Monday, 21 May 2012

TUAN GURU HAJI HADI MENGUNDUR DIRI.....adakah jerat bai'ah takut memakan diri?

 Bergenang Airmata SeorangTuan Guru 
Hadi akan cari calon pengganti sebelum berundur, kekal tidak bertanding PRU
KUALA LUMPUR, 20 Mei — Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kekal dengan keputusannya untuk tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang walaupun kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat (PR) memintanya mengkaji semula keputusan tersebut.

Hadi sebaliknya berkata, beliau sendiri akan mencari calon terbaik bagi menggantikan dirinya untuk bertanding di kedua-dua kerusi yang didudukinya di kawasan parlimen Marang dan juga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang.

"Jika mereka tidak berpuas hati dengan calon pilihan saya, saya akan terus mencari. Saya bertanggungjawab dalam hal ini dan akan terus mencari calon yang sesuai hingga mereka melepaskan saya," kata pemimpin veteran PAS berusia 65 tahun ini.

Hadi (gambar) dilantik menjadi Presiden selepas menggantikan Datuk Fadzil Noor yang meninggal dunia pada 2002.

Beliau mengharapkan parti dan rakan PR akan menghargainya memandangkan beliau telah berkhidmat sebagai wakil rakyat selama 30 tahun dan empat penggal sebagai Ahli Parlimen.

Hadi yang pernah tewas pada 2004 berkata, beliau telah terlalu lama dalam politik dan telah tiba masanya untuk beliau berundur.

Dipetik akhbar The Sunday Star, Hadi dalam temuramah khas di pejabat agung PAS di sini menjelaskan, dirinya letih kerana perlu menjelajah ke seluruh negara.

"Saya penat. Sebagai presiden, saya perlu melawat ke seluruh negara. Sebagai wakil rakyat, saya perlu melawat kawasan saya.

"Saya rasa seperti mengabaikan kawasan saya kerana saya perlu berjauhan dengan Terengganu. Jadi lebih baik jika ada orang yang menggantikan saya," katanya.

Saya harap akan terus dibenarkan untuk fokus dalam hal ehwal parti," tambahnya yang akan mengekalkan kerusi presiden.


Melanggar Bai'ah “Maka kamu akan celaka dunia dan akhirat”




Adakah penarikan diri dari menjadi calon di sebabkan Tuan Guru Tersedar yang ia telah Tersesat di Hujung Jalan?

Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.
Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.
Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”.
Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya Pas sudah menyeleweng daripada dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.
“Jawapannya, Pas tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sini.
Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya. — Bernama.

Maksud Bai’ah.

Bai‘ah adalah daripada perkataan bai‘ iaitu pertukaran sesuatu dengan sesuatu dengan disertakan dengan akad.
Pertukaran Imam (Calon Pilihanraya) yang menjualkan dirinya dan dengan ketaatan daripada umat (pengikut PAS).
Bai’ah ialah membuat perjanjian untuk mendengar dan mentaati Imam (Calon) dalam perkara yang diredai Allah.
Jenis-Jenis Bai‘ah.
1.  Bai’ah Untuk Islam.
- Bai‘ah al-Nisa’ atau bai`ah `Aqobah pertama.
2. Bai‘ah Untuk Menolong Dan mempertahankan Rasulullah (saw)
   - Sebagaimana dalam Bai‘ah ‘Aqobah Kedua.
3. Bai‘ah Untuk Hijrah Dari Mekah ke Madinah.
4.  Bai‘ah Untuk Berjihad
      i.   Sebagaimana dalam Surah Taubah ayat 111
      ii.  Sebagaimana dalam Bai‘ah al-Ridhwan.
5. Bai’ah Untuk Dengar Taat
Syarat Sah Bai‘ah.
1.  Orang yang menerima bai‘ah memiliki syarat-syarat Imam.
2.  Mereka yang melakukan baia‘ah ialah ahli al halli wal ‘aqdi’.
3. Orang yang dibai‘ahkan menerima perlantikannya, melainkan dia dipaksa.
4.  Yang menerima bai‘ah hanyalah seorang.
5.  Berbai‘ah dengan kitab Allah dengan lidah dan amalan.
6.  Bebas berbai‘ah.
Cara Bai’ah
1.  Bersalaman dan mengucapkan bai‘ah.
2.  Dengan Pengucapan sahaja.
3.  Penulisan.

