Sunday, 21 October 2012

AES - BANYAK KEBAIKANNYA WALAU PUN KITA BERCANGGAH PENDAPAT DAN PERLU MEMBAYAR DENGAN KOS YANG TINGGI





PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak berniat mengeluarkan lebih banyak saman kepada pesalah lalu lintas dengan memperkenalkan penggunaan Sistem Penguatkuasaan Saman Automatik (AES) sebaliknya mahu pemandu lebih berwaspada ketika memandu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan, berkata penggunaan AES di 831 lokasi seluruh negara bermula Mei depan bertujuan mendidik pemandu supaya sentiasa mematuhi peraturan jalan raya.

“Apa yang biasa kita lihat, sekiranya pemandu ternampak sekatan jalan raya mereka akan memandu dalam had yang ditetapkan, namun selepas itu mereka akan memecut tanpa menghiraukan had laju dibenarkan,” katanya.
 
 Menurutnya, berikutan itu, sistem AES dijangka dapat memberi peringatan kepada pemandu bahawa mereka sentiasa diperhatikan dan segala kesalahan boleh dirakam menggunakan kamera yang dipasang di lokasi terbabit.

“Sistem ini dijangka mampu berfungsi dengan baik kerana ia beroperasi 24 jam tanpa mengira apa juga keadaan sama ada pada waktu malam atau siang.

high value jobs

“Setiap kesalahan yang dilakukan pemandu akan dirakam kamera dan kemudian diproses di pusat kawalan. Pemandu dijangka mendapat surat saman dalam tempoh tujuh hari,” katanya pada sesi taklimat mengenai pelaksanaan AES di pejabatnya di sini, semalam.

Menurut Solah, selain mengenal pasti kesalahan trafik, sistem AES boleh membantu polis mengesan penjenayah yang melarikan diri menggunakan kenderaan.

“Sekurang-kurangnya sistem ini dapat membantu polis menjejak arah penjenayah yang melarikan diri kerana ada banyak kamera di seluruh negara,” katanya.

Menurutnya, penggunaan sistem AES juga dapat menjimatkan penggunaan masa, wang dan tenaga kerana semua maklumat kesalahan pemandu boleh didapati terus dari pusat kawalan termasuk ketika perbicaraan di mahkamah.

 

KOS
RedFlex dr Australia mendapat kontrak bernilai RM151,544,578.33 utk bekalkan kamera kpd Beta Tegap Sdn Bhd.

Jenoptik Robot dr Jerman mendapat kontrak bernilai RM160,656,496.72 untuk bekalkan kamera kpd ATES Sdn Bhd...

Nilai kedua2nya RM312,201,075.05 tetapi Kerajaan umumkan jumlah pelaburan dua syarikat pengendali AES ialah bernilai anggaran RM717 juta..... beza = RM404,798,925
 AES Mula Mengumpul Saman

Melayukini.net - Benarkah Sistem AES Mengumpul Saman RM885,600.00 Dalam Tempoh 48 Jam?  | Kami tidak pasti sama ada maklumat ini benar atau pun tidak, tetapi menurut sumber yang boleh dipercayai, Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) fasa pertama yang dipasang di 14 lokasi panas di negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya telah berjaya mengutip saman berjumlah RM885,600.00 dalam tempoh masa hanya 2 hari, dengan andaian setiap saman dikenakan jumlah bayaran RM300.00 (2952 saman X RM300).
Dikatakan sebanyak 2,952 keping imej pesalah lalu lintas telah berjaya dirakamkan di 14 lokasi tersebut dalam tempoh dua hari, termasuk di lokasi yang mempunyai laluan lurus dengan kelajuan maksimum ditetapkan 60 km/j. Menurut Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan baru-baru ini, sejumlah 817 unit kamera AES akan dipasang di seluruh negara dalam fasa kedua tidak lama lagi.

Apa yang mengejutkan berkenaan keberkesanan penggunaan sistem AES ini ialah kemampuannya untuk merakamkan begitu banyak gambar kenderaan yang melakukan kesalahan trafik lalu lintas dalam tempoh yang begitu singkat. Ini memberikan gambaran awal bahawa lebih banyak pemandu kenderaan akan menerima saman selepas ini apabila 817 lokasi lagi di seluruh negara di pasang kamera AES.
Antara lokasi panas yang dijangka akan mengeluarkan banyak saman kepada pemandu ialah di laluan lurus dengan had maksimum kelajuan 60 km/j dan 80 km/j. Kebanyakan pemandu menghadapi kesukaran untuk mematuhi had laju di bawah kedua-dua had maksimum tersebut, terutamanya di laluan lurus, apatah lagi apabila memandu kenderaan berkuasa tinggi seperti Proton Preve CFE dan Ford Focus hatchback serba baru.
Melayukini.net - Kita datangkan satu persoalan di sini. Jika sebuah kereta berkelajuan 100 KM/J dilorong tengah, terdapat sebuah kereta berkelajuan 100KM/J juga turut berada di belakang kereta tersebut. Lalu dia mengambil keputusan untuk memotong kereta tersebut di lorong kanan, namun kelajuan terpaksa ditambah dan tidak sengaja menekan sehingga 120 KM/J. Jadi tidak boleh tidak, kereta yang memotong tersebut terpaksa membayar saman hampir RM300. Jadi bagaimana cara untuk kita memotong, atau memilih untuk memandu sambil mencucuk angin di belakang kereta lain? Orang yang memandu kereta jenis 1.6 hingga 2.0 tahu betapa ‘lemahnya’ kereta jika memandu 100 KM/J.
 

amukanmelayu - melanggari sesuatu yang telah di tetapkan dengan PERATURANnya....perlulah berbayar. Sudahkah anda menggantikan PUASA yang di tinggalkan pada RAMADHAN yang lalu?