Wednesday, 9 January 2013

JANGANLAH JADIKAN AL - QURAN setaraf dengan BIBLE



Bishop Lega, Ada Pemimpin PAS Yang Sokong Kristian Guna Kalimah Allah....

 
KAFIRUN - Mereka mengambil PELUANG dari perpecahan UMAT ISLAMELAYU dan sebenarnya mereka mendapat kemenangan berganda, menang dalam penggunaan KALIMAH ALLAH dalam Bibble dan juga menang dalam menerbitkan Bibble Bahasa Melayu dan di edarkan di Semenanjung yang sememangnya di halang KERAS selama ini Penyebaran UGAMA lain kepada orang ISLAMELAYU.



Bishop Katholik, Dr Paul Tan Chee dan ramai penganut Kristian yang lain mempunyai asas kukuh untuk bergembira dan berasa lega bila mana Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu memberi jaminan bahawa parti itu kekal dengan pendirian menyokong penggunaan kalimah suci Allah s.w.t oleh orang bukan Islam.

Lebih-lebih lagi jaminan oleh Mat Sabu itu timbul tepat pada masanya selepas beberapa pemimpin PAS yang lain cuba bersandiwara dengan mempertikaikan pengunaan kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan Kristian khususnya dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

“Jaminan Mohamad Sabu bahawa pendirian yang dibuat tiga tahun lalu masih kekal adalah satu kelegaan yang besar,” demikian kata Bishop Kristian itu, merujuk pada keputusan muktamad PAS pada 2010 yang bersetuju penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.a.t bagi merujuk pada Tuhan Jesus.

 nurul
SEKULAR - Ramai yang bercakap pasal sekular....tapi tak sedar yang diri sendiri sebenarnya telah berfikiran sekular dan bangga bertuankan mereka yang berfikiran sekular.

Pada 15 Mei 2010, Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat tanpa berselindung telah bersetuju yang DAP boleh mengguna pakai kalimah Allah s.w.t termasuklah memasukkan kalimah itu dalam Bible versi Bahasa Melayu.
Kenyataan Nik Aziz itu bagaimanapun bercanggah dengan pandangan Timbalan Mursyidul PAS, Dr Haron Din yang membantah sebarang usaha oleh DAP ataupun pihak gereja Kristian daripada memanipulasi kalimah suci tersebut.

Pun begitu, pendapat Nik Aziz itu disokong kuat oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang berpendapat penganut Kristian atau agama lain tidak wajar disekat daripada menggunakan kalimah Allah s.w.t untuk apa tujuan sekalipun.
Kira-kira seminggu lepas, Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Setiausa Agung PAS, Mustafa Ali dan Pesuruhajaya PAS Selangor, Dr Rani Osman telah tampil menegaskan kalimah Allah hanya terpakai untuk orang Islam sahaja.

 
KALIMAT ALLAH - Kebanyakan GERAI DAGING ada di gantung kalimat  الله , محمد danbagaimana suatu hari nanti di gerai BABI kita akan terjumpa KALIMAT- KALIMAT ini?


GEMPAR!! PADERI INDONESIA MENGAKUI “ALLAH” ADALAH EKSKLUSIF UNTUK ORANG ISLAM

PADERI INDONESIA MENGAKUI “ALLAH” ADALAH EKSKLUSIF UNTUK ORANG ISLAM

Seorang Paderi dari Indonesia Pdt. Jahja Iskandar Mth. mengakui bahawa kata
“Allah” khas untuk umat Islam. Perakuan ini termuat dalam bukunya “Mengapa
Nama YAHWEH Semakin Popular” yang diterbitkan oleh Pt Abiyah Pertama Jakarta (hlm. 116). Menurut beliau, kata yang tepat bagi nama Tuhan sembahan orang Kristian berasaskan bahasa asli perjanjian lama, iaitu Ibrani ialah “Elohim” (hlm. 144, 145). Jika diterjemah ke bahasa Arab, maka kata yang tepat bagi menggantikan “Elohim” ialah “Ilah” bukan “Allah”. Ini berasaskan terjemahan paling awal ke bahasa Arab, iaitu Inskripsi Zabad, tahun 512M (hlm. 127).


