Thursday, 28 February 2013

Kalimah Allah - TGHH Di Perbudakkan Anwar


TGHH Terperangkap

kalimah allah1
Memang tidak masuk akal apabila seorang yang mengaku beliau seorang ulama besar dalam Pas dengan rela hati menandatangani pernyataan bersama pemimpin pembangkang agar kalimah Allah boleh digunakan oleh agama lain. 

Rupa-rupanya dialah dalang kepada perpecahan umat Islam di Malaysia sebenarnya. Kononnya ingin menjadi hero Islam tapi penakut bila berdepan dengan pemimpin pembangkang yang lain terutama kafir harbi DAP.

Allah ada berfirman antaranya bermaksud 'Jika kita menolong agama Allah, maka Allah akan menolong kita'. Begitulah lebih kurang maksudnya.
Sebenarnya kita telah tahu bahawa Haji Hadi ini adalah punca perpecahan umat Islam Di Malaysia. Bermula dengan Amanat Haji Hadi yang telah memecahbelahkan perpaduan dan menghancurkan akidah  sehinggalah melacurkan kalimah ALLAH untuk kegunaan kafir Harbi merosakkan umat Islam.  Allah telah menurunkan petanda  bala ke atas Hadi Laknatullah ini apabila telah dua kali sekolahnya ditimpa kebakaran.  Apabila manusia tidak menghiraukan tanda-tanda yang Allah s.w.t turunkan maka bala yang maha hebat akan menyusul.
Antara petikan Utusan Malaysia:

Pas tidak menarik balik kenyataan bersama pemimpin pakatan pembangkang yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain kerana kenyataan itu telah disedia dan ditandatangani oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mendedahkan perkara itu berkata, dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut, beliau telah meminta Presiden Pas itu sebagai seorang yang tahu agama dan faham Islam, supaya memberikan pandangan untuk diteliti oleh pemimpin pakatan pembangkang.

"Maka Tok Guru Hadi Awang pun atas nama Pas buat, dengan ayat al- Quran nama Allah itu bagaimana dari segi orang Islam bagaimana dimuliakan, orang (bukan Islam) nak sebut insya-Allah, alhamdulillah tak dilarang kalau sebut itu dengan memuliakan, tetapi syaratnya jangan menghina, jangan menyalah erti, jangan menyalah tafsir

Dari petikan di atas sememangnya kita tahu bahawa Haji Hadi ini memang merupakan manusia yang sanggup menjual akidah dan maruah keislamannya semata-mata untuk memenuhi ketamakkan kuasa dan pangkat ke Putrajaya. Tidak terpancar sekelumit pun penyesalan keatas segala perbuatannya yang begitu hina seolah-olah ianya merupakan perkara biasa. Ini bermakna dosa-dosa itu baginya tidak seberapa asalkan dapat memenuhi nafsunya ke Putrajaya.

Malahan Hadi Awang ini sanggup menuduh sumbangan yang memanfaatkan rakyat bagaikan tindakan Firaun semata-mata untuk menyatakan sokongan atas kenyataan kurang ajar Nik Aziz yang menyamakan penerima BR1M  dengan binatang. PAS ini sememangnya akan mempertahankan segala kemungkaran dan kejahatan yang mereka laku. Jelas dan nyata PAS bukan Islam kerana umat Islam sememagnya tidak akan mempertahankan segala kemungkaran dan kejahatan.


FATWA IMAM MEKAH Tentang Isu KALIMAH ALLAH Di MALAYSIA !!!




Malam tadi bertempat di Masjid Kampung Sungai Rokam Imam Masjid Abab Mekah Saudi Arabia telah Al-Hafiz Imam Shik Hj. Mohammad Sharif Mohammad Imrani telah mengetuai solat Maghrib, Zikir Munajat dan Solat Isya' bersama-sama penduduk Kampung Sungai Rokam.

Selepas Solat Maghrib Imam Mohammad Sharif telah berkesempatan untuk memberi tazkirah dan mengupas mengenai faedah kita membaca Al-Quran, Kalimah Allah dan Bahayanya Syiah.

Dalam isu Kalimah Allah, Imam Mohammad Sharif juga menegaskan bahawa mana-mana "Umat Islam yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh penganut Agama Kristian maka jatuh syiriklah dia". Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang syirik sehingga kiamat melainkan dia mengangkat syahadah dan bertaubat nasuha.

Imam Mohammmad Sharif juga menyeru supaya semua umat Islam seluruh Malaysia supaya bersatu kerana musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan di atas pertelingkahan sesama Islam.

Mengenai Syiah pula, Imam Mohammad Sharif berkata bahawa Syiah lebih bahaya daripada Yahudi dan Kristian kerana jika Syiah dapat berkembang di Malaysia bermakna umat Islam akan binasa. Contohnya seperti di Iraq, Mesir dan banyak lagi negara Arab yang musnah akibat fahaman Syiah.

Lebih malang lagi kuasa Barat menjadi 'main sponsor' kepada gerakan Syiah bagi menjatuhkan negara Islam sendiri dan selepas kejatuhan negara yang dahulunya kaya dengan hasil bumi kini sudajadi seperti negara Palestin.

 AMUKANMELAYU - jangan salahkan TGHH.....getah yang di tahan Anwar telah mengene