Monday, 6 August 2012

MUNAFIK - MENABUR JANJI VS JANJI DI TEPATI



Isnin 17 Ramadhan 1433 - Olak Lempit , Agak menarik melihat kebodohan sesetengah individu yang menyerang tema hari kemerdekaan negara yang ke-55, Janji Ditepati, yang dikatakan tidak sesuai dan tidak relevan untuk digunakan pada sambutan tahun ini.
Sebenarnya, amukanmelayu gelihati melihat telatah Para Pemimpin Pakatan yang seolah-olah merasakan “Sindiran” kepada mereka dengan tema hari kebangsaan itu. Kononnya, ia berbau politik !
Mari kita kupas satu persatu fakta dan hujah mengenai tema yang dibenci Pakatan  itu. Mulanya, kita rujuk dulu kepada Islam sebagai rujukan pertama.
Semua umat Islam di negara ini, pernahkah kalian mendengar atau mempelajari sepotong hadis Rasulullah SAW berkenaan ciri-ciri yang dikatakan dimiliki oleh golongan munafik?

Dari hadis sahih tersebut, dapatlah disimpulkan bahawa sesiapa saja dari umat Islam yang berjanji untuk melakukan sesuatu pada awalnya dan kemudian memungkiri janji tersebut maka dia tergolong dalam ciri-ciri golongan munafik.
Sebaliknya, mana-mana individu yang berjanji dan menepati janji itu dengan menunaikan apa yang dijanjikan itu maka dia bolehlah dikatakan sebagai seorang yang beriman kepada sabda dan ajaran Islam sebenar yang dibawa oleh Rasulullah SAW itu.

Apa itu Munafik

Munāfiq : atau Munafik (kata benda, dari bahasa Arab:(منافق), jamaknya 'munāfiqūn') adalah terminologi dalam Islam untuk merujuk pada mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya.

Asal perkataan munafik adalah diambil sempena satu nama binatang yang hidup di padang pasir, rupanya seakan-akan arnab, Cuma telinganya agak kecil. Binatang ini bersembunyi di dalam lubang di bawah pasir. Lubangnya mempunyai banyak pintu, sekiranya ada mangsa yang boleh menjadi makanannya dia akan timbul dari mana-mana lubang yang dibuatnya. Begitu pula halnya jika lari daripada musuh.

Rasulullah pernah bertanya Badwi, apakah nama binatang ini, jawab mereka ‘nifaq’. Sempena dengan nama nifaq inilah maka al-Qur’an menyebut orang yang menyamar dan bermuka-muka adalah orang-orang Munafiq.

Di akhir zaman, di mana kita berada jauh dari Rasulullah dan sahabat yang soleh, sudah tentu ramai munafik berada di keliling kita dan mempengaruhi pemikiran kita supaya sentiasa menolak Islam dan pengabdian kepada Allah. Al Quran menyifatkan orang munafik adalah penghalang dalam menegakkan Islam dan menjadikan Islam unggul dengan berbagai alasan yang amat muluk dan enak didengar sehingga muslim yang baik mempercayaainya.

Orang Munafik tidak boleh dihukum murtad walaupun mereka selamanya selesa menipu Allah dan umat Islam tetapi mereka sebenarnya adalah orang yang berpenyakit iaitu penyakit ragu-ragu dengan kehebatan agama Allah.

Dalam Al Qur'an terminologi ini merujuk pada mereka yang tidak beriman namun berpura-pura beriman. (QS. Al-Munafiquun:1-3)


Ertinya: (1) Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: "Kami mengakui, bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah". Dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahawa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta. (2) Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan. (3) Yang demikian itu adalah kerana bahawa sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir (lagi) lalu hati mereka dikunci mati; kerana itu mereka tidak dapat mengerti. (QS. Munafiquun: 1-3)

MENGENALI ORANG MUNAFIQ

Sukar sekali untuk mengenali seseorang itu munafik atau tidak. Tetapi Rasulullah menggariskan ciri-ciri tertentu dengan jelas di dalam sabda baginda s.a.w. Berdasarkan hadits, Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan;

