Tuesday, 30 July 2013

ANWAR KELENTONG ATAU NAJIB YANG TERLOPONG?


Gila! Najib Tawar Jawatan TPM Pada Anwar..Muhyiddin Nak Letak Mana?

PETALING JAYA - Walaupun menganjurkan himpunan membantah keputusan PRU13 di seluruh pelusuk negara, yang dilihat sebagai usaha untuk mengembalikan 'hak yang dirampas', Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ia bukan kerana sebuah kekuasaan.

Anwar bahkan menolak sama sekali untuk diberi sebarang jawatan dalam kerajaan, seperti yang didakwa telah ditawarkan kepadanya bulan lalu.

"Kalau ada pun kita tolak, kita tidak bersedia untuk bekerjasama dengan Umno-BN.

"Saya tidak pandang serius (tawaran), saya sedia berunding dengan sesiapa saja, soal prinsip dan dasar saya akan pertahankan suara rakyat," tegasnya.

Anwar berkata demikian mengulas laporan bahawa beliau telah ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri dan empat pemimpin dalam partinya jawatan menteri Kabinet.

Tawaran itu difahamkan datangnya daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu Anwar ke Indonesia untuk bertemu Susilo Bambang Yudhoyono pada 14 dan 15 Jun lalu.
Sinar Harian
Wak J: Memang gila betul jika benar dakwaan Anwar mengatakan bahawa Najib Razak pernah menawarkan kepadanya jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) semasa lawatan ke Indonesia tak lama dulu.
 
Namun Anwar dalam kenyataan medianya hari ini telah menolak tawaran tersebut kononya bukan sebab dia gila kuasa sangat dengan jawatan TPM tapi apa yang ditawar Najib itu tidak sesuai dan tak standard untuk dirinya.
Mungkin Anwar akan bekerjasama dengan BN dan sanggup meninggalkan rakan-rakanya dalam Pakatan Pembangkang sekiranya Najib Razak  sanggup menawarkan jawatan Perdana Menteri kepadanya.

Patut pun bukan main mesra lagi Najib dan Anwar semasa hari mula-mula sidang dewan Parlimen dibuka dulu. Rupa-rupanya ada udang di sebalik mee.

Biar pun ramai yang tak percaya Najib Razak sanggup menawarkan jawatan TPM kepada Anwar dan mengetepikan Muhyiddin selaku timbalanya sekarang, namun perkara sebegini tidak mustahil berlaku dalam dunia politik hari ini.
BIAWAK - Hanya makhluk ini yang memakan bangkai
Bagi siapa yang dah masak dengan perangai Anwar, pasti sudah boleh baca dan tahu bila masa Anwar sedang menjual temberang dan putar belitnya. Jagan sampai kena kencing sudah.


TIDAKAH TAWARAN JADI TPM, Anwar Cuba Lagakan NAJIB Dengan Muhyiddin?

Kenyataan terbaru daripada Anwar Ibrahim si Raja Putar Alam ini cukup bahaya walaupun ada pihak yang menganggap ianya sekadar satu lagi pembohongan tahap sarkas yang sering di lakukan oleh Anwar dalam apa jua keadaan asalkan dirinya di lihat hebat.
Dakwaan terbarunya ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya menawarkan peluang untuk bersatu dalam satu kerajaan bersama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Sudahlah dengan dakwaan pengundi “hantu” dari Bangladesh yang karut kini Anwar mengatakan kerajaan pernah menawarkan jawatan kepadanya.
Cukup pelik dan ganjil sekali kerana kenyataan sedemikian hanya di keluarkan pada ketika ini dan bukannya sebelum pilihanraya.

Jika di lihat dari sudut keuntungan politik sudah pasti dengan pendirian Anwar dan tawaran tersebut hampir pasti menjadi senjata paling berkesan untuk beliau menjatuhkan Barisan Nasional dalam PRU13 yang lalu namun ianya tidak berlaku.
Memetik tulisan Terence Netto dari Malaysiakini pada 19 Jun lepas, Anwar berani mengatakan bahawa Najib menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri untuknya dan empat jawatan Menteri kepada pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pada dakwaan awal sudah tahu peristiwa ini tidak logik dan tidak masuk akal langsung.
Hari ini di portal berita kualalumpurpost.net, Anwar dikatakan menolak semua kerjasama yang ditawarkan oleh Umno. Menurut Anwar tawaran itu ditawarkan kepadanya melalui bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla.
MODAL kecik sangat, dah tiada modal lain ke?
Anwar dipetik laman portal itu berkata demikian ketika berucap pada majlis iftar bersama anak muda anjuran Kelab Anwar Ibrahim (AIC), di Damansara, malam semalam.
Persoalannya adakah Najib sudah begitu terdesak inginkan sokongan seorang “bekas banduan” sehingga sanggup memperjudikan kekuatan 88 kerusi yang dimenangi Umno pada Pilihan Raya Umum ke-13 demi untuk menawarkan jawatan kepada Anwar??

