Thursday, 25 July 2013

ROS - TIDAK CUKUP BUKTI ATAU PENAKUT?


Penipuan CEC DAP : Berapa Lama Lagi ROS Perlu Menyiasat? 

 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjiN2z4uzcHLK7dmNZdMmBcGAHZUO3kMfiEV7p9q5hA2UGP6xqd4-lhyphenhyphen0FdiBhuMffa9F-kuYAdCztkTYbB3ojOT-XN0i7EsLszbU9AhHojuOidy1aiUv7E0_uOnHXuiHcV09y-Ug7EKmc/s640/blogger-image-1763187788.jpg

Kes penipuan DAP dalam pemilihan jawatankuasa pusat (CEC) parti itu pada dasarnya adalah kes yang amat mudah.Ia bertitik tolak daripada keputusan pemilihan pada 15 Disember 2012 yang didapati gagal menyerlahkan DAP sebagai sebuah parti berbagai kaum apabila kaum lain selain Cina telah tersingkir walaupun ada di antara mereka telah berpuluh tahun bersama DAP.   Berikutan itu, DAP dikritik teruk sebagai rasis.
Bagi menyelamatkan keadaan, DAP telah memilih untuk menipu iaitu dengan mengaku bodoh tidak tahu mengira undi menggunakan komputer.  Kononnya, komputer telah tersilap kira dan pihaknya telah tersilap salin.  Oleh itu, pemilihan perlu di adakan semula.

Dalam pemilihan semula tiga minggu kemudiannya, sesuatu yang pelik telah berlaku apabila Zairil, seorang Cina yang memakai nama Melayu telah mendapat 305 undi dan berada di tangga ke 39 dalam pemilihan awal, tiba-tiba melonjak ke tangga 20 dalam pengiraan semula dengan 803 undi iaitu peningkatan sehingga 163% berdasarkan jumlah undi 1,823.   Beberapa nama lain turut mengalami perbezaan undi yang drastik dan tidak masuk akal yang mana menyebabkan ahli-ahli DAP sendiri mula mengeluh.
Malah, jumlah undi itu sendiri menjadi tandatanya kerana jumlah yang sepatutnya ialah 2,567 orang.    Ke mana perginya undi-undi lain?

Permainan kotor DAP semakin jelas apabila sejurus selepas kiraan semula itu, mereka mula menonjolkan Zairil secara berlebih-lebihan dengan merujuk kepadanya sebagai ëMelayuí.   Zairil diberi jawatan tinggi di dalam parti dan juga di dalam anak syarikat kerajaan negeri.
Namun, rakyat dan orang Melayu tidaklah sebodoh DAP.

Orang Melayu lebih gemar membaca sejarah politik dan cukup maklum siapa Zairil sebenarnya.  Zairil adalah anak kepada pasangan Cina yang bercerai di mana ibunya kemudiannya mengahwini Tan Sri Khir Johari.

Ini menjadikan Zairil 100% Cina dan tidak ada sebab DAP harus merujuk kepadanya sebagai Melayu.   Kita juga tidak lupa bagaimana ibu Zairil pernah mengejutkan Malaysia suatu ketika dahulu dengan menuntut harta pusaka arwah bekas isteri Tan Sri Khir.
Dengan sikap ibunya yang sedemikian, tidak hairanlah Zairil menggunakan nama bapa tirinya bagi mendapat keistimewaan sebagai anak pejuang UMNO.  Dan kini, atas nama bapa tirinya juga Zairil menyertai DAP yang memusuhi UMNO.

Percubaan DAP untuk memperlihatkan parti itu sebagai tidak rasis, nampaknya memakan diri.  Sebaliknya, terbukti sudah bahawa DAP adalah rasis kronik sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu untuk mewakili Melayu, tetapi meletakkan seorang Cina bagi mewakili Melayu!
DAP juga terbukti sebagai tidak telus, kalaupun tidak bodoh kerana tidak mampu mengira undi yang tidak sampai pun 2,000.

