Saturday, 26 May 2012

ISLAMELAYU TENGGELAM BERSAMA SUMPAH YANG TIDAK TERBELA......


 
5 Rejab 1433 - OLAK LEMPIT, Assalamualaikum....arakian di tuliskan dengan kalam "moden" ini....hamba akan berbicara dalam bahasa tua. Amatlah majunya Negara hamba ini....menjadi tempat dagang dan sentri datang berdagang dan berjual beli....Paduka Tuanku sangatlah sebuk menerima tetamu-tetamu yang datang. Ada yang datang dari negara atas angin, ada yang dari benua keling, ada Farenggi dan ada yang sepet matanya. 

Maka berkaya-rayalah mereka yang rajin berusaha dan pandai berurusniaga. Sementara memajukan negara menjadi agenda utama Mamanda Menteri....gedung dan kota di bena semahunya....sehinggalah mendatang rasa cenburu kepada mereka dari atas angin.  Raja Mandaliar yang gilakan kuasa dan Si Kitol yang malas tapi inginkan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan Raja Mandaliar membiarkan dirinya di pergunakan. 

Raja Mandaliar sangat baik bagi pandangan Si Kitol...sememangnya Raja Mandaliar sangatlah baik. Tapi kerana tergilakan kuasa dan pangkat membuatkan dia lupa segalanya. Dia menjalankan kerja-kerja memburuk dan memfitnah di dalam kerajaan. Paduka Raja tidak tahu semua ini. Sementara Si Kitol pula menjalankan kerja-kerja yang sama di peringkat hamba raayat. Maka berpecah-belahlah hamba raayat kepada dua. Begitu juga di kalangan Istana telah berpecah dua. 

Untuk mempercepatkan kenaikan pangkatnya maka Raja Mandaliar menggunakan pelbagai cara. Paduka Raja masih tidak menyedarinya.....dan akhirnya Raja Mandaliar berjaya menduduki tempat paling utama....kata Raja Mandaliar bererti kata Raja. Arahan Raja Mandaliar umpama perintah Sultan. Orang Kaya-kaya tidak lagi pedulikan apa cerita di Istana....Raja Mandaliar bak cacing naik kemata. Orang-orang Raja sudah tidak lagi berharga di mata Paduka Raja. Hanya Raja Mandaliar betul belaka. 

Farenggi memberi apa saja yang di minta oleh Raja Mandaliar....pada pedagang pula di beritakan Paduaka Raja meminta-minta jika mahu berniaga....semua ini di gasak habis oleh Raja Mandaliar.....Si Kitol bersama raayat jelata.....katanya Raja Mandaliar telah menjadi Sultan. Semua kerja Paduka Raja di atur dan di nasihat oleh Raja Mandaliar......dan akhirnya terkejut Paduka Raja....bahtera Farenggi telah menyerang Melaka. Bukannya Negara yang mereka mahu...tapi kuasa, bukannya raayat yang mereka mahu, tapi kemiskinan kita, bukannya mereka nak menjajah negara, tapi mereka mahu kita mengikut kata arahan mereka. Apa makna MERDEKA kalau kuasa di tangan orang.

Sudah sampai masanya kata Paduka Raja....kuasa menentu halatuju negara di tentukan bersama-sama raayat jelata. Wasiat Paduka Raja diturnkan 7 perkara semoga raayat jelata mendapat faedahnya dari Allah bersendikan KITABULLAH. 


Perahu di air....dayung di tangan....tali telah di lepaskan dari tambatan. Di rangka Ikrar Sumpah Melayu, moga-moga mereka yang terkemudian tidak tersasar hala tujunya. 








Melayu,Bangsaku...Tercinta

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasa tidak terkira
Kurang ajarnya tetap bersantun
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut



Selalu pecah di mulut
Biar mati adat jangan mati anak



Melayu di tanah semenanjung luas maknanya
Jawa itu Melayu,Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu
Minangkabau memang Melayu
Keturunan Aceh adalah Melayu
Jakun,Sakai asli Melayu



Arab dan Pakistani semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mualaf bertakrif Melayu



Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segalanya kehilangan



Melayu itu kaya falsafah
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara



Malangnya melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual



Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.



Berkelahi cara Melayu menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak



Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan



Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Madah diungkap sentiasa disahut
Tangan dihulur sentiasa bersambut
Luka pun tidaklah lagi berparut



Baiknya hati Melayu tiada terbandingan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan
"Dagang lalu nasi ditanakkan,
Suami pulang lapar tak makan,
Kera di hutan disusukan,
Anak di pangkuan mati kebuluran"



Bagaimanakah Melayu di abad ke dua puluh satu?
Masihkah tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan



Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara merdeka
Karya Dato' Dr. Usman Awang
 
 





