Tuesday, 11 June 2013

EPISOD KEGAGALAN NAJIB - SRI PERDANA MILIK SIAPA?


 


EPISOD PERTAMA

Mari Mengundi dalam Blog Outsyed The Box.

Blogger Outsyed The Box membuat survey yang berani. Beliau membuat survey samada DSN wajar dikekalkan sebagai Presiden UMNO atau tidak. Mari kita ramai-ramai mengundi di blognya, dibawah survey bertajuk : 'Apakah Dato Seri Najib Tun Razak harus kekal sebagai presiden parti UMNO.'

EPISOD KE DUA

CEO AirAsia X mendapat sokongan adik Najib 
10 Jun — Ketua Pegawai Eksekutif (CEO ) AirAsia X Azran Osman hari ini menerima pujian daripada CEO Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak (gambar) yang melabelnya sebagai “tanda sebagai pemimpin” walaupun dikritik akhbar milik Umno Utusan Malaysia dan kumpulan pendesak Melayu ekoran kenyataannya di laman Twitter.
Peneraju syarikat tambang murah itu menjadi sasaran akhbar Umno itu sejak bulan lalu selepas beliau mengkritik akhbar berkenaan secara terbuka yang dikatakannya bersifat perkauman selepas Pilihan Raya 2013 pada 5 Mei lalu.
Nazir, yang merupakan pembiaya utama Air Asia X memuji Azran kerana meluahkan isi hatinya dengan mempercayai ia adalah perkara yang benar.
“Itulah tanda seornang pemimpin,” kata Nazir ketika pelancaran prospektus Air Asia X di sini pagi tadi.
Adik bongsu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu menambah disebabkan kualiti seperti itu pasukan syarikat penerbangan berkenaan yang menunjukkan 70 peratus perkembangan tahunan keuntungan sejak dilancarkan pada November 2007
AZRAN - Di sukai Nazir Razak

Azran dikritik bulan lalu selepas beliau melalui akaun twitternya, @azranosmanrani, mengatakan melihat serangan perkauman selepas pilihan raya.
Beliau turut dilaporkan menerima kritikan daripada Perkasa, kumpulan pendesak Melayu atas kenyataan kerasnya itu.
Sebagai balasan, akhbar berkenaan menyiarkan pandangan pemimpin Perkasa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dan aktivis pro Umno menyelar Azran dan menggelarnya “sombong” dan Melayu yang lupa daratan.
Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafizah Aziz dan pengarahnya, Datuk Seri Kalimullah Hassan juga turut diserang daripada pelbagai kumpulan selepas kedua-duanya mempertahankan kenyataan Azran.
Perkasa, Persatuan Veteran Penjawat Awam, Gerakan Reformis Malaysia dan Jaringan Melayu Malaysia antara kumpulan yang menyerang Rafidah dan Kalimullah dan menuntut mereka meminta maaf terhadap kenyataannya terhadap Utusan.
Pemangku Presiden Perkasa Datuk Abdul Rahman Bakar turut menyokong akhbar berkenaan dan berkata Azran tidak akan berada di posisi sekarang tanpa “perjuangan Melayu yang dilakukan Utusan Malaysia.”
Kolumnis Utusan, Awang Selamat turut menggesa Utusan supaya tidak lagi menerima iklan daripada syarikat penerbangan terbabit sehingga permohonan maaf dikeluarkan.
Awang turut membandingkan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan mengatakan syarikat penerbangan nasional itu mempunyai servis yang lebih baik dan lebih bersifat nasionalisme. ~the  malaysian insider

EPISOD KE TIGA

NAJIB GAGAL DI SELANGOR


Matlamat Najib gagal dalam PRU13
Date: Saturday, May 25 @ 11:05:40 MYT
Topic: Artikel


Oleh AMNI JAGAT

  BAHANG PRU13 masih belum reda. Segalanya sudah terjawab dengan keputusan yang nyata di atas kertas bertulis, Putrajaya berjaya dikekalkan oleh Barisan Nasional (BN) dengan majoriti mudah.
Namun segalanya bukan sebuah kepuasan bagi manusia yang menginginkan sesuatu seperti Najib Tun Razak. Matlamat yang ingin dicapainya tidak berjaya dilaksanakan dalam PRU13 yang baru sahaja berlalu.


