Tuesday, 10 September 2013

AKU ANAK MELAYU - KALIMAH ALLAH, ULAMAK BAGAIKAN MADU DAN RACUN

Ulama PAS DARI GULUNGAN  Anwarinas SEDANG MEROSAKAN ISLAM DARI DALAM

Usaha Kristian menggunakan kalimah Allah bukan untuk hanya utk memesongkan umat Islam hari ini. Malah, tujuan mereka yg sebenarnya utk mengelirukan generasi Islam yang akan datang. Umat Islam yg angkuh kerana menganggap iman mereka kuat, pasti tak akan sedar bahawa serangan akidah ini ditujukan kepada anak-anak mereka yg sedang membesar dan tercari-cari arah hidup. Oleh yg demikian, mmg wajar kita menentang penggunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan Islam. Ini adalah globalisasi Barat utk penjenamaan semula seluruh umat di bumi. Alangkah bodohnya sekiranya umat Islam masih enggan mengakui ancaman Barat yg mula menakluki gaya hidup mereka.- Tanpa Nama

BIAR BODOH tp boleh di ajar dari Nampak pandai macam ulamak tp tak SEMENGGAH.


MENGAJI TIDAK BERGURU - Neo Liberal
  

KUFUR JIKA SOKONG GUNA NAMA ALLAH : PROF DR HARON DIN

Alhamdulillah, saya melihat kejujuran dan ketelusan Prof Dr Harun Din di dalam hal isu kalimah Allah ini. Saya mendoakan lebih ramai lagi yang sedar mengenai hal isu kalimah Allah ini bukan hal politik dan jangan sesiapa menjadi kufur kerananya dek kerana ketaksuban politik. Blog-blog PR yang terlanjur itu bawalah bertaubat dan akuilah kesalahan kerana telah songsang menyetujui pendapat yang tidak menurut laras kefahaman yang tepat. Secara peribadinya, saya mengenali Prof Harun Din sebagai seorang ilmuwan agama yang berfirqah ASWJ dan bertarekat. Ini menguatkan lagi hujah saya sebelum ini yang menyatakan bahawa jika seseorang itu berpegang kepada fahaman Sifat 20 yang dipelajari dari firqah ASWJ, maka ini akan menyelamatkan mereka dari kekufuran dan penyelewengan aqidah. Aqidah bukan perkara untuk diabai dan tidak dipeduli, apatah lagi bukan barang untuk dijual beli. Aqidah adalah kunci kepada iman dan taqwa kita dan amalan kita dunia dan akhirat. Bukan parti atau ulamak politik yang perlu kita rujuk di dalam hal aqidah tetapi ulamak sejati yang berpegang kepada aqidah ASWJ yang perlu kita jadikan panduan.
JIKA BENAR SAYANGKAN ISLAM, UMNO PERLU MEMBAWA HUDUD KE PARLIMEN

(Sayang sekali blog seperti Al Hussyein, blogger fanatik PAS menulis dengan mengelirukan pembaca dengan menyatakan PAS menyokong penggunaan kalimah ALLAH oleh orang Kristian. Mereka ini memang pandai memutarbelitkan perkataan malah ayat Allah sendiri agar mengikut kepentingan nafsu mereka. Kedapatan juga di dalam komentar di blog tersebut yang mencaci dan menyuruh Zul Kulim dan Dr Haron Din untuk menjilat ludah sendiri, begitu hebat mereka sekarang, mereka sudah tidak peduli siapa lagi hatta yang bertaraf ulamak dalam PAS. Inilah jenis blogger yang kita perlu selidiki atas AGENDA dan siapa DALANG atau TANGAN AJAIB di belakang mereka.)

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

BANGI: Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.

"Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.

"Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.

"Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan.

Baru-baru ini Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan sebuah akhbar mingguan katolik.

Pandangan beliau itu menimbulkan reaksi negatif daripada banyak pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang menggesa Ahli Parlimen Shah Alam itu supaya keluar PAS.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Pada 16 Februari lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit akhbar itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan Allah adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Dalam pada itu, Haron din turut meragui niat akhbar berkenaan yang bertegas mahu mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.

"Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam... sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah," katanya.

Selain itu Haron Din berkata, pada masa akan datang perkara yang melibatkan hal agama sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.

"Hal Allah ini adalah hal agama, jadi tempat penyelesaiannya adalah di Mahkamah Syariah.

"Kenapa nak bawa kes ini ke Mahkamah Sivil? Saya menyeru kes ini supaya kes ini diselesaikan di Mahkamah Syariah," katanya.

Beliau juga meminta semua pihak termasuk kerajaan dan Majlis Raja-Raja supaya segera menyelesaikan isu berkenaan.
"Saya merayu Raja-Raja Melayu supaya jangan memandang ringan perkara ini, selesaikan dengan cara setiakawan dan faham memahami perasaan masing-masing," katanya.


