Monday, 26 August 2013

MAHA FIRAUN BELASAH KONGSI GELAP NAJIB BELA KONGSI GELAP


60 Kumpulan Kongsi Gelap Istihar Perang Dengan PDRM

PENGERUSI DAP SABAH - Jimmy Wong Tze Phin

"Jangan buta sejarah dan tidak bersyukur. Kita perlu sentiasa berterima kasih kepada nenek moyang kita melalui Perikatan (Perikatan, kini Barisan Nasional) yang mempunyai pandangan jauh untuk bersetuju untuk mempunyai pelbagai jenis sistem sekolah dan kita meluluskan pelbagai rang undang-undang termasuk ISA, EO, Bahasa, Kerakyatan, Jenayah dll kerana hanya tidak lain dan tidak bukan hanyalah UNTUK KEAMANAN DAN KEHARMONIAN tinggal dalam satu Negara. Bukannya sekolah di jadikan MEDAN untuk memupuk dan mengajar anak-anak menjadi Samseng dan Kongsi Gelap." - Amukanmelayu.


Polis. Polis Pulau Pinang secara tertutup menyatakan kumpulan kongsi2 gelap sedang istihar perang ke atas polis. Minta ahli keluarga, adik beradik, sepupu sepapat yang letak logo polis di kereta, sila tanggalkan buat sementara waktu. Dikhuatiri mereka menyerang/menembak kerana menyangka kereta berkaitan polis.

  •  Taiko Cina dia org main besar2 tak tunjuk macam Gengster India dan melayu..India org miskin pung dia rompak..Kongsi Cina bukak rumah ayam,judi haram,pub,bar,hotel budget,snooker center lepas tu jual dadah besar2 kat luarnegara...ada member wa bual2 dengan Boss gangster Cina kat Petaling Street..dia ckp macam ni je...bodohlah gua mahu tunjuk pistol gua tembak2 ngan Polis baik buka2 sana sini lepas tu jolok je duit kat Penguatkuasa...tu sebab ko org gi Chinatown hotel budget,restoran,kedai2 mana ada lesen banyak...sebab Hotel,restoran kena dapat permit khas sebab semua benda tu ada kuota tak boleh bukak sukaati..tanyalah Bandaraya DBKL kenapa boleh tutup mata je.
    Sebenarnya cina tidak samseng dan penakut. Semasa zaman Tun M. Seringkali perjumpaan di adakan dengan masyarakat Cina atau India melalui wakil mereka. Semasa Amukanmelayu berjumpa dengan Tun di Pejabatnya di Menara Petronas bersama-sama dengan beberapa Orang Cina, dengan selember dek jer Ayahanda Tun sound kat Cina-cina ni mengenai Universiti Swasta yang banyak Pelajar Cina Luar Negara. Katanya "Kita bukan nak jadikan Negara ini Negara Cina, tapi kita ada peluang Education Bissnes. Gunakanlah Peluang ni untuk kita menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan". 
    MAHARIRAUN - Ketegasannya tiada samseng yang berani mangangkat muka

    Semua wakil Cina yang datang berjumpa Tun, Amukanmelayu lihat tak berani nak bertentang mata dengan Tun. Selama 22 tahun dia menjadi PM, banyak orang yang mendapat menafaat dan beratus ribu yang kaya-raya dengan Idea Gila Tun M. Dia bukan seorang yang popular, malah Tun M merupakan orang yang mendapat banyak gelaran dan Bintang Kebesaran. Antara Gelarannya:






    PENAT - SAMSENG INDIA 'PAU'KONTREKTOR MELAYU


    KABINET NAJIB - Macam film Tamil
    Dalam perjalanan ke Kuang, Selangor semalam,  saya sempat menghubungi Ketua Balai Polis Sungai Buloh. Diminta, beliau kemudian memberikan saya nombor telefon bimbit pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah,  IPD Sungai Buloh bertugas memantau Ops Cantas Khas.

    Sambil minum cendol dan makan cucur udang di pinggir jalan, kontraktor berusia 41 tahun berkongsi cerita tidak saya sangka.

    Maklumat yang tepat dari Mazidul
    Dia bertugas sebagai kontraktor pembinaan rumah dan jalanraya sejak 10 tahun lalu. 

    "Saya membuat kerja menampal jalanraya baru masuk tahun kedua. Setakat ini saya telah mengendalikan 7 projek," katanya.

    "Daripada 7 projek itu berapa kali berlaku percubaan untuk 'pau' (memeras ugut)?," soal saya.

    "Lima tetapi saya tidak pernah membayar. Lazimnya kumpulan beberapa lelaki India datang ke lokasi dan meminta wang  di antara RM500 dan RM3,000. Mereka mendakwa kononnya menjaga kawasan itu dan datang menuntut wang perlindungan. Kalau  kita bekerja siang, mereka datang siang, kalau kita bekerja malam, mereka datang malam," jawabnya.  


