Perak.....cutiiiii selaluuuuuuu......bestnyerrrrrr...
Selepas jump.....kanan sekali
Sama juga semasa sekolah menengah. Aki bersekolah di Sek Men Dato Ahmad (SMDA)....tapi Aki bersekolah disini hingga tingkatan dua sahaja. Lepas tu ayah hantar Aki tinggal dengan Pak Lang di Alor Setar dan bersekolah di SMDSO (Sek Men Dato Syed Omar) Jalan Day....kini jalan Sultanah. Aki bersekolah sampai tingkatan 5. Kemiskinan.....Aki tak mahi lagi masuk tingkatan 6. Sebaliknya Aki ke Penang join bekerja dengan DCA....Jab Penerrbangan Awam Malaysia.

Cita-cita nak jadi PILOT.....tapi kecundang....setelah 10 tahun bekerja akhirnya dapat juga Aki jadi pilot.... tapi kapalterbang kecik jer....Microlight. Aki adalah pelupur Pesawat ringan ini. Banyak anak-anak didik Aki yang berjaya jadi pilot. sukan extrim adalah kesukaan Aki. Berkayak. Payung Terjun, Microlight, para glyding dan rockclimbing adalah kesukaan Aki.

Teratak Anjungan Chepor

Puas berkelana....hinggalah tersasar ke Selangor dan terus menetap di Olak Lempit.....Alhamdulillah....semua yang Aki inginkan di makbulkan Allah. Hanya satu yang Aki tak tahu dimana sudahnya.....Aki sebolehnya tidak mahu menghabiskan nafas terakhir di atas katil.... sebaliknya Aki mahu menghembuskanya di medan hadapan. Tapi dimana ya?.....biarlah syahid menjadi kenyataan dalam mencari jalan pulang. Islamelayu perlu di pertahankan di bumi pusaka milik Allah ini. Sekarang Aki sedang siapkan Buku "Kenangan Yang Hilang" sepanjang riwayatku......sampai jumpa lagi....itulah Tok Aki Aji.

amukanmelayu - hidup nekad mati muda