2. Sehubungan itu, Yayasan Lentera Bangsa yang diasaskan oleh beliau telah
menerbitkan KITAB SUCI Indonesia Literal Translation (KS-ILT). Terjemahan ini
tidak lagi tertera nama “Allah” sebaliknya menggunakan “Elohim” sebagai nama sembahan orang Kristian. Menurut Pdt Jahja Iskandar, penggunaan nama Allah dalam versi Terjemahan Baru Al Kitab (PL & PB) oleh Lembaga Al Kitab Indonesia adalah bertentangan dengan ketetapan Konferensi Para Penterjemah Al Kitab Bahasa Indonesia pada tahun 1952 yang diadakan di Jakarta, Konferensi ini menetapkan bahawa Nama HUWA/HOEWA/JOHOEWA hendaklah digantikan dengan “TUHAN” (hlm. 109).

3. Dalam suratnya kepada saya, beliau berharap agar KS-ILT dapat menjadi
jalan keluar bagi menyelesaikan kemelut penggunaan nama “Allah” oleh umat
Kristian di Malaysia. Beliau juga menyatakan kesediaan untuk datang ke Malaysia bagi memberi penjelasan jika diperlukan.

Dikemukakan di bawah ini lampiran-lampiran berikut :

Pengenalan diri Pdt. Jahja Iskandar MTh. 

Kulit Hadapan buku “Mengapa Nama YAHWEH Semakin Popular”
Halaman : 116, 144, 145, 127, 109 daripada buku di atas.
Salinan surat saya kepada Pdt. Jahja Iskandar MTh. Dan jawapan
beliau.
Halaman judul KITAB SUCI (ILT)
Halaman 1 kitab berkenaan.

Datuk Hj Wan Zahidi bin Wan Teh
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
28 Safar 1436/11 Januari 2013



Kata Mat Sabu:  "PAS kekal dengan pendirian yang dikeluarkan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam sebagai rujukan kepada tuhan".

Timbalan Presiden PAS itu berkata, polemik penggunaan kalimah Allah hanya timbul di Semenanjung Malaysia akan tetapi tidak pernah menjadi masalah dikalangan penganut Islam dan Kristian di Timur Tengah dan Malaysia Timur.
“Presiden PAS (Abdul Hadi Awang) pernah keluarkan kenyataan pada tahun 2010 untuk tidak melarang penganut agama selain Islam untuk menggunakan kalimah Allah.
“PAS masih kekal dengan pendirian itu,” kata beliau yang dikenali sebagai Mat Sabu (gambar) apabila dihubungi oleh The Malaysian Insider.
Pada tahun 2010 ketika polemik penggunaan kalimah Allah timbul, presiden PAS menggeluarkan kenyataan mengenai pendirian parti tersebut.
“Kesimpulannya, kita tidak boleh melarang mereka menggunakan perkataan Allah di kalangan mereka sendiri, dalam ibadat mereka dan amalan mereka, walau pun salah maksud dan maknanya yang asal mengikut bahasa kita,” kata Abdul Hadi dalam kenyataan bertarikh 7 Januari 2010.

Polemik penggunaan kalimah Allah timbul kembali apabila Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada 24 Disember lalu menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Injil bahasa Melayu memandangkan ia telah dibenarkan di Sabah dan Sarawak sejak 50 tahun lalu dan digunapakai di Timur Tengah hampir seribu tahun lalu dalam perutusan Krismasnya.

Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kemudian memberi respon bercanggah dengan pendirian Abdul Hadi pada tahun 2010 apabila  berkata kalimah “Allah” dalam Alkitab, terjemahan Injil bahasa Melayu tidak akan mencerminkan maksud asal ayat tersebut.
“PAS berpendirian bahawa Bible Bahasa Melayu harus menggantikan istilah ‘God’ dengan Tuhan dan bukannya Allah untuk mencerminkan maksud sebenar daripada teks asal.”

Kerajaan pusat mengulangi pendirian mereka bulan lalu hanya umat Islam dibenarkan untuk menggunakan perkataan Allah, di tengah-tengah ketegangan yang diperbaharui berikutan tuntutan oleh orang Kristian dan agama lain untuk menggunakan istilah tersebut bagi merujuk kepada Tuhan.
Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Othman Mustapha, mengeluarkan satu kenyataan hari ini menegaskan bahawa penggunaan kalimah Allah oleh agama lain akan membawa kemudaratan kepada agama Islam.

Beliau mengatakan pendiriannya itu berdasarkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2008.
Gereja Katolik Roman tempatan sedang menunggu Mahkamah Rayuan untuk membuat keputusan mengenai hak untuk menggunakan perkataan “Allah” sebagai rujukan kepada tuhan Kristian dalam penerbitan mereka, selepas Putrajaya merayu terhadap penghakiman 2009 yangmengatakan gereja mempunyai hak berperlembagaan untuk berbuat demikian.
Bulan lalu, Majlis Gurdwara Malaysia (MGC) menegaskan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 2010 tidak terpakai kepada bukan Islam.

Dalam satu kenyataan, presiden MGC Jagir Singh menegaskan majlis tersebut tidak mempunyai bidang kuasa langsung ke atas orang bukan Islam dan tidak boleh mengeluarkan fatwa melarang masyarakat lain dari menggunakan perkataan tertentu.
Sementara Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria mengatakan mana-mana pihak selain orang Islam yang berkeras ingin menggunakan kalimah “Allah” perlu memeluk agama Islam oleh kerana perkataan tersebut adalah hak eksklusif orang Islam.

“Penggunaan kalimah Allah itu telah dienakmenkan setiap negeri ... mereka sengaja mahu melakukan provokasi supaya orang Islam melatah,” tegas Harussani ketika dihubungi The Malaysian Insider.


RUKUN IMAN - PERCAYA KEPADA KITAB - KITAB SUCI.
 Injil sudah tidak SUCI lagi.....penganut KRISTIAN di tipu oleh PADERI mereka.

Daging Babi dalam  Bible - Yesus telah mengharamkan daging babi untuk dikonsumsi, hal tersebut telah disampaikan sejak dahulu.  Di Bible cetakan lama dengan jelas tertulis kata babi, namun dalam cetakan baru LAI menambahkan kata babi menjadi babi hutan. Tentu hal ini sangat jauh berbeda maknanya. 
Babi bermakna segala jenis babi diharamkan, namun dalam Bible cetakan baru menjadi babi Hutan.  Artinya bila babi peliharaan berarti tidak diharamkan.  Kita tentu tidak aneh, tidak kaget, karena ayat-ayat dalam Bible memang sering diubah, ditambah, sehingga jauh dari makna yang sesungguhnya.
Silahkan simak bagaimana sesungguhnya pandangan Bible tentang Babi:

Demikian juga babi, karena memang berkuku belah, yaitu kukunya bersela panjang, tetapi tidak memamah biak; haram itu bagimu. Daging binatang-binatang itu janganlah kamu makan dan bangkainya janganlah kamu sentuh; haram semuanya itu bagimu. (Imamat 11 : 7-8) 

Bible dengan tegas mengharamkan babi...silahkan pergunakan akal yang telah Tuhan berikan kepada kita untuk berfikir.  Jangan hanya menerima doktrin...temukan jawaban atas kegelisahan hati itu..


 amukanmelayu - perjuangan dahulu lebih mudah kerana kita berperang dengan PENJAJAH, tapi perjuangan kini terlalu sulit kerana kita berhadapan dengan BANGSA SENDIRI.