Tuesday, 9 October 2012

CUKUP CUKUP SUDAH......udah-udah la tu NAJIB jangan duk GILA TALAK la dengan cina....DAH JELAS MEREKA BERSAMA mereka untuk mengambil kuasa politik dari ISLAMELAYU sahaja..........

 

 

 

Ini sekolah ape?

Najib BODEK Cina ...Peeergh, Meleleh Orang Cina .... 

Baru semalam saya menulis dua artikel yang menghentam sekolah cina, hari ini Najib tampil sekali lagi dengan pakaian Bapa Vernakular Malaysia ! Nak tak nak, saya terpaksa jugalah komen .... tapi sebelum itu biar saya jelaskan satu hal.

Kenapa mentaliti kita tidak boleh terima kalau ada orang mengkritik Najib ? Apakah kalau kita sokong Umno BN maka kita mesti SENTIASA menangkan pemimpin nya  .... walaupun adakala kita tidak bersetuju dengan tindakan mereka ? 

Salahkah kalau saya menegur pemimpin Umno termasuk Najib atas perkara yang bagi saya tidak betul ? Saya tidak dibayar untuk menulis jadi saya tidak perlu berlagak seolah saya menjadi penulis berbayar !

Tidak berkecuali juga pengomen yang bersifat keanak2an .... hanya kerana saya kritik Umno maka disarankan saya supaya sokong PR ? ? ? Habis tu kalau saya kritik PR juga ? 

Apakah pemimpin PR itu Maksum ? Apakah pemimpin Umno itu Maksum ? Semua kata TIDAK ! Tapi JANGAN SEKALI2 KRITIK ! Hahahahahaha ....

OK, sambung balik isu Najib ngan sekolah cina. Artikel Bernama saya copy sepenuhnya dibawah ...

Najib asyik bercakap tentang Malaysian Way atau Cara Malaysia yang kononnya telah berjaya memupuk perpaduan serta mewujudkan integrasi nasional berdasarkan toleransi .... terlebih dahulu kita kena faham Najib bercakap dalam konteks sekolah cina @ sekolah vernakular.

Dengan katalain, Najib memberi JAMINAN sekolah cina tetap wujud ! kerana itu adalah CARA MALAYSIA.... Sekali lagi Najib mengulang kebanggaan beliau kerana HANYA diMalaysia wujud sekolah vernakular yang mengajar dalam bahasa cina .... LAST KOPEK Najib mendabik dada sebagai PEMBELA SEKOLAH CINA berbanding Anwar  !

Peeeeerrrrrgghhh ...... wa cakap lu - meleleh orang cina dengar ......  Jadi tidak salah kalau saya berikan gelaran BAPA VERNAKULAR MALAYSIA kepada PM Najib.

Ini kali KEDUA Najib membandingkan pengorbanannya kepada sekolah cina dengan Anwar .... Tahun lepas lagi ganas -
Pada masa itu, sebelum saya ada seorang Menteri Pendidikan yang tidak mahu melakukannya (pindaan akta), tiada keberanian untuk melakukannya. KLiK
.
Yalah, yalah ... sudah-sudahlah tu nak angkat diri dalam soal sekolah cina ... orang cina tetap juga tak puas hati. Diorang peduli apa dengan CERITA LAMA PENGORBANAN NAJIB... mereka tetap dengan SIKAP OPPORTUNIS, mengambil kesempatan diatas perpecahan orang Melayu untuk TERUS menuntut .... 

Merujuk kepada artikel Bernama itu, PERSOALAN UTAMA yang harus kita tanya dulu adalah - Apakah tahap perpaduan dan toleransi antara kaum dinegara kita SEMAKIN MENINGKAT atau SEMAKIN TERUK ?

Jika anda rasa ia semakin baik, maknanya TIDAK ADA ISU LANGSUNG. Jadi tak payah layan artikel seumpama ini. 