Berikutan itu, beberapa aduan telah dibuat kepada ROS oleh ahli-ahli DAP sendiri.  Dari situ juga, seramai 753 ahli yang layak memilih turut tampil mempersoalkan kenapa mereka tidak menerima notis untuk pemilihan.
Berdasarkan fakta ini, kita tidak faham kenapa ROS mengambil masa begitu lama untuk menyiasat dan mengambil tindakan.  Ini bukan kes yang melibatkan bukti forensik tetapi semuanya berkisar mengenai angka dan angka tidak akan menipu.

Justeru, adalah tidak wajar bagi ROS untuk mengambil masa begitu lama untuk menyelesaikannya.
Rakyat sudah bosan dengan segala aduan dan siasatan tanpa apa-apa tindakan oleh pihak berkuasa.  Takkanlah ROS juga sama saja? - Pena Utara


ROS Sahkan Terima Laporan DAP, Mohon Maaf Atas Kekeliruan 
 


PETALING JAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) pada Ahad mengesahkan ia telah menerima laporan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada 8 Februari lepas, lebih awal sebelum tarikh yang ditetapkan untuk parti itu pada 15 Februari.
“Di sini, saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan saya sebelum ini adalah berdasarkan maklumat yang tidak dikemaskini dan ini telah membawa kepada kekeliruan,” kata Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman dalam satu kenyataan pada lewat Ahad.

“ROS memohon maaf kepada semua pihak berkenaan berhubung kesilapan ini,” katanya.
Menurutnya, siasatan terhadap pemilihan CEC DAP adalah berterusan dan akan dimuktamadkan secepat mungkin.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Sabtu dilaporkan sebagai berkata bahawa beliau dimaklumkan mengenai DAP gagal untuk menyerahkan laporan tepat pada masanya, dengan itu ROS akan memulakan penyiasatannya.
Pada 15 Disember lalu, pemilihan CEC telah diadakan, dan tiga minggu kemudiannya para pemimpin DAP telah mendedahkan terdapat “kesilapan” dalam pengiraan undi.

Kesilapan-kesilapan itu dikatakan melihat senarai yang dipilih daripada ahli CEC yang disemak iaitu Zairil Khir Johari, setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng, yang dimasukkan dalam senarai.
Pengarah pilihan raya DAP, Pooi Weng Keong kemudiannya meletakkan jawatan.
Terdahulu pada Ahad, para pemimpin DAP menegaskan bahawa mereka telah menyerahkan laporan itu dalam tempoh 60 hari yang diberikan.

“DAP mengemukakan laporan pada 8 Februari, sebelum tarikh akhir 15 Februari. Kita mempunyai bukti bahawa kita telah mengemukakan laporan itu dan ia telah diperakui,” kata Pengerusi parti, Karpal Singh pada sidang media di Air Itam.
Sementara itu, di Petaling Jaya, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, beliau dan seorang pembantu peribadi berkunjung ke pejabat ROS di Putrajaya pada kira-kira pukul 10 pagi pada 8 Februari untuk menyerahkan laporan tersebut.
Beliau berkata, mereka memberikan salinan dokuman termasuk minit mesyuaray CEC, akaun yang berakhir pada 2012 dan senarai semua pemimpin yang dipilih dan dilantik.
“Kami telah mengemukakan dokumen-dokumen itu,” kata Loke pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini pada Ahad.


ROS Beri Muka Kepada DAP,Tidak Kepada Umno!

Sehingga sekarang ROS masih gagal untuk mengambil tindakan terhadap DAP. Sejak pendedahan cara pemilihan anggota CEC dan beberapa laporan daripada ahli DAP sendiri kepada ROS. Yang kita dengar hanyalah siasatan dijalankan dan yang terbaru pihak ROS beri alasan bahawa pemimpin tertinggi DAP tidak ada masa untuk hadir dan tidak dapat kerjasama.
Apakah ROS takut untuk ambil tindakan dan beri kata dua kepada DAP? Sedangkan parti pemerintah Umno pun pernah diharamkan! Apa istimewanya DAP hingga ROS terlalu berlembut dan masih memberi muka kepada puak haprak ni?

