Monday, 1 April 2013

APABILA ULAMAK MEMBUAT FITNAH


MULANYA DI SINI

1. Saya ingin mengingatkan saudara Khairulfahmi, bahawa beliau boleh menyaman Utusan Malaysia, tetapi jangan lupa UMNO juga boleh menyaman beliau kerana jelas memfitnah parti tersebut.
2. Bandingan yang beliau tulis amat jelas keterlaluan dan tidak masuk akal. Bahkan Ketua Dewan Ulama PAS, Harun Taib juga tidak setuju dengan perbandingan atau kiasan seperti itu.
3. Khairulfahmi jangan lupa, bahawa PAS memang besar dalam PRU yang lalu bukan kerana undi daripada ahli parti itu semata-mata. Sebaliknya, terdapat sejumlah besar ahli UMNO yang membuang undi rosak dan memangkah parti tersebut. Menuduh/memfitnah UMNO (maksudnya ahli-ahli UMNO) menyebabkan PAS semakin hilang undi dalam kalangan ahli UMNO yang bersimpati atau tertarik dengan perjuangan mereka. PAS jangan mimpi menang besar tanpa adanya undi sabotaj daripada ahli-ahli UMNO sendiri. So, nasihat saya jaga mulut tu..jangan busuk sangat.
4. UMNO atau ahli-ahli UMNO tidak pernah menzalimi saudara Khairulfahmi, tidak ada satu video lucah pun dikaitkan dengan saudara. Mengapa saudara tergamak membuat fitnah terhadap UMNO? 
5. Allah pasti melindungi Rasulnya daripada sebarang keaiban dan fitnah, dan kiasan seperti di atas langsung tidak kena tempatnya dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana musuh utama Rasulullah, termasuk Abu Lahab dan Abu Jahal.

'Setiap orang ada persepsi sendiri'
HASLINA KAMALUDIN & SITI NURSYAHIDAH ABU BAKAR
31 Mac 2013
Kenyataan Khairul Fahmi Matsom
Kenyataan Khairul Fahmi yang mengundang kontroversi.
SHAH ALAM - Penolong Setiausaha I Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som mengakui kenyataan mengenai 'video seks Nabi' yang dipapar menerusi Twitternya 27 Mac lalu adalah kenyataannya sendiri.

"Itu kenyataan saya sendiri. Tidak, (akaun Twitter) bukan diceroboh," katanya.

Ditanya mengapa beliau buat kenyataan sedemikian yang diketahui boleh mengundang kontroversi malah dituduh menghina Nabi, sambil tertawa, Khairul Fahmi berkata, "Tunggu saja nanti, sekarang saya tak mahu cakap apa-apa lagi. Setiap orang ada persepsi sendiri, setiap yang berlaku pasti ada sebab."

Pemimpin Pemuda Pas itu juga hanya berkata, "Terpulang kepada siapa yang membaca".

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Harun Taib berkata, kenyataan Khairul Fahmi mungkin merujuk kepada sikap Umno yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengatasi musuhnya.

“Benda ini (video seks) tidak wujud dan adalah mustahil untuk Baginda melakukannya. Mungkin perbandingan yang dibuat hanya untuk menunjukkan betapa teruknya Umno.

“Mereka sanggup keluar video tidak baik orang tidak bersalah. Jika Umno wujud pada zaman Rasulullah, mungkin mereka akan buat perkara itu,” katanya.

Harun mengakui tindakan Khairul Fahmi membuat perbandingan dengan Rasulullah SAW kurang sesuai.

Sementara itu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, beliau belum lihat kenyataan pemimpin muda Pas itu dan atas sebab itu tidak wajar baginya untuk beri ulasan.


'VIDEO TERLARANG NABI SAW' - RESPONS KETUA DEWAN PAS KEPADA KECELUPARAN PEMUDA PAS!

Inilah masaalahnya apabila negara mempunyai barisan ahli politik pelapis yang celupar mulut dan menggunakan kepala lutut untuk berfikir.


