Saturday, 26 May 2012

ISLAMELAYU CHAMPA yang menyayukan hati......


Sejarah Melayu Champa & Kedatangan Islam




Sultan Abu Abdullah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Abu Abdullah ialah sultan Champa yang memerintah selepas kekalahan 
Kesultanan Champa kepada Vietnam pada tahun 1471. Di Vietnam, beliau dipanggil Wan Bo 
atau Bo Tri-Tri. Beliau putera  kepada Aria Gajah Mada, Perdana Menteri Majapahit II yang 
berpusat di Kelantan dan cucu kepada Sayyid Hussein Jamadil Kubra, seorang waliyullah yang
banyak melahirkan tokoh-tokoh terkenal di Alam MelayuKeturunan Sultan Abu Abdullah hanya
dapat memerintah Champa selama 4 generasi sahaja sehingga kepada cicitnya, Wan Daim atau
 Ba Tranh. Pada tahun 1684, Champa tewas dalam peperangan menentang Vietnam sehingga 
10,0000 orang menjadi pelarian termasuk Raja Champa sendiri, Nik Ibrahim (Po Nrop) dan para 
bangsawan Champa. Pelarian-pelarian ini melarikan diri ke Kelantan dan kemudiannya menetap 
di Kg Brek Bak, Kemboja.

[sunting]Keturunan Sultan Abu Abdullah

Keturunan Sultan Abu Abdullah kebanyakannya menjadi tokoh terkenal atau 
pemerintah. Antaranya ialah Sunan Gunung Jati atau Syarif Hidayatullah bin
 Sultan Abu Abdullah yang terkenal kerana mengasaskan Kesultanan Banten 
dan Kesultanan Ceribon. Seorang lagi puteranya yang menjadi pemerintah 
terkenal ialah Sultan Babullah, sultan Ternate yang pernah menewaskan 

[sunting]Sultan Champa Dari Keturunan Sultan Abu Abdullah

  • Sultan Abu Abdullah (Wan Bo)-(1471-1578)
  • Nik Mustafa (Po Rome)-(1578-1637)
  • Nik Ibrahim (Po Nrop)-(1637-1684)
  • Wan Daim (Ba Tranh)-(1684-1692)



Negeri-negeri Melayu Champa tertegak antara abad ke-3 hingga abad ke-15 Masihi dengan kekuatan dan pengaruh yang meluas. Sepertimana keseluruhan Nusantara Melayu, fahaman Hindu-Buddha mencorak pemerintahan beraja dengan unsur-unsur ketuhanan yang menjadi sumber pujaan rakyat.
Kawasan negeri-negeri Champa terletak di pertengahan dan selatan Vietnam masa kini. Bahan-bahan artifak dan monumen sejarah yang menakjubkan masih lagi wujud. Peninggalan ini serta penulisan yang ada memberi gambaran keupayaan Bangsa Cham mengolah pemikiran abstrak serta idea-idea falsafah yang tinggi. Ini mencernakan budaya Cham yang tersendiri yang berbeza dengan kuasa-kuasa besar sezaman dengannya iaitu Vietnam, Khmer di Kemboja, Siam dan China.
Abad ke-12 menyaksikan permulaan pertembungan besar antara kerajaan Champa, Khmer, Siam dan Vietnam. Champa pula bukanlah satu persekutuan negeri-negeri yang kuat. Bahkan ia dikuasai oleh golongan-golongan berdarah raja yang sering bertelingkah sesama sendiri. Dalam keadaan tertentu, raja yang kuat dapat menggarap kekuatan untuk menyerang kuasa besar yang lain. Ini berlaku pada tahun 1371 apabila armada laut Cham menyerang pusat pemerintahan Raja Vietnam.
Satu ratus tahun kemudian, armada perang Vietnam menyerang Vijaya, ibu negeri Cham. Raja Cham dibunuh bersama dengan rakyat jelata yang tidak terkira banyaknya. Dari situ, bermulalah penghijrahan bangsa Cham ke Kemboja dan ke seluruh nusantara Melayu. Negeri-negeri Cham kemudiannya dijajah secara berperingkat dengan daerah Cham yang terakhir dijajah secara rasmi pada tahun 1834-35 oleh Vietnam.


