Sunday, 27 January 2013

KENAPA ANDA FIKIR MEREKA INI TAK LAYAK MENTADBIR NEGARA?

SEBAHAGIAN DARI PEMIMPIN KITA SELEPAS PRU KE 13

1. Mazlan Aliman


Mazalan Aliman - Bakal Pengerusi FELDA

MyMassa jumpa kisah menarik untuk dikongsikan di FB: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3308846051662&set=a.1127472158678.2017953.1583418987&type=1

Kisah sebenar dari anak peneroka (Farisan Hussin)


APA YANG PAKATAN NAK SELAMATKAN KAT FELDA TU.. ?

Meh aku kongsi citer Felda skit..

Ayah aku berkerja dengan Felda sebagai Juru ukur .
Dari 1967 hinngga lah 1980 dia bertugas dimerata semenanjung Malaysia
Mengukur tanah Rancangan yang akan dibuka.

Sehingga emak aku kata “ asik ukur tanah orang jer, bila nak ukur tanah sendiri ?”
Jadi pada 1981 Ayah dan emak aku buat keputusan masuk Felda.
dapat tanah Rancangan Felda tanaman Getah di Segamat Johor.

Awal-awal masuk Felda masa tu umur aku baru 7 tahun.
Hanya rumah papan yang simple Cuma da 1 bilik tidor , ruang tamu dan bilik air diluar rumah. Keluasan tanah rumah lebih kurang suku ekar. Boleh la nak bercucuk tanam dan tanam pokok dusun.

Diberi tanah ladang sebanyak 10 ekar.. masa tu blum boleh kutip hasil sebab pokok getah masih kecil, baru 1 tahun ditanam( pokok getah kena tunggu sampai sekurang-kurang 5 tahun baru boleh di toreh) .

Pasarana seperti air dan Api tak ada, Malam ayah akan pasang lampu pump gasoline cap ”buterfly” yang berasaskan minyak tanah.

Air kami biasanya akan mandi atau ambil di perigi bawah bukit depan rumah sebelahan tanah perkuburan.(jumpa pucung terlompat-lompat masa nak mandi pagi kul 5 g skolah pon pnah derr..) Atau pergi ke sungai berdekatan (dekat tak dekat la biasa jalan kaki 2 kilometer baru sampai).

Selama menungu Pokok getah boleh di tuai hasilnya. Felda menyediakan wang sara hidup kepada peneroka-peneroka, selain dari itu kedai G-Mart milik Felda menyediakan system hutang untuk peneroka membeli barang seandainya kekurangan duit. Dengan harga yang sangat rendah peneroka dapat hidup dgn sempurna membeli barang dar kedai G-Mart.

Kehidupan Felda perlukan mental dan fizikal yang kuat. Kesempitan duit adalah pekara kedua kerana didalam felda kami mengamalkan siakp gotong royong dan amalan kemasyarakatan yang kuat. Sebarang kesusahan akan cuba diselesaikan bersama-sama.

Malahan amalan ibadah seperti bacaan Yasin akan dibuat setiap malam jumaat bergilir-gilir setiap rumah mengikut blok penempatan sepanjang tahun. Dan amalan itu masih berjalan sehingga kini. Hidup dalam Felda ibarat adik beradik , susah sama diinjing senang sama di junjung. , sehingga awal 1986 barulah pasaranan seperti Air , Api dan Telephon masuk ke rumah-rumah di Rancangan Felda tempat kami.namun kehidupan kami dibela oleh ayah dan emak amat mencukupi sebagai anak felda, nak gi skolah jauh gak jalan kaki 5 kilo , tp tu biasa arr , anak felda mmng lasak ..namun apa yang disediakan oleh kerajaan pada kami sudah lebih dari cukup,ada sekolah , klinik, balai polis, temapt riadah mcm padang bola , padang gasing, malahan dikalangan kami diberi macam-macam bantuan oleh kerajaan dan agensi lain, yang cerdik dihantar belajar ke Asrama Felda Bukit Nenas, yang kurang diberi latihan Vokasional oleh Felda melalui MARA dan ILP, gerakan MBFM , sentiasa memimpin belia Felda kearah peningkatan kemajuan Intelek dan Ekonomi.Alhamdullilah Felda adalah Syurga bagi rakyat Malaysia yang terpilih..

Menguruskan kebun dan ladang juga dibuat bersama-sama. Atas selian Felda. Membaja tanaman meracun rumput adalah rutin harian peneroka bersama-sama. Peneroka akan berpakat2 dan membuat plan kebun mana nak di usahakan dulu ikut giliran..

Sehingga lah tanaman dapat dituai.. kadar harga getah tidaklah berapa tinggi sekadar RM.0.50 sekilo sehinnga paling tinggi RM1.50 sen sekilo, selama 1986-2006

Namun rezeki telah tiba kepada para peneroka Felda tanaman Getah pada tahun 2008 harga getah naik mendadak sehingga kini masih dalam lingkungan tinggi. Diwaktu ini ramai peneroka telah bersara dan melayan anak cucu. Jerih penat diorg akhirnya terbalas berkat usaha mereka dan juga kebijaksanaan Kerajaan Barisan Nasional mencipta Felda dari Idea Tun Abdul Razak, kini DS Najib menjadi penyambung warisan perjuangan Ayahndanya memberi impak dan kesan yang lebih baik kepada keluarga peneroka Felda. Melalui penyenaraian FGVH di bursa , peneroka Felda mengorak langkah sebagai pemegang saham antara terbesar dunia. Kemajuan yang dicapai dalam Felda membuktikan betapa persepakatan dan perpaduan bangsa mampu membawa kesan yang baik kepada kemakmuran ekonomi sesuatu bangsa.