"Empat sifat, siapa yang bersifat dengannya bererti ia seorang munafik yang nyata, dan siapa yang mempunyai salah satu dari sifat−sifat itu bererti ia mempunyai satu sifat munafik sehingga ia meninggalkan sifat itu iaitu : Apabila bercakap ia dusta, apabila berjanji ia mungkiri, apabila ia mematerikan perjanjian ia cabuli perjanjian itu dan apabila berbalah (bertengkar) ia sentiasa ingin menang." Riwayat oleh as-Syaikhan dari Ibn.'Amr. (HR Bukhari dan Muslim).
Huraian :
Sifat munafik ialah sifat−sifat hipokrit (seperti sejenis binatang sesumpah) atau sifat talam dua muka atau musang berbulu ayam atau berpura−pura jujur. Seorang yang munafik ialah seorang yang berpura−pura baik dan jujur, pada hakikatnya berperangai buruk dan jahat.

Seorang yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait atau pepet di luar runcing di dalam. Ia bercakap manis tapi bohong. Ia pandai berbahasa sehingga orang boleh mempercayai percakapannya, ia pandai berjanji tapi mungkir, ia bijak mematerikan perjanjian tetapi ia cabuli dan apabila ia berbalah ia sentiasa ingin menang walaupun terpaksa menegakkan benang yang basah asalkan orang boleh percaya cakap dia, dia juga pandai bodek atau mengampu seseorang. Seorang yang munafik ialah seorang manusia yang ada otak tapi tidak berpendirian, mudah menggadai pegangan hidup; dia ialah orang yang suka berbalah atau bertengkar. Dia boleh berubah−ubah sikap apabila diperlukan oleh kepentingannya.

Oleh kerana Islam memperjuangkan kejujuran dan amanah umum yang dilandaskan di atas kesedaran dan keimanan bahawa Allah itu Maha Melihat dan Maha Mengetahui segala apa yang terpendam di dalam lubuk hati, maka Islam menganggap sifat hipokrit itu sebagai merbahaya yang menghancurkan keutuhan dan keselamatan iman seseorang, juga sebagai dosa yang besar.

Hadis ini menyebut empat ragam sifat munafik :
1. Khianat amanah. Iaitu mencabul dan mengkhianati amanah-amanah yang wajib dipelihara dan meremeh-temehkan amanah yang diberikan padanya atau tidak menunaikan tugas dan tanggungjawab dengan sebaik−baiknya yang diserahkan padanya, kerja dengan sambil lewa dan ia gunakan amanah yang diberikan kepadanya untuk mendapatkan kepentingan diri dan keluarganya. Pecah Amanah yang dilakukan oleh pemimpin, pengarah syarikat dan badan-badan tertentu, adalah mereka yang bersifat dengan sifat munafik sebagaimana yang disabdakan Rasulullah s.a.w. dalam hadits di atas.

2. Bercakap bohong. Membuat penjelasan, kenyataan dan penerangan yang dusta atau seakan−akan dusta samada dengan lisan atau tulisan, memutar belit dan memesongkan keterangan yang sebenar, mengubah dan menokok tambah kenyataan untuk disesuaikan dengan seleranya, membuat kempen−kempen atau promosi−promosi dusta dan propaganda liar dan segala bentuk penyelewengan kata−kata dan bicara termasuk membesarkan yang kecil dan memperkecilkan yang besar.

3. Tidak menepati janji. Mencabul janji−janji yang diikrarkan dan mencabul perjanjian yang dipersetujui bersama. Apabila berjanji selalunya tidak dipatuhi dan dilanggari sewenang-wenangnya seolah-olah tidak berlaku sebarang perjanjian. Orang munafik mudah melupakan janjinya. Firman Allah s.w.t.;

"Akibatnya Allah menimbulkan perasaan munafik Dalam hati mereka (berkekalan) hingga ke masa mereka menemui Allah, kerana mereka telah memungkiri apa yang mereka janjikan kepada Allah dan juga kerana mereka sentiasa berdusta. (QS. At-Taubah : 77)

4. Melampaui Batas. Apabila bertengkar atau berbalah mereka selalu ingin menang dalam pertengkaran walaupun terpaksa melakukan perkara yang melampau atau terpaksa membawa saksi yang palsu bagi menguatkan hujahnya.