                                                                                                                    
Tujuh petala bumi
tujuh petala langit
dari gunung ke lembah curam
dari sungai ke lautan bergelombang
kembara adalah setia pada sumpah
kemenyan dan setanggi penyeri kehadiran kita
warisan berkurun dari Dato' Laksamana
di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
Sumpah pendekar...
pantang undur walau setapak
pantang maut sebelum ajal
pantang derhaka pada titah
pantang keris di pinggang kalau tidak berani mati.
Berdentum guruh di langit
merekah bumi dipijak, 'Pendekar Takkan Undur Setapak'
Pulangkan pamor pada kerisnya
Pulangkan sirih pada gagangnya
Pulangkan mahkota pada takhtanya
Pulangkan cokmar pada laksamana
Pulangkan langkah pada gelanggang
Pulangkan sumpah pada pendekar
Pulangkan rohani pada jasmani
Pulangkan bangsa pada martabat
Sumpah bukan cuma di bibir
'Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang
Bumi warisan ini
'Tanah Tumpah Darah Kita'
Masih menuntut semangat yang belum tertunai
Pribumi bukan sekadar gelaran tanpa makna
Kita adalah anak watan
Darah yang mengalir di tubuh kita
semerah darah Si Jebat yang tumpah di bumi Melaka
semerah darah Si Jebat yang terlekat di Taming Sari
semerah darah Si Jebat yang tercalit di kening Si Tuah
semerah darah Hang Nadim yang terhumban ke lautan Temasik
dan kita pun masih di sini
mendepani hari-hari yang semakin mencabar
keutuhan tekat yang kental
sumpah keramat seorang pendekar
'Takkan Melayu Hilang Di Dunia'...



MENTERA SEMERAH PADI 

Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu

Hei! sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok

Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan

Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi 


Istana Kampung Gelam kini menjadi SEJARAH TEMASIK

Lirik Warisan (Anak Kecil Main Api)


Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia


SUMPAH PEMUDA
Bani Tha Mim pemuda Berbangsa
QATHURAH namanya BONDA
Jiwa dan Iman di sepuh perkasa
Laillahaillallah senafas di hela
Rela berjuang dimana saja
Biar puteh tulang
Kami tidak  rela berputeh mata


Tanah Melayu Tanah Pusaka
Geruh datang  jangan di cuba
Amukkan Pemuda buruk padahnya
Biar  nyawa bercerai dari badan
Islamelayu tetap kami pertahan

Ke gunung sanggup kami  daki
Lautan bara kami harungi
Bukit Si guntang asal kami
Sekali janji di metri
Sumpah pemuda sampai kemati


Hanya kerana Allah. Didikasi Untuk Cucuku:
Muhammad Qhairul Iman Al-Farris.
Tok Aki Aji
Olak Lempit 
Selasa 1 Rejab 1433 Hijrah.


Semangat kental PEMUDA-PEMUDA dahulu bertarung hingga kehujung nyawa. Tiada rasa gentar kerana halatujunya adalah satu. Sayu dan sendu silih berganti, menggadai nyawa kerana pertiwi. Sengaja penulis turunkan disini WARKAH TERAKHIR ROSLI DOBI.....menggadai nyawa sendiri demi untuk kita yang masih tak mampu BERLARI mengejar diri sendiri.



Al - Marhum PEMUDA Rosli Dobi

Surat terakhir Rosli Dhoby

Berikut ialah surat yang ditulis beliau kepada keluarganya sehari sebelum digantung..
Kepada ibu bapaku yang dimuliai dan ditaati serta dicintai siang dan malam.
1. Selamat berpisah anakanda ucapkan di atas kematian anakanda yang dahsyat. Janganlah diingat-ingat dan dirayukan kerana itu memang sudah nasib dan takdir anakanda yang tak dapat dielakkan dan dimungkirkan lagi.
2. Peliharakanlah adik dan kakak serta semua ahli kita – Berikan segala pelajaran sama ada `Sunat’ atau `Fardu’ kepada mereka.
3. Ampunilah dosa dan kesalahan anakanda dari merah tapak kaki dipelihara ayahanda dan bonda sehingga hari perpisahan anakanda. Dan halalkanlah makan minum anakanda.
4. Selimutilah jenazah anakanda dengan Panji Kebangsaan Sarawak.
5. Segala perkakas tulis menulis, buku dan pakaian anakanda itu, berikan semuanya kepada Adik Aini.
6. Sementara anak kecil Fatimah, berilah dengan nama ROSLI sempena memperingati anakanda.
7. Sampaikan salam hormat dan maaf serta selamat dari anakanda kepada ibu tua dan bapa saudara anakanda.
8. Ayahanda dan bonda serta ahli keluarga sekalian janganlah lupa mengamalkan kebajikan dan mendirikan sembahyang untuk bekalan istimewa ke alam yang kekal.

Salam sembah dari anakanda.
Rosli Dhoby
1 Mac, 1950.


AMUKANMELAYU - memadaikah hanya nama mereka di abadikan di sebatang jalan atau sekolah atau jambatan atau sebuah taman atau sebuah dewan atau bangunan? siapa yang akan menyambung perjuangan mereka?.....janganlah di megah dengan apa yang telah mereka sedia, tapi tanyalah diri, siapa kita.....Raja Mandaliar atau Si Kitol atau satria penyambung warisan mereka?