Seperti digemburkan dalam hebahan di media massa dan media cetak, Najib boleh dilihat dengan bermatlamat pada empat agenda penting dalam perjuangannya kali ini. Tetapi setelah PRU13 berlangsung segala agenda tersebut tidak berhasil. Agenda pertama Najib adalah untuk mendapatkan negeri Selangor.
Agenda ini dilihat tidak tercapai malah keadaan menjadi lebih teruk apabila Pakatan Rakyat berjaya menambah mandat dua pertiga kerusi di negeri tersebut.
Agenda kedua dalam PRU kali ini adalah untuk merampas kembali negeri yang telah ditadbir sekian lama oleh PAS dan Pakatan yakni negeri Kelantan juga tidak berjaya mendatangkan hasil yang baik kepada Najib malah nasibnya sama dengan nasib di negeri Selangor.
Agenda seterusnya adalah untuk memujuk hati masyarakat Tionghoa untuk bersama-sama dengan matlamat yang dirancangkannya juga dapat dipastikan sekali lagi tidak berjaya dengan sokongan masyarakat itu bangkit menolak kepimpinan Najib dan BN.
Agenda keempat walaupun BN berjaya mendapat mandat semula di negeri Kedah namun hakikat yang terpaksa ditempuhi oleh Najib adalah kegagalannya untuk mendapatkan semula mandat dua pertiga kerusi di Parlimen.
Dari empat agenda ini dapatlah dirumuskan bahawasanya Najib serta jentera BN tidak berjaya dalam mencapai matlamat sebenar PRU13 kali ini. Ini bermakna secara moralnya BN sebenarnya tewas.
Dalam setiap pertandingan, matlamat harus memainkan peranan yang paling penting. Dari matlamatlah maka lahirnya faktor strategi, penyusunan, percaturan, perancangan serta kesungguhan.
Andai suatu matlamat itu tidak berhasil, maka semua faktor itu sebenarnya jika ditafsirkan tidak berfungsi dengan baik. Andai segala agenda yang selama ini disusun gagal, maka Najib sebenarnya harus berhadapan dengan risiko yang lebih besar dalam pentadbirannya. Contoh yang dapat digambarkan adalah negeri Selangor yang terlalu diidamkan oleh Najib.
Negeri Selangor adalah negeri yang kaya dan ia adalah negeri yang menyumbang hasil paling lumayan bagi kerajaan negeri pusat.
Sebelum ini isu berkenaan dengan air Selangor serta slogan ‘Sayangi Selangor, Yakini BN’ ternyata tidak merubah hati pengundi di negeri tersebut yang lebih maklum mengetahui hakikat di negeri mereka.
Akhirnya setelah keputusan PRU13 diumumkan, Najib sebenarnya sudah hilang kekuatan kewangan untuk berhadapan dengan pentadbiran yang mencabar di pusat. Apatah lagi kali ini Selangor yang ditadbir Pakatan mendapat mandat dua pertiga kerusi di sana.
Di Kelantan pula program ‘Gelombang Merah’ yang telah dijalankan ternyata tidak berjaya mendapat sambutan yang baik di kalangan penduduk atau pengundi di sana. Malah negeri yang banyak hasil bumi seperti minyak itu sekali lagi menolak kepimpinan BN dengan memberi mandat dua pertiga bagi kerusi Dun di sana.
Menyemak ‘Belanjawan 2013’ yang dibentang Oktober lalu pula, Najib telah berusaha memberikan segala khidmat untuk memikat hati masyarakat Tionghoa.
Ternyata hajat serta matlamat itu tidak langsung memberi buah hasil yang baik di mana hampir 80 peratus pengundi Tionghua seluruh Malaysia menolak kepimpinan Najib dan BN.
Di Parlimen pula, bukan setakat Najib dan BN tidak mendapat mandat dua pertiga kerusi Parlimen, malah yang lebih malang lagi apabila kerusi yang dimenangi oleh BN lebih menurun berbanding PRU12 pada tahun 2008.
Berdasarkan perkara-perkara di atas dapatlah dirumuskan sekali lagi yang sebenarnya kepimpinan Najib dan BN dilihat semakin goyah dan pincang. Ini bermakna penolakan terhadap kepimpinan BN bukanlah berdasarkan faktor siapa Perdana Menteri Malaysia seperti yang sebelum ini diuaruarkan.
Siapa saja yang menjadi Perdana Menteri selagi ia dari parti komponen BN, pasti akan ditolak oleh rakyat keseluruhannya. Penolakan ini juga jelas jika dilihat dari segi faktor figura pemimpin BN negeri.
Kebanyakkan Menteri Besar dan Ketua Menteri di kalangan parti Umno ditolak oleh rakyat.
Di Johor bekas Menteri Besarnya ditolak, di Melaka bekas Ketua Menteri juga ditolak termasuklah di Perlis yang mana bekas Menteri Besarnya tidak berani dicalonkan.
Berbeza dengan Menteri Besar daripada Pakatan yang terus menerus diterima oleh rakyat di Dun serta Parlimen yang ditandingi mereka. Ini jelas membuktikan kepimpinan yang ditonjolkan oleh Pakatan ebih mesra rakyat berbanding dengan kepimpinan yang ditonjolkan oleh BN.
Sememangnya ini adalah perkara yang perlu dihadapi oleh Najib serta BN keseluruhannya.
Kesan yang akan dihadapi oleh Najib adalah berkenaan dengan soal kepimpinannya yang pasti akan dipertikaikan baik daripada dalaman Umno sendiri mahu pun di mata rakyat Malaysia.