Dan keceluparan itu beliau sambut dengan ketawa seolah-olah tanpa rasa bersalah!

Di bawah adalah respons Pemuda PAS yang bertweet 'Kalau Nabi Muhammad saw masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan...'
Penolong Setiausaha I Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som mengakui kenyataan mengenai 'video seks Nabi' yang dipapar menerusi Twitternya 27 Mac lalu adalah kenyataannya sendiri. 
 

"Itu kenyataan saya sendiri. Tidak, (akaun Twitter) bukan diceroboh," katanya. 
Ditanya mengapa beliau buat kenyataan sedemikian yang diketahui boleh mengundang kontroversi malah dituduh menghina Nabi, sambil tertawa, Khairul Fahmi berkata, "Tunggu saja nanti, sekarang saya tak mahu cakap apa-apa lagi. Setiap orang ada persepsi sendiri, setiap yang berlaku pasti ada sebab." 
Pemimpin Pemuda Pas itu juga hanya berkata, "Terpulang kepada siapa yang membaca". 
Sementara itu, Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Harun Taib berkata, kenyataan Khairul Fahmi mungkin merujuk kepada sikap Umno yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mengatasi musuhnya. 
“Benda ini (video seks) tidak wujud dan adalah mustahil untuk Baginda melakukannya. Mungkin perbandingan yang dibuat hanya untuk menunjukkan betapa teruknya Umno. 
“Mereka sanggup keluar video tidak baik orang tidak bersalah. Jika Umno wujud pada zaman Rasulullah, mungkin mereka akan buat perkara itu,” katanya. 
Harun mengakui tindakan Khairul Fahmi membuat perbandingan dengan Rasulullah SAW kurang sesuai. - SH
Ketua Dewan PAS mengaku kebangangan Pemuda PAS itu. Dan tidak perlulah menegak benang yang basah lagi.

Inilah diantara ajaran sesat parti PAS yang perlu dibendung dan PRU13 adalah ketika terbaik untuk menolak parti itu.

Sunday, March 31, 2013

Memang betul, kalau Umno wujud di zaman Nabi Muhammad, Bagindalah sasaran utama kejahatan parti itu

Terbaca berita bertajuk "'Setiap orang ada persepsi sendiri'".

Dipertikaikan tulisan Penolong Setiausaha I Pemuda Pas, Khairul Fahmi Mat Som dalam twitter seperti berikut: "Kalau nabi Muhammad saw masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun Umno akan keluarkan...... Jahanam Umno".

Bagi saya, tidak ada apa yang salah dengan tulisan Khairul Fahmi. Beliau tidak perlu bersikap defensif.

Khairul Fahmi telah memberikan gambaran yang sangat tepat mengenai kelaku jahat Umno. Rezeki dialah dia dapat ilham itu. Kalau boleh, saya nak sayalah yang tulis begitu.

Memang, kalau Umno wujud di zaman Nabi, tentulah Baginda menjadi orang yang paling teruk dihina dan dimalukan oleh parti itu.

Dengan begitu tepat dan jitu Khairul Fahmi menjelaskan kepada kita betapa tidak berbezanya Umno dengan syaitan.

Tak payahlah Umno nak kalih-halih isu kononnya budak itu menghina Nabi yang suci. Tulisan itu jelas memamaparkan kejahatan Umno dengan begitu sempurna. Bukan nabi yang beliau hina.

Kalau Umno bangang dan tak faham bahasa, parti itu jangan ingat orang lain pun bangang jugak. 


TERLEBIH LAJAK DARI DAYUNG, perahu tak dapat di kemudi lagi.............................

Posted by MPP On Isnin, 1 April 2013 0 comments

Setelah beberapa laporan Polis dibuat kerana kenyataan mamat Pas ni yang disifatkan menghina Nabi Muhammad SAW.., hari ni mamat ni tampil membuat kenyataan bahawa kenyataan dia sebenarnya telah disalah ertikan..

