Sunday, 3 March 2013

GILA KUASA - TANGAN YANG MENGANGKAT TAKBIR BERLUMURAN DENGAN DARAH SAUDARA SENDIRI


Tiada belas kasihan!!!!!....................


Menurut sumber  yang berada di Bandar Semporna,Seorang pegawai dan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah, Sabtu.
Insiden  di lokasi tersebut telah mengorbankan 5 anggota polis berlaku dengan amat kejam, mereka telah bergegas ke lokasi kerana mendapat laporan kononnya terhadap sekumpulan lelaki bersenjata api,Tiba ditempat kejadian, Anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri,seorang ditembak tepat dikepala manakala 3 orang lagi ditembak dengan menggunakan mesingan. Seorang lagi pada ketika itu dijadikan tembusan dan berakhir dengan kepalanya dipenggal.
Kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan dua anggota kumpulan bersenjata terbabit terbunuh.
Kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu..
Kenapa sehingga sekarang perintah berkurung tidak dikeluarkan? Pisau berharap pihak KDN jangan terlambat dalam membuat keputusan.Perintah berkurung harus dikuat kuasakan serta merta untuk mengekang kumpulan pengganas ini.
Kenapa risikan Filipina kaitkan Anwar  dengan Nur Misuari, Kita perlu fahami tawaran yang dibuat oleh pemimpin pakatan kepada kumpulan ini . Anwar hanya perlu memainkan jarum dan membuat beberapa tawaran kepada Misuari kerana melihat perjanjian damai yang dipelopori oleh kerajaan Malaysia sudah pasti tidak menguntungkan Nur Misuari yang mahukan wilayah yang merdeka.
Adalah tidak mengejutkan jika sebelum ini pihak keselamatan negera dilihat cuba berkompromi dan tidak mahu sebarang pertumpahan darah kerana kerajaan harus mengambil kira sebarang konflik yang berlaku pasti akan merebak dan sukar dikawal tawaran yang dibuat oleh pemimpin pakatan kepada MNLF memang sukar ditolak memandangkan perjanjian yang dibuat oleh MILF dengan kerajaan Filipina dilihat membelakangkan kepentingan perjuangan Nur Misuari dan MNLF.



Latar belakang  konflik :
Berikut adalah laporan tentang perhimpunan yang amat penting bagi Tausug khususnya dan kaum-kaum Muslimin (Moro) Mindanao umumnya iaitu Perhimpunan MNLF (Moro National Liberation Front) di Davao serta memberikan jalan keluar buat Malaysia sebagai broker perjanjian damai ini agar boleh pula mendamaikan MNLF samada memujuk dengan berkongsi kuasa atau bergilir dalam mentadbir BANGSAMORO Autonomy tersebut.
Laporan pertama ialah dari laporan bergambar dari Facebook MNLF yang di paparkan dibawah.
The 17th MNLF Grand Summit Gathering, Davao Crocodile Park 2012
“THOUSANDS OF MNLF COMING FROM ALL OVER MINDANAO GATHERED AT DAVAO TO RAISE ONE VOICE UNDER THE LEADERSHIP OF THE LEGITIMATE BANGSAMORO REPRESENTATIVE MNLF CHAIRMAN NUR MISUARI”


Laporan dalam akhbar tempatan meletakkan tajuk “Jangan Memperkecilkan Nur Misuari!” ini menunjukkan bahawa Nur Misuari tidak bersetuju dengan pelan damai yang ditandatangani antara MILF (Moro Islamic Liberation Front) dengan GPH (Government of the Philippines). Perhimpunan MNLF ini sangat jelas sebagai perhimpunan protes dari pihak MNLF yang dipimpin Nur Misuari terhadap perjanjian damai tersebut yang bukan sahaja menganggap MILF sebagai kumpulan bersenjata picisan malah dianggap sebagai kumpulan pengkhianat.
Kerana ketika MNLF menandatangani Perjanjian Damai Autonomy pada tahun 1996, suku kaum Maranao-Maguindanao yang sebelumnya menyertai angkatan bersenjata MNLF telah berpakat keluar dari MNLF dengan menubuhkan MILF pula, dengan alasan mereka tidak mahu Autonomi tetapi kemerdekaan sebagaimana perjuangan awal. Tiba-tiba hari ini MILF pula yang mengikut jejak MNLF berdamai dengan SANGGUP menerima kerakyatan Filipina, bukan kemerdekaan negara Islam Moro seperti yang mereka laungkan.
Barangkali inilah punca kemarahan utama MNLF terhadap saudara mereka dari kumpulan MILF ini. Iaitu cakap tak serupa bikin, beriya-iya nak teruskan peperangan dengan menentang perjanjian damai MNLF 1996 tapi akhirnya MILF sendiri  yang terpaksa menelan segala cakap besarnya terhadap MNLF pada 1996 lalu.