 

 EPISOD KE EMPAT

 

Dua pemimpin DAP didakwa dalang Red Bean Army

KUALA LUMPUR 9 Jun - Dua pemimpin kanan DAP didakwa bertanggungjawab menyelia kegiatan lebih 200 anggota Red Bean Army di sekitar Pulau Pinang dan Selangor.
Bekas Setiausaha Organisasi DAP Bahagian Jelutong, Mohamed Razali Abdul Rahman berkata, salah seorang daripada mereka bergelar ahli Parlimen dan seorang lagi memegang jawatan kanan di dalam parti.
Menurut beliau, pasukan tentera siber itu diwujudkan DAP sejak 2008, khusus untuk menyerang kerajaan dan Barisan Nasional (BN).
"Separuh daripada anggota Red Bean Army menerima bayaran untuk menjalankan kegiatan mereka, manakala bakinya berkhidmat secara sukarela.
"Kira-kira 97 peratus anggota Red Bean Army berketurunan Cina dan bakinya kaum-kaum lain. Setahu saya, tiada orang Melayu di dalam pasukan tersebut," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mohamed Razali mengulas mengenai Red Bean Army yang dibentuk bagi mencipta penipuan dan memanipulasi fakta bukan sahaja untuk menyerang BN, malah sesiapa sahaja yang menyokong parti itu.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan beliau mengetahui tentang kewujudan Red Bean Army walaupun pendedahan tentang tentera siber pembangkang itu dibuat oleh bekas Setiausaha Eksekutif Pemuda Kebangsaan DAP, Shen Yee Aun.
Tambah Mohamed Razali, anggota-anggota Red Bean Army perlu mengikuti latihan khusus bagi memupuk kebencian terhadap UMNO, Islam dan institusi diraja dalam diri mereka.
"Kita dapat melihat sendiri betapa dahsyatnya mereka memainkan isu perkauman semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini," ujarnya.
Beliau juga tidak terkejut dengan penafian Kit Siang kerana pemimpin-pemimpin DAP sentiasa mendakwa kononnya parti itu mengamalkan politik bersih.
Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap Red Bean Army.
"Kita bimbang lambat-laun rakyat akan termakan dengan segala fitnah dan hasutan yang disebarkan oleh Red Bean Army," jelasnya.
Kata beliau, kegiatan Red Bean Army perlu dibendung secepat mungkin bagi mengelakkan keamanan dan kestabilan negara terjejas. -  Utusan Melayu (M) Bhd


EPISOD KE LIMA

Datin Seri Rosmah - SOKONG YANG MEMBAWA REBAH


Add caption
Saya belum baca lagi buku Biografi Rosmah, tak tahulah bila saya akan dapat senaskhah. Jadi saya terpaksalah berpandukan kepada laporan2 media yang ada meng-quote sedutan2 dari buku itu.

