Friday, 1 March 2013

Its RED ALERT in Lahad Datu.

PENGIKUT SULTAN KIRAM DI GEMPUR

KamuTelah memaksa kami ....maafkan kami ..kamu keterlaluan......

Sumber Tidak Rasmi
Semasa:
10 Mati, 4 cedera setakat ini di Tanduo,
Lahad Datu. Red Alert telah dikeluarkan oleh pihak
berkuasa Msia dan byk ambulans sudah mula dihantar ke
zon perang. Its RED ALERT in Lahad Datu.
Sama-sama kita doakan keselamatan tentera kita di sana.. 

Tembak-menembak dilaporkan berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh dari Filipina yang menduduki kawasan perkampungan berhampiran Lahad Datu, dan menyebabkan kematian, lapor media Filipina hari ini.
Laman web The Philippine Daily Inquirer melaporkan, dipetik stesen radio Sabah, mereka mendengar bunyi tembakan selepas jam 10 pagi hari ini, tanpa menamakan wartawan berkenaan.
Laman web tersebut turut memetik kenyataan beberapa penduduk kampung yang melihat ada beberapa mayat dipindahkan, dan menambah pihak berkuasa Malaysia juga menolak untuk memberikan sebarang kenyataan buat masa ini.
Jumlah individu yang maut atau cedera dalam insiden tembakan balas di antara pihak keselamatan Malaysia dan pemberontak Sulu dipercayai meningkat.
Selepas laporan pertama yang melaporkan dua pengikut Sulu terbunuh dan tiga anggota polis Malaysia cedera, maklumat yang diperoleh dari Kampung Tanduo mendakwa sekurang-kurangnya 10 lelaki bersenjata Sulu mati dan empat lagi cedera.
Namun, tiada laporan mengesahkan mengenai empat anggota keselamatan yang cedera atau berlaku sebarang kematian.

salah seorang penceroboh yang ditembak mati
Laporan setakat jam 1800hrs.
Senarai nama peg/ang 69 komando terkorban/cedera akibat serangan mortar dlm krisis di Lahad Datu:
1. Insp G/17992 Zulkifli bin Mamat – terkorban.
2. Kpl 113088 Sabaruddin bin Daud – terkorban.
3. Kpl 135383 Azman bin Ampong – terkorban
4. Kpl 152133 Mohd Tarmizi bin Hashim – cedera di tangan dan kaki berada di Hospital Lahad Datu.
5. Kpl 176533 Mohd Qaiyum’aiqal bin Zolkifli – cedera di bahu kanan dan kedua2 kaki berada di Hospital Sandakan.
Laporan setakat jam 1800hrs.Senarai nama peg/ang 69 komando terkorban/cedera akibat serangan mortar dlm krisis di Lahad Datu:
1. Insp G/17992 Zulkifli bin Mamat – terkorban.2. Kpl 113088 Sabaruddin bin Daud – terkorban.3. Kpl 135383 Azman bin Ampong – terkorban4. Kpl 152133 Mohd Tarmizi bin Hashim – cedera di tangan dan kaki berada di Hospital Lahad Datu.
5. Kpl 176533 Mohd Qaiyum’aiqal bin Zolkifli – cedera di bahu kanan dan kedua2 kaki berada di Hospital Sandakan.

Penjelasan Hishamuddin Pertempuran di Lahad Datu

 
 
 Tembakan didengari di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah, Jumaat, yang menjadi tempat kumpulan penceroboh selatan Filipina berkampung.

 Ia berikutan tindakan pihak keselamatan Malaysia memasuki kawasan itu dipercayai untuk memulakan operasi menahan anggota kumpulan itu setelah beberapa siri rundingan gagal dan tempoh pengusiran berakhir. Kejadian itu bagaimanapun masih belum disahkan oleh polis.

 Dalam pada itu media Filipina melaporkan, bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan tentera Malaysia di Lahad Datu. Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut. Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.


 Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan berlaku insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu tetapi menegaskan bahawa pasukan keselamatan Malaysia tidak melepaskan tembakan.

