Monday, 20 May 2013

PEJABAT PEGUAM NEGARA TIDAK TERKESAN DENGAN TRANSFOMASI NAJIB


PEGUAM NEGARA YANG NEO LIBERAL 




KUPASAN YANG MUNGKIN DAPAT MELERAIKAN KEKUSUTAN SELAMA INI.

PENULIS CUBA MERUNGKAI PUNCA PERMASALAHAN YANG KINI DILIHAT SEMAKIN KRONIK DAN JIKA TIDAK DIHENTIKAN AKAN MENJADI PEMBUNUH KEPADA MALAYSIA SEKARANG.

JIKA MAHUKAN TRANSFORMASI BERLAKU SECARA TOTAL PEGUAM NEGARA PERLU SEGARA DIGANTIKAN DARI KALANGAN MEREKA YANG "SEKEPALA" DENGAN MENTERI DALAM NEGERI DAN KETUA POLIS NEGARA.

TIGA SERANGKAI INI PERLU SELARI DALAM DAN YANG PALING PENTING TEGAS DALAM PERLAKSANAAN TUGAS MEREKA.
DALAM KEADAAN SEKARANG, GERAKAN KOMUNIS SEMAKIN BERLUASA DAN MASA UNTUK MEMBERI AMARAN SUDAH TAMAT.

RAKYAT SEPERTI AKU SUDAH MUAK DENGAN BELAS KASIHAN DAN TOLAK ANSUR KERAJAAN.

JANGAN SAMPAI TERLAMBAT UNTUK AMBIL TINDAKAN KERANA MEMBENA LEBIH PERIT DARI MEMUSNAHKANNYA. - artikal asal JPX



Zahid sudah tunjuk belang!

ANTARA tenang dalam gelora,kita yang merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya dan setelah selesai PRU13, perhatian rakyat kini mula melihat apa yang kerajaan akan lakukan dan apa yang pembangkang akan lakukan malah sebagaimana yang dijangkakan dan disebut-sebut bahawa pembangkang akan terus cuba melakukan Malaysian Spring ala Arab Spring dengan pelbagai provokasi bagi meraih simpati rakyat dan pihak luar.

Anwar Ibrahim seakan-akan sudah tidak mampu menjilat ludahnya yang terlalu banyak kahak yang meloyakan dengan segala janji-janji palsunya terhadap rakyat,lantaran itu gerakan perlu dibuat supaya rakyat lupa segala janji dan manifesto bukan janji di negeri-negeri yang mereka menang,jika tidak dicetuskan suasana tegang,rakyat akan menuntut segala janji yang sememangnya mereka tidak pernah berhasrat untuk menunaikannya.


Rakyat sedang memerhati segala opera ini dan rakyat terbanyak sedang mengharapkan kerajaan akan melakukan sesuatu untuk menghalang segala kegiatan gila pembangkang yang sedang memutarbelitkan sisitem pilihanraya dalam negara ini dengan mengangkat undi popular sebagai pemenang dan malang pada rakyat yang bodoh dengan system terpakai sedia ada menjadi Pak Turut serta perkakas kepada Anwar bagi menjahanamkan Negara ini.

Melalui pembentukan kabinet baru-baru ini,perhatian khusus diberikan kepada siapa yang akan mengisi jawatan Menteri Dalam Negeri dan akhirnya Zahid Hamidi dipilih untk menggalas tanggungjawab tersebut bersama pasukan kepimpinan PDRM yang juga baru.

Pasukan kepimpinan baru ini mula dituntut oleh rakyat untuk bertindak tegas,mengamankan Negara yang sedang diusahakan oleh Anwar dengan para balacinyauntuk dikacaubilau dan rakyat menaruh harapan besar kepada Zahid,Khalid Bakar dan Timbalannya Bakri Zinin malah kita percaya gandingan ini mula digeruni oleh pembangkang yang bercita-cita khianat bilaman dua beranak LKS dan LGE mula terasa bahangnya dan mula menyerang Zahid Hamidi tapi sepatah kata Zahid `Saya tidak gentar’.