Adakah Najib sanggup memperjudikan kekuatan Umno di dalam Dewan Rakyat itu dengan menawarkan jawatan kepada Anwar yang memiliki reputasi “kuat merajuk” dan mengajak rakyat tidak berdosa “merajuk” bersama dengannya dan mengadakan demonstrasi jalanan.
Kredibiliti ayahnya yang juga Perdana Menteri kedua Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dalam mengatasi konflik 13 Mei tanpa pertumpahan darah menolak terus dakwaan ini jika ia dikaitkan dengan Perdana Menteri.

Namun jika melihat kepada sejarah Anwar sebagai ketua pembangkang dan strateginya dalam pakatan haprak , kita sudah pasti dapat mengenali dan faham apa sebenarnya yang sedang di lakukan oleh Anwar.
Percayalah Anwar sedang mengambil kesempatan malah pembohongan ini di lakukan pada masa dan ketika kepimpinan Datuk Seri Najib perlu mengharungi suasana politik pasca PRU13 dengan pelbagai tekanan menghimpit pasukan Perdana Menteri kita.

Anwar bijak mengambil peluang ini tatkala terdapat mereka-mereka di luar sana (pro-kerajaan) yang turut menghentam Datuk Seri Najib.Dan permainan ini perlu dimainkan pada masa ini kerana Anwar tahu dengan pemilihan UMNO yang akan datang isu ini mampu membuatkan UMNO sebagai teras dalam Barisan Nasional berpecah.
Najib sahaja tidak cukup dan kerana itu Anwar perlu kaitkan dengan Muhyiddin supaya kem UMNO BERKOCAK !!!!
Pesanan MMI hati-hati dengan serangan terbaru ini...- mynewshub 

Ada cakap-cakap kata ini satu kepakaran Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ramai tidak sedar. Semua ini gara-gara Ketua Umum PKR itu selalu dilihat ada saja akai untuk pastikan cerita mengenai ‘kehebatan’ sepak terajang politiknya dikagumi dan menjadi inspirasi pada penyokong-penyokong setia beliau.

‘Wayang’ ini dikatakan muncul dalam pelbagai bentuk dan rupa.Ada melalui bisik-bisik,ada dari mulut ke mulut dan macam-macam lagi.Selalunya penyokong taksub akan terus percaya tanpa menilai merit berita tersebut. Entah ya, entah dongeng.

Apa sekali andaian dari gaya politiknya maka menjalarlah cerita-cerita ‘kehebatannya’ disampaikan dari mulut ke mulut oleh penyokong dan simpatisannya.

Ketika saya mula bertugas sebagai pemberita di organ parti PKR awal tahun 2001, cerita-cerita ‘israiliyat’ ini selalu kami dengar tatkala minum bersama ‘pembawa wahyu’ Anwar dari penjara Sungai Buloh..

Antara yang saya tidak boleh lupa adakah kisah seorang Timbalan Menteri yang kononnya melawat sel Anwar di penjara bersama seorang ketua bahagian UMNO, yang tiba-tiba menitis air mata ‘mengenangkan’ penderitaan yang ditanggung bekas ‘bosnya’ itu.

Kami yang mendengar lebih sedih lagi, dan sudah tentu bertambah kagum dengan Anwar.
Ada banyak lagi cerita begitu, termasuk konon menantu bekas Presiden Indonesia Suharto, Prabowo Subianto bersama bekas menteri luar Thailand, Dr Surin Pitsuwan telah berjumpa dengan Dr Mahathir Mohamad yang masih jadi PM ketika itu untuk melobi supaya Anwar dibebaskan.
Sudah tentu Dr Mahathir tidak layan.

Moral kisah itu, bukan soal Dr Mahathir, tapi soal konon betapa pengaruhnya Anwar di kalangan pimpinan Asean sehingga tokoh-tokoh politik negara jiran juga ambil berat tentang dirinya.
Dan cerita yang tiada siapa dapat sahkan ini adalah paling kerap digunakan terutamanya dikalangan penyokong dan teman rapat beliau.

Sebab itu, saya tidak terkejut tiba-tiba muncul  ‘khabar angin’ terbaru yang  tidak masuk akal dari kem Anwar kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak telah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar.
Selain TPM, PKR juga akan dapat empat kementerian jika menyertai BN bentuk kerajaan perpaduan.
Kisah ini ‘diasam-garam’ dengan kononnya Najib menunggu untuk bertemu dengan Anwar.
Ia digoreng konon lama Perdana Menteri menunggu dan menunggu dan Anwar tidak pergi untuk jumpa Najib.