RUKUN BAI’AH

1. Al-FAHM
Iaitu faham dan seterusnya meyakini bahawa fikrah kita adalah Fikrah Islamiah yang sebenar. Kefahaman adalah kunci kepada keselamatan dan kejayaan dakwah kita kerana tidak mungkin Islam itu diperjuangkan oleh mereka yang tidak memahami Islam itu sendiri. Pepatah Arab pernah menyebut (ﻪﻳﻁﻌﻳﻻ ﺀﻲﺷﻟﺍﺩﻗﺎﻓ) yang bermaksud “orang yang tidak memiliki sesuatu itu tidak mungkin dapat memberinya”.
Kefahaman yang dikendaki di dalam Rukun Bai’ah ini meliputi pecahannya yang dikenali sebagai al-Usool al-Isyreen (Usul 20) oleh al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna.
2. AL-IKHLAS
Keikhlasan di sini bermaksud petugas Amal Islami mestilah meletakkan qasad atau niat pada perkataan dan perbuatannya secara menyeluruh kerana Allah, tanpa mempunyai apa-apa maksud terhadap keinginan harta, kemegahan atau gelaran. Dengan demikian itu jadilah ia Jundi (tentera) Fikrah dan Aqidah, bukannya jundi kemaslahatan.
3. AL-AMAL
Petugas hendaklah bekerja dan melaksanakan kefahamannya serta merealisasikannya sebaik mungkin. Amal di sini meliputi pengelokan diri, pembentukan rumahtangga Muslim, pendidikan masyarakat, pembebasan tanah air, pengislahan pemerintahan dan mengembalikan kedaulatan Islam di peringkat antarabangsa sehingga tiada lagi fitnah dan jadilah agama itu keseluruhannya bagi Allah (al-Anfaal: 39)
4. AL-JIHAD
Iaitu jihad yang kewajipannya berlangsung sehingga ke hari Kiamat. Ia merujuk kepada Hadith (ﺔﻳﻟﻫﺎﺟﺔﺘﻳﻣ ﺖﺎﻣﻭﺯﻐﻠﺍ ﻮﻧﻳﻡﻟﻭ ﺰﻐﻳ ﻢﻟﻭ ﺖﺎﻣﻥﻣ) yang bermaksud “Barangsiapa mati dan tidak pernah berperang jihad serta tidak pernah berniat untuk berperang jihad, maka matinya adalah mati jahiliah”.
5. AT-TADHIYYAH
Iaitu pengorbanan. Ia meliputi pengorbanan diri, harta, masa, hayat dan segala-galanya di jalan matlamat.
6. AT-THA’AH
Ketaatan yang dimaksudkan di sini adalah ketaatan di dalam mematuhi perintah pimpinan dan melaksanakannya sama ada di dalam keadaan susah atau senang. Ketaatan ini dipagari oleh batas-batas perkara yang duduk di bawah ketaatan kepada Allah dan Rasul.
7. AT-TSABAT
Tsabat yang dikehendaki di sini adalah berkekalannya petugas Amal Islami bekerja dan berjihad ke arah merealisasikan matlamatnya tanpa diganggu gugat oleh panjangnya masa dan berleretan tempoh sehinggalah ia mati bertemu Allah. Dengan demikian itu ia berhasil memperolehi salah satu daripada dua kebaikan iaitu tercapainya kemenangan atau syahid.
8. AT-TAJARRUD
At-Tajarrud bermaksud seorang Petugas Amal Islami itu menyempurnakan fikrahnya tanpa terpengaruh, terganggu atau terbawa-bawa dengan apa-apa campur aduk anasir yang berada di luar fikrahnya sama ada anasir itu berbentuk pengaruh idea, prinsip mahu pun individu. Menjadi kewajipan kepada kita untuk menghayati bahawa fikrah kita adalah fikrah tertinggi, mulia dan sempurna.
9. AL-UKHUWWAH
Apa yang dikehendaki daripada Ukhuwwah di sini adalah ikatan hati dan jiwa sesama petugas Amal Islami dengan ikatan Aqidah. Sesungguhnya ikatan Aqidah adalah sekukuh-kukuh ikatan.
10. ATS-TSIQAH
Kepercayaan yang dimaksudkan di sini adalah tenteramnya hati seorang Jundi itu kepada pemimpinnya, kemampuan dan keikhlasan pemimpin itu. Tenteram hati itu begitu mendalam dan ia tercerna dari kasih sayang, penghargaan, rasa hormat dan taat

Calon PAS Sarawak berbai'ah dihadapan Tuan Guru

Tuan Guru sedang memberi amanat kepada calon dan wakil calon

Pesuruhjaya PAS Sarawak Hj Adam Ahid bertanding di Sebuyau sedang berbai'ah &
menerima watikah


Puan Noraini Hamzah, calon Muara Tuang sedang berbai'iah dan menerima watikah
di hadapan Presiden

Calon Tanjung Datu

Abang Ady calon Saadong Jaya
Pagi tadi lima calon PAS berbai'ah taat setia kepada parti di hadapan YB Datuk Tuan Guru Presiden di Pejabat Perhubungan PAS Sarawak. Majlis tersebut turut disaksikan olehTimbalan Presiden, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung, Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, wakil-wakil perhubungan negeri-negeri, wakil-wakil calon dan juga pencadang & penyokong calon itu sendiri.

Presiden memberi amanatnya kepada semua calon & wakil calon. Menurutnya bai'ah merupakan perjanjian taat setia kepada parti dan pucuk kepimpinannya selagi pimpinan parti tidak menyeleweng dari syariat Islam. Bai'ah juga sebagai satu jaminan dan amanah yang tidak boleh dikhianati, calon PAS hanya memikul amanah ini dan wajib memelihara amanah ini. Presiden mengingatkan sesiapa sahaja yang mengkhianati parti kelak pasti akan mendapat balasan dari Allah swt.