Pasukan Kementerian Dalam Negeri ini sudah mula bertindak dan tanpa amaran apa-apa,Nik Nazmi ADUN Seri Setia yang menganjurkan Himpunan Haram 505 di Stadium Kelana Yaya mula dihadapkan ke mahkamah,Adam Adli anak muda yang cuba berlagak hero jalanan mula ditahan dan direman selama lima hari di bawah Akta Hasutan dan penahanan kedua mereka ini seakan-akan menjadikan pembangkang bagaikan diresapi virus gila babi dan mereka mula menyerang Menteri Dalam Negeri dan pengurusan PDRM yang baru dan kita percaya kepimpinan baru ini sudah bersiap siaga dengan serangan membunuh karekter mereka oleh pembangkang.

Peguam Negara harus seiring dengan polis.
Zahid Hamidi dan PDRM harus menyedari bahawa zaman rakyat bersimpati kerana kelembutan kerajaan sudah tiada,selepas PRU13,rakyat mahu lihat Kementerian Dalam Negeri dan PDRM menjadi kementerian dan pasukan penguatkuasaan undang-undang yang berani bertindak terhadap apa sahaja ancaman yang boleh menggugah segala kestabilan Negara ini,segala peruntukan undang-undang yang telah dibahas dan diluluskan oleh Parlimen harus digunakan untuk ketenteraman awam dan Zahid serta PDRM harus memilih untuk tidak popular tetapi mereka akan dikenang sebagai penyelamat Negara daripada kegilaan tangan-tangan pembangkang yang sedang berusaha keras untuk menggulingkan kerajaan dengan apa cara sekalipun.


Undang-undang tidak pernah menjadi betul dan benar kepada pembangkang tetapi kita percaya bahawa undang-undang yang sama akan mereka gunakan bahkan di perketatkan lagi jika mereka ini berjaya dalam PRU13 yang lepas.

Ketegasan Zahid Hamidi dan keberkesanan tindakan PDRM tidak akan bererti apa-apa andai tidak disokong sepenuhnya oleh Peguam Negara kerana kuasa Zahid adalah memberi arahan dan kuasa polis pula menangkap,menyiasat dan menyiapkan kertas siasatan untuk dimajukan kepada pejabat Peguam Negara,kedua-dua rangkaian ini harus mempunyai transformasi dan bersatu untuk mengheret semua pengkhianat Negara ke muka pengadilan malah untuk kali ini,pejabat Peguam Negara dituntut untuk berganding bahu membenteras segala kegiatan subversive ini.

Kita juga menyarankan supaya Menteri KDN yang baru ini kurangkan bercakap tetapi lebih kepada bertindak dengan menyokong segala keputusan yang pihak polis mahu lakukan demi agama,bangsa dan Negara ini.

Tindakan provokasi pihak pembangkang yang `master plan’nya disusun oleh pihak luar dibuat secara berterusan untuk menggagalkan kerajaan,perhimpunan haram demi perhimpunan haram dibuat secara bersiri dengan baju bertukar warna,Pengerusi perhimpunan bertukar orang malah isu-isu yang disuarakan juga sering bertukar-tukar,ke semuanya ini adalah  alat politik pembangkang untuk mengkucar kacirkan Negara dan inilah tanggungjawab paling besar Zahid dan PDRM untuk mengheret segala talibarut ini ke muka pengadilan.

Zahid harus tahu bahawa ada rakyat yang marah dan meluat serta menuduh kerajaan telah gagal dan beban kegagalan diletakan dibahu KDN dan PDRM malah ribuan laporan polis dibuat,ratusan sidang media bantahan oleh rakyat tetapi pihak penganjur tetap kebal dari setiap tindakan.,ini pada setengah rakyat melihat kerajaan memasuki gelanggang selepas PRU13 adalah kerajaan yang telah gagal berhadapan dengan pembangkang.

Bakri Timbalan KPN yang mantap untuk Khalid Abu Bakar
Itu sebabnya kini fokus sekali lagi terhala pada KDN dan PDRM dan rakyat terbanyak mahu melihat perjalanan proses undang-undang dilaksanakan dengan sepatutnya.

