Monday, 26 August 2013

APA AKAN JADI BILA PAK LEBAI MAKAN DUIT LENDIR


Bila Pencegah Maksiat Makan Rasuah


Hai Rashid!!!....."Bukan....I Rashidah!!!!
 
Zaki kena tangkap khalwat dalam satu operasi cegah maksiat lalu dibawa ke balai bersama-sama dengan pasangannya. Untuk melepaskannya Zaki menelefon Firdaus untuk datang kebalai bagi menjamin dan melepaskannya.
Firdaus bergegas pergi ke balai dan di sana dia menemui kawannya Zaki yang kelihatan panik dan cemas. Dia takut rahsianya berkhalwat di ketahui isterinya. kalau boleh dia mahu segera selesaikan masalah tersebut tanpa diketahui oleh orang lain.
Zaki minta pinjam RM3,000 dari Firdaus. Katanya Ustaz penguatkuasa dah bincang dengannya untuk kasi lepas jika bayar duit sedikit pada mereka. Jika Zaki bayar RM3,000 mereka tak akan bawanya ke mahkamah syariah.
Firdaus tak mahu selesaikan cara begitu, dia berjumpa dengan para ustaz tersebut dan menyuruh mereka segerakan kerja mereka, ambil segala laporan yang diperlukan dan segera lepaskan kawannya Zaki. “Nanti kita jumpa di mahkamah” kata Firdaus, berani buat jahat kenalah berani tanggung.
Selesai semua dan masing-masing pulang ke rumah. Setelah menunggu lama, tak ada kahabar berita tentang kes Zaki. Firdaus hairan kenapa mereka masih belum panggil ke mahkamah untuk perbicaraan.

Satu hari dia berjumpa dengan Zaki dan bertanyakan tentang bila kesnya akan disebutkan di mahkamah syariah. Zaki memberitahu, tak akan ada perbicaraan, dia dah suap semua ustaz-ustaz peguatkuasa maksiat seorang seribu, kes terus tutup.

Cerita ini saya dengar dari Firdaus sendiri. Sampai sekarang dia masih ingat ustaz-ustaz yang makan rasuah tu, dan setiap kali mereka jumpa Firdaus mereka tak berani angkat muka.
Saya memang tak sangka lansung akan ada ustaz pegawai agama, penguatkuasa pencegah maksiat akan sanggup berbuat begitu. Mereka tentu lebih arif dengan hukum hakam berbanding dengan semua orang awam yang lain.

Mereka tangkap orang buat maksiat untuk membolehkan mereka sendiri buat maksiat. Maksiat rasuah, minta duit kalau mahu kes selesai. Ternyata habis semua jabatan dalam kerajaan terpalit dengan kes rasuah, di mana ada kuasa, di situ akan ada pertukaran wang dengan kuasa yang di amanahkan rakyat pada mereka.

Memang betul kata ulama, akhir zaman ni, lebih baik lari duduk hutan sorang-sorang jika anda tak cukup kuat, maksiat berlaku serata tempat berleluasa, siapa yang tak kuat pasti hanyut sekali.
Nota: Cerita di atas adalah cerita benar yang berlaku di Selangor, cuma nama saja yang tak benar.
Sumber asal dari blog Warta Subhi bertajuk Pegawai Cegah Maksiatpun Rasuah !!!


Pencegah Maksiat Dituduh Rasuah Kes Khalwat
 

TAWAU:  Seorang pembantu pegawai penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan menerima rasuah daripada seorang lelaki untuk tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana disyaki berkhalwat dua tahun lepas.
Hakim Egusra Mohamad Ali menetapkan 24 hingga 28 Mac tahun depan untuk mendengar perbicaraan kes melibatkan Asmuni Ali, 36.
Beliau membenarkan Asmuni diikat jamin RM5,000.
Asmuni dituduh cuba memperoleh bagi dirinya suapan sebanyak RM2,000 daripada lelaki itu di sebuah gerai makan di Jalan Anggerik di sini sekitar 9 malam antara Julai dan Ogos 2006.
Dia turut didakwa menerima suapan RM500 daripada orang yang sama di dalam sebuah kenderaan di sini sekitar 7.30 malam pada 20 Mac tahun lepas.
Jika disabit kesalahan, Asmuni boleh dihukum penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali ganda nilai suapan, yang mana lebih tinggi. BERNAMA


PENCEGAH MAKSIAT BERNAFSU BINATANG

pencegah maksiat
Mana surat nikah?