”JADI AKU NAK TANYA KAT PAKATAN HARAM ‘ KORANG APA HAL TAK PUASA HATI NAK SELAMATKAN FELDA..??? YANG DUK HIMPUN OREN TU ORANG FELDA KE..PENEROKA FELDA KE..? LAIN KALI JANGAN JADI BANGANG NAK KUCAR-KACIRKAN KEMAKMURAN DAN PERPADUAN KAMI DALAM FELDA JAGAN JADI AGEN YAHUDI NAK ROSAKAN NEGARA..!!!
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=3308846051662&set=a.1127472158678.2017953.1583418987&type=1

Anak peneroka yang matang dan rasional tidak mudah terpengaruh dengan hasutan Mazlan Aliman yang tak habis sekolah.

Pembaca MyMassa boleh baca di ruangan komen di FB tersebut begitu teguhnya sokongan anak-anak peneroka yang lain terhadap FELDA. Cuma ada beberapa orang pencacai pembangkang yang cuba menyamar jadi anak peneroka dan menghasut mereka.



Kepada para pencacai PAS, sebelum sibuk hal FELDA, apa kata korang komen pasal Ladang Rakyat yang PAS Kelantan buat ni. Zalim ke tidak?


2. Husam Musa Kata Kota Bharu Ada Telaga Minyak! Ambo Kaya! Ambo Kaya!

Walaweh!! Husam Musa di dalam Sinar Harian (akhbar gebang yang makan dua belah, talam dua muka) dilaporkan berkata bahawa di Kota Baru dan Tumpat sudah ada telaga minyak!!! Atas darat weh!!! 
“Antara kawasan yang dijangkakan mempunyai rizab itu Kota Bharu dan Tumpat,” ujarnya. Husam menambah, cadangan untuk melantik syarikat luar berkenaan telah dipersetujui dalam mesyuarat exco semalam di Kota Darul Naim. Pada sidang medianya itu, Husam berkata, proses pelantikan syarikat tersebut yang bertanggungjawab untuk mengesan penemuan minyak itu akan dilakukan seberapa segera yang mungkin. (Baca juga Haprakdaily di sini)
Sebelum ini Petronas telah menjumpai telaga minyak di Miri setelah 24 tahun menjalankan eksplorasi dan cari gali. Atas kepakaran apa Husam Musa menjumpai sumber telaga minyak di dataran Tumpat dan Kota Bharu? Nujum Pak Belalang kah atau tilikan nasib?

Semua rakyat Kelantan sudah mengenali siapakah Husam Musa ini dan apakah peranannya. Sebenarnya Husam Musa dan PAS sudah terdesak. Apabila DS Najib datang ke Kelantan dan menjanjikan 7 perkara sekurang-kurangnya pembangunan untuk Rakyat Kelantan, PAS Kelantan menjadi "gelabah biawak". Sehinggakan Menteri Besar, Nik Aziz Nik Mat mengelarkan 7 janji berkenaan sebagai rasuah politik.

Husam Musa pula tanpa segan silu telah sekali lagi mewar-warkan bahawa telaga minyak telah ditemui di dataran Kota Bharu dan Tumpat. Ianya tidak lain untuk memberikan harapan palsu kepada Rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan wajib mendesak Husam Musa untuk mendedahkan apa perkembangan projek-projek di Kelantan sebelum ini seperti berikut:


Kebiasaannya projek-projek yang dirancang dan dilaksanakan oleh Husam, Insyallah ianya tidak akan ke mana. Hanya gah pada nama dan pelancarannya sahaja sepertimana projeknya yang lepas-lepas.

  • Projek kambing jamnapari
  • Projek Kelantan Koridor Depu
  • Dinar emas Kelantan
  • Bazar Tok Guru
  • Skim takaful warga emas Kelantan
Daripada tahun 1990 hingga tahun 2012 sudah tidak terbilang berapakah pengumuman projek-projek besar yang Pas hendak laksanakan di Kelantan tetapi itu hanya sekadar pengumuman dan pelancaran sahaja. Tidak lebih daripada itu.

Adalah lebih baik Kerajaan Pas Kelantan cucikan dulu najis-najis lama terlebih dahulu sebelum buat najis baru.

Berikut adalah antara senarai janji-janji Kerajaan Pas Kelantan yang dinyatakan sendiri oleh pemimpin Pas Kelantan.

  • Bandar perikanan di Tok Bali - RM800 juta
  • Projek agro tourism Pergau - RM250 juta
  • Bandar baru Pengkalan Kubur - RM1 bilion
  • Projek pelancongan di Danau Tok Uban - RM350 juta
  • Bandar peranginan Danau Tok Uban, Pasir Mas - RM885 juta
  • Pembinaan terminal bas sepadu di Kubang Kerian - RM328 juta
  • Projek industri petrokimia di Pantai Senok, Bachok - RM2 bilion
  • Pelabuhan di Tumpat - RM360 juta
  • Pusat peranginan Tasik Kwong,Rantau Panjang - 1.5 bilion
  •   
Rakyat Kelantan lebih tahu dan lebih arif adakah projek-projek tersebut wujud pada hari ini ?


1. Projek Kambing Janpari.


2. Projek Keretapi Laju Dari Kota Bharu ke KL.


3. Projek Lebuhraya Percuma.


4. Projek Stadium Baru di Bukit Merbau, Pasir Mas.

 5. Projek Koridor Depu, Kelantan.