Wednesday, 31 July 2013

PROGRAM TEKS1M - NAJIB NAK TOLONG "DREBA" TEKSI TAPI SPAD PULA NAK BERNIAGA


PROGRAM TEKS1M OLEH @SPADchannel - EXZORA CUMA RM 70k TAPI SPAD KUTIP 200k

Program yang telah dibuat oleh pihak SPAD adalah untuk menguntungkan KRONI akan tetapi banyak jugak pihak yang menyokong tanpa usul periksa kerana poket dipenuhi wang hingga mulut terkunci. Kalau nak menipu pun agak-agaklah at list ambil jugak pandangan dari akar umbi pemandu teksi itu sendiri.

MKP sempat bersembang dengan pemandu teksi ketika menuju ke tempat makan waktu bersahur hujung minggu lepas. Pada mulanya agak terkejut jugak riaksi kurang senang pemandu teksi berkenaan. Agak mahal la abang sewa harian yang telah ditetapkan oleh pihak SPAD sehari rm80. Sedangkan ketika ini sewa harian hanyalah sebanyak rm40 sehari oleh pihak konsotium. Perjanjian itu pulak selama tujuh tahun...

MKP pun membuat perhitungan jika sehari pemandu perlu membayar sewa sebanyak rm80 jumlah sebulan adalah rm2,400. Jika dikira selama 7tahun adalah 84 bulan jumlah keseluruhan yang perlu dibayar oleh pemandu adalah rm 201,600 . itu adalah harga kereta mewah der........ Sapa yang mengaut keuntungan.. Sedangkan harga sebuah EXORA hanya 69,168.00 harga diatas jalan.. mana selebihnya rm130 ribu...

TEKS1M adalah inisiatif yang dilaksanakan melalui kerjasama antara SPAD dan Proton di bawah program Teksi Rakyat 1Malaysia (TR1MA).

Baguih punya PROTON dan SPAD buat Harta....Sebanyak 1,000 Teksi 1Malaysia (Teks1M) akan dikecualikan daripada membayar fi pemeriksaan awal di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) bernilai RM70. Kalau dah kaut untung sebanyak itu setakat rm70 tue apa ada...

Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan di sini hari ini, pengecualian itu susulan permohonan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD).

Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian 1,000 permit teksi individu di bawah program Teks1M dalam usaha kerajaan menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam selain meningkatkan pendapatan pemandu teksi di negara ini.

Ini bukan nak menyenangkan rakyat akan tetapi menyusahkan rakyat.... So MKP minta penjelasan dari pihak SPAD mengenai butiran yang dinyatakan... Benda betul kena tegur...Takkan nak hilangkan undi pemandu teksi pada PRU-14 nanti.