Jangan ketawa. Ini cerita yang disiarkan oleh portal pembangkang [I]Malaysiakini[/I].
Perkara itu dinyatakan oleh seorang penulis pembangkang, Terence Netto dalam tulisannya.
Terence mendakwa tawaran Najib itu kemudiannya disampaikan oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Anwar ketika diminta mengulas perkara tersebut dengan terus kata bahawa beliau menolak sama sekali untuk diberi sebarang jawatan dalam kerajaan, seperti yang didakwa telah ditawarkan kepadanya bulan lalu.

“Kalau ada pun kita tolak, kita tidak bersedia untuk bekerjasama dengan UMNO-BN.” kata Anwar.
Bunyinya memang hebat bagai kilat sabung menyabung.
Hello…soalnya betul ke ada tawaran seumpama itu dari Najib?

Sebagai seorang yang mengikuti gaya sepak terajang Anwar dengan dekat, saya punya teori sendiri, mengenai kisah Anwar dan jawatan TPM ini.
Teori saya begini, kisah konon Najib tawar Anwar jawatan TPM ini adalah lanjutan dari kisah mereka berdua kebetulan berada di Indonesia pada tarikh yang sama, 14 dan 15 Jun lalu.
Jika kita ingat, pada hari yang sama, sebuah lagi portal pro pembangkang,[I] The Malaysian Insider[/I], siarkan cerita bahawa Najib jumpa Anwar dalam satu pertemuan yang kononnya diatur oleh Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono (SBY).

Berita tersebut memetik sumber. Al-kisahnya pengarang portal yang menulis berita itu dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan pegawai-pegawai Anwar.
Berita itu nyata tidak benar. Tapi tidak pernah ada ‘ralat’ oleh pengarang mahupun portal tersebut. Ia berkembang, bermutasi, ke versi baru, yang lebih sensasi lagi.

Mengenali cara dan rentak Anwar, khabar angin akan disebar dengan cara bersahaja. Entah ia, entah tidak, tapi sensasinya ada, membuatkan kita akan bercerita. Plot-plotnya tidak pernah membosankan.
Pengalaman saya dulu, beliau pernah memberitahu, kononnya ada satu ‘Tan Sri Cina’ beri duit RM100 juta pada UMNO untuk menjahanamkan karier politiknya. Cerita ini diberitahu pada saya, sambil-sambil pakai kasut hendak keluar dari rumahnya.
Ketika itu, sedang panas, kes video mengenai seorang peguam kanan yang kononnya ‘mengatur’ hakim-hakim yang didedahkan beliau.

Sambil-sambil pakai kasut, keluar rumah, selepas interbiu, keluar cerita itu.
Belum sempat tanya lanjut, beliau sudah masuk ke kereta, dan meninggalkan kita dengan kisah sensasi, yang tidak boleh ditentukan kesahihannya.
Maka sudah pasti kisah itu akan ‘disebarkan’ dengan cara tidak rasmi dalam perbualan.
Sebab itu, bila dengar cerita konon Najib tawar Anwar jawatan TPM, yang disebarkan oleh kem Anwar, saya ketawa sendiri.

Nampaknya, tak habis-habis Anwar cuba tebarkan personanya, melalui cerita dongeng, yang dipercayai oleh pengikut taksub.
Teringat dulu, tahun-tahun awal Anwar bebas dari penjara, beliau menghabiskan banyak masa di Amerika.

Satu hari beliau pulang ke Malaysia. Dalam satu majlis makan-makan, beliau cerita, al kisah, sahabat karibnya, penganut faham Neo-Con Paul Wolfowitz, ketika kali pertama bertemu dengannya secara berhadapan, berlaga lutut, menangis mengenang penderitaan Anwar di penjara.
Arkitek Perang Iraq itu, kononnya, rasa amat bersalah, kerana tidak buat apa-apa, untuk menekan kerajaan Malaysia, Dr Mahathir terutamanya, ketika Anwar dipenjara.

Sungguh sedih mendengarnya.Kesan pada yang mendengar kisah itu, di meja makan ada terdengar berbisik, “power la Anwar ini, Wolfowitz menangis dia kena penjara…” keh keh keh…
Anwar oh Anwar…tak sudah-sudah
-Agendadaily

AMUKANMELAYU - Jangan biarkan Anwar berdiam diri......jika dia berdiam diri, tunggulah..... ada jer ceritanya selepas dia berdiam diri.....