Monday, 1 April 2013

Nepotisme - YES IT IS TRUE

Dinasti Keluarga Gila Kuasa


KERANA KUASA - Hampir kesemua keluarga Zulfikar Ali Bhutto di bunuh

Amalan Nepotisme dan Kroni: Kalau BN tak boleh, Kalau PR jangan bimbang. Kalau dahulu, habis satu Malaysia dihebahkan UMNO dan Barisan Nasional mengamalkan Nepotisme, hari ini bagai meludah ke muka sendiri, kalau boleh semua ahli keluarga diangkut masuk kedalam kapal pakatan yang bakal karam sedikit masa lagi.

Undilah Keluarga Besar Kami


Fakta benar tapi MACAI kata tipu, dalam keluarga Najib, hanya beliau seorang yang terlibat dalam politik, isteri dan anak-anak beliau langsung tidak menjawat apa-apa jawatan dalam parti... Legasi ini datangnya dari Tun Mahathir, ketika beliau dalam UMNO, Tun melarang anak-anak beliau menyertai politik walaupun anak-anak beliau semuanya layak dan berketerampilan. Hanya selepas Tun bersara barulah anak Tun menceburi politik.

Lain pula kisahnya dengan Pakatan Pembangkang, lihat saja dalam PKR, Anwar Ibrahim adalah de facto dan pengasas PKR, Wan Azizah pula presiden sementara Nurul Izzah Anwar, naib presiden parti dan terbaru, Nurul Nuha Anwar bakal menjadi calon dalam PRU 13 ini. Inilah salah satu keajaiban dunia yang ada di Malaysia.

Begitu juga dengan PAS dan DAP, bapa, anak, menantu, semuanya disumbat ke dalam bahtera mereka. Untungnya jika ada keluarga menjadi pemimpin dalam pembangkang, muda-muda pun boleh tangkap muat jadi calon. Itulah dinasti anak beranak versi Pembangkang. MACAI ada yang kisah?

Dinasti Gila Kuasa
Kroni diutamakan
It's all about business