Salah satu dari kemarahan MNLF ialah perjanjian damai yang dimeterai MILF dengan Filipina itu secara automatik telah membatalkan segala perjanjian damai 1996 oleh Nur Misuari yang mewakili MNLF dengan Filipina. Sejak tahun 1996 Nur Misuari menunggu agar perjanjian damainya itu dilaksanakan oleh Filipina tapi malangnya bukan sahaja tidak dilaksanakan oleh Filipina segala fasa dalam perjanjian tersebut malah Filipina bertindak dengan bantuan Malaysia menutupi perjanjian MNLF 1996 itu dengan perjanjian baru MILF-Filipina ini.
Gambarannya seperti satu syarikat pemaju hartanah telah menandatangani perjanjian dengan Syarikat A untuk pemajakan bangunan BLOK M, tiba-tiba pemaju ini telah bertindak memajakkan blok bangunan yang sama kepada Syarikat B pula. Bila Syarikat A tahu kerja khianat pemaju tersebut maka sudah sewajarnya syarikat A akan marah dan pasti akan lakukan tindakan yang difikirkannya perlu agar pihak pemaju mematuhi perjanjian pajakan AWAL.
Sekarang Syarikat A (MNLF) ini bukan sahaja marah kepada Pemaju (Filipina) malah turut marah kepada Syarikat B (MILF) yang ketika dulu adalah rakan kongsinya. Kemarahan Syarikat A ini turut diarahkan kepada PEMAJU dari luar (Malaysia) yang tanpa rasa bertanggungjawab telah menyokong tindakan Pemaju (Filipina) sehingga membolehkan Syarikat B (MILF) itu mendapat konsesi pajakan bangunan Blok M (Moro).
Apapun alasan Filipina untuk menafikan hak MNLF sebagai pemeterai perjanjian lebih awal ia nyata sekali tidak boleh diterima samada oleh Nur Misuari mahupun ahli-ahli MNLF sendiri. Di Malaysia, siaran TV tempatan telah melaporkan betapa Malaysia begitu bertuah menjadi ajen pendamai Nusantara sehingga mendapat pujian Ulama’ Arab (Syeikh Yusuf Al-Qaradawi) tanpa menyedari bahawa ia bukannya keamanan yang menjadi TOKEN kepada kejayaan Malaysia itu, sebaliknya akan menjadi bibit perang saudara sebagaimana yang digambarkan oleh Nur Misuari sendiri. Sekiranya Malaysia berterusan MENUTUP MATA terhadap keadaan sebenar Sulu dan Mindanao itu, dikhuatiri masalah ini akan menular sampai menyentuh kes Sabah.

 

Nur Misuari Di Peralatkan Untuk Menumbangkan Najib

Baca kenyataan Nur Misuari sebelum kejadian tersebut berlaku.

Disebalik kebuntuan di minggu kedua Militan Sulu hadir di Lahad Datu dengan dikelilingi oleh pasukan keselamatan Malaysia, Nur Misuari dengan cepat telah mengeluarkan ancaman dengan berkata,

‘’JIKA SETITIK DARAH DITUMPAHKAN, MAKA KITA AKAN DIPAKSA UNTUK DATANG MEMBANTU MEREKA”
Nur Misuari juga telah berkata seperti berikut,

‘‘INI HARUS DIKENDALIKAN OLEH PEMIMPIN ‘COOLER HEAD‘ , LEBIH BAIKTUNGGU PILIHANRAYA UMUM MALAYSIA UNTUK LIHAT SIAPA YANG AKAN MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG BARU‘‘

Siapakah Pemimpin ‘Cooler Head‘ yang Nur Misuari maksudkan itu? Tidak lain dan tidak bukan adalah kawan lama beliau, Anwar Ibrahim...!