Tembelang seorang lelaki yang menonjolkan sifat murni termasuk bersungguh-sungguh mahu mencegah maksiat di kalangan penduduk di sebuah rumah pangsa di Bandar Baru Uda, Tampoi terbongkar selepas dia melakukan
gangguan seksual terhadap seorang wanita yang sarat hamil lima bulan.

Lelaki itu juga memohon maaf terhadap perbuatannya menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar ke telefon bimbit suami mangsa baru-baru ini meskipun menyedari perbuatannya menimbulkan tekanan mental terhadap wanita berkenaan.
Mangsa yang berusia 31 tahun berkata, kejadian berlaku 30 Ogos lalu iaitu pada jam 7 pagi selepas dia menghantar anak ke sekolah dan terserempak dengan lelaki itu di tingkat tiga rumah pangsa berkenaan.


Wanita mualaf itu berkata, dia yang tinggal bersama keluarga di tingkat empat, menyapa lelaki berusia 40-an terbabit kerana sudah mengenalinya sejak lebih lima tahun lalu.
Bagaimanapun, mangsa yang bekerja sebagai kerani di pejabat guaman tidak menyangka lelaki itu tiba-tiba bertindak melampaui batas apabila menghampirinya dan melakukan perbuatan tidak bermoral.
“Saya terkejut apabila lelaki itu meraba belakang bahu dan mencium pipi kiri sebelum saya menolak tangannya.


“Dia kemudian terburu-buru masuk ke rumahnya,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Tampoi pada 1 September lalu.
Sementara itu, suami mangsa yang berusia 34 tahun berkata, dia bimbangkan kesihatan mental isterinya yang masih tidak dapat melupakan peristiwa mengaibkan itu.
“Suami mana tidak tertekan jika isteri menjadi mangsa gangguan seksual tambahan pula ketika sedang mengandung.


“Kejadian berlaku ketika isteri saya sedang mengandung dan dikhuatiri boleh menjejaskan kesihatan akibat tertekan,” kata bapa kepada dua anak itu.
Menurutnya, walaupun lelaki itu meminta maaf menerusi SMS, dia dan isteri khuatir dengan keselamatan wanita serta kanak-kanak perempuan di situ.
Dia mendakwa polis juga tidak mengambil sebarang tindakan terhadap lelaki itu biarpun laporan polis sudah dua kali dibuat.



Pencegah Maksiat Di Hukum Rotan 120 Kali Di Jeddah


PENCEGAH MAKSIAT DI ROTAN

JEDDAH: Mahkamah di Al-Masarha, Jizan menjatuhkan hukuman rotan 120 kali terhadap seorang lelaki 56 tahun yang juga kakitangan Suruhanjaya Menegakkan Kebaikan dan Membanteras Kemungkaran selepas beliau didapati bersalah berkahwin dengan enam wanita pada satu masa. Selain hukuman 20 rotan terhadap setiap isteri, tertuduh turut diarah menghafal dua juz al Quran.

Beliau turut dilarang keluar negara atau memberi ceramah dan menjadi imam di masjid.
Ketika dibicarakan, tertuduh mendakwa tidak tahu undang-undang Islam hanya membenarkan seorang lelaki mengahwini maksimum empat isteri pada satu masa.
Beliau memaklumkan kepada hakim tidak memiliki pendidikan lebih daripada sekolah rendah.
Sebelum hukuman dijatuhkan, tertuduh berdepan hukuman maksimum direjam sampai mati kerana beliau diklasifikasi melakukan zina kerana dua perkahwinannya dianggap tidak sah.
Namun, hakim Sheikh Salman bin Yahya Al-Wadaani berkata, bukti tidak mencukupi untuk menjatuhkan hukuman rejam sampai mati terhadap tertuduh.
Lelaki itu didakwa pada Jun 2008 selepas beliau dilapor memiliki tiga isteri warga Yaman dan tiga lagi wanita tempatan.
Hasil siasatan, pihak berkuasa mendapati dua daripada isteri Yamannya tinggal secara haram di Arab Saudi.
Hakim berkata, tertuduh akan dibicarakan secara berasingan kerana mengahwini wanita asing tanpa kebenaran Kementerian Dalam Negeri. Setiap rakyat Arab Saudi perlu mendapatkan kebenaran kementerian sebelum mengahwini rakyat asing. – Agensi


AMUKANMELAYU - Sedih....marah....malu dan benci dengan manusia yang menjual agamanya hanya kerana duit......bro....tolonglah cari kerja lain, janganlah menghina agama mu sampai ke tahap ini .