Monday, 17 December 2012

ISLAMELAYU PINTAR - BACA APA YANG TERSIRAT dan BUKANNYA YANG TERSURAT




Melayu kena ubah cara berfikir, tindakan

Oleh Imlan Adabi Cetak
Kehidupan moden bukan alasan untuk korbankan nilai murni yang menjadi identiti bangsa

SEORANG gadis yang leka mandi di tepian perigi tidak jauh dari pokok jambu terkejut. Beberapa lelaki melintasi kampungnya juga kaget melihat masih ada yang mandi berkemban kain sarung batik Kelantan di tempat terbuka. “Maaf be, ambo tok sengajo,” cetus gadis spontan sambil membalut bahunya dengan tuala dan tergesa berlalu ke sebuah rumah kayu yang agak usang.
Dia tidak menoleh ke belakang dan membiarkan kumpulan lelaki yang masih terkejut melihat gadis berkemban di sebuah kampung tidak jauh dari pekan Manik Urai.

Suasana tradisi masih hidup di beberapa kawasan pedalaman Kelantan walaupun pelbagai polemik pembangunan bertebaran dan sering dipropagandakan.

Di hotel lima bintang di Lembah Klang, suasana berbeza dan kontras sering berlaku. Beberapa gadis berbikini leka berenang walaupun kolam renang letaknya tidak jauh dari kafe yang dikunjungi pelbagai peringkat usia. Mereka mengepak di kolam renang tanpa pedulikan mata nakal yang galak menjeling.


Jika di pedalaman ada perasaan malu dan memohon maaf kepada tetamu kerana berkemban di tepian perigi, suasana di ibu kota berlainan sekali. Berbikini dan mendedah aurat ialah hak peribadi. Tiada siapa berhak menegur kerana peraturan di kolam renang melarang berpakaian labuh atau berseluar panjang ketika berenang.

Sejak Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada awal dekad 70-an, tradisi kemelayuan terhakis sedikit demi sedikit kerana penyesuaian dengan perubahan struktur ekonomi dan sosial.
Masyarakat Melayu mula berubah daripada sektor ekonomi tradisional kepada bidang industri dan perdagangan yang turut membawa kesan dari segi struktur sosial.

Ketika insiden 13 Mei 1969, bangsa Melayu hanya 10 peratus menetap di Lembah Klang terutama di kawasan daif seperti Kampung Baru dan Kampung Datuk Keramat. Mereka bekerja sebagai buruh atau pemandu dengan upah rendah.

Sebahagian besar Kuala Lumpur berwajah asing kerana faktor penjajahan yang meletakkan garis sosial berdasarkan kaum dan agama. Melayu hanya kekal di desa dengan kehidupan daif dan bangsa lain di kota besar mendapat limpahan projek pembangunan negara.

Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keempat pada 17 Julai 1981, rakyat mengharapkan perubahan dasar pimpinan negara kerana Dr Mahathir adalah pemimpin di kalangan rakyat, berbeza tiga Perdana Menteri sebelum ini yang dianggap sebagai bangsawan dan tidak menghayati sepenuhnya penderitaan Melayu di luar bandar.

Selama 22 tahun mentadbir negara, Dr Mahathir perkenal pelbagai dasar yang ada kaitan dengan kepentingan Melayu.

Industrialisasi negara menyediakan peluang pekerjaan dan perubahan cara hidup di kota. Melayu tidak lagi bertapak di luar bandar, malah menjadi usahawan besar di Kuala Lumpur dengan menguasai pelbagai syarikat. Ada dalam kalangan mereka mempunyai hubungan dengan syarikat bertaraf antarabangsa.

Peluang pendidikan dan perusahaan meletakkan Melayu pada ruang persaingan sebenar. Dasar Ekonomi Baru dimanfaatkan hingga mencetuskan fenomena Melayu baru yang dikaitkan dengan UMNO - tunjang Barisan Nasional dan dominan perjuangan Melayunya.

Kekuatan ekonomi dan pendidikan secara langsung mengubah persepsi kehidupan. Istilah ketuanan Melayu sering dilaungkan, sekali gus membawa konotasi perubahan sikap dan cara bertindak di kalangan Melayu sendiri.

Jika dulu Melayu desa dianggap sebagai tradisional cara berfikir, berhujah dan berpolitik, Melayu baru memberi gambaran perubahan cara hidup dan tindakan. Penyesuaian dan proses asimilasi di kota besar melahirkan golongan yang bukan saja berbeza, malah ada masanya meragukan.