Jika DAP tak beri kerjasama,buat keputusan dan haramkan saja parti DAP.Alasan sibuk yang diberikan Lim Guan Eng memang tak boleh diterima,jika nak kata sibuk..mamak roti canai pun sibuk jugak..
ROS takut buat tindakan atau terlalu banyak menggunakan budi bicara..jika DAP ultrakiasu begitu angkuh untuk tidak melayan ROS apa perlu lagi diberi layanan istimewa!
Datuk Seri Ismail Sabri,mohon  beri perhatian yang serius mengenai kes penipuan pemilihan CEC DAP..!

 
SEBAHAGIAN penyokong dan ahli DAP mengadakan demonstrasi membantah kepimpinan tertinggi parti tersebut yang didakwa telah meminggirkan masyarakat India dan juga mendesah pemilihan semula CEC parti itu di Air Itam, Pulau Pinang, hari ini." UTUSAN/SAZALI CHE DIN

KUALA LUMPUR 22 Mac – Pendaftar Pertubuhan (ROS) menghadapi kesukaran untuk menyelesaikan siasatan berhubung kesilapan yang berlaku dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) DAP berikutan tidak mendapat kerjasama daripada pemimpin tertinggi parti itu.
Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya telah menghantar notis memanggil seorang pemimpin tertinggi parti itu baru-baru ini ke pejabat ROS untuk memberi keterangan bagaimanapun beliau memberi pelbagai alasan seperti tiada masa.
Menurut beliau, berikutan berlakunya kelewatan dalam proses mengambil keterangan, maka kerja-kerja siasatan turut tergantung selain melambatkan proses siasatan secara keseluruhannya.
”Kita telah menghantar notis jemputan memberi keterangan kepada pemimpin DAP tersebut.-utusan.


Daripada Wikipedia - Ensiklopedia bebas.

- UMNO DI HARAMKAN -

UMNO 11 adalah sekumpulan ahli UMNO yang menfailkan tindakan guaman yang membawa kepada pengharaman UMNO pada tahun 1988.

Latar belakang

Pada Jun 1987, satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 orang ahli UMNO (yang asalnya 12 orang tetapi seorang menarik diri, kumpulan ini kemudiannya dikenali sebagai UMNO 11) di mana mereka telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta tidak mempunyai kesan.

Fakta-fakta yang telah dipersetujui menyatakan 30 cawangan tidak diluluskan dalam empat bahagian dan lain-lain. Satu perkiraan yang mudah menunjukkan bahawa jika perwakilan daripada 30 cawangan yang tidak diluluskan dalam empat bahagian tidak diambil kira dalam Perhimpunan Agung, keputusan pemilihan akan mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara pemenang dan calon yang kalah[1]. Pada tahun itu, Dr Mahathir Mohamad menang tipis sebanyak 43 undi ke atas Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.

Selepas beberapa siri perbicaraan yang mengambil masa selama tujuh bulan, kes tersebut telah dibicarakan di hadapan Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Harun telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Pengharaman UMNO

Menurut salah seorang UMNO 11, Abdul Rahim Abdul Rahman, keputusan hakim pada masa itu memeranjatkan mereka. Ini kerana UMNO 11 bukan bertujuan hendak mengharamkan UMNO[2] tetapi hanya mahukan supaya keputusan pemilihan dianggap tidak sah dan diadakan semula. Abdul Rahim berkata mereka mengambil keputusan untuk membawa kes tersebut ke Mahkamah Agung kerana rayuan mereka supaya pemilihan diadakan semula tidak dilayan[3]. Mereka sebaliknya dituduh oleh Dr Mahathir dan Setiausaha Agung UMNO pada masa itu Tan Sri Sanusi Junid sebagai pengkhianat yang bertanggungjawab mengharamkan parti.

