Thursday, 18 October 2012

NAJIB DATANG MENGESAT AIRMATA ISLAMELAYU MORO YANG KEKERINGAN SENDIRIAN TIKA ANWAR GAGAL MELAKUKANNYA

Agenda Anwar di Filipina dan masa depan umat Islam Moro.



Tawa dan Air Mata di Manila
11 Jun 08

Sekembalinya dari Manila, saya agak sibuk memenuhi jadual harian. Tidak berkesempatan untuk bercerita tentang pengalaman semasa di sana.

Memenuhi undangan, akhirnya saya sempat ketemu juga dengan teman lama, bertanya khabar dan berkongsi pandangan sambil mengimbau kisah lampau. Cory Aquino masih tegar menyambut saya sekalipun masih kurang berdaya kerana rawatan kimoterapi. Azizah dan beliau berborak panjang kisah diktator disana yang kurang lebih hikayatnya sama seperti di tanah air.

Saya turut memenuhi undangan bekas Presiden Filipina dan teman baik saya Joseph Estrada untuk makan malam bersama di rumahnya di San Juan. Bercerita saat pahit manis ketika di tahanan cukup menyegarkan kami. Estrada tampak semakin kacak walaupun sudah menjangkau usia. Beliau turut prihatin dengan perkembangan saya di sini dan terkejut dengan isu-isu yang tampaknya hampir seabad tidak ada noktahnya. Pun begitu azam dan fikrahnya saya fikir masih tetap utuh untuk membela nasib marhaen seluruhnya.



Di samping itu, saya turut berkesempatan bertemu dengan Jose de Venecia, Manual Villar dan bekas President Fidel Ramos. Sempat saya mengambil nota berbincang perkara yang tidak kurang pentingnya untuk bekalan di Malaysia. Saya kemudian bergegas memenuhi satu undangan forum dan menegaskan bahawa adalah sesuatu yang sangat mendukacitakan apabila kerajaan Malaysia sebagai sebuah negara pengeluar minyak, terus enak menekan rakyatnya sendiri demi memuaskan tembolok penguasa.


ANWAR IBRAHIM

baca artikel asal : anwaribrahimblog.com

Ulasan

Mengapa Anwar intim dengan bekas Presiden Filipina ?


Anwar dan Joseph Estrada. Bekas Presiden Filipina itu pernah dipenjarakan kerana tuduhan korupsi.


1. Hubungan Anwar dengan bekas-bekas Presiden Filipina sangat intim. Nukilan betapa intimnya dicoret Anwar: Joseph Estrada; "Saya turut memenuhi undangan bekas Presiden Filipina dan teman baik saya Joseph Estrada untuk makan malam bersama di rumahnya di San Juan". "Cory Aquino masih tegar menyambut saya sekalipun masih kurang berdaya kerana rawatan kimoterapi". Fidel Ramos : "saya turut berkesempatan bertemu dengan Jose de Venecia, Manual Villar dan bekas President Fidel Ramos. Sempat saya mengambil nota berbincang perkara yang tidak kurang pentingnya untuk bekalan di Malaysia"

2. Tulisan sebegini membayangkan Anwar seolah-olah masih lagi Timbalan Perdana Menteri Malaysia atau Menteri Kewangan Malaysia. Tetapi Anwar bukan lagi TPM, bukan Menteri Kewangan bukan ahli parlimen. Anwar hanya salah seorang rakyat Malaysia. Barangkali kalau berjawatanpun, Anwar hanya penasihat de facto PKR, yang semua bekas-bekas Presiden Filipina tahu sebuah parti pembangkang di Malaysia.

3. Kalau bekas-bekas Presiden Filipina tahu Anwar hanya salah seorang rakyat biasa Malaysia dan berstatus penasihat de facto parti pembangkang Malaysia, kenapa sambutan yang luar biasa diberikan kepada Anwar, dari makan malam hingga bertukar-tukar nota?



4. Adakah ini membawa kepada kesimpulan bahawa bekas-bekas Presiden Filipina sebenarnya bukan menyambut dengan rakyat biasa Malaysia, tetapi memberi jamuan istimewa dan berbincang dengan 'wakil Amerika' yang menjaga Asia dan Asia Tenggara dalam jawatan 'Diplomat Jemputan Council on Foreign Relations (CFR) atau Ahli kehormat International Crisis Group (ICG)


Anwar bersama Jose de Venecia Jr, Speaker House of Representative Filipina


5. Apakah ini merupakan 'networking' Paul Wolfowitz yang pernah berkhidmat sebagai 'assistant secretary of state for East Asian and Pacific affairs' dan Anwar sebagai wakilnya untuk menyampaikan nota kepada Wolfowitz yang sekarang berada di think tank Amerika, The American Enterprise Institute (AEI) ?

6. Apakah perbincangan Anwar dengan bekas-bekas Presiden Filipina itu juga menyentuh mengenai Malaysia dengan nukilan Anwar seperti berikut :"saya turut berkesempatan bertemu dengan Jose de Venecia, Manual Villar dan bekas President Fidel Ramos. Sempat saya mengambil nota berbincang perkara yang tidak kurang pentingnya untuk bekalan di Malaysia"

7. Nota apa yang diambil dan 'bekalan' apa yang dibawa Anwar pulang ke Malaysia ?

8. Apakah ini membawa kemungkinan Filipina merupakan transit bantuan Amerika kepada Anwar untuk membantu karier politik wakilnya di Malaysia ?