Kenapa Utusan tak buat ulasan tentang bab yang dikatakan soal-jawab Rosmah dimana beliau menjawab tuduhan2 yang dilemparkan terhadap beliau, bab yang dipuji oleh Ahmad Maslan yang pernah berkata - 

"Bab menarik dalam buku ini ialah bab soal jawab secara terus terang dan beliau (Rosmah) akan jawab secara terus terang tentang pelbagai isu dan fitnah," katanya.

"Kalau ada 10 objektif (penerbitan buku), salah satu objektifnya ialah nak jawab tohmahan dan ceritakan siapa sebenarnya beliau yang kadang-kadang disalah anggap dan pelbagai tuduhan telah dibuat," katanya.

"Bukan nak jawab tuduhan (semata-mata) tapi untuk gambarkan siapakah sebenarnya Datin Seri Rosmah dan perjuangannya," kata Ahmad Maslan.
KLiK


Saya buat masa ni tak minat nak baca cerita hidup Rosmah, saya cuma nak baca bab yang satu itu jer. Kita ni amat perlukan maklumat2 itu untuk bantu Umno juga, takkan nak kena beli buku berharga RM150 itu baru boleh dapat ? Seperti saya tulis dulu -

Nah, sekarang kami diberitahu DS Rosmah ada maklumat2 yang mampu menjelaskan keadaan terhadap pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau .... KENAPA TIDAK DIBEKALKAN SAJA SEKARANG SECARA PERCUMA KEPADA KAMI ?

Saya maksudkan bab yang satu itu jer.

Setakat ni TMI saja yang ada copy serba sedikit, nak tak nak terpaksalah copy dari sana....

Mengenai cincin dan pelbagai hadiah yang Rosmah terima -

"Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya,"

"Dan apabila telah diberi, saya pun memakainya. Takkan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan. Adalah satu pembaziran jika ia disimpan kaku dalam kotak simpanan,"

"Memang ada barang perhiasan dan pakaian itu saya beli dengan duit sendiri, apa salahnya? Sebagai seorang wanita dan seorang isteri pemimpin, saya mesti kelihatan kemas dan menjaga penampilan diri. 

"Saya tidak mahu kelihatan selekeh kerana jika saya kelihatan selekeh, akhirnya saya akan dikritik,"


Mengenai gelaran FLOM -

"Mereka memanggil 'Wanita Pertama' kerana suaminya diberi tanggungjawab dan dipilih rakyat untuk memimpin negara.

"Saya rasa ia tidak sepatutnya dipertikaikan,"
"Untuk sesetengah negara seperti Amerika Syarikat dan Perancis, ketua negara dan kerajaan mereka ialah presiden, oleh itu isteri presiden digelar Wanita Pertama. Jika kita panggil Queen sebagai Wanita Pertama, itu bermakna kita merendahkan martabat baginda,"


Mengenai 'over' penonjolan beliau -

"Apabila semuanya berubah, harapan orang ramai mengenai isteri perdana menteri turut berubah.

"Mereka mengharapkan sesuatu yang lebih menonjol seperti di luar negara, ini kerana peranan dan fungsi wanita dalam memastikan keharmonian negara berkembang,"


Saya cuma nak komen satu jer - Harapan 'orang ramai' diatas pastinya merujuk kepada RAKYAT kan, well ........ SAYA TIDAK TERMASUK dalam 'orang ramai' yang Rosmah maksudkan di atas.


SATU lagi komen, yang ini saya sebut secara ringkas jer, bukan bermaksud biadab tapi tak tahu caramana lagi yang boleh saya sebut - Datin Seri Rosmah, Duduk Diam-Diam Sudahla ...


Ini pandangan peribadi saya, hak saya untuk bersuara. Korang ada pandangan lain, korang pun boleh bersuara tapi tak perlulah nak hentam hak orang lain untuk bersuara... kan ?
 


