Nantikan
kedatangan mereka...Melayu...Bangsa Jawi...akan kembali bangkit berjuang
...Merekalah panji hitam...Ingatlah perjanjian Allah itu benar...Islam akan
pasti ditegakkan, berjuanglah bersama mereka walaupun terpaksa merangkak di atas
salji..itulah pesanan rasulullah saw. Bersihkanlah diri dari hasad dengki,
nafsu-nafsu syahwat terdiri dari wanita dan harta serta pangkat...bertaubatlah
sebelum terlambat..
Di bawah adalah hadis rujukan
Kata sahabat
RA,
"Al-Mahdi berserta askarnya akan muncul daripada Timur. Sekiranya
gunung menjadi penghalang (perjalanan) mereka, nescaya gunung itu akan (mereka
pukul sehingga) hancur rata menjadi jalan mereka."
Sabda Nabi
SAW,
"Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka
adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar tentang mereka, hendaklah
datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak
di atas salji." (Al-Hafiz Abu Nuaim)
Kata Sayidina Ali KMW,
"Maka
Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya (tentera al-Mahdi yang
dipanggil Ikhwan) seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu
313 orang lelaki, seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari
hutan. Hati mereka itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalau mereka berkehendak
untuk memindahkan gunung, nescaya akan mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis
dan seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah."
Dari Ibnu Umar
RA katanya, Rasulullah SAW ditanya oleh para sahabat RA,
"Apakah ada
orang yang beriman kepadamu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu dan
membenarkan ajaranmu sedangkan mereka tidak pernah melihatmu?" Baginda SAW
menjawab, "Mereka itu adalah Ikhwanku dan mereka bersama-samaku. Beruntunglah
mereka yang melihatku dan beriman kepadaku dan beruntung juga mereka yang
beriman kepadaku sedangkan mereka tidak pernah melihatku." (diulang 3
kali).
(Muslim)
Rasulullah SAW, ada menyebutkan mengenai Ikhwan ini
yang maknanya kira-kira begini:
"Apabila azan sang muazin, berserulah
dia, 'Asyhaduan Lailahaillallah', (ketika itu) bergoncanglah syurga. Sangatlah
rindunya para bidadari dan bertambah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasulullah
SAW. Begitu juga segala mahligai syurga dan segala bilik peraduannya
(bergoncang-goncang kerana) amat rindu kepada Rasulullah SAW. Kemudian
Rasulullah SAW itu pula, selain rindunya yang bersangatan kepada syurga, juga
tersangat rindu kepada suatu toifah dari kalangan umatnya yang akan keluar pada
akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil
perjalanan yang ditempuh oleh para siddiqin. Mereka ini adalah ghurabak
(orang-orang asing) di kalangan umum mukminin."
Sabda Nabi
SAW,
"Orang ramai daripada Timur (Ikhwan itu benar-benar) akan muncul,
kemudian menyerahkan kekuasaannya kepada al-Mahdi."
"Akan datang Panji-panji
Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa
yang mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah
kepada mereka, sekalipun terpaksa merangkak di atas saljui."
Sebuah hadis
yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA juga ada menceritakan mengenai sifat
istimewa Ikhwan ini, dalam hadis berikut yang maknanya kira-kira
begini:
"Di antara umatku yang bersangatan cintanya kepadaku, ialah
manusia yang hidup sesudahku. Salah seorang di antara mereka itu (kerana) sangat
ingin melihatku, (sehingga sanggup menjual) dengan anak isteri dan seluruh harta
bendanya."
Sebuah asar lain yang bersumber daripada Sayidina Ali RA
menceritakan dengan lebih terperinci sifat-sifat Ikhwan ini, seperti
berikut;
"Maka Allah Azza wa Jalla menghimpunkan sahabat-sahabatnya
seramai tentera-tentera Badar dan seramai tentera Talut, iaitu 313 orang lelaki,
seolah-olah mereka itu singa-singa jantan yang keluar dari hutan. Hati mereka
itu ibarat kepingan-kepingan besi. Kalaulah mereka berkehendak untuk memindahkan
gunung, nescaya akan mampu mereka lakukan. Pakaian mereka sejenis dan
seolah-olah mereka itu dari satu ibu dan satu ayah."