    Kontraktor kecil sepertinya mendakwa berada dalam keadaan dilema.

    "Kalau kata kita berikan wang, kumpulan lain pula   akan datang meminta wang. Mana kita boleh tahan. Keuntungan bukan besar. Kalau kata tidak dapat juga, kumpulan lain akan 'cucuk angin'.  Mesti akan datang dua kumpulan dan cuba meminta wang perlindungan sampai dapat," ujarnya kecewa.

    Lazimnya, dia memaklumkan balai berhampiran sebelum melaksanakan tugasan.

    "Satu hari sebelum projek bermula,  saya repot  terlebih dahulu di balai polis, bimbang kalau di kacau. Contoh, kes di Damansara Damai. Sebelum bulan Ramadhan lalu, kami mula  bekerja pada waktu pagi, petang mereka sampai 10 orang. Ketua kumpulan menghubungi saya.   Selepas itu saya pantas menghubungi balai. Dengan kadar segera balai menghantar dua anggota membuat rondaan, ahli kumpulan itu beredar. Lama kelamaan saya tidak sedap hati dan pergi ke balai.  Sewaktu saya menunggu anggota polis  berkumpul  mereka menghubungi saya untuk menuntut protection money.  Sampai semula  di tempat kerja, mereka senyap. Apabila saya hubungi, panggilan terus tidak berjawab," jelasnya.

    Tambahnya, kumpulan terbabit tidak pernah menyatakan nama  kumpulan gengster dianggotai.

    "Mereka hanya berkata, kononnya menjaga kawasan tempat saya menjalankan kerja. Minggu hadapan saya akan menjalankan projek lebih besar dan 100% saya berani cakap, mereka akan datang mengganggu dan memeras ugut. Majoriti mereka  masih muda,  datang memakai bangle 3 inci, berusia di antara lapan belas, sembilan belas dan tiga puluh lima tahun. Kita tengok pun mendidih.  Mereka tidak gentar biarpun kami membuat kerja di jalan utama. Contohnya, kejadian 5 orang lelaki datang di Kota Damansara, Petaling Jaya," ujar kontraktor berasal dari Sungai Buloh itu.

    Pekerjanya kira-kira 15 orang, setiap kali bekerja memperbaiki jalanraya.

    "Kumpulan Melayu dan Cina tidak terbabit. ," celahnya.

    "Bagaimanakah perawakan mereka?," soal saya.

    "Tubuh sebilangan mereka lebih besar berbanding saiz badan bro, ada juga kurus kering. Nanti kalau saya membuat projek lain, bro datang, duduk di dalam kereta dan boleh merakamkan gambar mereka.  Tadi, kira-kira jam 1 tengahari (24 Ogos 2013), di Jalan Orkid, Kampung Damai, Kuang, datang 4 lelaki India menuntut wang perlindungan. Mereka bertemu pekerja India saya dan berkata akan datang kembali dalam tempoh satu jam. Itu kampung Melayu,  mereka berani juga datang ," katanya.

    Bertindak melalui maklumat itu, saya kemudian menghubung pegawai berpangkat Inspektor bertugas mengendalikan Ops Cantas Khas di  IPD Sungai Buloh.

    "Saya akan hantar unit peronda ke sana untuk memantau tetapi apapun jangan bayar sesiapa untuk wang perlindungan," nasihat beliau.

     Kata saya, sebarang perkembangan terbaru bakal dimaklumkan kepada beliau  dengan kadar segera.

    Lihat gambar di bawah, jalan lengang dan kawasan agak jauh dari jalan utama, lokasi kerja pembaikan jalan dilaksanakan oleh kontraktor terbabit.


    Ops Cantas Khas dilaksanakan tepat pada waktunya.

    Kontraktor seperti lelaki itu mencari rezeki di bumi sendiri dan tidak perlu diganggu sampai begtu sekali.

    "Saya penat kalau keadaan berterusan begini," kata kotraktor terbabit.


    "Jangan buta sejarah dan tidak bersyukur. Kita perlu sentiasa berterima kasih kepada nenek moyang kita melalui Perikatan (Perikatan, kini Barisan Nasional) yang mempunyai pandangan jauh untuk bersetuju untuk mempunyai pelbagai jenis sistem sekolah dan kita  Meluluskan pelbagai rang undang-undang termasuk ISA, EO, Bahasa, Kerakyatan, Jenayah dll kerana hanya tidak lain dan tidak bukan hanyalah UNTUK KEAMANAN DAN KEHARMONIAN tinggal dalam satu Negara.".


    AMUKANMELAYU - Masih RELIVANKAH lagi ayat "BERBUNGA" seperti di atas. rasanya AYAT ini hanya sesuai dan di mainkan oleh TV 1 dan TV 2 dan Pemimpin-pemimpin Melayu sahaja.