Tuesday, 9 October 2012

SEMALAM DI PENGERANG.....




 Tak de rupe orang Pengerang pun

  PUAK HALUAN KIRI MENAWAN PENGERANG

1. Puak Haluan Kiri di Pengerang di suruh  berhimpun untuk gagalkan projek loji penapis minyak dan petrokimia di Pengerang tapi Pemimpin mereka di Kelantan sibuk desak kerajaan pusat buka kompleks petrokimia di pantai Senok Bachok Kelantan.
2. Puak Haluan Kiri di Pengerang di suruh bantah projek kerana di katakan projek tersebut mengancam nyawa penduduk. Sebab kata mereka kat Kerteh dan Paka tak de manusia hidup di sana semua mati kerana kesan kewujudan kompleks penapisan minyak dan loji petrokimia.
3. Puak Haluan Kiri di Pengerang di suruh bantah kononnya pampasan terlalu murah hakikatnya  Harga RM2.80 bukannya harga statik untuk setiap kaki tanah, sebaliknya harga tersebut hanya sesetengah kawasan atau lokasi tanah yang jauh ke pedalaman. Dengan kata lain, harga pengambilan tanah akan berubah secara menaik bermula dari RM2.80 sekaki sehinggalah RM8.00 sekaki yang dinilai berdasarkan lokasi tanah berkenaan. Selain penilaian harga tanah mengikut pada lokasi dan kedudukan, setiap aset milik penduduk sama ada rumah, bangunan atau tanaman turut mendapat pampasan sewajarnya.
4. Puak Haluan Kiri berdemo di Pengerang kononnya apabila RAPID berjaya rakyat pengerang tiada harta hakikatnya Setiap penduduk tempatan yang terlibat dalam pengambilan tanah untuk projek RAPID, selain mendapat nilai pampasan wang ringgit, mereka juga  memperolehi tapak rumah seluas 6,000 kaki persegi serta diberi subsidi pembelian rumah baru diantara RM45,000 hingga RM85,000.
5. Puak Haluan Kiri berdemo di Pengerang kononnya kalau projek RAPID berjaya rakyat pengerang jadi penganggur hakikatnya,bagi penduduk yang mahu meneruskan cara hidup bertani, mereka masih boleh meneruskannya di tanah baru seluas 0.8 hektar yang bakal menjadi milik mereka.  Atau mereka juga boleh mengambil kesempatan dari limpahan ekonomi projek tersebut yang bakal menyediakan sekurang-kurangnya 50,000 ruang kerjaya.
6. Puak Haluan Kiri berhimpun di Pengerang nak cari cari publisiti kerana persaingan yang amat sengit untuk menjadi calon PRU 13..
7.Realiti sebenar disebalik penganjuran himpunan bantahan oleh pembangkang di Pengerang, banyak bersangkut paut dengan campurtangan negara jiran. Banyak maklumat risikan serta info dari penduduk tempatan menunjukkan sebahagian tanah yang terlibat dalam pembangunan RAPID turut membabitkan tanah milik rakyat negara jiran yang dibeli menggunakan proksi nama rakyat tempatan. Disebabkan tanah-tanah milik mereka hanya mendapat ganti wang tunai sahaja tanpa pampasan tanah gantian,dan komplek petrokimia mereka di Jurong akan terancam, inilah antara puncanya sesetengah rakyat negara jiran telah menaja NGO pembangkang di negara ini untuk memprotes projek RAPID.

amukanmelayu - kesian tengan Pengurusi Anak.....jiran-jirannya yang rajin ke Kebun telah berumah besar dan berkereta beso.....tapi dia masih di rumah lama pemberian FELDA kerana ia ZUHUD memperjuangkan nasib raayat yang raayat tak minta pun dia membelanya kerana Allah telah mencurahkan razeki kepada mereka yang rajin bekerja dan berusaha serta tak lupa bersyukur dan berdoa.......