 Menara Po Sa Nu, tinggalan Kerajaan Melayu Champa di Indochina



Kedatangan Islam ke Champa

Perbezaan fahaman agama antara golongan istana dan rakyat jelata masih boleh dikesan hingga ke hari ini. Perkampungan Or Ressei, lebih kurang 50 km daripada Phnom Penh, merupakan kelompok keturunan istana Raja Champa. Amalan Islam mereka banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur batiniah serta upacara-upacara mistik kehinduan. Ini berbeza sekali dengan rakyat Cham yang lain, yang rata-rata ahli Sunnah Wal Jamaah bermazhab Syafi’e, yang tiada bezanya dengan amalan Islam di Malaysia.
Proses Islamisasi bangsa Cham meningkat dengan mendadak apabila Putera Raja Khmer, Ponhea Chan menaiki takhta Kemboja dengan bantuan golongan Islam pada tahun 1642. Beliau memeluk agama Islam dengan mengambil nama Ibrahim. Musuh raja Ibrahim tidak berpeluk tubuh. Beliau telah digulingkan dengan bantuan Raja Vietnam dan dipenjarakan dan mati di Hue, Vietnam pada tahun 1650.
Pada tahun 1691-97 Vietnam mengambil-alih pelabuhan-pelabuhan Cham dan penghijrahan meningkat dan sampai ke kemuncaknya pada tahun 1790-an apabila Raja Cham, Po Ca Ci Bri membawa pengikut-pengikutnya masuk ke Kemboja. Mereka membina masjid besar Noor Alihsan di Chrang Chamraes di pinggir kota Phnom Penh.
Islamelayu Champa - Mereka yang kita lupakan

Kemboja : Sejarah Sepintas Lalu

Enam puluh tahun pertama abad ke 19, Kemboja menjadi medan pergelutan dua kuasa besar serantau-Siam dan Vietnam. Percaturan politik istana Raja Kemboja merupakan dinamika untuk memelihara, menyekat ataupun mengembangkan pengaruh salah satu kuasa besar ini. Maharaja Vietnam menegaskan dengan sinis “ Kemboja merupakan satu negara yang berdaulat dan hamba kepada dua (iaitu Vietnam dan Siam) “.
Dengan kuasa pentadbiran dan pemindahan penduduk daerah utara-barat Kemboja diserap ke dalam pemerintahan Siam manakala daerah Kampuchea Krom di selatan Kemboja pula diserap ke dalam pemerintahan Vietnam.
Dengan tiadanya pemerintahan pusat yang kuat, muncullah pemerintah-pemerintah setempat yang mempunyai wewenangnya yang tersendiri untuk terus berkuasa. Rakyat jelata hanya dilihat sebagai sumber hasil percukaian yang mesti sentiasa diperah.
Pemerintahan Perancis bermula pada tahun 1863 apabila Raja Kemboja Norodom menandatangani perjanjian keselamatan dengan pegawai-pegawai Perancis melalui konsensi balak dan logam galian. Untuk terus berkuasa, Raja Norodom pada tahun 1884 mementerai perjanjian yang mengandungi klausa berikut :
‘ D.Y.M.M Raja Kemboja menerima segala perubahan pentadbiran, perundangan, kewangan dan perniagaan mengikut budi bicara kerajaan Peranchis pada masa-masa akan datang yang dianggap berguna oleh kerajaan Peranchis untuk menjayakan tanggung-jawabnya melindungi keselamatan Kemboja’.
Penjajahan Perancis berterusan sehingga kemerdekaan Kemboja tercapai pada tahun 1953. Corak pemerintahan di Kemboja selepas ini banyak diwarnai oleh personaliti Raja Sihanouk.
Indo-Cina pada masa itu sedang terus bergolak dengan penglibatan langsung kuasa-kuasa besar dunia-Amerika, Russia dan Cina. Keamanan serta kemakmuran Kemboja tertakluk kepada arus-arus pergolakan politik yang sedang bergelora. Perang saudara meletus pada tahun 1970 apabila General Lon Nol merampas kuasa dengan sokongan Amerika dan Sihanouk mendapat sokongan daripada Cina dan Pol Pot. Bermulalah malapetaka yang menimpa rakyat Kemboja termasuk umat Islam Melayu-Champa.
Perjanjian damai di Peranchis pada tahun 1991 membuka era baru bagi Kemboja. Pemerintahan Liberal-Demokrasi dengan Raja Berpelembagaan menyaksikan kemunculan 3 parti politik yang besar di Kemboja – Cambodian Peoples’ Party di bawah pimpinan HunSen, FUNCIPEC di bawah pimpinan Putera Ranarridh dan Sam Rainsy Party.
Kini bilangan penduduk Melayu-Champa dianggarkan 500,000 daripada jumlah penduduk Kemboja 13 juta. Namun begitu dari segi politiknya masyarakat Melayu-Champa dianggap penting kerana mereka merupakan penentu dalam pilihanraya. Di Parlimen waktu kini CPP mempunyai 73 kerusi, FUNCINPEC 26 dan Sam Rainsy Party 24. Daripada jumlah ini 11 kerusi parlimen diwakili oleh orang-orang Islam. Perlembagaan Kemboja menentukan bahawa kerajaan hanya boleh dibentuk apabila ia mendapat sokongan 2/3 daripada jumlah kerusi di Parlimen.
Kini, di Kemboja, pilihanraya terakhir telah dilaksanakan pada bulan Julai 2008.