Pernah suatu ketika,
Rasulullah SAW menyebutkan kecintaannya yang amat sangat dan kerinduan yang
begitu mendalam kepada para Ikhwan ini dengan sabdanya,
"Aku tersangat
rindu kepada para Ikhwanku." Maka bertanyalah para sahabat, "Ya Rasulullah SAW,
bukankah kami ini Ikhwanmu?" Rasulullah SAW menjawab, "Bukan, malah kamu adalah
sahabatku. Sedangkan Ikhwanku adalah orang yang beriman denganku walaupun mereka
tidak pernah melihatku."
Hadis ini diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA dan
Anas RA dengan matan yang sedikit berlainan.
Sabda Nabi
SAW,
"Al-Mahdi akan datang setelah munculnya Panji-panji Hitam dari
sebelah Timur yang mana pasukan itu selalu tidak pernah kalah dengan pasukan
mana pun."
Beberapa hadis yang punya pengertian umum, namun mempunyai
arti khusus di akhir zaman ini:
Sabda Nabi SAW dalam hadis yang diriwayatkan
daripada Abu Hurairah RA,
"Islam itu permulaannya adalah asing, dan nanti
akan kembali menjadi asing, seperti permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang
yang asing itu." Muslim
Sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan daripada
Jabir bin Abdullah RA menyebutkan kira-kira begini:
"Sentiasa ada satu
golongan daripada umatku, (mereka) memperjuangkan kebenaran, selalu memperoleh
kemenangan sampailah ke hari kiamat. Maka turunlah Nabi Isa bin Maryam AS
(kepada mereka). Maka berkatalah pembesar mereka (Imam Mahdi) kepadanya,
"Marilah ke hadapan, imamkan sembahyang kami." Jawabnya, "Tidak. Sesungguhnya
sebahagian kamu menjadi umarak bagi yang lain." Inilah suatu penghormatan
daripada Allah untuk umat ini." Muslim
Sabda Nabi SAW, "Al-Mahdi akan
muncul setelah keluarnya Panji-panji Hitam dari sebelah Timur, yang mana pasukan
ini tidak pernah kalah dengan pasukan mana pun." (Ibnu Majah) Sabda Nabi SAW,
"Panji-panji Hitam akan keluar dari arah Khurasan, dan sementara itu kawan-kawan
al-Mahdi (pula) keluar menuju ke Baitulmaqdis." Sabda Nabi SAW, "Jika kamu semua
melihat Panji-panji Hitam datang dari arah Khurasan, maka sambutlah ia walaupun
kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji
itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk." Maksudnya ialah al-Mahdi. (Ibnu
Majah, Abu Nuaim & al-Hakim) Sabda Nabi SAW, "Apabila kamu melihat
Panji-panji Hitam telah diterima di sebelah wilayah Khurasan, maka datangilah
dia sekalipun terpaksa merangkak di atas salji kerana padanya itu ada Khalifah
Allah iaitu al-Mahdi." (Abu Nuaim) Abdullah bin Syuraikh berkata, "Bersama-sama
munculnya Al-Mahdi adalah panji-panji Rasulullah SAW, lengkap dengan cap-capnya
sekali." Kata Sayidina Ali KMW, "Apabila Panji-panji Hitam menghala ke arah
As-Sufyani, dan para pengikut Syuaib bin Saleh mencari-cari Al-Mahdi, dia akan
muncul dari Makkah dan bersama-sama dengannya adalah Panji-panji Rasulullah SAW.
Dia akan membahagi dua pasukannya mengerjakan sembahyang, setelah orang ramai
meletakkan harapan kepadanya selain berpanjangan bala yang menimpa mereka.
Setelah selesai sembahyang, dia mendapatkan mereka dan berkhutbah, "Wahai
manusia, ujian-ujian yang berterusan menimpa umat Muhammad SAW, terutamanya
kepada Ahlulbait, (antaranya) adalah (kerana) kamu dikuasai dan dipersalahkan."