Kita amat berharap team baru yang dilihat mula bertegas ini akan diberi sokongan sepenuhnya dan pihak PDRM yang selama ini telah diludah,di hina dan dicaci maki akan berhadapan dengan suasana itu sekali lagi tetapi tidak mengapa kerana masih terlalu ramai lagi rakyat yang akan menyokong segala tindakan itu dan paling penting Peguam Negara juga harus berubah sika[,minda serta iltizam sejajar dengan kabinet transformasi PM Najib.

Pada Zahid teruskan segala ketegasan yang ada dan ungkapan mencegah jauh lebih baik dari merawat,menjadi resam biasa orang menyebut alang-alang menyeluk pekasambiar sampai ke pangkal lenggan tetapi menjadi bualan biasa juga orang tua berpesan,hangat-hangat tahi ayam dan apa lagi pilihan yang Zahid Hamidi dan PDRM ada untuk berhadapan dengan rakyat 28 juta yang mengharapkan Malaysia terus aman?Berindaklah!

Jangan kerana hanya mahu memenangi hati sebahagian kecil rakyat yang bergelar pembangkang,kepentingan rakyat yg lebih besar di korbankan dan apakah kerana ingin menjaga sedikit individu yg berpengaruh yang kini ada di singgahsana jawatan kerajaan,rakyat yang lebih ramai harus dibiarkan?

Ayuh Zahid Hamidi!Ayuh PDRM!Rakyat dibelakang kalian demi mempertahankan Negara ini daripada dikhianati oleh manusia yang sedang gila dan rakus mahu berkuasa dan Slogan Aku Janji adalah rakyat di dahulukan,jadi demi rakyat jika ada pegawai kerajaan yang harus ditukar,kita harus berani menukarkannya dan ketegasan inilah yang dituntut,ketegasan daripada seorang PM dan seorang Menteri dan seorang Ketua Polis Negara..jom kita mulakan!

ANTARA tenang dalam gelora,kita yang merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya dan setelah selesai PRU13, perhatian rakyat kini mula melihat apa yang kerajaan akan lakukan dan apa yang pembangkang akan lakukan malah sebagaimana yang dijangkakan dan disebut-sebut bahawa pembangkang akan terus cuba melakukan Malaysian Spring ala Arab Spring dengan pelbagai provokasi bagi meraih simpati rakyat dan pihak luar.

Anwar Ibrahim seakan-akan sudah tidak mampu menjilat ludahnya yang terlalu banyak kahak yang meloyakan dengan segala janji-janji palsunya terhadap rakyat,lantaran itu gerakan perlu dibuat supaya rakyat lupa segala janji dan manifesto bukan janji di negeri-negeri yang mereka menang,jika tidak dicetuskan suasana tegang,rakyat akan menuntut segala janji yang sememangnya mereka tidak pernah berhasrat untuk menunaikannya.

Rakyat sedang memerhati segala opera ini dan rakyat terbanyak sedang mengharapkan kerajaan akan melakukan sesuatu untuk menghalang segala kegiatan gila pembangkang yang sedang memutarbelitkan sisitem pilihanraya dalam negara ini dengan mengangkat undi popular sebagai pemenang dan malang pada rakyat yang bodoh dengan system terpakai sedia ada menjadi Pak Turut serta perkakas kepada Anwar bagi menjahanamkan Negara ini.

Melalui pembentukan kabinet baru-baru ini,perhatian khusus diberikan kepada siapa yang akan mengisi jawatan Menteri Dalam Negeri dan akhirnya Zahid Hamidi dipilih untk menggalas tanggungjawab tersebut bersama pasukan kepimpinan PDRM yang juga baru.
AMUKANMELAYU - banyak kes terlepas kerana kertas siasatan tidak lengkap, hukuman tidak dapat di laksanakan kerana penjenayah tak dapat di tangkap, KDN yang hebat dah terperangkap kerana AG yang LEMBAB.