Tuesday, 1 May 2012

RAMPASAN KUASA DI NEGARA BERSIH DARUL PUSING.....



                        Vespa Pak Samad



SHAH ALAM: 22 Apr 2012 Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk A. Samad Said hari ini menyarankan agar masyarakat desawan mengadakan Bersih 4.0 jika tidak berpuas hati dengan apa-apa tindakan kerajaan.

Beliau yang juga sasterawan negara berkata, sebaik-baiknya himpunan itu diadakan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) dan selepas Himpunan Bersih 3.0 pada 28 April ini.

"Kita melihat 28 April nanti merupakan satu himpunan yang dilakukan oleh golongan kota ataupun kotawan, kita akan melihat satu sejarah baru negara apabila bantahan dilakukan melalui Bersih 3.0.

"Tapi dalam masa yang sama untuk kita melihat momentum bantahan saya sarankan agar Himpunan Bersih 4.0 di laksanakan segera dan perlu dilakukan di desa-desa," jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sebelum mendeklamasikan puisi di Konvesyen Hala Tuju Felda di Universiti Industri Selangor (Unisel) hari ini.

Tambahnya, beliau percaya dengan wujudnya Bersih 4.0 dari kalangan desawan, matlamat dan hasrat rakyat lebih didengari oleh kerajaan Umno Barisan Nasional.

"Mood rakyat akan dapat dirasai apabila golongan desa melaksanakan Himpunan Bersih 4.0," sambung beliau lagi.

Menurutnya lagi, jika ini lambat dilakukan seluruh rakyat akan menjadi 'Al-Fakir' kerana terus dipermainkan oleh kerajaan yang ada sekarang,

Sasterawan Negara itu juga sempat menyampaikan Puisi bertajuk 'Melelong Rimba' sebagai menyatakan usaha kerajaan yang bukan sahaja sanggup melelong tanah milik rakyat tetapi juga sanggup melelong hutan rimba demi mencari wang dengan cara yang mudah.

Ini adalah ucapan PM Negara BERSIH DARUL PUSING lima hari sebelum peristiwa RAMPASAN KUASA oleh KETUA UMUM. Pada 28hb. April 2012 PM mengarahkan semua raayat yang berhimpun aman duduk di DATARAN PENJAJAH. Anak PENJAJAH yang di besarkan di Tanah Melayu ini sudah boleh mengambil alih tugas penjajah yang telah pulang ke Negara asalnya.

Sivarasa, Ambiga, Karpal Singh, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Thian Chua dan Anak Melayu durhaka Hishamuddin Rais pun ada sama. Semuanya mengambil tempat masing-masing berjanji menumpahkan taat setia kepada PM. Tapi malang....tiba-tiba muncul KETUA UMUM bersekongkol dengan Ambiga dan yang lainnya telah mengarahkan ASKAR TANTAWI merempuh anggota Polis yang mengawal aman di Dataran Penjajah. PM hilang tak tahu kemana. Di khbarkan katanya PM tersandar di sudut masa keletihan melayan KHUDRAT tuanya. PM yang di sanjung di biarkan melepaskan lelah tiada yang teman.
Ketua Umum Merampas Kuasa.....kesian Pak Samad.

PM menggelengkan kepalanya, raayat telah mendurhaka. Adat Melayu anak mudanya santum bersama orang tua. Anak Melayu tidak mendurhaka kepada Negaranya, Anak Melayu tidak akan menjerit-jerit dan menggila. Anak Melayu hidupnya penuh tertip. Bimbang di cemuh oleh khalayak....bagaimana acuan begitulah kuihnya. PM merenung jauh di sudut waktu....mungkinkah aku tertipu. Dari aku memperjuangkan Bahasa Melayu, kini aku menjadi layu, di sudut hati kecil ku.... aku malu....aku malu...ratap hati bersama sendu menyekat sayu, airmata sudah tidak berharga kerana aku berdosa pada MELAYU.  
Sayu..............

Sampai ke hari ini selepas 4 kejadian DATARAN BERDARAH berlaku.....PM Negeri Bersih Darul Pusing tidak tahu kemana hilangnya. Entahkan hilang entahkan tidak, entah di mamah Si Pengkhianat durjana, mungkin PM menyembunyikan diri, keringat tua di tumpah tapi lelah jua yang mendatang. Ampunkan Pak Samad Tanah Melayu....dia tidak bersalah, cuma dia tersesat di hujung usia.

amukanmelayu - masa yang berlalu tak dapat ambil kembali.....Ya Allah, ampunilah Pak Samad.