Monday, 20 May 2013

MAS Selamatkan Penumpang Yang Dianiaya Air Asia

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF AIR ASIA-X  RESIS DAN DURHAKA 


"Saya anti perkauman.. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan"...Itulah kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif Air Asia-X, seorang berbangsa Melayu, Azran Osman Rani meluahkan isi hatinya secara jujur dan ikhlas menerusi akaun Facebooknya.

Utusan bagi beliau sudah tidak relevan sehingga jumlah pembaca semakin merosot kerana minda pengarangnya sempit..Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia.

Pada 7hb Mei 2013 yang lalu Utusan telah menyiarkan laporan muka hadapan bertajuk "APA LAGI CINA MAHU?"..

Laporan yang MENGEMBIRAKAN  "ORANG MELAYU" yang TERLUPA dia MELAYU



PEMILIK AIRASIA TELAH HILANG DI TELAN TSUNAMI CINA
 
Air Asia telah menunjukkan belang mereka yang sebenar. Kita harus mengkaji mengapa Azran dengan berani mengeluarkan kenyataan mencerca Utusan Malaysia? Adakah beliau bertindak bagi pihak majikannya Air Asia? Dengan sebab itu Air Asia pekakkan telinga walaupun diasak supaya memecat Azran ini. Bangsa Melayu wajib bersatu demi memastikan maruah bangsa, agama Islam dan tanahair terus terpelihara.  Seruan untuk memboikot AirAsia dan AirAsia X berikutan kenyataan biadab Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani yang mencerca Utusan Malaysia merupakan jihad kita untuk bangsa dan agama.
azran
AZRAN - MELAYU BARU  Neo Liberal

Kisah kebiadapan Azran bukan satu-satunya sebab kita wajib memboikot Air Asia.  Sekali lagi Melayu dipijak dan dihina oleh Air Asia. Namun Allah maha kaya, dengan kekuasaannya maka bangsa Melayu yang dianiaya oleh Air Asia ini telah diselamatkan oleh Malaysia Airline System (MAS).
Sepintas lalu kita selami kisah bangsa Melayu yang dianiaya ini. Kisah getir ditempuh oleh Izan dan anaknya, Maryam Sofea Mohd Reza, 14 bulan, dilarang menaiki pesawat Air Asia AK 1455, penerbangan dari lapangan terbang di Ho Chi Minh ke Kuala Lumpur .
“Saya berasa musykil. Maryam kena chicken pox kira-kira seminggu sebelum berangkat ke Ho Chi Minh, Vietnam, pada hari Rabu, 15 Mei 2013. Doktor di Malaysia telah mengesahkan tahap kesihatan Maryam baik sebelum kami terbang, malah malam sebelum ke sana, Maryam sekali lagi dibawa menjalani pemeriksaaan doktor. Berikutan pengesahan itu berstatus sama, kami membawa Maryam bersama,” ujar Saiful.
Memang Air Asia berhak melarang penumpang untuk tidak menaiki pesawat jika didapati membahayakan nyawa penumpang lain. Maklumat itu tercatat di salinan terma dan syarat perincian penerbangan.
“Masalahnya, sehingga malam tadi, kami sekeluarga masih lagi kabur, mengapakah Maryam tidak dibenarkan pulang? Dia tidak demam dan apabila ditanyakan kepada kakitangan Air Asia di lapangan terbang Ho Chi Minh, mereka tidak langsung memberikan penjelasan. 
NASIB MELAYU - Melayu di tinggal di bumi asing kerana kita Melayu

Jururawat memeriksa suhu badan Maryam hanya membisu. Mungkin kerana dia tidak mampu berbahasa Inggeris,” kata kakitangan agensi pelancongan itu.
“Jauh bezanya berbanding kemahiran bahasa Inggeris Tony Fernandes,” celah saya.
“Seperkara lagi, sewaktu kami menaiki pesawat Air Asia di LCCT pada jam 7 pagi Rabu lalu untuk ke Ho Chi Minh, tidak pula timbul sebarang masalah. Tidak pula Maryam ditahan dan dilarang menaiki pesawat sewaktu check in. Sedangkan pada ketika itu Maryam mengalami chicken pox dalam tempoh kira-kira seminggu. Apapun, dia tidak demam lagi,” jelas Saiful.
“Adakah wakil Air Asia Malaysia menghubungi setakat ini?,” soal saya.
“Tidak,” responnya pantas.
Ayah Maryam, Mohd Reza Mat Jan dijangka bakal terbang ke Ho Chi Minh petang esok.
“Pada mulanya dia ingin ke sana hari ini. Dia bimbang mengenangkan nasib isteri dan anaknya tetapi paspot Reza disimpan di peti keselamatan bank. Oleh itu penerbangan terpaksa ditunda esok,” kata Saiful.
Jam 3.15 petang, saya menghubungi Norhamiza.