Semua sifat−sifat munafik yang tersebut itu boleh menimbulkan kesan yang amat buruk kepada ketenteraman masyarakat manusia, malah boleh menimbulkan huru-hara dan perpecahan dan boleh menghilangkan rasa kepercayaan terhadap satu sama lain yang merupakan batu asas bagi kerukunan sesebuah masyarakat yang padu dan kukuh, selagi mana ada manusia serupa ini dunia ini tidak akan aman tenteram.

BALASAN NERAKA KE ATAS MUNAFIK

Dalam sau hadits yang panjang sebagaimana yang disampaikan Mailaikat Jibril kepada Rasulullah s.a.w. tentang bagaaimana Api Neraka Jahannam dihidupkan dan dimarakkan, dan Malaikat Jibril a.s. menceritakan darjat-darjat neraka jahannam, di mana orang-orang munafik itu berada di neraka yaang paling panas iaitu Neraka Hawiyah. Pintu paling bawah dan paling panas: khusus untuk orang-orang munafik, bersama orang-orang yang kafir dizaman Nabi Isa a.s. setelah diturunkan bermacam mukjizat melalui nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun di zaman Nabi Musa a.s. Ini bermakna kedudukan orang munafiq dalam neraka adalah lebih hina dari orang-orang Yahudi dan Kristian.

Dalam al-Qur'an, Allah s.w.t menyebut :


‎“Adapun orang yang ringan timbangan amalnya, maka tempat kembalinya adalah Neraka ‎Hawiyah. Adakah engkau mengetahui, apakah Hawiyah itu? Hawiyah adalah api yang ‎amat panas sekali.” (QS. Al-Qori’ah: 8 – 11)‎


MUNAFIQ DI DALAM AL-QUR'AN.
Terdapat banyak ayat-ayat al-Qur'an yang membawa perkataan munafik, dan Allah menggambarkan sifat-sifat dan kelakuan orang munafik. Di antara ayat-ayat itu adalah:

1. Berpura-pura tidak tahu berperang atau memberi alasan uzur.
Ali-Imran
:167. Dan supaya Dia mengetahui orang-orang munafik apabila dikatakan kepada mereka, "Marilah berperang di jalan Allah, atau menangkislah." Mereka berkata, "Sekiranya kami mengetahui bagaimana hendak berperang, tentu kami mengikuti kamu." Mereka pada hari itu adalah lebih dekat dengan ketidakpercayaan (kekafiran) daripada keimanan mereka, dengan mengatakan dengan mulut mereka apa yang tidak ada di dalam hati mereka; dan Allah sangat mengetahui apa yang mereka menyembunyikan. (kata dengan mulut yang tiada di dalam hati)

2. Menghalang dari tertegaknya hukum Allah.
An-Nisaa’: 61. Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran Yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya Engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) Dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.

3. Allah melarang orang Islam membantu orang Munafik agar kembali kepangal jalan.

 
An-Nisaa’: 88. Maka apakah Yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu, padahal Allah telah menjerumuskan mereka (ke Dalam kekufuran) disebabkan apa Yang telah mereka usahakan? Adakah kamu pula hendak memberi pertunjuk kepada orang-orang Yang telah disesatkan oleh Allah? padahal sesiapa Yang telah disesatkan oleh Allah, maka Engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.

 4. Allah memberi amaran dengan azab yang keras kepada orang-orang Munafik.
An-Nisaa’
: 138. Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik: Bahawa Sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa Yang tidak terperi sakitnya;

An-Nisaa’: 145. Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan Yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. dan Engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun Yang boleh menolong mereka.

At-Taubah: 68. Allah menjanjikan orang-orang munafik lelaki dan perempuan serta orang-orang kafir Dengan neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya. cukuplah neraka itu menjadi
balasan mereka; dan Allah melaknatkan mereka, dan bagi mereka azab seksa Yang kekal.

