Tuesday, 23 October 2012

HASIL KERJA PAP SEDANG DI PRAKTIKKAN DI MALAYSIA OLEH DAP



Perempuan Melayu Singapore MURTAD



3 hari lepas gua baca kat Sozycili pasal sorang betina Melayu dari Singapore yang asalnya Islam bernama Norhaiyah binti Mahmood, nama samaran Nurulhuda binti Mohammad, lepas kahwin dengan orang India, dia murtad masuk hindu dgn nama Nora Madasamy, lepas tu ntah apa masalah dia, convert jadi Atheist pulak, iaitu takde agama, tak percaya tuhan. Kisah minah ni tak sebangang kisah Edward Martin Jesus yang murtad dan nak bunuh diri sebab putus cinta dengan awek, tapi lagi teruk dari tu.



Apa yang menjadi permasalahannya, sekarang ni dia mengajar kat Mont Kiara International School dan aktif dengan gerakan yang menyuarakan isu kebebasan memilih agama dan bercakap mengenai isu melayu yang murtad. Tengok la lepas ni ntah2 Ambiga pun sokong dia ni. Sumber detail pasal pembongkaran berkenaan minah ni kat blog IbnJuferi, tapi sekarang website dia down tak tahu pasal apa, kena hack atau block kot.


Betina ni memang kurang ajar. Lu nak murtad ke nak memperjuangkan kebebasan agama ke, lu buat kat negara lu sendiri. Lu masuk Malaysia, lepas tu buat kurang hajar di negara orang tu apa hal? Lu tau baca peraturan, undang2 tak? Sebelum lu nak menyibuk hal kat negara lain, lu pernah baca Perlembagaan Malaysia tak? Ni baca sikit berkenaan kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, teks penuh boleh Google atau amik dari sini.
Agama bagi Persekutuan

3. (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.
(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati
olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam
membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

Kebebasan beragama

11. (4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
Dalam perlembagaan dah termaktub bahawa Islam adalah agama Persekutuan, agama rasmi negara Malaysia, Raja pula sebagai Ketua Agama Islam, dan larangan mengembangkan agama lain kepada orang beragama Islam. So tindakan perempuan ni memang sangat mencabar perlembagaan negara kita dan tidak menghormati Sultan dan YDP Agong selaku Ketua Agama Islam. Dan bercakap tentang Melayu:
“Orang Melayu” ertinya seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bercakap bahasa Melayu, menurut adat Melayu dan—
(a) yang lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura atau yang lahir sebelum Hari Merdeka dan ibu atau bapanya telah lahir di Persekutuan atau di Singapura, atau yang pada Hari Merdeka berdomisil di Persekutuan atau di Singapura; atau
(b) ialah zuriat seseorang yang sedemikian;
Sebenarnya dah ditetapkan dalam Perlembagaan, orang Melayu adalah orang Islam, lantaklah kau tu Melayu liberal ke sekular ke tak mengamalkan ajaran Islam ke, tapi bila kau Melayu, kau adalah Islam. Dari segi undang2 tak boleh wujud Melayu Kristian, Melayu Buddha, Melayu Hindu, Melayu Atheist dan lain2. Selagi Perlembagaan Malaysia ini tak diubah oleh UMNO, PAS, PKR, DAP, MCA, MIC atau sesiapa sahaja, selagi tu ia menjadi asas kepada undang2 di Malaysia. Kalau kau tak suka dengan undang2 ni kau boleh balik ke Singapura, tak perlu sibok2 hal Malaysia.


Oh ya satu lagi, lu orang Singapore, lu tahu ke nak jadi warga Malaysia yang baik pun bukan senang. Sebagaimana orang Islam nak menjadi muslim/muslimah yang baik kena patuh kepada 5 Rukun Islam dan utk menjadi muslim/muslimah yang beriman kena berpegang kepada 6 Rukun Iman, nak jadi warga Malaysia yang baik pun korang kena patuh kepada 5 Rukun Negara:
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan
Tgk yang pertama sekali, KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN. Dengan ni secara automatik orang Atheist tak layak jadik warganegara Malaysia sebab langsung tak percaya pada tuhan. Yang lagi empat tu korang fikir la sendiri adakah korang ni warganegara Malaysia yang baik...
amukanmelayu - ini perkara yang akan berlaku pada keluarga kita nanti di sebabkan KEEGOAN kita mengenepikan SAUDARA sendiri dan sanggup bersekongkol dengan KAFIRUN hanya kerana gilakan kuasa dan kegilaan mengekalkan kuasa...........