“Saya menelefon adik, Ahmad Johanis, kini bertugas dengan Tourism Malaysia di New York, Amerika Syarikat. Dia kemudian menghubungi Tourism Malaysia di Vietnam. Wakil Tourism telah bercakap dengan kakitangan Kedutaan Malaysia di Vietnam. Staf MAS baik budi, menjemput Izan, Maryam dan dua saudara kami dan membawa mereka ke hospital. 
Mereka ke hospital kerajaan, caj hanya USD20 untuk pemeriksaan Maryam. Hospital swasta mengenakan caj lebih mahal, USD200. Wakil Hong Leong Bank di sanapun menghubungi Izan, menawarkan tempat tinggal, jika tiada. In Shaa Allah, andai tiada aral melintang MAS akan menguruskan penerbangan balik mereka hari ini juga,” jelas kakak Izan itu, tenang.
Justeru itu, ayah Maryam membatalkan hasratnya untuk terbang ke Ho Chi Minh.
Semalam, saya terdengar kenyataan dilontarkan oleh wanita dalam loghat Terengganu di lapangan terbang di Ho Chi Minh.
“Apa fasal Mazidul hendak menyibuk? Ini prosedur di tempat orang, bukan di Malaysia. Suruh dia duduk”

Bagi Melayu Bandar yang telah bersifat seangkuh Cina DAP, mereka ini telah lupa diri dan lupa asal usul. Kepentingan diri yang melampau melebihi sifat patriotik yang sayangkan agama Islam, bangsa Melayu dan tanahair.

Untuk memastikan bangsa Melayu tidak ditindas dan lenyap maka mereka harus bersatu demi perpaduan. Kita tidak mahu bangsa Melayu wujud hanya sebagai orang gaji, pemandu dan tukang kutip sampah. Bangunlah dan bersatulah kita semua.


Kerana Issu Ini Veteran UMNO boikot AirAsia, AirAsia X

KUALA LUMPUR 18 Mei - Veteran UMNO mengarahkan kira-kira 750,000 ahlinya di seluruh negara memboikot AirAsia dan AirAsia X berikutan kenyataan biadab Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X, Azran Osman-Rani yang mencerca Utusan Malaysia.
Setiausahanya, Datuk Mustapha Yaakub berkata, langkah drastik itu sebagai tindak balas terhadap kebiadapan Azran serta kegagalan AirAsia X memecat beliau walaupun pelbagai pihak mendesak tindakan tegas dikenakan.
Tegasnya, veteran UMNO tidak akan sesekali berkompromi dalam isu yang menyentuh mengenai kaum Melayu dan perbuatan Azran mencerca Utusan Malaysia bermakna beliau menghina kaumnya sendiri ketika kaum Melayu turut ditekan dari pelbagai sudut.
Menurut Mustapha, selaras dengan langkah memboikot itu, ahli veteran UMNO boleh memilih menggunakan perkhidmatan Firefly dan Malaysia Airlines (MAS) untuk penerbangan domestik atau ke luar negara.
"Kenyataan Azran benar-benar menghina Melayu. Oleh kerana AirAsia X tidak mahu menghukumnya, maka veteran UMNO akan menghukum AirAsia X dan AirAsia dengan memboikot kedua-dua syarikat ini.
"Bagi kami Azran adalah lambang Melayu yang lupa identiti bangsanya. Inilah Melayu yang dikatakan kacang lupakan kulit. Individu seperti inilah yang menjadikan Melayu hilang identiti malah sanggup menggadai maruah bangsa sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Azran menerusi akaun Facebook dan Twitternya baru-baru ini bertindak mencerca Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar rasis hanya kerana menyiarkan artikel berbentuk pertanyaan bertajuk 'Apa lagi Cina mahu' pada 7 Mei lalu.
Menerusi akaun Facebook beliau, Azran menulis: "I am Malaysian. I am anti-racism. I am disgusted by Utusan's editorial stance. (Saya rakyat Malaysia. Saya antiperkauman. Saya meluat dengan pendirian pengarang Utusan),"
Di Twitter pula, Azran memberitahu menarik balik iklan AirAsia di Utusan Malaysia selain turut berkata: "Utusan sudah lama tidak relevan. Jumlah pembaca merosot kerana minda pengarang sempit. Utusan tidak mewakili Melayu Malaysia."

MAS(MELAYU AIR SISTEM) SELAMATKAN IZAN DAN MARYAM 

In Shaa Allah, Izan dan anaknya Maryam akan  dibawa pulang menggunakan pesawat MAS, berlepas  dari Ho chi Minh pada jam 4.45 petang ini.

MAS - Masih bersemangat KEBANGSAAN walau pun sedikit tercalar di sebabkab IDRIS JALA
Pasangan anak beranak itu bersama dua lagi saudara mereka dijangkakan  tiba di KLIA  pada  kira-kira jam  6.15 petang ini waktu Vietnam ( 7.15 waktu Malaysia ).

Alhamdulillah.

Terima kasih  kepada pihak Tourism Malaysia di New York dan Vietnam, pihak Kedutaan Malaysia di Vietnam, Hong Leong Bank dan kakitangan  syarikat  penerbangan nasional, MAS.

Selain  daripada  akhbar  NST, esok,  Utusan Malaysia juga bakal memaparkan perincian kisah ini.

AMUKANMELAYU - jika salam tidak besahut.....itu bukan saudara kita, percayalah mereka tetap mereka dan kita tetap kita, kita tidak boleh jadi mereka tapi mereka boleh jadi kita kerana nak PERBODOHKAN kita......jangan cuba menjadi mereka selagi kita PUSARA BONDA bernisan dua.