IA TELAH DILAPORKAN OLEH REUTERS DAN DISAHKAN OLEH SUMBER TENTERA FILIPINA BAHAWA ANWAR TELAH BERKUNJUNG KE FILIPINA DAN MENGADAKAN PERTEMUAN DENGAN NUR MISUARI UNTUK MEMBINCANGKAN TUNTUTAN KE ATAS SABAH, BEBERAPA BULAN SEBELUM INSIDEN LAHAD DATU BERLAKU (sila rujuk posting Web sebelum ini bertajuk ‘Nur Misuari Back On Jolo, Amid New Fighting’ sumber dari Wikileaks).

Nur Misuari juga telah dipinggirkan oleh MNLF dan membantah rangka kerja perjanjian antara Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dengan kerajaan Filipina, yang ditandatangan baru-baru ini. Baca artikel dibawah cerita lanjut.





Republik atau autonomi

DUNIA dikejutkan dengan laporan Manila Times pada 4 Mei 2012 lalu bahawa Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mengisytiharkan penubuhan Republik Bangsamoro dengan pengerusinya Nur Misuari sebagai presiden.
Perisytiharan itu dibuat melalui resolusi kongres MNLF yang menggesa kepimpinannya menggugurkan perjuangan menuntut autonomi, sebaliknya kembali kepada perjuangan asal untuk kemerdekaan.
MNLF sejak penubuhannya pada tahun 1972 sememangnya memperjuangkan negara merdeka Bangsamoro di Pulau Mindanao, Filipina.
Pada tahun 1996, MNLF terima persetujuan penubuhan Wilayah Autonomi Muslim Mindanao (ARMM) dengan Misuari selaku gabenor.
Perisytiharan itu menarik perhatian negara-negara Asia Tenggara yang telah menyaksikan perjuangan pemisahan di banyak tempat di rantau ini.
Indonesia yang telah kehilangan Timor Timur menyaksikan usaha pemisahan wilayah di Acheh, Irian Papua, Maluku Selatan, Sulawesi Timur dan Riau. Sementara media Thailand menimbulkan semula soal pemisahan Pattani apabila berlaku satu letupan di selatan.
Kecuali dalam soal Timor Timur, kerajaan-kerajaan ASEAN menolak sebarang usaha pemisahan kerana ia hanya menimbulkan suasana ketidakstabilan di rantau ini dan merugikan semua pihak.
Perisytiharan itu hanya mengeruhkan suasana politik rantau ini. Sejak MNLF memilih untuk autonomi, perjuangan kemerdekaan Bangsamoro di Mindanao diteruskan oleh Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) dan kumpulan Abu Sayyaf.
Perisytiharan itu menimbulkan kegelisahan di Manila yang sedang berhadapan dengan krisis politik antara Presiden Gloria Macapagal-Arroyo dan pengikut-pengikut bekas Presiden, Joseph Estrada.
Malah sentimen di Manila menyifatkan MNLF sedang menangguk di air keruh.
Dari segi undang-undang, perisytiharan itu bersifat hasutan dan Misuari boleh ditangkap.
Namun begitu, pada Isnin lalu, dalam wawancara dengan radio dari Zamboanga, Misuari menafikan dia mengisytiharkan sebuah Republik Bangsamoro dengan dirinya sebagai presiden.
Beliau hanya menegaskan bahawa MNLF “tetap teguh dalam tuntutan bagi suatu autonomi politik yang adil”.
Walaupun ARMM sudah memperoleh autonomi tetapi ia dianggap tidak sempurna dan adil.
Menurut Misuari, perisytiharan yang dilaporkan itu hanyalah sebahagian daripada resolusi yang dikemukakan oleh sayap pemuda kepada Kongres Rakyat Bangsamoro Keempat (BPNC) “supaya isu itu terus hidup bagi memastikan kerajaan memegang pada janjinya.”
Menurutnya, tuntutan MNLF terkandung dalam persetujuan dengan kerajaan-kerajaan pimpinan bekas Presiden Filipina, Ferdinand Marcos, Corazon Aquino, Fidel Ramos dan Estrada.