5. Orang beriman dilarang bergaul dengan mereka yang bersifat Munafik
An-Nisaa’: 140. Dan Sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di Dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) Dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal Yang lain; kerana Sesungguhnya (jika kamu melakukan Yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di Dalam neraka jahannam.

6. Orang munafik malas menunaikan solat, kecuali hanyak untuk riak.
An-Nisaa’: 142. Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap ugama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka Dalam keadaan munafik). mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri Dengan malas. mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka Bahawa mereka orang Yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang).

7. Orang munafik mempersendakan orang-orang Islam.
Al-Anfal: 49. (ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang Yang ada penyakit (syak) Dalam hatinya berkata: "Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh ugama mereka (sehingga mereka berani menentang Kami Yang lebih besar bilangannya)". dan (yang sebenarnya) sesiapa Yang bertawakal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh yakin, maka Allah akan menolongnya untuk mengalahkan musuh Yang lebih besar bilangannya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

At-Taubah: 64. Orang-orang munafik itu takut kalau diturunkan satu surah Al-Quran Yang menerangkan kepada mereka (dan kepada ramai) akan apa Yang ada Dalam hati mereka (dari kekufuran). Katakanlah (Wahai Muhammad): "Ejek-ejeklah (seberapa Yang kamu suka), Sesungguhnya Allah akan mendedahkan apa Yang kamu takut (terdedah untuk pengetahuan ramai)"

8. Orang munafik bersifat kedekut dan suka kepada perbuatan buruk.
At-Taubah: 67. Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama Dengan setengahnya Yang lain; mereka masing-masing menyuruh Dengan perbuatan Yang jahat, dan melarang dari perbuatan Yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang Yang fasik.

At-Taubah: 75. Dan di antara mereka ada Yang membuat janji Dengan Allah Dengan berkata: "Sesungguhnya jika Allah memberi kepada Kami dari limpah kurniaNya, tentulah Kami akan bersedekah, dan tentulah Kami akan menjadi dari orang-orang Yang soleh".

At-Taubah: 76. Kemudian setelah Allah memberi kepada mereka dari limpah kurniaNya, mereka bakhil Dengan pemberian Allah itu, serta mereka membelakangkan janjinya; dan
sememangnya mereka orang-orang Yang sentiasa membelakangkan (kebajikan).

9. Allah memerintahkan Nabi menentang orang-orang munafik dengan jihad.
At-Taubah: 73. Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang kafir dan orang-orang munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.

60. Demi sesungguhnya, jika orang-orang munafik, dan orang-orang Yang ada penyakit (syak ragu-ragu) Dalam hatinya, serta orang-orang Yang menyebarkan berita-berita dusta di Madinah itu tidak berhenti (dari perbuatan jahat masing-masing), nescaya Kami akan mendesakmu memerangi mereka; sesudah itu mereka tidak akan tinggal berjiran denganmu di Madinah lagi melainkan sebentar sahaja,

10. Allah Maha Mengenali orang-orang munafik walaupun orang Islam tidak mengenali mereka.
At-Taubah: 101. Dan di antara orang-orang Yang di sekeliling kamu dari orang-orang "A'raab" ada Yang bersifat munafik dan (demikian juga) sebahagian dari penduduk Madinah; mereka telah berkeras Dengan sifat munafik; Engkau tidak mengetahui mereka (bahkan) Kamilah Yang mengetahui mereka. Kami akan azabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada azab Yang besar.

Al-Ankabuut: 11. Dan Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang Yang beriman, dan Sesungguhnya ia mengetahui akan orang-orang Yang munafik.

11. Orang munafik tidak yakin kepada Allah dan RasulNya.
Al-Ahzaab
: 12. Dan lagi masa itu ialah masa orang-orang munafik dan orang-orang Yang tidak sihat dan tidak kuat iman Dalam hatinya berkata: "Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan perkara Yang memperdayakan sahaja".