Menurut mamat Pas tersebut.., dia sebenarnya tak berniat nak hina Nabi.., tapi sebenarnya dia maki Umno dan BN je.. So janganlah tuduh beliau menghina Nabi kerana sesungguhnya hati dia suci dan tulus dari melakukan perkara-perkara tersebut..

Korang baca je lah kenyataan media mamat Pas tu dibawah ni.. Nilaikan lah sendiri sama ada mamat Pas tu kaki kelentong atau memang dia secara semulajadi Bangang!!


Kenyataan Media

Tweet saya pada tarikh 26 Mac 2013 : “Kalau Nabi Muhammad saw masih hidup sekarang ni, mungkin video seks Baginda pun UMNO akan keluarkan......jahanam UMNO” telah menarik perhatian banyak pihak termasuk media cetak dan elektronik. Saya didakwa telah menghina Junjungan Nabi SAW.

Budaya fitnah politik sehingga menyabitkan skandal seks pemimpin merupakan perbuatan golongan munafik. Perkara ini telah berlaku sejak dahulu lagi. Isteri Baginda yang suci pernah difitnah berzina menyebabkan Baginda sekeluarga telah menanggung kesusahan dan aib sehingga Allah membersihkannya semula.

Membaca cerita golongan munafik agama zaman Baginda yang tidak mengenal erti suci dan maruah diri hatta terhadap Nabi yang maksum inilah yang mendorong saya meyakini bahawa budaya politik porno adalah kerja musuh agama bukan hanya musuh dalam politik.

Tiada bezanya perangai munafik dahulu dan kini. Senjata mereka adalah sama. Fitnah yang MELAMPAU.

Saya menegaskan bahawa saya tidak menghina Junjungan Nabi SAW. Tweet saya telah ditafsirkan secara salah terutamanya oleh akhbar UTUSAN MALAYSIA. Apa yang menjadi fokus sebenarnya dalam tweet saya adalah UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri.

Tekanan yang mereka hadapi bilamana ramai rakyat telah benci dan menolak mereka. Mereka merasakan kesukaran untuk mengekalkan kuasa yang sedang mereka punyai sekarang ini. PRU ke 13 sesuatu yang menakutkan mereka. Justeru mereka akan sanggup melakukan apa saja untuk mengekalkan kuasa yang ada.

UMNO dan Barisan Nasional telah banyak melakukan perkara yang hina demi kelangsungan politik mereka. Hina, fitnah, mengaibkan, rasuah, zalim, politik samseng dan banyak lagi telah menjadi amalan. Pelbagai pihak termasuk kawan apatah lagi musuh politik mereka telah menjadi mangsa.

Saya ingin menegaskan bahawa UMNO dan Barisan Nasional bersedia melakukan apa jua termasuk yang tidak terjangkau oleh akal pemikiran kita. Video seks dan cerita skandal pimpinan pakatan rakyat merupakan modal terkini yang mereka usahakan. Ini satu tindakan yang HINA dan JIJIK. Jauh bertentangan dengan nilai-nilai ISLAM dan moral yang murni.

Maka dengan ini saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak menghina Nabi SAW, tetapi yang hina sebenarnya adalah UMNO dan Barisan Nasional.

Tulisan saya jelas, penuh ingatan dengan harapan agar rakyat Malaysia menjauhi politik fitnah porno yang menjadi senjata UMNO dan Barisan Nasional membunuh musuh politik mereka. Saya amat jelas menginsafi kesucian Nabi dan jemgkel terhadap terhadap perangai golongan MUNAFIK yang hidup bersama Baginda. Ancaman dan azab keras daripada Allah (hukum HUDUD) jelas tidak menghalang mereka untuk terus MEMFITNAH..

Khairulfahmi Matsom
1 April 2013
AMUKANMELAYU - apabila PARTI di letakan MENDAHULUI Islam, maka inilah yang akan terjadi dan para penghujah pula merasakan PENDAPAT mereka saja yang betul, ianya akan menjadi semakin PARAH. Apa kata MAJLIS FATWA dan Dewan Syuro Ulamak PAS?