Pilihanraya kali ini julung-julung kali PAS bertanding sehingga lima kerusi, ini merupakan pentanda baik dan peluang PAS diperkenalkan kepada rakyat Sarawak melalui lima dun yang ditandingi. PAS bertanding Sadong Jaya, Sebuyai, Tanjung Datu, Beting Maru dan Muara Tuang.
Ketiga-tiga calon PAS telahpun diumumkan malam tadi di tempat masing-masing, manakala malam ini dua lagi calon akan diisytiharkan.Misabah - Di petik dari blog BGM online.


BAI'AH "POLITIK" PADA PANDANGAN TOK AKI AJI

Kerana takutkan calon melompat parti atau keluar parti....perlukah "Berbai'ah?" ini persoalannya. Mana lebih besar mengembalikan orang yang hampir murtad atau sudah murtad atau mengawal saudara se ugama yang sedang dimurtadkan kembali kepada Islam dari "Mengawal Calon" takut melompar parti? Perkara ini menjadi semakin rumit kepada calon-calon yang menang di pilihan raya, Bagaimana pula pada yang kalah? Adakah mereka ini masih terikat dengan BAI'AH ini? Apa akan terjadi sekiranya kumpulan "PARASIT" yang berpendidikan SEKULAR di dalam PAS yang memandang rengan perkara ini jika mereka MELOMPAT kepada DAP dan PKR? Bukankah ini menampakan ISLAM itu menjadi rumit kepada mereka yang hendak berjinak-jinak dengan ISLAM dan bukankah BAI'AH POLITIK ini tiada pun di dalam pesana RASULLULLAH semasa di Araffah? Bukankah "BAI'AH POLITIK" ini mendatangkan murka Allah kerana mengada-adakan perkara yang tiada?

MAAFKAN AKI, KERANA CUBA MENGAJAR ITEK BERENANG...Aki terlalu takut jika di tangan dihadapan ALLAh nanti. Sekarang Aki telah sampaikan....itu terpulanglah kepada empunya diri.

Kepada mereka yang benar-benar berjuang kerana ALLAH dan mempunyai pengajian ugama yang tinggi dan mereka tidak jelas tentang arah perjuangan parti dan di dalam menduduki Jawatan Kuasa Tertinggi Parti, beliau ternampak ada penyelewengan perjuangan Parti atau yang lari dari pengajiannya. Bagaimana dengan kedudukan mereka ini? Ini semua membuatkan mereka yang menjadi calon sentiasa dalam keadaan tertekan. 

Sesudah berbaiah dan kita bersekongkol dengan KAFIRUN dimana kedudukan Baiah kita, semua ini menjadi sia-sia. Kalau diperhatikan, banyak calon-calon yang terpelajar nampak seakan-akan tertekan khususnya Pakar Nuklear PAS. Penulis nampak di wajahnya seakan-akan ada penyesalan. 
Wajah sayu seorang Pakar Nuklear

Pada pandang penulis juga....penarikan Tuan Guru Haji Hadi untuk tidak bertanding dalam PRU ke 13 ini juga ada kaitan dengan baiah yang di ciptanya. Banyak rungutan-rungutan yang didengar setelah mereka ini menjadi "orang atasan PAS selepas menjadi calon" mereka mula mempersoalkan tentang beberapa perkara yang tidak di jawab dengan ikhlas dan berfakta. Seperti masalah KOHILAL dan Tabung MEMALI. Rasa tidak puas hati calon-calon ini sangat ketara. Sebagai seorang wakil raayat yang di lantik raayat mereka kena menjelaskan perkara ini kepada raayat. Ini  menjadikan kebanyakan dari Wakil2 raayat ini dalam keadaan tertekan dan untuk keluar dari parti BAIAH pula menjadi penghalang. Maka mereka ini turut terpalit dengan noda-noda yang telah dibuat oleh orang-orang yang terdahulu dan mereka terpaksa mencari alasan dan berbohong kepada raayat hanya kerana baiah. 

 Mereka ini menjadi lebih parah lagi menjadi gunting dalam lipatan kepada PAS kerana rasa tidak puashati ini di salurkan kepada parti lawan, walau pun mereka tidak melompat parti, tapi menyalurkan rahsia dan maklumat parti kepada lawan adalah lebih buruk lagi. Apa jadi dengan baiah mereka ini? Dari genangan airmata Tuan Guru dapat penulis rumuskan....AMANAT di Banggul Peradung dan BAI'AH ini telah memakan diri Tuan Guru. Jangan marah kepada penulis....hanya Rasullullah sahaja yang MAKSUM.....selain dari itu, kita semuanya sama disisi Allah kecuali mereka yang Tawwadduk dan beramalsaleh sahaja yang membezakan kita. Lagi tinggi ilmu ugamanya maka tinggilah lagi GODAAN IBLIS keatasnya. Wallahhuaklam

amukanmelayu - kafir itu musuh kita, berpegang TEGUHlah dia atas dua perkara ini. Kitabullah(Al-Quran) dan Sunnahku....maka kamu tidak akan tersesat - Khutbah terakhir Rasullulah di Arafah.