Monday, 10 June 2013

JALAN YANG DI PILIH MENENTUKA LAYAK ATAU TIDAK UNTUK ANWAR MENJADI PM MALAYSIA


Adakah Anwar di laluan yang betul untuk menentukan kelayakannya jadi PM?



Akhbar Sinchew Daily bertarikh 30 Mei 2013 melalui ruangan Sudut Pendapat memaparkan tulisan Timbalan Editorial akhbar tersebut, Tay Ting Hean berkenaan jalan pilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim menentukan beliau layak menjadi Perdana Menteri Malaysia atau tidak.

Anwar pernah berkata selepas Pilihan Raya Umum (PRU13) beliau akan keluar daripada politik dan mengajar di luar negara jika pakatan pembangkang gagal memerintah. PRU telah pun berlalu, sebaliknya Anwar masih dalam politik. Janji-janji politik itu selalunya adalah percakapan kosong belaka, boleh cipta 100 jenis alasan menutup satu janji politik.
CENGKUNG - Anwar nampak sakit


Tiada masalah jika orang ramai anggap janji itu bukan luar biasa dan terima Anwar kekal dalam politik. Selepas lima tahun, jika Anwar menjadi Perdana Menteri, usianya hanya 71 tahun. Pokoknya, adakah Anwar boleh menjadi Perdana Menteri dengan usia setua dan kesihatannya yang nampak semakin menurun ini?

Perlu dilihat ciri-ciri diri beliau sendiri, masih dilamun suasana pilihan raya, teruskan memimpin rakyat berkempen menentang kerajaan sedangkan boleh pilih cara demokrasi melalui Dewan Rakyat, buktikan beliau mampu memerintah.

Jika beliau pilih supaya orang ramai membantah, kami tidak nampak ada sebarang masa depan. Hakikatnya, pilihan raya telah pun tamat, seluruh dunia tahu keputusan itu. Jika tidak puas hati, tidak mahu terima, boleh bawa kes itu ke mahkamah, cabar kesahihannya.

Ini adalah peraturan demokrasi, siapa yang majoriti di Parlimen boleh membentuk kerajaan, yang sedikit menjadi pembangkang. Pilihan raya itu sah ataupun tidak ditentukan oleh mahkamah, tiada satu isu pun boleh “menyeru orang ramai membantah", jika tidak selamanya tidak akan selesai dan PRU tiada keputusan muktamad.


Mengerah orang ramai bukan perancangan jangka panjang, orang yang ambil bahagian akan rasa penat, yang melihatnya pula akan rasa bosan. Kerajaan perlu beroperasi dan rakyat perlu kembali pada tugas masing-masing. Sebenarnya Anwar ada pilihan kedua iaitu ikut dan patuh kepada peraturan demokrasi, perjuangkan matlamatnya di Dewan Rakyat dan buat persediaan untuk PRU seterusnya.

Jika sanggup tunggu lima tahun lagi, dari saat ini Anwar sepatutnya membuat persediaan mainkan peranan sebagai Ketua Pembangkang, pimpin pakatan dengan baik, lakukan persaingan melalui demokrasi. Pakatan kini mempunyai 89 kerusi Parlimen, memerintah tiga negeri dan mempunyai lebih daripada separuh pengundi sebagai sandaran.

Tanggungjawab Anwar kini perkukuh dan perluas pengaruh PKR menjadi nadi sebuah parti berbilang kaum. Tarik lebih ramai penyokong serta pengiktirafan orang Melayu, seterusnya cuba pecahkan rekod di Sabah dan Sarawak.

Jika dalam PKR asyik berbalah dan mahu ambil kesempatan, hanya mengharapkan undi serta sokongan orang Cina, pasti kelak ia tetap sama seperti sekarang. PKR yang sebegini tidak akan menjadi kuat untuk realisasikan impian Anwar.

Lakar polisi dan strategi, cipta hala tuju dan masa depan termasuk tubuhkan Kabinet Bayangan. Cadangkan prinsip untuk mentadbir negara, bersaing polisi politik dengan Barisan Nasional (BN), buktikan polisi pakatan lebih baik sehingga mampu ambil alih dan transformasi kerajaan.

Pakatan pembangkang seperti ini barulah dapat diiktiraf ramai, rebut sokongan Melayu di kampung-kampung serta rakyat dari Sabah dan Sarawak, barulah mampu mencipta jalan untuk Anwar menjadi Perdana Menteri. Bukannya tidak boleh Anwar menjadi Perdana Menteri tetapi kena lihat jalan apa yang beliau pilih.




AMUKANMELAYU - Semua orang (Kabinet) dah lama mula bekerja.....tapi Anwar dan PR masih lagi dengan 505 nya. Bila nak mula bekerja? Sampai bila nak bawa "Budak-Budak" ke Jalan Raya atau masuk Stadium? Pada pandangan AMUKANMELAYU, bila jemu menguasai diri PENYOKONG-PENYOKONG PR akan membuat U Turn dan tidak mustahil "Botol Air" yang sering singgah di kepala FRU akan "Landing" di atas kepala Anwar Ibrahim.