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) hanya mengiktiraf autonomi dan bukannya republik merdeka.
Manila Times juga melaporkan penjelasan pengerusi jawatankuasa penerangan MNLF, Ibrahim Omar yang menyatakan bahawa ia hanya merupakan suatu usul yang mana belum ada tindakan daripada jawatankuasa pusat MNLF.
MNLF perlu mengkaji, memberi persetujuan sebelum diambil tindakan, kata Omar.
Menurutnya, kongres MNLF itu menyetujui perisytiharan sebuah kerajaan sementara dengan Misuari sebagai presiden pertama.
Persidangan itu juga meluluskan beberapa resolusi yang dikemukakan oleh badan-badan profesional, pemuda, wanita dan ulama mengisytiharkan Misuari sebagai presiden Bangsamoro.
Menurut laporan awal, kongres yang diadakan di sebuah kampung pergunungan, Cabatangan dengan kehadiran 2,000 perwakilan.
Dalam kongres itu, Misuari dikatakan turut mengajak MILF menyertai kembali MNLF “kerana tidak ada sebab bagi kita untuk tidak bersatu”.
MILF pimpinan Salamat Ali merupakan serpihan kepada MNLF. Ketika mana MNLF menekankan soal kebangsaan, MILF lebih cenderung kepada sentimen Islam. Dari segi politik, perpecahan itu adalah lebih kepada penolakan sebahagian daripada pejuang Moro kepada pimpinan MNLF. Mereka juga menolak dasar damai dan proautonomi MNLF.
Republik Bangsamoro yang dinyatakan itu meliputi 13 wilayah dan sembilan bandar raya di Filipina selatan atas alasan bahawa Manila gagal mematuhi persetujuan yang mereka tandatangan pada tahun 1996.
Menurut penganalisis, perkembangan ini lebih mencerminkan kepada pergolakan politik dalam MNLF.
Suatu usaha oleh sekumpulan pemimpin MNLF yang dikenali sebagai Majlis 15 untuk menggulingkan Misuari sedang dilakukan apabila mereka cuba menaikkan kedudukan gabenor itu kepada kedudukan pengerusi kehormat, suatu jawatan terhormat tetapi tidak ada kuasa.
Untuk mematahkan kongres di Zamboanga itu, sekumpulan lain kumpulan pemimpin MNLF mengadakan mesyuarat berasingan dan sulit di Hotel Manor, Manila bagi mengeluarkan dokuman menaikkan pangkat Misuari.
Demikian menurut Mahendra A. Madjilon, ketua Biro Penerangan Awam ARMM.
Menurut Madjilon, dalam kongres itu, ahli-ahli jawatankuasa pusat MNLF mengulangi sokongan padu, kesetiaan dan kepatuhan kepada kepimpinan Misuari “sebagai pemimpin MNLF dan Revolusi Bangsamoro.”
Madjilon juga berkata Misuari mengingatkan bahawa perjuangan bagi penubuhan Republik Bangsamoro haruslah dilakukan secara aman, diplomatik dan mengikut undang-undang.
Sementara itu, bekas ketua propaganda MNLF, Hadji Ahmad Bayam berkata, persaingan antara pemimpin-pemimpin kanan MNLF telah lama berlaku dan ini merupakan pendorong kepada usul kepada usaha penubuhan Republik Bangsamoro.
Bayam yang kini bertugas dengan Pejabat Penasihat Presiden Filipina mengenai ehwal politik menegaskan bahawa usul itu bercanggah dengan persetujuan damai yang ditandatangani oleh MNLF dan kerajaan Manila.
Persetujuan itu telah mengikat MNLF dan sukar bagi pemimpin-pemimpinnya untuk kembali kepada perjuangan menuntut kemerdekaan.
Bekas ketua peguam MNLF, Macapanton Abbas Jr berpendapat kemungkinan akan berlaku penyingkiran oleh Misuari ke atas pemimpin-pemimpin yang menentangnya. Menurutnya, ia boleh menjadi berlaku rombakan besar ke atas MNLF, malah boleh berlaku pembunuhan.
