Thursday, 18 October 2012

DENGKINYA ISLAMELAYU DARI HALUAN KIRI KEPADA MEREKA YANG BERJAYA DAN PEMBAYAR ZAKAT


PENYIMPAN TABUNG HAJI DAPAT DIVIDEN CIPUT SETAHUN.....PENGARAH URUSAN NYA REMBAT RM700 RIBU.

 

 

1) SURAT KELULUSAN BONUS DARI KEMENTERIAN KEWANGAN  2) PENYATA GAJI PENGARAH URUSAN TABUNG HAJI UNTUK BULAN DISEMBER 2011

Pendedahan berani yang dibuat oleh Naib Presiden PAS, merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena, Dato' Mahfuz Omar di lobi parlimen mengenai isu Pengarah Urusan Tabung Haji dapat bonus RM700 ribu setahun dan kakitangan yang lain 4 bulan gaji amat memeranjatkan sedangkan penyimpan sekadar dividen ciput 6% setahun.

Kalau penyimpan itu mempunyai wang sebanyak RM1juta dalam simpanannya.. dividen pun sekadar RM60 ribu.

  SEBAGAI PENYIMPAN TABUNG HAJI, MAHUKAH ANDA MAHFUZ MENJADI PENGARAH URUSAN TABUNG HAJI?
 

 Tuduhan Mahfuz terhadap Tabung Haji yg terbukti diurus dengan terbaik dan diiktiraf oleh Dunia agak keterlaluan dan menjijikkan. Rakyat meluat dan tidak boleh terima tuduhan yg berunsur politik itu sedangkan rakyat telah menerima manafaat dari Tabung Haji terlalu ramai dan mungkin Mahfus sendiri menerima manafaat darinya.

 
MAHFUS BERCAKAP TANPA FAKTA JELAS TETAPI MENYATAKAN TABUNG HAJI YANG TAK JELAS!!!
KUALA LUMPUR - Pas mahu menubuhkan sebuah badan bertindak, dikenali sebagai Penyelamat Tabung Haji (Peta), bagi menyelamatkan institusi tersebut, yang didakwa pengurusan  kewangannya tidak mempunyai mekanisme yang jelas.
Naib Presidennya, Datuk Mahfuz Omar mendakwa kerajaan tidak menggunakan mekanisme yang betul dalam pemberian kenaikan gaji kepada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail, yang didakwa mencecah RM85,000 sebulan.
Menurutnya, jika pengurusan pentadbiran kewangan yang tidak betul ini diteruskan akan meruntuhkan institusi kewangan perbankan Islam.
"Saya rasa pemberian gaji yang berlebihan dan bonus yang banyak ini disebabkan pengurusan kewangan yang dilakukan oleh kerajaan tidak baik.
"Saya tak nak persoalkan tentang Ismee, dia tak terlibat... tapi mekanisme yang digunakan kerajaan yang tidak mengikut peraturan," katanya kepada sidang media di lobi Parlimen hari ini, di sini.
Minggu lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata gaji Ismee, yang didakwa berjumlah RM85,000 tidak ditentukan secara sembarangan dan bukan sesuatu yang "tersembunyi".
Tambahnya, “lembaga kenaikan gaji dan lembaga pemutusan yang menetapkan gajinya."
"Jadi, ia bukan dibuat secara sembaragan, tersembunyi dan sebagainya, ia berdasarkan kepada jadual dan peraturan yang termaktub dalam Tabung Haji,” kata beliau.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, maksudnya Tabung Haji mempunyai masalah pengurusan kewangan dan ia perlu dipandang serius.
Tambah Mahfuz, beliau kecewa dengan tindakan kerajaan yang gagal laksanakan tugas dengan baik untuk menjaga kepentingan isntitusi kewangan Islam itu. Dicatat oleh Helang Buana