Genosid dan Penghapusan Etnik Melayu-Champa di Kemboja 1975-79

Konvensyen Antarabangsa Genosid tahun 1948 menakrifkan genosid (genocide) sebagai pelbagai tindakan seperti “membunuh manusia daripada sesuatu kelompok yang mempunyai identiti nasional, etnik, ras atau agama yang tertentu, dengan tujuan untuk menghapuskan sebahagian atau keseluruhannya sesuatu kelompok itu”.
Inilah yang berlaku pada zaman pemerintahan rejim komunis Pol-Pot di Kemboja pada tahun 1975-79. Bangsa Melayu-Champa yang keseluruhannya beragama Islam, bertutur dalam bahasa Cham serta mempunyai adat resam dan sejarah yang tersendiri menjadi mangsa pembunuhan beramai-ramai. Sejak tahun 1974 lagi ‘alim ulama’ Islam sudah mula dibunuh. Apabila Phnom Penh, ibukota Kemboja jatuh pada tahun 1975, keseluruhan ahli Majlis Mufti Kemboja telah ditangkap, dipenjara dan kemudiannya terus dibunuh. Imam Abdullah bin Idris Mufti Kemboja turut syahid.

Kitab Lama Islamelayu Champa

Polisi penghapusan etnik ini terlaksana dengan beberapa pendekatan:
Pendekatan pertama ialah penghinaan jiwa dan maruah bangsa Cham. Lelaki bangsa Cham yang konon berdegil untuk terus bersongkok, berkopiah atau berserban akan dibunuh. Begitu juga orang perempuan yang ingin terus berselendang, bersanggul dan berpakaian labuh seperti baju kurung. Semua dipaksa berpakaian hitam. Bahasa Melayu-Champa diharamkan langsung.
Pendekatan kedua ialah pengharaman amalan-amalan beragama. Sembahyang, berpuasa, membaca Al-Qur’an merupakan amalan–amalan yang ditegah. Masjid atau surau dirobohkan atau dijadikan stor makanan atau barang. Memakan daging babi dijadikan petanda untuk menguji kesetiaan dan keikhlasan seseorang Cham itu kepada perjuangan komunis. Dua kampung kecil orang Islam di Kahpol dan di Svey Kliang telah bangun melancarkan jihad. Mereka rela mati daripada tunduk kepada kekuasaan komunis.
Pendekatan ketiga ialah pemindahan-paksa. Masyarakat Cham dari sesuatu kampung dipecah-pecahkan dan dihantar ke tempat-tempat yang jauh di antara satu sama lain.
Ketiga-tiga pendekatan ini mengorbankan banyak nyawa.
Fahaman komunis dan ras yang dijiwai oleh Pol Pot dengan impian kemegahan bangsa Khmer seperti zaman Angkor Wat tidak dapat menerima kewujudan Bangsa Cham di bumi Kemboja. Polisi pembunuhan langsung dimulakan terutamanya di tebing timur Sungai Mekong mulai tahun 1978. Namun rahmat Allah swt sentiasa bersama mereka yang sabar. Vietnam dengan bala tentera yang besar telah melanggar Kemboja dan menjatuhkan pemerintahan rejim Pol Pot pada 7 Januari 1979.
Pada keseluruhannya 90,000 atau 36% umat Islam mati di antara tahun 1975-79 di Kemboja. Nisbah ini lebih tinggi daripada anggaran 21% keseluruhan rakyat Kemboja yang turut terkorban iaitu 1.67 juta daripada jumlah penduduk 7.89 juta pada tahun 1975

amukanmelayu - kita tak perlukan ASEAN + 5 tapi kita perlukan penyatuan ISLAMELAYU NUSANTARA BERSATU