Thursday, 25 July 2013

NAJIB......? CUKUPKAH HANYA DENGAN KASIH SAYANG UNTUK MENJAGA UGAMA, NUSA DAN BANGSA?


Sifat Lelaki Penyayang

1) Suka Haiwan

Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan haiwan, tak kisahlah sama ada kucing, arnab, ayam, lembu atau apa sahaja. Pendek kata anda tengok reaksi dia bila ada haiwan sebagai contoh di kedai makan, ada kucing datang mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak teranjang dan halau kucing tu, ada pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil beri tulang atau isi makanan. Haaa...boleh tau kan mana yang penyayang?. Lagi satu contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagilah menyerlah sifat kasih sayang dia.

2) Suka Kanak-Kanak

Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kata Dr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana. Ada lelaki yang tidak suka berhampiran kanak-kanak, rimas katanya.

3) Berat Akan Orang Tua

Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya meringankan beban orang tuanya tanpa mengharapkan apa-apa balasan.

4) Berat Akan Adik-Adik

Anda cuba tengok hubungan dia dengan adiknya...INGAT, 'adik' bukan adik beradik. Bukan kakak atau abangnya. Mengapa begitu? Kerana layanan abang terhadap adik adalah berbeza kerana adiknya lebih kecil yang sudah tentunya menjadi tanggungjawab dia. Tengok sama ada adakah hubungannya dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan sama ada mereka bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodo jer bila si adik ingin bermain dengannya. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang.

5) Prihatin Terhadap Kawan-Kawan

Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh. Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada-pada, bukannya setiap kali dia sahaja menolong atau tak pernah langsung menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.

6) Pandai Menjaga Hati Pasangan

Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk menghiburkan hati pasangannya. Kadang-kadang dia suka membuat kejutan bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak senang hati.

7) Susah Marah

Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat melenting. Kerana hal kecik pun nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting macam ini anda kena berhati-hati.

8) Sentiasa Murah Dengan Senyuman

Anda bila tengok lelaki tu sejuk jer...sentiasa senyum jer selalu. Memang tak lokek langsung dengan senyuman. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian. Ada lelaki yang masam jer mukanya (kalau memang dah azali memang tak boleh buat apa), senyum tak nak, ditegur buat bodoh saja.

AMUKANMELAYU - MAHATMA GHANDI seorang yang penyayang akhirnya di BUNUH juga kerana tidak MEMEBENTERAS mereka yang GILAKAN KUASA. Fikirkanlah.