Wan Azizah pernah minta bantuan Joseph Ekstrada ketika zaman reformasi


9. Kalau kunjungan Anwar pada Jun 2008, sekadar untuk mengucapkan terima kasih di atas sokongan Filipina ke atas 'Anwar', ketika 1998/99, rasanya sudah lebih daripada mencukupi.

10. Kalau sekadar mahu berjumpa tokoh-tokoh Filipina, Anwar pernah mengunjungi tokoh-tokoh sama, 8 bulan sebelum pilihanraya umum ke12,tahun lepas. Jadi apa lagi agenda kunjungan ke Filipina tahun ini ?


Anwar berpihak kerajaan Filipina atau Pejuang Islam Moro (MILF)?


1. Filipina merupakan bekas jajahan Amerika yang dibeli daripada penjajah Sepanyol dengan nilai US$ 20 juta pada tahun 1898 melalui Perjanjian Traktat Paris.Majoriti penduduk Filipina beragama Kristian.

2. Penduduk Islam yang minoriti beragama Islam terutamanya di Moro membentuk kumpulan Moro Islamic Liberation Front (MILF) pimpinan Salamat Hashim berjuang memerdekakan Moro daripada cengkaman Filipina.

3. Salamat Hashim, seorang ulama, bercita-cita mendirikan negara Islam di Filipina Selatan mendakwa kerajaan Filipina telah menindas penduduk Islam baik pada masa pemerintahan Kristian pimpinan Ferdinand Marcos, Fidel Ramos, Joseph Estrada ataupun Arroyo.



4. Apakah Anwar menyokong kerajaan Kristian warisan Amerika,Ferdinand Marcos, Fidel Ramos, Joseph Estrada sebagaimana yang dinukilkan menyambut beliau dengan meriah, dan sahabat baik ?

5. Adakah Anwar juga ditugaskan Amerika untuk memecah belahkan lagi kekuatan Islam di Moro dengan menyokong kumpulan Nur Misuari, Moro National Liberation Front (MNLF) yang telah 'menandatangani perjanjian damai' dengan bekas Presiden Fidel Ramos ?



6. Apakah benar persekongkolan Nur Misuari (MNLF) dengan kerajaan Filipina menyebabkan kumpulan Islam Moro menjadi semakin lemah dengan berpecah kepada tiga puak iaitu Moro Islamic Liberation Front (MILF) pimpinan Salamat Hashim, MNLF-Reformis pimpinan Dimas Pundato dan kelompok Abu Sayyaf pimpinan Abdurrazak Janjalani ?

7. Apakah benar Anwar lebih memihak kepada Gloria Macapagal-Arroyo, President of the Philippines kerana mereka alumni Georgetown University's Walsh School of Foreign Service in Washington, D.C.?

8. Apakah benar Anwar bersama Arroyo berada dalam missinory "International Monitoring Team" (IMT) yang ditaja oleh United States, Australia and the European Union ?


Masa depan umat Islam Moro yang menuntut negara mereka dimerdekakan kerana sentiasa ditekan kerajaan Filipina


9. Apakah benar Arroyo pernah buat ancaman tidak akan datang ke Malaysia selagi Anwar dipenjarakan dan menuduh Malaysia membela MILF ?

10. Kalau tuduhan Arroyo mengatakan Malaysia bela MILF, Anwar yang dibelanya pula menyokong kumpulan mana ?

11. Adakah benar, sokongan Anwar kepada kerajaan Kristian Filipina bermula sejak 90-an lagi dengan dibuktikan penganugerahan 'honorary doctorate' kepada Anwar oleh universiti Kristian Filipina, (Ateneo de Manila University) pada 1996?

12. Kalau begini latar sejarah Anwar dengan kerajaan Filipina, apakah Anwar akan membela masa depan umat Islam Moro. Apatah lagi dengan label 'teroris' ke atas kumpulan Abu Sayyaf yang menjadi tugas rasmi Anwar memeranginya ?

13. Apakah Kumpulan MILF dan Abu Sayyaf disamakan setaraf dengan The Communist Party of the Philippines yang menjadi musuh Amerika ?

14. Apakah benar penaja utama program Anwar Ibrahim berpusat di Ateneo de Manila University Filipina ? Penaja yang dimaksudkan adalah Konrad Adenauer Foundation (KAF), yang sering menyalurkan dana kepada Institut Kajian Dasar (IKD), think tank Anwar.

Mencari jawapan kepada persoalan-persoalan di atas akan menyelesaikan kekusutan kenapakah Anwar sering berulang alik ke Filipina. Malah jika ditoleh dari segi sejarah, Anwar ketika berjawatan TPM menumpukan sepenuh perhatian kepada hubungan dua hala antara think thanknya (IKD) dengan Asia Pacific Policy Centre (APPC) pimpinan Douglas H. Paal sebagai badan lobi Anwar di Amerika Syarikat.

Malah, ketika itu Anwar dan IKD menumpukan perhatian kepada Filipina (bekas tanah jajahan Amerika) dan Indonesia yang Paul Wolfowitz pernah menjadi Duta Amerika di negara itu.

Philippines President Fidel V Ramos dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim pada Disember 1994.Program itu anjuran IKD. Di tengah-tengah foto itu adalah patung Jose Rizal.

Ketika itu pun Anwar lebih cenderung kepada warisan tokoh Amerika dengan memuja tokoh Kristian Filipina yang telah meninggal dunia bernama Jose Rizal. Keterujaan Anwar kepada perwatakan Jose Rizal mendorong Anwar menghasilkan buku "The Asian Renaissance"

amukanmelayu - anwar masih merasakan dirinya adalah TPM.....