EPISOD KEENAM

Wikileaks: Najib dan pembunuhan Altantuya
1:20PM Mei 18 2011
Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur mengikuti secara dekat perbicaraan tertuduh dalam kes pembunuhan jurubahasa Mongolia, Altantuya Shaariibuu  dan sering berbincang sama ada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terbabit dalam pembunuhan tersebut, demikian menurut kabel diplomatik yang dibekalkan kepada Asia Sentinel oleh lamanweb WikiLeaks.

najib pc in parliamnet on altantuya murder case allegations 030708Para diplomat tersebut, seperti juga orang awam, turut membuat spekulasi bahawa perbicaraan itu sengaja dilambat-lambatkan dan khuatir apa yang disebut dalam salah satu kabel tersebut sebagai "salahlaku pendakwaan" yang telah dimanipulasi untuk tujuan politik.

Pegawai kedutaan mengasaskan kebimbangan mereka kepada sumber-sumber pendakwaan, kerajaan dan pembangkang.
abdul razak baginda pc 201108 04
RAZAK BAGINDA
Kabel itu juga menarik perhatian kepada satu dakwaan menarik bahawa Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi,
mungkin telah cuba untuk menggunakan prosiding tersebut untuk membabitkan Najib - satu dakwaan yang cepat-cepat didiamkan dalam akhbar Malaysia.

Altantuya dibunuh pada Oktober 2006 oleh dua pengawal peribadi Najib - ketua inspektor Azilah Hadri, 30 dan koperal Sirul  Azhar Umar, 35, - yang dihadapkan ke mahkamah dan didapati bersalah pada April 2009.

Abdul Razak Baginda (kiri) - kawan karib Najib dan kekasih Altantuya -
dituduh bersubahat dalam pembunuhan tersebut tetapi dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.

Pembunuhan itu telah dikaitkan dengan pembelian kapal selam Perancis membabitkan AS$1 bilion oleh Kementerian Pertahanan, yang ketika itu diterajui oleh Najib.
altantuya and son 050309
MODEL MONGGOLIA- Altantuya
Altantuya dilaporkan bertindak sebagai penterjemah dalam urusniaga tersebut, di mana syarikat Razak Baginda memperolehi 114 juta euro (RM534.8 juta) "bayaran komisyen" daripada pembelian itu.

Dilaporkan Altantuya ditawarkan AS$500,000 untuk khidmatnya
sebagai penterjemah. Selepas ditinggalkan, dia menuntut pembayaran tersebut.
Sepucuk suratnya yang didedahkan selepas kematiannya, menyatakan dia menyesal kerana cuba "memeras ugut" Razak Baginda.

Peguam Perancis pula menyiasat sama ada sebahagian daripada 114 juta euro adalah habuan kepada ahli politik di Perancis atau di Malaysia.

Kabel itu turut menceritakan tentang satu siri pertemuan di mana ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, berulangkali memberitahu pihak Amerika bahawa Najib dikaitkan dengan amalan rasuah dalam pembelian kapal selam tersebut serta pembelian jet pejuang Flanker Sukhoi Su-MCM-30 dari Rusia.
Anwar juga menarik perhatian kepada kaitan Najib dengan kes Altantuya.

AMUKANMELAYU -  5 dari EPISOD di atas adalah KEGAGALAN NAJIB untuk mententeramkan semua pihak. Sementara EPISOD SATU adalah "DENYUT NADI NAJIB". Dalam sejarah Politik Malaysia, bila PM gagal untuk "MENTENTERAMKAN" keadaan atau GAGAL membisukan TUKANG CAKAP, kadar hayat politiknya tidaklah lama. Dengan membiarkan sesuatu ISSU itu berlegar dalam masyarakat terlalu lama, ianya akan menjadikan BERITA PALSU itu menjadi benar. Samalah dengan kedudukan Anwar. Bila sesuatu cerita mengenainya di biarkan terlalu lama, ianya akan menjadi benar. Ia akan menjadi terlalu benar bila "KAWAN dah MENJADI LAWAN". Dalam politik tiada yang mustahil, kerana DEMOKRASI itu sendiri di ujudkan oleh KAFIRUN untuk meruntuhkan Islam yang berteraskan pemerintahan bersistemkan IMAM dan KHALIFAH.