Monday, 24 June 2013

JANJI "BADOT"



MiLo SuaM


FAQ BOIKOT UPACARA ANGKAT SUMPAH PARLIMEN

1. Apakah tuntutan Suara Rakyat 505  kepada ahli-ahli Parlimen?
  Suara Rakyat 505 menuntut ahli-ahli parlimen Pakatan untuk boikot/tidak menghadiri upacara angkat sumpah di Parlimen pada 24th Jun 2013
2. Kenapa?
Pertama sekali, ia selari dengan kenyataan PR. Pakatan Rakyat telah menyebut sebelum ini tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 yang lalu kerana berlaku banyak penipuan. Dalam masa yang sama, lebih dari 35 kerusi yang telah dipetisyenkan . BERSIH juga  tidak mengiktiraf Barisan Nasional sebagai kerajaan

Kedua, untuk menarik perhatian media antarabangsa terhadap Malaysia. Ucapara angkat sumpah selalu diberi perhatian meluas oleh media antarabangsa. Kita memerlukan liputan media ini untuk melawan arus media yang bias dan mengingatkan rakyat tentang penipuan pilihanraya.

Juga boleh baca kenyataan ini: PENJELASAN : DESAKAN BOIKOT MAJLIS ANGKAT SUMPAH

3. Adakah MP yang memboikot upacara angkat sumpah akan hilang jawatan mereka sebagai wakil rakyat?
Tidak. Sememangnya tidak. Artikel 59 Klausa 2 , Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa , ahli-ahli parlimen mempunyai masa sehingga 6 bulan untuk mengangkat sumpah sebelum kerusinya diisyhtiharkan kosong.
Parlimen "Standing Order" juga menuntut Speaker untuk membantu MP mengangkat sumpah secepat mungkin jika mereka tidak menghadiri sesi pertama. Asasnya, jika mereka tidak hadir pada hari tersebut, hari seterusnya mereka masih boleh dibantu Speaker untuk mengangkat sumpah

Pada 11 June 2013, Naib Presiden PKR Surendran pernah menjelaskan perkara ini:

4. Apakah yang akan terjadi kepada MP PR yang menyertai boikot? 
Mereka akan terlepas dalam memilih Speaker Dewan.Untuk melantik Speaker Dewan hanya memerlukan majoriti mudah dan ini bermakna walau kesemua MP PR hadir sekalipun, BN yang mempunyai majoriti mudah boleh saja terus melantik sesiapa yang mereka mahu.

5. Tidakkah BN akan mencuba meluluskan apa-apa sahaja undang-undang dengan ketiadaan MP PR? 
Ada sesetengah undang-undang yang hanya memerlukan majoriti mudah untuk diluluskan, dan ada yang memerlukan majoriti ⅔  untuk diluluskan.
Untuk undang-undang dengan majoriti mudah,MP BN boleh meluluskannya tanpa kehadiran MP Pakatan. Untuk undang-undang dengan majoriti ⅔ , BN tidak boleh meluluskannya dengan ketiadaan MP Pakatan Rakyat.

Dalam mana-mana situasi, undang-undang baru memerlukan masa berminggu-minggu untuk dibawa ke Parlimen dan didebatkan,dirangka-semula, didebatkan lagi kemudian barulah ia diluluskan.Maka , mustahil bagi Parlimen untuk meluluskan undang-undang dalam masa 24jam. Jadi perkara ini tidak harus dirisaukan.

6. Pernahkah ia dibuat sebelum ini?
Ya,perkara ini adalah tindakan wajar yang biasa dilakukan dimana keputusan pilihanraya tidak diterima sebagai sah.
Sebagai contoh, pada tahun 2008, MP Mongolia memboikotsesi pertama Parlimen kerana mereka menganggap pilihanraya dipenuhi banyak penipuan. http://news.bbc.co.uk/2/hi/asia-pacific/7521975.stm
Pada tahun 2011, ahli-ahli pembangkang Turkey juga boikot upacara angkat sumpah di Parlimen untuk menunjukkan protes terhadap beberapa MP yang dipenjara oleh Erdogan, yang kini berdepan dengan protes besar-besaran.

Ada banyak lagi contoh seperti dibawah :

7.Dan dalam negara-negara ini, MP tidak kehilangan kerusi mereka? 
 Tidak. Sememangnya tidak.Inilah demokrasi. MP berhak untuk memboikot angkat sumpah kerana ini kebebasan meluahkan pendirian mereka.Ia sama seperti rakyat biasa yang memboikot sebarang acara/surat khabar kerana tidak berpuas hati dengannya. Mereka tidak kehilangan kerusi, malah mendapat liputan media secara meluas dlm masa yang sama menidakkan tuntutan kerajaan.

  #SuaraRakyat505

1) 222 TERMASUK "JOCKER" MP Angkat Sumpah Di Parlimen


JOCKER MP

Apa yang berlaku di parlimen pada pagi ni? Semua orang menunggu untuk melihat, lakonan  MP Pakatan Rakyat yang  menentang keputusan PRU Ke 13. Rakyat terbanyak juga sedang memerhatikan dan menilai, ini "MASA BEKERJA" atau masih lagi berpolitik.



