Monday, 29 July 2013

ADA DUA BANGSA DI MALAYSIA NI YANG TERPAKSA DI BELA OELH MELAYU WALAU PUN MACAM MENGGALAS BIAWAK HIDUP.

Huru Hara Tanpa Akta Hasutan.... Pada Masa Itu, Air Mata Darah Sekalipun Tidak Akan Mampu Mengubah Apa-Apa.

KENYATAAN Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mempertahankan Akta Hasutan 1948 ada benarnya. Akta itu sememangnya pertahanan terakhir negara ini untuk mengelakkan huru-hara dalam negara. Inilah sahaja yang kita ada bagi mengekang rakyat yang tidak bertanggungjawab daripada mengacau keharmonian.

Hatta, perlu diingat, Akta Hasutan 1948 tidak bermakna kerajaan sedia ada memerintah secara kuku besi sehinggakan langsung tidak boleh dikritik. 
Memberi pendapat dan kritikan membina memang dialu-alukan seiring dengan kenyataan Perdana Menteri - era kerajaan tahu semuanya sudah berakhir dan rakyat dialu-alukan memberi pandangan demi pembangunan negara.

Bercakap kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di ibu negara baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Masterplan Consulting Sdn Bhd, Datuk Ahmad Faris Abdul Halim berkata, seperti mana yang termaktub dalam akta itu, pandangan yang mengkritik kerajaan semestinya melalui saluran yang betul dan kritikan mestilah secara bertanggungjawab.

"Apa yang dimaksudkan sebagai bertanggungjawab ialah tidak membuat fitnah. Sekiranya benar kesilapan kerajaan, insya-Allah kerajaan akan memperbaikinya.

"Malangnya, banyak kritikan yang dikeluarkan, hanya berlegar dalam ruang persepsi tanpa asas yang kukuh. Ditambah juga tidak melalui saluran yang betul. Dalam bahasa mudahnya, tidak beradab," kata beliau yang mengetuai firma pembekal peralatan pertahanan, sekuriti dan komunikasi itu.

Kata beliau, Akta Hasutan 1948 sebenarnya tidak terangkum hanya kepada kerajaan memerintah. Akta itu juga melindungi institusi raja dan keharmonian antara kaum dalam masyarakat Malaysia.
Oleh hal yang demikian, tidak benar sama sekali dakwaan bahawa Akta Hasutan 1948 sekadar menyekat hak bersuara rakyat mengkritik kerajaan memerintah.

"Dan sekarang, kedengaran suara yang sudah berani mencabar status quo dalam negara ini. Sekiranya dibiarkan melarat, dikhuatiri mengganggu-gugat kestabilan yang kita kecapi selama ini," katanya.

Meneruskan lagi hujahnya, Ahmad Faris, 49, mengingatkan bahawa Akta Hasutan bukan ditujukan kepada rakyat secara keseluruhannya.

Kata beliau: "Ia hanya terhadap segelintir pembuat onar dalam negara yang aman ini. Seseorang itu hanya akan dikenakan tindakan sekiranya individu tersebut melampaui batas hak bersuara yang telah diberikan.

"Kalau tidak berbuat salah, kenapa perlu takut akan akta ini? Siapa-siapa yang suka bermain dengan isu sensitif sahaja yang akan bersungguh-sungguh untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948."

Walaupun sukar untuk diakui oleh pihak tertentu, pertambahan kadar jenayah yang semakin menjadi-jadi ada hubung kaitnya dengan pemansuhan Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Perkara yang tidak diuar-uarkan adalah apabila EO dan ISA dimansuhkan, semua tahanan yang ditahan di bawah undang-undang ini terpaksa dibebaskan.

Ketahuilah bahawa mereka yang dibebaskan ini termasuklah pesalah jenayah berat. Maka, tidak hairanlah kini kadar jenayah semakin meningkat di seluruh negara.

Seperti mana kenyataan Menteri Dalam Negeri baru-baru ini yang mendakwa kajian empirikal menunjukkan peratusan besar jenayah yang berlaku di Selangor melibatkan bekas tahanan EO yang baru dibebaskan. Kemudian polis dipersalahkan kerana gagal menjaga keselamatan penduduk awam.

Dalam konteks ini, Ahmad Faris berpendapat: "Malangnya, nasi sudah menjadi bubur. Persoalannya, ketiadaan ISA yang membenarkan polis untuk menahan mereka yang disyaki merancang untuk melakukan jenayah telah pun dimansuhkan.

"Ini yang dimaksudkan sebagai kekurangan kuasa polis. Kini Akta Hasutan yang memberikan kuasa kepada pihak berkuasa untuk menahan individu yang menyuarakan isu sensitif atau kenyataan yang mencerminkan ketidaksetiaan kepada negara juga mahu dihapuskan oleh sesetengah pihak.