Istilah politik wang dikaitkan dengan UMNO, walaupun parti lain tidak terkecuali menggunakan kuasa untuk menghalalkan cara. Isu kroni, nepotisme dan korup sering berulang. Bukan saja menjelang Perhimpunan Agung UMNO, malahan bertebaran di media baru sejak dekad 90-an.

Perubahan cara hidup juga melahirkan Melayu baru yang menyisihkan tradisi muafakat dan kerjasama sejak temurun. Pada hari ini amat jarang majlis kenduri dilakukan secara kerjasama dan gotong-royong. Perubahan sistem ekonomi dan taraf hidup menyebabkan majlis kenduri dilakukan katering merangkap kontraktor majlis dilengkapi pelbagai pakej menarik.

Kerjasama sesama penanggah, tukang masak dan ipar duai sudah berlalu. Ia bukan saja di kota besar, bahkan merebak di luar bandar. Melayu baru sudah berubah sikap kerjasamanya. Begitu juga pada kes kematian apabila urusan gali kubur dan pengangkutan jenazah membabitkan upah dan nilaian harga.

Perubahan sikap dan ruang pemikiran menjadikan segala-galanya berteraskan perkiraan harga. Untung dan rugi menjadi sandaran utama. Kehidupan Melayu baru tanpa sedar meminggirkan tradisi muafakat yang lama tersemai dalam masyarakat di luar bandar.
 
Othaman Ahmad said...
Ketika era Tun Dr Mahatir, DAP tercungap-cungap bak ikan lemas di atas daratan. Kini si biaDAP nie dah naik tocang dek suntikan nyawa yang dihulurkan oleh Anwar, Nik Aziz & Hadi Awang.

Sikit demi sedikit Allah menunjukkan perbuatan keji/hina pemimpin Melayu yang khianat pada Agama dan tanah air. Mereka lebih rela akrab dengan musuh Islam PAP/DAP daripada berganding bahu dengan UMNO.

Memang berat dosa Nik Aziz dan Hadi Awang memecah belahkan kesatuan, keluarga dan tali persaudaraan sesama ummah. Mentelah lagi "MENGKAFIRKAN" kami (orang UMNO) yang masih percaya pada Rukun Islam & Rukun Iman. Ternya kini mereka pula yang bekerjasama dengan si kafir laknat, DAP. Bukankah itu kerja ulamak munafik? Alhamdulillah... Allah nak tunjukkan siapa yang benar!

Mat Sabu adalah sekor lagi Ulamak Jadi-Jadian PAS yang cakap tak serupa bikin. Orang tak berilmu dinobatkan PAS sebagai orang Alim. Tak ke kelakar tuu...????
Nok said...
Saudara Othman..lepas satu satu tuhan tunjukan...kehaprakan dan munafiq puak2 parti ajaran sesat ni...allah tahu apa yg tersirat dalam otak penghianat umah nik aziz yg busuk dan kotor...bagi penyokong2 Pas nik aziz ni bagaikan nabi...tapi manusia yg dah nak mampos ni tak pernah nak insaf bahawa dia adalah petualang bangsa dan agama...nauzubilah..semoga dia mampos cepat supaya tidak merosakkan akidah umah2 yg lain dgn menyokong DAP/ dan PKR yg penuh dgn najis......
Anonymous said...
Adakah ini terjadi..apa yg difirmankan Allah yg bermaksud..kepada yg alim (pandai) dan suka memandai mandai hukum nya akan diberi sangkaan dia betul sedangkan tidak dan dalam masa yg sama hidayah dijauhi dari mereka ini olih Allah... Jaga jagalah dan berwaspadalah wahai saudara Islamku agar tidak terpercik bahaya ini...Contoh banyak dapat kita saksikan dewasa ini... Tok guru..ahafiz.. tukang ceramah...semuanya terperangkap atas nafsu mereka sendiri......
Adakah tuan tuan hendak jadi begitu... sesalan diakhirat tiada berguna lagi.. sendiri kena hadapi tanpa...pembelaan dari individu yg saudara sokong membabi buta atau yg punyai sifat dajjal yg nyata...
Kalau jahil carilah guru yg benar dalam Quran dan assunnah...Kalau ragu carilah yg pasti dan nyata iaitu Alquran dan assunnah...Kalau tersasar kembalilah pada alquran dan assunnah...
Jurnal said...
mat sabu nampaknya terlalu taksub berpolitik hingga tergadai asas agama.


