Monday, 4 March 2013

Anwar Ibrahim : Kenapa Penik....




Kenapa Penik....relek la brooooo...............


ANWAR: SAYA BERSEDIA BERUNDING DENGAN MISUARI UTK ARAH UNDUR PENCEROBOH!!!
Sekarang adalah masa untuk setiap rakyat yang mengaku taat kepada negara untuk membuktikan kesetiaannya kepada negara. Sekarang bukan masanya untuk mengambil apa saja kesempatan dan peluang untuk meraih keuntungan politik dari malapetaka yang sedang berlaku di negara kita.

Sekarang adalah masa untuk berkorban demi negara, samada nyawa, jaringan hubungan, maklumat atau apa saja yang ada pada setiap warga. Sekarang bukan masanya untuk "mencuri kesempatan" menuding jari dan mempertikaikan setiap tindakan yang sedang diambil oleh kerajaan dalam menangani pencerobohan asing yang semakin ganas.

Sekarang anda pergilah cari "wawancara tergesa-tergesa" Anwar di youtube. Carilah sekarang, dan nilailah apa yang diperkatakannya berkaitan dengan pencerobohan Lahad Datu.

Penjelasan yang dibuat, jelas menunjukkan bahawa Anwar adalah seorang warganegara yang PALING TAK BERGUNA, TAHAP SAMPAH DAN SEORANG PEROSAK negara yang hanya memikir BAGAIMANA MAHU MENCURI KESEMPATAN di atas setiap apa saja situasi yang terjadi, walaupun kejadian itu membawa malapetaka kepada rakyat dan negara.

Sebagai rakyat dan sebagai seorang bertaraf pemimpin di negara ini, Anwar, walau dalam keadaan apa sekali pun "tidak wajar sama sekali mengambil peluang walau sekelumit" dari isu pencerobohan asing demi politik. Apatah lagi 7 nyawa anggota keselamatan sudah menjadi korban. Serangan hendap yang berterusan oleh penceroboh memungkinkan lebih banyak korban akan berlaku di pihak anggota keselamatan negara.

Dari wawancara yang di upload di youtube, jelas setiap kenyataan yang dibuatnya adalah semata-mata bertujuan untuk menambah lagi bebanan dan tekanan sediada yang sedang dihadapi oleh kerajaan.

Seorang yang WARAS tidak akan mencari peluang dalam situasi kritikal begini dengan cubaan mempertikai setiap langkah dan keputusan yang diambil oleh kerajaan dalam menangani pencerobohan ini.

Tetapi, Anwar tanpa maruah dan tanpa ada perasaan tanggungjawab kepada negara, tanpa berlengah terus menuding jari kepada Menteri Dalam Negeri dengan mempertikaikan bagaimana pihak penceroboh begitu mudah masuk menceroboh sempadan negara.

Anwar sudah pasti tidak mempunyai akses langsung terhadap sebarang maklumat dan strategi pihak keselamatan negara. Tanpa asas dan pengetahuan sebenar tentang isu ini, Anwar terus memperlekehkan cara pihak kerajaan mengendalikan krisis ini. Anwar cuba memneri gambaran keoada rakyat kononnya proses penyelesaian melalui rundingan yang dijalankan adalah salah dan tidak tepat.

Kenapa Anwar begitu obses dengan pendekatan yang dilakukan pihak keselamatan, seolah-olah dia ada cara lebih baik untuk mengendalikan isu ini?

Jika Anwar seorang yang WARAS, dia tidak akan sekali-kali mengambil kesempatan dalam keadaan sebegini kritikal untuk bersuara dan memberitahu dunia bahawa pihak kerajaan (secara khusus dia tetap cuba menyebut UMNO) telah gagal mengendalikan krisis pencerobohan asing, walhal satu dunia tahu proses dan strategi kearah menamatkan pencerobohan ini sedang berlangsung.

Jika Anwar ada "lampu aladin" kenapa tidak berikan segera bantuan kepada kerajaan untuk menyelamatkan kedaulatan negara ini secepat mungkin. Bukankah kedaulatan dan keselamatan negara ini juga adalah tanggungjawab setiap rakyat?

Apa perlunya Anwar tiba-tiba menuduh Musa Aman dan Anifah Aman kononnya menyelewengkan dana lebih dari RM900 juta yang melibatkan 15,000 rakyat sulu di dalam wawancara yang membincangkan soal pencerobohan asing?

Benar atau tidak bukan persoalannya dalam isu pencerobohan ini. Ia tidak kena mengena langsung. Apatah lagi jika isu itu tidak pernah dibuktikan dan ia hanyalah tuduhan tanpa bukti yang sudah menjadi amalan lazim Anwar.

Tindakan berniat jahat Anwar cuba mengaitkan sesuatu yang tidak relevan dengan isu, jelas bertujuan untuk mengambil kesempatan mengeruhkan lagi suasana dan berniat merosakkan reputasi pimpinan UMNO di Sabah. Tidakkah tindakan Anwar ini bermaksud untuk mengambil kesempatan politik?

Jika Anwar mempunyai sifat sebagai seorang negarawan dan pemimpin kepada negara, ANWAR SEPATUTNYA SUDAH MENGUMUMKAN KEPADA SELURUH RAKYAT DAN KERAJAAN NEGARA INI bahawa dia BERSEDIA UNTUK MEMANAFAATKAN SEPENUHNYA HUBUNGAN INTIMNYA DENGAN NUR MISUARI untuk bersama-sama dengan kerajaan untuk menamatkan segera krisis dan pencerobohan asing yang berlaku.

Apatah lagi, sudah jelas dilihat di dalam gambar-gambar di lokasi Kg Tanduo, "komander kanan" Nur Misuari juga turut berada bersama kumpulan penceroboh yang diketuai oleh adinda Sultan Kiram III .

Penglibatan Komander Kanan Nur Misuari dalam misi pencerobohan ini, jelas membuktikan terdapatnya kerjasama sulit di antara Nur Misuari dan Sultan Kiram III!!

Tidak boleh ditolak juga kemungkinan "Tentera DiRaja Sulu" yang tiba-tiba muncul ini adalah tentera dipinjamkan oleh Nur Misuari sebagai tektik "camouflage" Nur Misuari untuk mengelirukan dunia.

Sekarang, sebagai rakyat Malaysia yang taat, marilah kita sama-sama MENCABAR, MENDESAK DAN MERAYU Anwar "mengambil kesempatan" dari hubungan istimewanya dengan Nur Misuari supaya "tolong runding" segera dengan Sultan Kiram III dan ditamatkan serta-merta pencerobohan ini. by Kamarulzaman Kamdias

AMUKANMELAYU - kalau tak salah janganlah takut.....janganlah tutup mulut rakyat dengan saman, ini soal keselamatan negara dan bukan lagi soal nak ke Putrajaya.....nampak sangan penik.