12. Allah memerintahkan umat Islam tidak mempeduli orang-orang munafik.

Al-Ahzaab: 1. Wahai Nabi! tetaplah bertaqwa kepada Allah, dan janganlah Engkau patuhi kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

24. (berlakunya Yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang Yang benar disebabkankebenaran mereka, dan menyeksa orang-orang Yang munafik jika ia kehendaki, atau ia menerima taubat mereka. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

48.
Dan janganlah Engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah Engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu).

13. Orang munafik akan teraba-raba di Mahsyar
Al-Hadid:
13. (ingatlah) semasa orang-orang munafik, lelaki dan perempuan (yang sedang meraba-raba Dalam gelap-gelita pada hari kiamat), berkata kepada orang-orang Yang beriman: "Tunggulah kami, biarlah Kami mengambil sedikit dari cahaya kamu". (Lalu) dikatakan (kepada mereka secara mengejek-ejek): "Baliklah kamu ke belakang, kemudian carilah cahaya (di sana)", serta diadakanlah di antara mereka (yang beriman dan Yang munafik itu) sebuah tembok Yang mempunyai pintu, di sebelah dalamnya mengandungi rahmat (Syurga dan nikmat), dan di sebelah luarnya, dari situ terdapat (neraka) dan azab seksa.

73.
(dengan kesanggupan manusia memikul amanah itu maka) akibatnya Allah akan menyeksa orang-orang lelaki Yang munafik serta orang-orang perempuan Yang munafik, dan orang-orang lelaki Yang musyrik serta orang-orang perempuan Yang musyrik; dan juga Allah akan menerima taubat orang-orang lelaki Yang beriman serta orang-orang perempuan Yang beriman. dan sememangnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

14. Bermuka-muka dengan Nabi s.a.w.
Al-Munafiquun: 1. Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (Wahai Muhammad), mereka berkata: "Kami mengakui Bahawa Sesungguhnya Engkau - sebenar-benarnya Rasul Allah". dan Allah sememangnya mengetahui Bahawa Engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan Bahawa Sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

15. Orang munafik berpihak kepada yang kuat walaupun kafir.
Al-Munafiquun: 7. Merekalah Yang mengatakan (kepada orang-orang Islam di Madinah Yang menolong Rasulullah dan orang-orang Muhajirin): "Janganlah kamu membelanjakan harta kamu kepada orang-orang Yang ada bersama-sama Rasulullah supaya mereka bersurai (meninggalkannya)". padahal bagi Allah jualah perbendaharaan langit dan bumi, (tiada sesiapapun Yang dapat memberi atau menyekat sebarang pemberian melainkan Dengan kehendakNya); akan tetapi orang-orang Yang munafik itu tidak memahami (hakikat Yang sebenarnya).

Al-Munafiquun:
8. Mereka berkata lagi: " Demi sesungguhnya! jika kita kembali ke Madinah (dari medan perang), sudah tentu orang-orang Yang mulia lagi kuat (pihak kita) akan mengusir keluar dari Madinah orang-orang Yang hina lagi lemah (pihak Islam)". padahal bagi Allah jualah kemuliaan dan kekuatan itu dan bagi RasulNya serta bagi orang-orang Yang beriman; akan tetapi golongan Yang munafik itu tidak mengetahui (hakikat Yang sebenarnya).

Al-Hasyr: 11. Tidakkah Engkau melihat dan merasa hairan (Wahai Muhammad) terhadap sikap orang-orang munafik itu? mereka tergamak berkata kepada saudara-saudara mereka Yang kafir dari kalangan (kaum Yahudi) ahli Kitab: "Sesungguhnya, kalau kamu dihalau keluar sudah tentu Kami akan keluar bersama-sama kamu, dan Kami tidak akan tunduk taat kepada sesiapapun untuk menentang kamu selama-lamanya; dan kalau kamu diperangi, sudah tentu Kami akan membela kamu!" padahal Allah mengetahui dan menyaksikan Bahawa sebenarnya mereka adalah pendusta.