Tapi jika anda rasa ia semakin TERUK, maknanya ada perkara yang Najib tak nampak atau sengaja buat-buat tak nampak.

Kita jangan bercakap ikut TEORI saja tapi LIHAT pada kenyataan. Kalau dah tak reti nak bercakap dalam SATU BAHASA SAMA ( Bahasa Kebangsaan ), bagaimana mungkin hendak diwujudkan Perpaduan atau Toleransi yang Najib sebut itu ? Kalau dari kecil sudah diasingkan kanak2 mengikut kaum ( ie sekolah vernakular ), bagaimana nak ada integrasi ?

TIDAK SALAH setiap kaum mahu mengekalkan budaya, agama dan pendidikan ibunda masing2 tapi jangan dipinggirkan faktor Nasionalisma dan Patriotisma. Bahasa Kebangsaan MESTI DIDAHULUKAN berbanding bahasa ibunda.

PASTIKAN SETIAP RAKYAT FASIH DALAM BAHASA KEBANGSAAN TERLEBIH DAHULU !

Kenapa Najib tidak pernah nak komen tentang penguasaan Bahasa Kebangsaan dikalangan murid2 sekolah cina. Muhyiddin pun tak pernah nak sebut. Mereka hanya prihatin dengan tahap penguasaan bahasa Omputeh jer...

PS - Saya percaya perkara ini TIDAK AKAN dijadikan isu oleh PR. Sebab kalau bab sekolah cina ni, SEMUA pemimpin politik akan sokong. Pemimpin Umno tidak akan berani menyanggah Najib .... kalau mereka nak jadi Winnable Candidate la. Pemimpin PR pun tidak akan berani menyinggung perasaan orang cina..... mereka siap bersama2 Dong Zong lagi dalam demo.

Jika isu Perpaduan ini dijadikan satu2nya isu penentuan dalam PRU13 - Saya akan kempen untuk UNDI PROTES terhadap kedua2 BN dan PR !
KUANTAN, 8 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dasar 'Malaysian Way', yang dilaksanakan pemimpin terdahulu, akan terus diamalkan dalam usaha menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020.

Beliau berkata dasar itu berjaya mewujudkan perpaduan di kalangan pelbagai etnik dan menjadikan Malaysia antara negara terbaik di dunia dari segi perpaduan kaum.

"Malaysian Way berbeza dengan negara lain, antaranya dalam memupuk perpaduan di mana kepimpinan terdahulu berjaya mengekalkan budaya, agama dan pendidikan semua kaum,"
katanya ketika berucap pada majlis makan malam sempena ulang tahun ke-27 dan upacara angkat sumpah Gabungan Persatuan Cina Pahang (GPPC) Ahad malam.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden GPPC Tan Sri Pheng Yin Huah.

Beliau berkata rakyat Malaysia tidak perlu mengamalkan dasar asimilasi atau menukar jati diri kerana boleh memupuk perpaduan serta mewujudkan integrasi nasional berdasarkan toleransi yang terdapat sejak dahulu lagi.

"Saya akan meneruskan apa sahaja yang mampu (dasar itu) kerana kita ingin lihat negara ini maju menjelang 2020," katanya.

Najib berkata menerusi dasar ini, Malaysia berjaya mencapai pelbagai kejayaan dan pembangunan pesat tanpa meminggirkan mana-mana pihak, termasuk kaum minoriti.

Beliau berkata dalam pendidikan misalnya, selain China, Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang membenarkan pengajian di sekolah dijalankan dalam bahasa Cina.

Najib turut menempelak Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak pernah melakukan apa-apa pembelaan untuk pendidikan kaum Cina di negara ini ketika menjadi Menteri Pelajaran.
- BERNAMA
amukanmelayu - Najib.....mintalah kepada Allah....kamu takakan dapat UNDI Cina ni....hati mereka hanya hendak menambil KUASA POLITIK ISLAMELAYU dan Negara sahaja......percayalah....