KUALA LUMPUR: Tan Sri Pandikar Amin Mulia dimasyhurkan buat kali kedua sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi penggal Parlimen ke-13.

Pelantikan Pandikar Amin, 58 dicadangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengikut Perkara 57 Perlembagaan Persekutuan.

Cadangan itu disokong oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, Pandikar Amin menang dalam pertandingan memilih Yang Dipertua Dewan Rakyat dengan mendapat undi majoriti 133 undi.

Pandikar Amin menewaskan calon yang dicadangkan pembangkang iaitu bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman yang mendapat 89 undi.

Pencalonan Abdul Kadir dicadangkan Tan Sri Abdul Khalid (PKR-Bandar Tun Razak) dan disokong Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Sebelum mengangkat sumpah, Pandikar Amin yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dipakaikan songkok dan jubah oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah dan pembantunya.

Tokoh politik veteran dari Sabah itu pernah dilantik sebagai Senator dan menjadi Presiden Angkatan Keadilan Rakyat (Akar Bersatu) yang kini sudah dibubarkan. 

Laporan dari mStar.


Selepas itu, upacara angkat sumpah akan dimulakan,

Pandikar Amin Mulia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengetuai senarai 222 Ahli Parlimen mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Najib mengangkat sumpah kira-kira pukul 10.45 tadi, manakala Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudiannya mengangkat sumpah selepas Najib sebelum diikuti oleh Menteri Kabinet, Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen BN lain.

Wakil pembangkang pula akan diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh).

Ehh.. Anwar Ibrahim angkat sumpah ahli parlimen?

Kah kah kah.. kelakar..

Sejarah buat Negara.. bantah bantah bantah.. tak adil, itu ini salah.. tiba-tiba angkat sumpah, ini amat mengejutkan masyarakat Antara Bangsa. Ini betul-betul memalukan Negara dengan MP yang bermentaliti CLASS 3 yang telah di pelupuri Anwar dan Pakatan Rakyat.

 
PARLIMEN -  Anwar angkat sumpah dan sekali gus mengakui dan mengesahkan PRU KE 13


  Tuan nikmati makanan bersama PM-Penyokongnya tergolek-golek di Jalan Raya

SEMENTARA "BOSS" Besar menikamti makanan dan minuman di bilik berhawa dingin bersama Perdana Menteri, penyokong-penyokongnya pula tergolek-golek di jalan raya, seperti orang KERASUKAN dan tak mampu berfikir secara waras.

  
LUAHAN RASA - KEPEDIHAN DAN KEKECEWAAN YANG TIDAK DAPAT DI BENDUNG
 
 SAMM - Anak-anak muda yang menjadi alat "TUAN"nya

2) Anwar is the Greatest Joker in The Entire World


 
 

Anwar is the Greatest Joker 


1. On 27.05.2013 Anwar lodge a police report regarding the 13th General Election fraud. In his report he lodge a complaint about the indelible ink.

2. Why is Anwar the greatest joker in the entire world ? He continue to accused SPR and BN government about the Bangla voters issue , blackout, manipulation of ballot box , the illegality of our Malaysian police postal votes , the popular vote issue and all the entire fake allegations but end up the only thing that he can ever lodge a police report is about the indelible ink ?

3. If this is the case then all the entire Malaysian should now lodge police report against Anwar for all his fake allegations and accusations about Malaysia Election Fraud .

4. Not even a single thing that in all Anwar Ceramah where he accused BN and SPR in all his roadshow blackout 505 rally is being reported to  the police station except for the indelible ink issue.

5. Another joke will be they are using their Cyber Troopers to spread hatred against our Malaysia police and accused our police of cannot be trusted and then at the same time Anwar lodge the police report. My question will be why do you need to lodge report to an entity that you do not trust ?

3) Laporan Polis Anwar Jadi Bahan Jenaka



AIDCNews – 14/06/13 – Laporan polis Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 27 Mei berkaitan dengan ‘penipuan’ Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) jadi bahan jenaka, kata Shen Yee Aun (SYA), Presiden Malaysian Youth Rights Movement.
Menurutnya, Anwar merupakan seorang pelawak antarabangsa, berbeza di antara tuduhan dengan perbuatan. Membuat tuduhan melulu dalam ceramah-ceramahnyanya, kononnya pada PRU 13 berlaku pelbagai ‘penipuan’ yang dilakukan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), namun apabila membuat laporan polis, beliau hanya membuat aduan tentang dakwat kekal.

“Mengapa Anwar pelawak terbesar di seluruh dunia? (Sebab) Beliau berterusan menuduh SPR dan kerajaan BN mengenai isu pengundi Bangla, blackout, manipulasi peti undi, penyalahgunaan undang-undang undi pos polis Diraja Malaysia, isu undi popular dan segala tuduhan palsu tetapi akhirnya beliau hanya boleh membuat laporan polis berkaitan dakwat kekal ?
“Jika keadaan seperti ini, maka semua rakyat Malaysia perlu membuat laporan polis terhadap Anwar di atas semua tuduhan palsu berkaitan dengan ‘penipuan’ PRU 13 itu, “katanya dalam dalam laman 1sya.com, bertajuk, “Anwar is the Greatest Joker in The Entire World.”