"Kalau Akta Hasutan pun mahu dimansuhkan, undang-undang apa lagi yang tinggal untuk memberi polis kuasa bagi menjaga keharmonian negara."

Satu kenyataan dibuat baru-baru ini oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bahawa satu undang-undang baharu mirip EO perlu segera diwujudkan. Ini kerana perkara yang terkandung dalam EO menjadi elemen penting dalam membantu pihak polis membanteras jenayah berat.

Satu bahagian yang diketengahkan oleh Khalid ialah isu kehadiran saksi ke mahkamah. Tanpa EO, saksi tiada pilihan lain kecuali perlu hadir dalam perbicaraan kes di mahkamah.

Hal ini akan membuatkan banyak orang memilih untuk berdiam diri daripada menjadi saksi di mahkamah terutamanya bagi kes yang melibatkan jenayah berat. Saksi khuatir akan keselamatan dirinya dan keselamatan ahli keluarga yang lain. Tanpa keterangan saksi, sukar untuk mendakwa pesalah atas kesalahan yang dibuat.

Merujuk kepada United Kingdom dan Amerika Syarikat, kata Ahmad Faris lagi, dua negara maju ini sendiri wujud undang-undang menyerupai ISA, EO, dan Akta Hasutan.

"Di United Kingdom, akta ini disebut sebagai Prevention of Terrorism (Temporary Provisions) Act 1974. Amerika Syarikat pula mempunyai satu rang undang-undang yang disebut sebagai Uniting and Strengthening America (by) Providing Appropriate Tools Required (of Intercept and Obstruct Terrorism Act of 2001 atau lebih dikenali sebagai USA PATRIOT Act.

"Maka, tidak hairanlah kerajaan Malaysia juga memerlukan undang-undang seperti ini bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara kita.

Sedar atau tidak, ada empat perkara pokok yang termaktub dalam Perlembagaan dipertahan oleh Akta Hasutan. Pertamanya, hal-hal agama termasuklah agama Islam sebagai agama rasmi.

Perkara kedua, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Seterusnya, akta ini mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu. Terakhir, kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Dan sekiranya Akta Hasutan mahu dimansuhkan, perlu digantikan dengan sebuah akta baharu yang akan memastikan keempat-empat perkara ini terpelihara.

Mengambil faktor-faktor tersebut, Ahmad Faris percaya, pemansuhan Akta Hasutan tidak perlu dibantah. Ini sekiranya kerajaan serius untuk menggantikannya dengan akta yang lebih sesuai dengan keadaan semasa.

"Seperti yang dicanang baru-baru ini, terdapat usaha untuk mewujudkan Akta Keharmonian Nasional menggantikan Akta Hasutan 1948.

"Kita tidak menolak usaha ini dengan syarat tujuan utama wujudnya Akta Hasutan 1948 perlu diambil kira dalam Akta Keharmonian Nasional. Akta baru ini juga perlulah diwartakan terlebih dahulu sebelum Akta Hasutan 1948 dimansuhkan.

"Sekiranya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan terlebih dahulu sedangkan Akta Keharmonian Nasional masih dibahaskan dalam Dewan Rakyat, akan berlaku satu keadaan yang mana tiada undang-undang yang dapat mengekang segelintir pembuat onar memalu gendang perkauman, mencabar status quo di Malaysia.
 

Maka, kata beliau, tepatlah kenyataan Ahmad Zahid bahawa Akta Hasutan 1948 merupakan dinding pertahanan terakhir keharmonian dan kestabilan masyarakat Malaysia buat masa ini. Kalau dimansuhkan sebegitu sahaja, apalah yang tinggal akhirnya.

Barang diingat, dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Hari Malaysia pada tahun 2011 sewaktu mengumumkan pemansuhan ISA, telah menjanjikan dua undang-undang baru menggantikan ISA. Ini bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah untuk memelihara ketenteraman dan keselamatan awam.

Kerajaan perlu meneliti isu ini sebaik-baiknya dan bukan sekadar memansuhkan suatu akta hanya atas desakan pihak tertentu tanpa mengambil kira kepentingan rakyat keseluruhannya.

Undang-undang pencegahan perlu kembali diwujudkan segera sebelum berlaku perkara yang tidak diingini di negara ini.

Jangan sampai berlaku huru-hara, baru kita mahu menyesal. Pada masa itu, air mata darah sekalipun tidak akan mampu mengubah apa-apa.
Utusan Online...
 
 
 
AMUKANMELAYU - Pandai sungguh depa ni, rumah baru belum di siapkan.... tp rumah lama telah di runtuhkan.........kalu ujan jadi lagumana? Lencunlah kita. Sejuk mengetaq macam burung wak-wak dalam jerami....