Menurut Datuk George Seah, Ketua Hakim Negara pada masa itu, Tun Salleh Abas, sudah membuat keputusan untuk melantik sembilan orang panel hakim untuk mendengar rayuan UMNO 11. Arahan ini diberi pada 24 Mei 1988 tetapi pada 27 Mei 1988, Tun Salleh Abas berkata beliau telah digantung dari tugasnya bermula pada 26 Mei 1988[4]. Antara arahan Tun Salleh Abas yang diberikan kepada Pembantu Kanan Registrar dan disaksikan bersama Datuk George Seah dan allahyarham Tan Sri Hashim Yeop Sani adalah untuk mendengar kembali kes UMNO 11 pada 13 Jun 1988. Dengan penggantungan tugas beliau sebagai Ketua Hakim Negara, kes rayuan UMNO 11 tidak dibicarakan oleh mahkamah yang dijadualkan pada 13 Jun 1988[5].

Implikasi pengharaman UMNO

apabila UMNO diharamkan oleh hakim Datuk Harun Hashim beberapa implikasi yang besar telah berlaku di Malaysia. UMNO 11 tidak berhasrat mengharamkan UMNO. Mungkin Dr. Mahathir Mohamad sendiri tidak menyangka parti UMNO akan diharamkan kerana beliau berdiam diri buat beberapa hari.
Dr. Mahathir Mohamad tidak senang semua masalah dalaman parti dibawa ke mahkammah. Masalah parti biarlah diselesaikan dan diputuskan oleh parti, bukan oleh orang luar iaitu para hakim. Sejak kes ini, tidak ada lagi masalah parti dibawa ke mahkamah dan perkara ini turut disokong oleh pelbagai pertubuhan dan parti pembangkang.

Akibatnya UMNO tidak lagi menjadi parti tunjang kepada parti pemerintah iaitu Barisan Nasional. Oleh yang demikian, Dr. Mahathir Mohamad telah menyerahkan tugas Pengerusi Barisan Nasional kepada Presiden MCA ketika itu, Ling Liong Sik. Dengan itu juga Dr. Mahathir Mohamad tidak layak menjadi Perdana Menteri Malaysia kerana parti teras telah diharamkan buat beberapa ketika. Berlaku kekosongan jawatan Perdana Menteri Malaysia buat beberapa hari sehinggalah UMNO Baru ditubuhkan. Menurut tafsiran Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri Malaysia ketika itu ialah Ling Liong Sik. Walau bagaimanapun, tidak berlaku perlantikan watikah secara rasmi daripada Yang di-Pertuan Agong kepada Ling Liong Sik.

Perkataan 'Baru' telah dikaburkan dari Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ('Baru') kerana menurut tafsiran mahkamah, UMNO lama dan UMNO Baru adalah berbeza, bukan parti yang sama. Pengamal undang-undang memberi tafsiran berbeza-beza sama ada UMNO Baru sama dengan UMNO lama kerana Akta Pertubuhan tidak membenarkan perkara-perkara sebegini diputuskan oleh mahkamah.
Ramai pemimpin, ahli politik dan rakyat Malaysia berasa lega apabila UMNO telah ditubuhkan semula. UMNO 11 telah menjadi 'kambing hitam' untuk dipersalahkan. Campur tangan pihak eksekutif terhadap penghakiman dirasakan semakin ketara .

Semua aset UMNO lama telah dipindahkan kepada UMNO Baru. Antaranya ialah pejabat UMNO di setiap negeri, bahagian dan cawangan UMNO, Menara Dato Onn, syarikat perniagaan milik UMNO dan lain-lain. Walau bagaimanapun harta keseluruhan UMNO tidak dapat dikenalpasti .


AMUKANMELAYU - Kerana terlalu lama "TIDUR" tak sedar airliur basi meleleh di bibir dan terkena pada bantal tapi bantal tetap di simpan .walau pun busuk ia tetap di peluk...ROS...ROS... apalah nasib Tanah Melayu ni.