Sunday, 27 January 2013

SIAPA YANG MEMECAT USTAZ NASA DARI MAJLIS SYURO?


Sunday, January 27, 2013

Rupa-rupanya pendedahan tentang penyertaan bekas Timbalan Presiden PAS ke Gaza dalam rombongan Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul RAzak, mengundang tindakan keras daripada Majlis Syura Ulama PAS di mana Nasharuddin adalah salah seorang ahlinya. Nasharuddin Mat Isa telah dipecat daripada menganggotai Dewan yang membuat dasar dan memperlihatkan PAS sebagai sebuah parti syura pada 13 Januari lalu.

Alasan dangkal yang diberikan oleh Majlis Syura Ulama PAS ialah, tindak-tanduk Nasharuddin yang melanggar peraturan-peraturan berjamaah dan menimbulkan fitnah di kalangan ahli.

Apa agaknya kesalahan Nasharuddin sehingga dia dikatakan melanggar peraturan parti dan menimbulkan fitnah? Adakah kerana dia dilihat bersama-sama Presiden UMNO dalam misi kemanusiaan dan misi kerohanian, maka itu dianggap sebagai melanggar peraturan berjemaah dan menimbulkan fitnah?

Bandingkanlah antara Nasharuddin Mat Isa dengan Khalid Samad serta sekelompok pemimpin PAS yang kerja mereka menjilat lurah punggung Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Lebih ramai ahli PAS yang tidak senang dengan gelagat pemimpin-pemimpin PARASIT dan IBLIS tersebut berbanding usaha-usaha yang dilakukan oleh Nasharuddin Mat Isa dalam merapatkan jurang dan mengurangkan perbezaan antara PAS dengan UMNO.

Dalam hal KALIMAH ALLAH dan HUDUD yang mendapat tentangan keras daripada para pemimpin DAP dan PKR, Nasharuddin Mat Isa kelihatan cukup gigih mempertahankan perjuangan PAS dan cuba mengekalkan imej PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan dan memartabatkan Islam.

Namun akhirnya, Majlis Syura Ulama PAS tunduk kepada arahan dan desakan PKR serta DAP.

Tindakan menyingkirkan Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama PAS sebenarnya mencerminkan sikap bacul dan pengecut parti berkenaan dalam memperkatakan kebenaran. Kegilaan terhadap kuasa dan melacurkan agama, memerlukan orang seperti Nasharuddin Mat Isa dikeluarkan dengan seberapa segera.

Sebenarnya PAS tidak seharusnya terhenti setakat menyingkirkan Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura Ulama semata-mata, sebaliknya PAS perlu bertindak lebih cergas dengan memecat keahlian Nasharuddin Mat Isa dari PAS. Tidakkah mereka takut seandainya Nasharuddin Mat Isa kembali semula dan mendapat simpati daripada akar umbi PAS yang sudah mulai kalut dengan pelbagai isu yang ditangani oleh para pemimpin PAS dengan cara TAHALUF SIYASI tahap bangang lagi membangangkan?

Apakah dengan membiarkan Nasharuddin Mat Isa kekal sebagai ahli parti, maka 'cold-storage' tersebut akan memperlahankan rentak Nasharuddin Mat Isa yang turut mendapat sokongan daripada kalangan orang UMNO? Dan bagaimana pula dengan beberapa orang pemimpin PAS yang cukup rapat dengan Nasharuddin Mat Isa seperti Harun Taib, Harun Din Al-Hafiz dan Azizan Abdul Razak (sekadar menyebut beberapa nama)? Adakah mereka juga akan menerima nasib yang sama seperti Nasharuddin Mat Isa, memandangkan mereka lebih banyak senada dengan bekas Timbalan Presiden PAS itu berbanding bersetuju dengan puak-puak PARASIT dan IBLIS yang kuat menyembah Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng?

Beranikah PAS memecat keahlian Nasharuddin Mat Isa ketika parti tersebut sedang bergelut untuk mendapatkan sokongan pada ketika PRU13 semakin hampir?

Sudah tentu tidak, kerana PAS terlalu takut kehilangan sokongan walaupun pada masa yang sama, mereka perlu akur dengan kehendak dan tuntutan PKR serta DAP!

amukanmelayu - akhirnya "BERJAYA" juga Majlis Syuro di Anwariskan......