Perubahan juga meletakkan nilai ekonomi pada setiap tindakan dan pemikiran. Hal ini kian mendesak kerana segala-galanya menuntut perkiraan untung dan rugi seperti di sektor ekonomi semasa.

Luahan “maaf be, ambo tok sengajo” mengingatkan kembali detik spontan yang tidak mungkin berulang. Masih ada sikap tradisional walaupun ia amat terpencil di pedalaman jiwa masing-masing.

Mahathir: Ubah karakter orang Melayu tugas amat sukar

12 Disember 2012
Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Presiden Yayasan Keamanan Global Perdana Malaysia (PGPF) kelihatan begitu beremosi ketika berucap - Foto Bernama
 
PUTRAJAYA - Orang Melayu di negara ini perlu menyesuaikan diri dengan perubahan dan memberi penekanan terhadap sistem nilai kerja keras,
jujur dan disiplin sebagai kunci untuk berjaya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bekas Perdana Menteri mengaku selama menjadi perdana menteri bagi tempoh 22 tahun, beliau telah gagal untuk menukar cara berfikir orang Melayu.

"Mengubah karakter orang Melayu adalah tugas yang amat sukar. Bagaimanapun, saya tidak gagal 100 peratus. Saya tetap berjaya mengubah cara berfikir, banyak juga orang Melayu kini sudah berjaya.
"Saya percaya kejayaan atau kegagalan seseorang itu, masyarakat dan negara adalah bersandarkan kepada sistem nilai. Jika sistem nilai sesebuah masyarakat itu mengutamakan kerja keras, jujur dan disiplin, dengan itu, ini adalah tiga perkara yang akan menjadikan anda berjaya.
"Sebab itu kenapa, saya cuba menjelaskan kenapa anda perlu berubah, dan ini tidak akan menjadikan anda kurang ciri keMelayuan, hanya kerana anda bekerja keras, bersikap jujur dan berdisiplin," katanya pada Siri Syarahan Perdana ke-15  bertajuk 'Masa Depan Tindakan Afirmatif' di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata tindakan afirmatif perlu diteruskan untuk meningkatkan kapasiti ekonomi dan merapatkan jurang sosial di negara ini.
Bagaimanapun, katanya tindakan afirmatif perlu ditarik balik secara perlahan-lahan untuk membolehkan orang Melayu menjadi lebih berdaya saing dalam berkongsi 'kepingan lebih besar pai ekonomi'.

"Tindakan afirmatif bukannya keistimewaan kekal atau simbol status tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.
"Tindakan afirmatif patut dianggap sebagai tongkat sementara untuk membolehkan anda bergerak ke depan dan akhirnya kami perlu buang tongkat itu
apabila kami yakin yang orang Melayu boleh bersaing dalam pasaran tanpa sebarang tongkat," katanya.

Bagi mengkayakan lagi orang Melayu, bagi tempoh itu, Dr Mahathir berkata, elemen tertentu tindakan afirmatif perlu dikekalkan, termasuk biasiswa,
kelulusan lesen permit dan kontrak kepada mereka yang berwibawa.
Beliau menyangkal dakwaan pembangkang  bahawa tindakan afirmatif telah disalahgunakan untuk mengkayakan kroni-kroni kerajaan.

Sementara itu, Pengerusi Lembaga Amanah Tan Sri Azman Hashim melancarkan buku bertajuk 'Perdana Discourse Series Keynote Speeches by Tun Dr Mahathir Mohamad', pada majlis itu.
Berharga RM30 senaskhah, buku itu memuatkan 10 ucaptama Dr Mahathir sepanjang Siri itu, dan soalan dan jawapan terpilih daripada syarahan terdahulu.
Siri Syarahan Perdana bermula pada Ogos 2004, apabila Dr Mahathir membincangkan topik pertama mengenai 'Perpaduan Negara'. Syarahan lain dalam
siri itu menyentuh topik seperti Kedaulatan Negara, Media dan Pembangunan Negara dan Kestabilan Politik. - Bernama

amukanmelayu - dahulukan Ugamabangsa, kuatkan KOMUNITI Islamelayu, kuasai EKONOMI, menjadi tuan di negara sendiri, BERSATU, BERANI bersuara pertahankan HAK KITA, bawa IMEJ BERANI bila berdepan dengan KAFIRUN, pintar BERPOLITIK dan jangan bergantung kepada KAFIRUN.....inilah yang di maksudkan oleh Ayahanda Tun M.