SYA yang juga bekas Setiausaha Pemuda Sosialis DAP Klang berkata tidak ada satu pun tuduhan-tuduhannya yang pernah dihamburkan dalam pentas-pentas ceramah roadshow perhimpunan blackout 505 dilaporkan kepada polis kecuali isu dakwat kekal.


“Jenaka lagi apabila mereka menggunakan cyber ​​troopers untuk menyebarkan kebencian terhadap polis Malaysia dan menuduh polis tidak boleh dipercayai (tetapi) kemudian pada masa yang sama, Anwar turut membuat laporan polis.


“Soalan saya, mengapa anda perlu membuat laporan kepada entiti yang anda tidak percaya?,”katanya lagi.

4) Tiada lagi Black 505, buat masa ini



"Apa namaaaaa......saya PM....Najib merampas hak saya"




Pakatan Rakyat tiada rancangan untuk melanjutkan lagi perhimpunan Black 505 bagi mempertikaikan keputusan pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lalu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun, kata ketua umum PKR itu, kumpulan NGO mungkin akan terus menganjurkan perhimpunan itu dan beliau tidak dapat bercakap bagi pihak mereka............


5) Angkat sumpah: Pembangkang Hipokrit - SPR



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjDTnGALSxJKy8-f1gNPr2KM3QmVpLdv32V0FzV5IH6U5oZiBQU3lbBUWZdRZy4i_II75omV3NSxYl0Pu8pu5-Hq-jc9ruCBQ9-kYH8WKCkDl_IKUAJHl7tcSBHv6_Kwy_toAc3OtyKIbtg/s1600/%253D%253Futf-8%253FB%253FYW53YXIgZGkgcGFybGltZW4uanBn%253F%253D-750752
ANGKAT SUMPAH - Anwar Masuk ke Perlimen bersama........

 

KUALA LUMPUR 20 Jun - Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar menyifatkan pembangkang sebagai hipokrit kerana akan mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Parlimen meskipun mempertikai keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata pembangkang cepat berubah pendirian dan setiap perbuatan mereka tidak selari dengan prinsip.

"Mereka menang 89 kerusi (Parlimen) dan tiga negeri menang semuanya lebih dua pertiga kerusi, tetapi di jalan raya mereka menolak keputusan pilihan raya dan ini perkara yang betul-betul hipokrit.
"Prinsip tidak sama dengan perbuatan, prinsip kononnya tidak boleh menerima keputusan pilihan raya, tetapi perbuatannya? Kita tengok sekarang, cepat-cepat angkat sumpah, cepat-cepat ubah (pendirian), sebelum ini cuma nak boikot, taklimat dia kata," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis syarahan jamuan tengah hari anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dan Institut Perkembangan Minda (INMIND) bertajuk "PRU13: Terima Keputusan Rakyat" di sini hari ini.

Selain itu, Wan Ahmad berkata pembangkang juga dilihat hipokrit apabila mendakwa sistem pilihan raya negara ini tidak adil namun mereka tetap menghantar calon bertanding.
"Kalau pembangkang tidak yakin daripada mula tentang undang-undang pilihan raya, ketelusan pilihan raya dan kononnya berlaku penipuan... mereka tidak perlu bersusah payah untuk menyertai pilihan raya.

"Tetapi dia masuk bertanding sebab percaya pilihan raya kita adil, percaya boleh mendapat kemenangan kerana kemenangan ada di tangan rakyat. Mereka menang, dapat tubuh kerajaan, dapat pecahkan monopoli parti pemerintah," katanya.

Beliau berkata pembangkang hanya mempergunakan rakyat bagi menyokong prinsip tidak menerima keputusan pilihan raya dengan mengheret mereka ke perhimpunan jalanan, namun pada masa sama mengakui diri wakil rakyat yang dilantik menerusi proses pilihan raya.
Wan Ahmad juga berkata SPR tidak akan melayan segala desakan pembangkang kerana tuntutan mereka di luar garis perlembagaan dan peruntukan undang-undang.

"Pembangkang tuntut SPR untuk letak jawatan, tidak masuk akal sebab menurut Perlembagaan, itu bukan caranya; menuntut pilihan raya diadakan semula di 30 kawasan yang mereka menang kecil, tidak masuk akal sebab kalau mereka tidak percaya keputusan pilihan raya, buat bantahan melalui petisyen pilihan raya, dalam Perlembagaan, Perkara 118.

"Selain itu, mereka menuntut kajian semula persempadanan ditangguhkan sementara, menurut Perlembagaan ia perlu dibuat selepas tempoh lapan tahun, sudah sampai masanya dan tidak boleh dilengahkan.

"Bagaimanapun, mereka mahu perkara itu dibuat sehingga dapat lantikan SPR baharu. Nak lantik di bawah undang-undang mana?" soalnya. - BERNAMA

AMUKANMELAYU - Sudah berapa kali anda di tipu semenjak anda MENARUH KEPERCAYAAN KEPADA MEREKA?