Dari Abdullah bin al-Haris bin Jaz-uz Zabidi RA katanya, sabda Nabi SAW,
"Akan keluar orang-orang dari Timur, lalu mereka mempersiapkan untuk
Imam Mahdi, yakni tapak pemerintahannya." (Ibnu Majah)
"Akan keluar dari
sulbi ini (Sayidina Ali KW) seorang Putera yang akan memenuhkan bumi ini dengan
keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu turut
menyertai Putera dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah Timur
dan dialah pemegang panji-panji al-Mahdi." (At-Tabrani)
Dari Abdullah RA,
dia berkata
"Ketika kami sedang berada bersama-sama Rasulullah SAW,
tiba-tiba datang sekumpulan Putera dari Bani Hasyim. Apabila baginda melihat
mereka, tiba-tiba air matanya berlinang dan wajahnya berubah. Abdullah berkata,
aku bertanya, "Kami melihat sesuatu yang tidak kami senangi pada wajahmu?" Maka
baginda menjawab, "Kami adalah Ahlulbait yang Allah telah memilih bagi kami
kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. Sesungguhnya ahli keluargaku,
sepeninggalanku nanti, akan menerima bala bencana pengusiran dan pembuangan,
sehingga datanglah suatu kaum dari arah Timur yang membawa Panji-panji Hitam.
Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya, lalu mereka berjuang dan
menang, lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak
menerimanya sehingga mereka menyerahkan kepemimpinan itu kepada salah seorang
lelaki dari ahli keluargaku. Dia lalu memenuhinya dengan berbuat adil, seperti
sebelumnya yang dipenuhi dengan kezaliman. Barang siapa di antara kamu semua
yang menjumpai hal-hal tersebut, hendaklah dia mendatangi mereka walaupun
terpaksa merangkak di atas salju." (Al-Hakim & Ibnu Majah)
Dari
Ibnu Umar RA yang menyatakan,
"Akan datang seorang perkasa, yang melalui
lelaki perkasa itu Allah akan memenangkan umat Muhammad SAW. Setelah itu
keluarlah al-Mahdi, kemudian al-Mansur, kemudian as-Salam, kemudian Ibnul 'Asab.
Wahai penduduk Yaman, bukankah kamu semua berkata sesungguhnya al-Mansur adalah
dari keturunanku? Demi Allah yang diriku berada di dalam kekuasaannya,
sesungguhnya ayah al-Mansur adalah (benar-benar) berketurunan Quraisy. Sekiranya
Allah hendak menunjukkan namanya hingga datuknya yang terakhir, nescaya akan
saya sebutkan. Kerana perkara ini bersangkut paut dengan rahsia hari kiamat,
maka tidaklah saya sebutkannya."
Sabda Nabi SAW,
"Akan keluar
dari sulbi ini (Sayidina Ali KW) seorang Putera yang akan memenuhkan bumi ini
dengan keadilan. Maka apabila kamu meyakini yang demikian itu, hendaklah kamu
turut menyertai Putera dari Bani Tamim itu. Sesungguhnya dia datang dari sebelah
Timur dan dialah pemegang panji-panji al-Mahdi." (At-Tabrani)
Kata Sayidina
Ali KMW
"Sejahteralah kepada At-Talakan. Sungguh, pada Allah itu ada
perbendaharaan-Nya, bukan emas atau perak tetapi lelaki-lelaki yang mengenali
Allah dengan ilmu yang hakiki dan mereka akan membantu Al-Mahdi pada akhir
zaman."
Dari Nawas bin Sam'an RA, katanya, Suatu pagi Rasulullah SAW
menyebutkan hal Dajjal.
"... (Hadisnya panjang... dipendekkan) ... Isa AS
mengejar Dajjal itu sampai ditemuinya di Bab Lud lalu dibunuhnya. Kemudian,
suatu kaum (maksudnya para Ikhwan) yang dipelihara Allah daripada tipuan Dajjal,
datang menemui Nabi Isa bin Maryam AS. Lalu dibarutnya muka mereka dan
diceritakannya kepada mereka tingkat kediaman mereka (yang tinggi) di dalam
syurga. Dalam keadaan demikian, ketika itu Allah mewahyukan kepada Isa AS: ..."
Muslim
amukanmelayu - bersedialah untuk menerima tanggung jawab ini.............