Bagaimanapun, menurut jurucakap dan penasihat kanan MNLF, Absalom G. Cerveza kongres itu pada mulanya hanya dipanggil untuk berbincang tentang pendirian yang perlu diambil oleh organisasi terhadap mesyuarat tiga pihak akan datang yang terdiri daripada kerajaan, OIC dan MNLF.
Ia juga bercadang untuk membincangkan jangka waktu baru bagi pelaksanaan persetujuan damai yang ditandatangani oleh kerajaan dan MNLF pada 2 September 1996.
Menurut Cerveza, pemimpin-pemimpin MNLF juga terkejut apabila perwakilan meluluskan usul MNLF untuk menggugurkan perjuangan autonomi dan kembali menuntut kemerdekaan secara demokratik dan aman.
Perwakilan juga, menurut Cerveza meminta MNLF sebagai wakil tunggal Bangsamoro mengemukakan satu petisyen kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut kemerdekaan.
Menurutnya, perisytiharan kemerdekaan itu tidak menghasut kerana Piagam PBB menjamin hak rakyat di mana-mana wilayah dunia untuk menentukan nasib kenegaraan mereka sendiri.
Menurut wakil tetap MNLF ke OIC, Dr. Abdurrahman Amin, tuntutan untuk kemerdekaan timbul kerana kerajaan gagal melaksanakan peruntukan yang terkandung dalam persetujuan damai 1996.
“Cukuplah,” kata Amin, “Kita telah menunggu sangat lama. Rakyat kita terpinggir, tanah kita telah menjadi medan perang dan keseluruahnnya hampir musnah.”
Namun begitu, Ketua Ehwal Luar MNLF yang merupakan salah seorang penentangnya, Dr. Parouk Hussein menyatakan bahawa perisytiharan kemerdekaan itu adalah hasutan dan kerajaan patut menangkap Misuari.
Perkembangan ini bertambah merumitkan suasana politik Filipina. Bukan saja Manila menghadapi pertembungan antara Arroyo dan Estrada tetapi presiden itu juga sedang dalam rundingan dengan pihak komunis.
Ketika perisytiharan itu dibuat, satu pertembungan berlaku pada Hari Buruh di mana penyokong-penyokong Estrada mengepung Istana Malacanang untuk menggulingkan Arroyo. Pertembungan itu berakhir dengan kematian enam orang dan mencederakan ratusan yang lain.
Namun begitu, kerajaan Arroyo mengambil berat tentang perkembangan MNLF ini. Pada Ahad lalu, Setiausaha Rendah Filipina, Jesus Dureza yang ditugaskan sebagai pembantu presiden tentang ehwal wilayah Mindanao Selatan telah menemui Misuari. Namun begitu, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
Perkembangan MNLF ini tidak menyumbang kepada kestabilan rantau Asia Tenggara dan ia mengesampingkan perhatian daripada isu sebenar rakyat iaitu ekonomi dan pembangunan.
Tetapi Misuari selaku pemimpin yang berpengalaman dan pragmatik tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menjerumuskan kembali rakyatnya dalam kancah peperangan dan kesusahan.
Selain daripada soal politik di Manila, masalah Filipina ini juga merupakan limpahan daripada kegawatan ekonomi di rantau ini. Walaupun Filipina tidak terjejas secara langsung tetapi akibat kegawatan itu, pelaburan dari negara-negara lain termasuk yang dirancang untuk Mindanao tidak dapat diteruskan.


AMUKANMELAYU - tangan yang mengankat TAKBIR setiap waktu dengan mengadap KIBLAT berlumuran dengan DARAH SAUDARA SENDIRI.......perjuangan apakah ini?