Kerana tak sanggup menjadi "MUNAFIK", mereka meninggalkan PKR

Merujuk kepada tema hari kebangsaan yang ke-55 kali ini, ia sebenarnya sangat melambangkan ajaran Islam sebagaimana yang dianjurkan oleh baginda Rasulullah SAW.
Tiada cacat celanya pada tema tersebut memandangkan selain dari janji-janji yang telah ditepati pihak kerajaan kepada rakyat, ia juga selaras dengan kehendak agama Islam dan dipercayai dipersetujui oleh semua agama lain.

Dalam dunia ini, wujudkah agama yang menolak dan membantah menepati janji?
Kemudian, kita rujuk pula kepada dari segi logik akal atau hujah aqli. Secara logiknya, seorang individu yang menepati janji sudah tentu akan disayangi oleh semua orang. Contoh individu yang menepati janji ialah Rasulullah SAW sendiri.
Jadi, tidak hairanlah masyarakat kuffar di Makkah sangat menghormati Rasulullah SAW sebelum waktu kenabiannya sehingga digelar dengan gelaran “Al-Amin”. Muhammad bin Abdullah ketika itu tidak pernah menipu atau tidak menepati janjinya.

Sebaliknya, anda tentu marah kepada pemimpin anda kerana telah berjanji untuk memberikan perbagai kesenangan dan wang ringgit jika anda memilih mereka sebagai Kerajaan dan Pemimpin anda seperti yang di tawarkan semasa berkempen dahulu.


Dari dalil-dalil itu dan manifesto PEMBOHONGAN seperti di sebelah ini, maka amukanmelayu yakin bahawa tema hari kebangsaan, Janji Ditepati, adalah bagus kerana ia adalah selaras dengan tuntutan agama Islam serta agama lain, dan tidak bertentangan langsung dengan akhlak atau moral yang baik.
Jadi, apa yang Pakatan  melenting sangat sehingga menyerang apa yang disarankan Rasulullah SAW itu?
Apakah Pakatan  rasa “tersindir” dengan tema itu memandangkan kerajaan-kerajaan negeri pimpinan pembangkang gagal menunaikan sebahagian besar janji manifesto pada Pilihanraya Umum ke-12 pada tahun 2008 yang lalu?
Sehingga kini sudah lebih 4 tahun Pakatan mentadbir, boleh dikatakan lebih dari separuh manifesto tersebut gagal ditunaikan.
Malah, Menteri Besar Kedah sebelum ini “selamba” menjawab bahawa dia “baru tahu” bahawa sebahagian besar janji manifesto PAS pada PRU ke-12 yang lalu itu tidak dapat direalisasikan oleh kerajaan pimpinannya.
Maka dikatakan kerana rasa “terpukul” dengan tema itulah para pemimpin pembangkang bermati-matian mengarahkan A. Samad “Janggut” mencari slogan baru untuk mereka gunakan di hari kemerekaan nanti.
Melucukan juga melihat perangai “kebudak-budakan” puak-puak pembangkang. Patutnya mereka tak perlu rasa malu dan wajar menerima tema itu secara terbuka. Tapi pasal otak dan sikap macam budak tadika, maka mereka “gabra” menyerang tema itu.
Entah apa untung yang mereka dapat tidak pula amukanmelayu ketahui. Apa yang nampak, rakyat semakin menyampah melihat perangai mereka yang mengada-ngada dan mahu politikkan semua perkara di negara ini….meluatnyaaaaaaaaaaaaaaaa......................

LCW kalah di Gelanggang Badminton Olimpik London pun di politikkannya....memang boleh dikatakan....puak ni dah di Rasuk Nafsu yang menggila kerana hendak ke Putrajaya......mana dia yang di katakan "SEBANGSA, SENEGARA, SEJIWA"?


 Bagaikan kadok mendapat Junjung.....

Tak puas hati dengan Tema "JANJI DI TEPATI" maka bermesyuaratlah mereka semua untuk MENUKAR slogan yang menikam kelubuk hati itu dengan slogan baru.....maka terhasillah seperti di bawah ini.....

Logo Merdeka PR

 

amukanmelayu - ada pemimpin yang sanggup MURTAD hanya kerana hendak menjadi KHALIFAH. Ini sejarah......