 “Saya mengesahkan pasukan keselamatan kita tidak melepaskan walau satu das tembakan pun, sebaliknya ditembak pada 10 pagi Jumaat !” katanya dalam mesej tweet tanpa menyebut sama ada operasi dijalankan untuk menahan penceroboh bersenjata itu.


 Bercakap pada sidang media di sini Hishamuddin menegaskan yang Malaysia sudah memberi tempoh sewajarnya untuk mengusir kira-kira 150 penceroboh itu supaya berundur dan pulang ke tanah air mereka. Malah, beliau berkata Malaysia sudah berlembut dengan memberi ruang secukupnya dalam beberapa siri rundingan dan kaedah diplomasi.

 “Saya mengingatkan kumpulan penceroboh yang memasuki negara ini agar tidak menuduh Malaysia tidak beri waktu dan ruang secukupnya kepada mereka untuk berundur dari negara ini. “Malaysia sudah banyak berlembut dengan cara rundingan dan diplomasi,” katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan Pergerakan Pemuda Malaysia Palestin di Jabatan Pertahanan Awam.
RED ALERT - Negara di serang pun masih lagi nak BERPOLITIK..............................





TERKINI! 2 ASKAR KITA TERKORBAN DI TANGAN GENG KIRAM?

Mesej Ringkas yang Editor Terima

“ALFATIHAH KEPADA G/17984 skuad 2/2006″ INSP ZULKIFLI MAMAT DAN SJN SABARUDIN DR UNIT 69 KOMANDO YG TELAH TERKORBAN SEMASA PERTEMPURAN DI LAHAD DATU. G/17984 skuad 2/2006″

Anggota yang meninggal dunia diserang mengunakan Mortar ketika sedang berkawal disalah satu pos di sekitar kawasan yang ditawan penceroboh.

HOUSE PK: Ini aku petik dari Suara Generasi Baru, aku tak tahu sahih atau tidak berita ni namun bend amacam ni takkan la orang nak main-main kan? Nampaknya puak Gila Sulu ni dah melampau, sekiranya benar berita ini maka mereka semua wajib dihalalkan!

KIT SIANG DAN TIAN CHUA BUKAN RAAYAT MALAYSIA!!!

Friday, March 1, 2013
Di sebalik usaha bersungguh-sungguh dari pihak berkuasa, khususnya polis untuk menghapuskan lanun-lanun Sulu yang cuba menakluk Lahad Datu selepas lanun-lanun berkenaan terpedaya dengan janji Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang bagaimanapun memperlekehkan usaha pasukan keselamatan. Bahkan dia mendakwa, kematian dua orang anggota polis yang telah terkena mortar lanun-lanun Sulu berkenaan, sebagai AMAT MEMALUKAN.

Bayangkanlah...

Seorang ahli politik veteran yang merupakan pencetus utama TRAGEDI BERDARAH 13 MEI 1969, sekali lagi memperlekehkan pihak polis dan kerja-kerja mulia yang mereka lakukan.

Kit Siang mencemuh kematian dua orang anggota polis tersebut yang menurutnya tidak seharusnya berlaku kerana PDRM menikmati pelbagai kemudahan serta logistik.


Manakala Naib Presiden PKR, Tian Chua pula lebih keterlaluan apabila menyatakan bahawa pertempuran di Lahad Datu itu merupakan satu lagi SANDIWARA UMNO dan BARISAN NASIONAL untuk menutup cerita KAD PENGENALAN BIRU dan PENDATANG ASING.

Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno.

“Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing.

“Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihannya,” kata Tian kepada Keadilan Daily.

Menurut laporan media Filipina hari ini, berlaku kejadian tembak menembak antara penceroboh dari Kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian.

Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa seperti dilapor ABS-CBNnews, 10 orang terbunuh dan empat yang lain cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

Menurut akhbar The Philippine Star, pihak berkuasa Malaysia yang memulakan serangan ke atas kubu penceroboh pagi ini.

Mengulas lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” katanya.(www.keadilandaily.com)
AMUKANMELAYU - peperangan terdahulu lebih mudah kerana kita MENGHALAU PENJAJAH, tapi peperangan DEMOKRASI adalah terlalu perit kerana kita berhadapan dengan BANGSA dan SAUDARA ISLAM sendiri.