Wednesday, 2 May 2012

ANWAR - ANTARA REALITI DAN FANTASI MENETUKAN PERJALANAN KE PUTRAJAYA

 Jurujual yang bijak mampu mengubah racun menjadi UBAT

RABU 11 Jamadil Akhir 1433,  - OLAK LEMPIT, Dari peristiwa Baling, Anwar membawa dirinya hingga ke kemuncak. Kuasa Allah sememangnya semua orang tahu. Tapi apakah untung dan ruginya apa yang di turunkan Allah itu kepada umatnya tiada siapa yang tahu. Sesungguhnya setiap yang di turunkan apa jua bala dan nikmatnya semua manusia menikmati di sebalik bala Allah yang diturunkan.

Zaman kemuncak Anwar hanyalah setakat Timbalan Perdana Menteri. Bermula dengan pemimpin pelajar di Universiti, Anwar mengepali Demontrasi Baling, membuka mata Kerajaan tentang kadar kemiskinan dan Kawasan Pendalaman yang di pencilkan bukannya terpencil. Semua orang melalui saat-saat derita kemiskinan itu. Anwar berjaya menyedarkan Kerajaan yang memerintah yang pembangunan perlu di bawa kekampung dan desa. Taraf ekonomi perlu di tingkatkan. Memimpin ABIM adalah jasa Anwar yang amat besar kepada Pemuda Islam. Mendirikan Maktab Adabi semata-mata untuk "Membijakkan" anak-anapung yang terccicir. Memberi peluang kedua kepada anak-anak desa menikmati pendidikan dengan usaha gigih Anwar dan kawan-kawannya.

Berucap di forum Antara Bangsa mengenai Belia amat membanggakan seluruh Pemuda Malaysia. Anwar sentiasa di puncak....tapi nakalnya tetap ada. Orang muda.....Perkahwinanya dengan Kak Wan menjejaskan dan melunturkan sedikit kepercayaan kekawannya. Daya kepimpinan yang di tunjukan telah menawan hati Tun M. Di bawanya Anwar masuk ke dalam UMNO. Maka habislah mencacai semua ABIM...marah...kecewa...dan merajuk hati, Anwar telah menodai janji yang dia tidak akan masuk Politik tapi dia akan terus mengepalai NGO yang condong kepada perjuangan PAS. Anwar mejelaskan dia akan mencuci "Tong Najis". Maka kata PAS dan kekawannya. Nak cuci tong najis biarlah dari luar, kalau masuk kedalam...kita juga akan terpalit dengan najis.

ABIM terpecah dua. Satu terus kekal dengan dasar perjuangan ABIM dan satu lagi bersama Anwar "masuk kedalam tong najis". Tun M seorang yang bijak.....di turunkanya segala ilmu yang ada untuk Anwar menggantikannya. Sehingga terkeluar perkataan Anwar NO NONSENSE MAN. Selama beberapa bulan di tinggalkan Anwar mentadbir Negara. Bijak........ Tun M memerhatikan dari luar negara gelagat Anwar memerintah sepanjang percutiannya. Anwar terperangkap dengan Nalla. Anwar lupa antara ular dan Nalla....dia perlu tahu yang mana hendak di pukulnya dulu. Kuasa Allah menetukan segalanya.

Terpecah jua tembelang yang di sembunyikan Nalla kerana Tun M mempunyai 20 biji mata. Krisis moral tidak mampu lagi di sembunyikan. Tun juga tidak mampu menyelamatkan Anwar. Semua kebaikan Anwar yang di lakukan berpuluh tahun hilang begitu sahaja. Langit tidak selalunya cerah. Awan mendung telah datang menyelubungi kerjaya politik Anwar. Tilam ber"tompok" dari Trevoly Veela di usung kesana kemari.....sama dengan bertompoknya aib Anwar. Di malukan di hina sedemikian rupa. Setiap sesuatu mesti ada sebabnya. Hanya Allah dan tuan punya diri yang tahu.

Mengarahkan Polis untuk "menggempaq" Ummi Hafilda adalah detik hitam bagi Anwar. Arahan ini dikira sebagai salah gunakuasa dan di rehatkan Anwar di Bambu River selama 6 tahun. Perjuangan harus di teruskan. Parti Keadilan di tubuhkan hanya untuk mereka yang simpati dengan Anwar. Lawan Tetap Lawan. Ekonomi berkembang baik semasa Anwar di dalam. Politik agak stabil. Pendapatan berkapita raayat agak tinggi dan meningkat. Atas KEADILAN yang cuba di tunjukkan oleh Pak Lah....Anwar di bebaskan. Paklah menang besar......tapi pengaruh Anwar sememangnya sukar di duga.....2008 Pak Lah menerap hampir terlungkup kerajaan dan kemakmuran negara hampir hancur dengan kerakusan kuasa muda dan kuasa dendam.

5 Negeri berjaya di tawan Anwar.....dengan slogan yang menarik dan Kerajaan Berkebajikan mampu membeli hati raayat. Anwar memang hebat. Daya kepimpinannya hampir menyamai Tun M. Kerakusan menjadikan Anwar cepat melupa diri. PKR bukanlah kesukaan raayat terbanyak. Anwar cepat menghidu semua ini. Untuk memastikan PKR tidak sebasib HAMIM atau S 46. Anwar berbapakat dengan DAP dan PAS untuk menubuhkan PAKATAN RAAYAT. Ini menjadikan BN kemabukan. Malaysia kearah dua Parti seperti menjadi kenyataan. Anwar berjaya lagi dalam kelompoknya walau pun di katakan Anwar di benci kebanyakan raayat.

BN tak mampu untuk mengawal Jurujual Anwar yang amat berjaya dengan slogan demi slogan yang mampu melenakan raayat. Raayat sudah jemu dengan lagu lama yang di mainkan BN. Pembangunan bukan lagi mampu menarik hati raayat. Tapi dengan memberi air percuma dan duit saku menampakkan PR itu lebih baik untuk Mak Long berbelanja di Econsave datang dengan bas rombongan. BN masih lagi leka dengan perebutan JKKK dan Ketua Biro.

Menghilangkan kepercayaan raayat kepada kerajaan, memporakperandakan sistem kehakiman dan menghilangkan kepercayaan raayat kepada Polis adalah strategi yang sememangnya di rancang. Anwar sememangnya bijak dan terakhir menghilangkan kepercayaan raayat kepada SPR. Dengan secara tidak langsung Anwar telah berjaya menghancurkan sistem pemerintahan dan Demokrasi yang ada.

Raayat sudah hilang kepercayaan kepada BN. UMNO adalah punching bag untuk Anwar. Semua kesalahan di letakkan kepada UMNO. Madia UMNO tidak lagi menjadi sumber berita. Utusan, TV 3 dan RTM di anggap media FITNAH. Dengan itu semua berita dari sumber lain yang berpihak kepada Anwar di anggap betul. Inilah kehebatan Anwar yang membuatkan Najib tidak boleh tidur lena. Berita-berita yang dahulunya mendidik kini tidak lagi di perlukan dan sebaliknya tanpa di sedari raayat lebih tertarik dengan blog dan surat khabar yang meracun fikiran raayat sebagai media penghasut.

Peralihan minat raayat kepada PR menjadikan UMNO begitu risau, dan untuk memenuhi semua itu, keraajan perlu berlembut dengan menghapuskan beberapa Akta yang mengawal raayat supaya tidak berlaku penyusupan ansir-ansir luar yang mampu meruntuhkan negara. Semua in sebenarnya telah memerangkap negara kearah kemusnahan jangka panjang. Dari menyumbang dana, maka tidak mustahil suatu hari nanti, NGO luar negara ini akan menyumbang senjata untuk meruntuhkan apa yang kita ada sekarang, dengan ayat ini sudah tentu penulis dianggap upahan UMNO. Sedangkan apa yang terjadi di beberapa negara Timur Tengah adalah contoh terbaik untuk di jadikan sempadan kemusnahan negara.  Anwar  sememangnya bijak. Tapi seperti PAS....mereka telah beberapa kali di beri peluang tapi mereka tidak menggunakannya. Mereka terus menjadi dan membawa imej pembangkang walau pun mereka telah memerintah.

Untuk menawan Putrajaya, PR raayat perlu membuat transfomasi., DAP perlu mengawal "Cina Bukit" dari memberi kenyataan yang menyakitkan hati orang melayu dan PAS perlu mendekati "Orang UMNO" denga berhemah. Sekiranya UMNO dapat memecahkan batu penghalang antara Cina dan Melayu, PR akan hancur dan sekiranya DAP menyerapkan dasar mesra Melayu maka hancurlah UMNO.

Untuk menghancurkan DAP, MIC dan MCA.....UMNO hendaklah kembali kepada perjuangan asal PAS. Menjalankan Undang-Undang Islam sepenuhnya ke atas Pemerintahan Malaysia adalah kunci segala permasalahan ini. PAS akan mendakap mesra UMNO dan MCA. MIC dan DAP akan lebih berjaya dalam kehidupan......DEMOKRASI adalah asas kepada perpecahan Bangsa dan Ugama untuk Malaysia tapi tidak di Negara lain....ini kerana mereka hanyalah satu bangsa. Antara Anwar dengan Najib....Anwar lebih banyak membawa kemajuan kepada Bangsa Melayu, tapi Anwar merosakkan "Anugerah Allah" kepadanya kerana Dendam, tamak dan Rakus mahu ke Putrajaya. Wallahuaklam.