MADU DAN RACUN - MADU DI TANGAN KANAN MU, RACUN DI TANGAN KIRI MU


Sebahagian ahli Majlis Syura PAS nyata terkejut dengan kenyataan media pakatan pembangkang yang dibacakan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Rabu yang antara lain membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana mendahului keputusan Majlis Syura PAS.


Mereka terkejut kerana Majlis Syura PAS hanya akan bermesyuarat pada Sabtu ini berhubung perkara berkenaan dan bagaimana Hadi boleh membacakan kenyataan mengatakan Pakatan Rakyat setuju benar orang bukan Islam guna kalimah Allah tersebut lebih awal?

Majlis Syura adalah badan tertinggi membuat keputusan oleh PAS.Selama ini, apabila diserang berbagai pihak bahawa PAS semakin ‘liberal’, pemimpin bukan ulama PAS akan menggunakan hujah “kami dipandu oleh Majlis Syura”.

Sebaliknya di dalam isu kalimah Allah ini, nampaknya Majlis Syura PAS kena main dengan kumpulan pro Anwar/liberal parti itu.

Majlis Syura mesyuarat Sabtu, Hadi baca kenyataan media pakatan pembangkang pada Selasa di ibu pejabat PKR Tropicana, hanya baca kenyataan yang disediakan tanpa ambil soalan dari wartawan.

Jika difikir balik, kenapa Hadi yang kena baca kenyataan media benarkan penggunaan Allah oleh bukan Islam itu?

Anwar ada, Lim Kit Siang ada, Mat Sabu ada… kenapa Hadi yang belum dapat mandat dari Majlis Syura PAS baca kenyataan media PR berhubung isu tersebut?

Sebabnya mudah, kalau tunggu Sabtu ini, keputusannya mungkin berbeza.Anwarinas dalam PAS tahu , golongan ulama yang menguasai Majlis Syura tak akan setuju.

Jadi langkahnya, umum dulu, kita kalau dalam permaian catur, situasinya adalah check, dan apabila Hadi baca kenyataan PR tersebut, maka ia adalah checkmate.

Adakah Majlis Syura pada Sabtu hendak keluar kenyataan bercanggah dengan Presiden PAS?

Cuma kalau ikut kenyataan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din pada Rabu, beliau tidak akan bersetuju dengan apa-apa keputusan membenarkan penggunaan “kalimah Allah” oleh orang bukan Islam.

“Kalimah Allah menguasai setiap surah dalam Al-Quran, manakala perkataan Allah tidak boleh didapati di mana-mana dalam Bible,” katanya.

Dr Haron memang diketahui umum antara yang paling tegas mengakui mempertahankan pendirian bahawa kalimah Allah hak mutlak orang Islam.

Beliau bahkan mengatakan jatuh hukum kuruf sesiapa yang benarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana ia boleh membawa kepada syirik.

Isu kalimah Allah ini timbul semula berikutan perutusan Krismas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Disember lalu, yang mahu Allah digunakan sebagai terjemahan god di dalam Bible, sebahagian besar pemimpin PAS tidak setuju dengan kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu bahawa PAS benarkan kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam pada Isnin, tiba-tiba mengubah pendirian parti itu.

Untuk rekod, Mat Sabu menang jawatan tersebut setelah perpecahan undi ulama di dalam PAS berikutan pertembungan tiga penjuru antara Mat Sabu, Nasaruddin Mat Isa dan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut terkejut berhubung perkembangan tersebut adalah Ketua Ulama PAS, Datuk Dr Harun Taib.

Dalam reaksinya, Harun berkata bahawa setakat yang beliaua boleh ingat, Majlis Syura tidak pernah membuat keputusan mengenai perkara itu.

Haron berkata beliau akan membuat kenyataan lanjut selepas mesyuarat Majlis Syura Sabtu ini.

“Saya tak akan buat komen baru kecuali lepas mesyuarat (Majlis Syura), sebelum mesyuarat saya tak komen. Komen (saya) yang lalu masih kekal,” kata beliau.

Bulan lalu, Harun berkata penggunaan kalimah Allah khusus untuk Islam dan seluruh umatnya sahaja.

“Agama lain termasuk Kristian tidak berhak sama sekali menggunakan kalimah suci itu, apatah lagi untuk diguna pakai dalam kitab Bible versi Melayu,” katanya.

Kalimah Allah : Sensiviti Islam tidak penting, wakil Paderi NECF sudah menjadi RAJA?


PUTRAJAYA 10 Sept – Wakil Paderi The National Evangelical Christian Fellowship (NECF) hari ini meremehkan sensiviti umat Islam berhubung isu kalimah Allah apabila menyifatkan nilai sensiviti bumiputera adalah lebih penting.

Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Yap berkata, nilai sensiviti bumiputera Sabah dan Sarawak adalah lebih penting dan perlu diutamakan.

“Jika umat Islam merasakan kalimah Allah ini penting, kami juga merasakan hak bumiputera adalah penting.

“Bumiputera sudah lama menggunakan kalimah Allah, jadi kenapa mahu ditukar?,” soalnya kembali kepada wartawan.

Ujarnya lagi, mereka akan terus memperjuangkan hak milik untuk mendapatkan penggunaan kalimah Allah ini dalam bible terbitan mereka.


Beliau ditemui semasa perbicaraan sedang berlangsung di luar bilik perbicaraan.

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini mendengar rayuan penuh kerajaan untuk membatalkan larangan penggunaan kalimah suci Allah oleh penganut agama Kristian di Malaysia.

Ini adalah berdasarkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan apabila memutuskan larangan Kementerian Dalam Negeri terhadap perkataan Allah dalam The Herald adalah tidak sah dan terbatal pada 31 Disember 2009.

Permohonan kali ini didengar oleh panel tiga hakim yang diketuai YA Dato Seri Mohamed Apandi Hj Ali bersama dengan dua lagi YA Dato Abdul Aziz Abdul Rahim dan YA Dato Mohamad Zawawi Salleh.



Antara Melayu yang sokong kalimah Allah digunakan oleh Kristian

Tambah wakil paderi NECF itu lagi, dalam memberikan sokongan pada hari ini, wakil paderi gereja dari Sabah juga akan turut hadir. Turut kelihatan beberapa orang wakil dari Persekutuan Kristian Malaysia (CFM).

Dalam pada itu menurut seorang peguam cina yang beragama Kristian (tidak mahu dikenali), perbicaraan kes kalimah Allah hari ini adalah lebih penting dari kes yang sedang dibicarakan di bilik mahkamah lain.

PADERI MEREKA - MANA MUFTI KITA?

Katanya, hari ini adalah penentu kepada penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian di Malaysia.

“Perkara ini penting untuk mengekalkan keharmonian di Malaysia,” ujarnya.

Namun apabila ditanya mengenai sensiviti dan kemarahan umat Islam berhubung perkara ini, beliau tidak mahu mengulas lanjut.


SURAT TERBUKA IMCA KEPADA BADAN-BADAN GEREJA MALAYSIA DAN PENGANUT KRISTIAN

Semalam keputusan tentang Kalimah Allah telah ditangguhkan hingga bulan depan, kedua-dua pihak sudah berhujah dan ramai umat Islam dari pelbagai pertubuhan dan individu telah datang dan memberikan sokongan supaya Kalimah Allah dipertahankan dari digunapakai oleh agama lain.

Aku tabik umat Islam yang sayangkan agama Islam ni semua. Makanya aku nak kongsi satu artikel dari IMCA mengenai isu ini, bacalah kalau korang sudi. Kita semua umat Islam kena bersatu mempertahankan Kalimah Allah ini.

(Artikel ini diterjemahkan daripada artikel asal yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. Maksud asal artikel ini telah dipelihara sebaik mungkin oleh penterjemah. Namun begitu beberapa istilah yang spesifik mungkin tidak dapat dialihkan secara tepat.)

Persatuan Pengguna Islam Sedunia (IMCA) adalah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang didaftarkan di Malaysia dan mempunyai majlis NGO Islam dari seluruh dunia.

Kami merujuk kepada laporan yang disiarkan dalam akhbar The Star Jumaat 23 Ogos 2013, yang mengandungi kenyataan Cik Ratna Osman yang mewakili SIS Forum Berhad .

Dalam ulasannya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan yang menolak permohonan pihak gereja, beliau berhujah bahawa Malaysia satu-satunya negara di dunia yang tidak membenarkan penggunaan nama Allah oleh agama selain daripada Islam. Kami ingin menegaskan bahawa kenyataan beliau sama sekali tidak benar. Antara lainnya, Brunei dan Arab Saudi juga mempunyai larangan sebegini. Sebagai sebuah organisasi antarabangsa yang bertanggungjawab, IMCA berasa bimbang akan desakan badan-badan gereja Malaysia untuk menggunakan nama tertinggi Islam untuk Tuhan Maha Kuasa, Allah.

Kami ingin bertanya apakah motivasi Majlis Gereja Malaysia (CCM), Persekutuan Krisitan Malaysia dan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) berbuat demikian? Adakah ianya untuk menyatakan fakta kebenaran yang mereka percaya, seperti yang biasanya dilakukan oleh orang-orang yang suka dan patuh kepada kebenaran, atau ada tujuan lain di sebalik langkah ini?

Kita mendapati antara lainnya, Gereja Yunani Ortodoks (Greek Orthodox Church) tidak bersetuju dengan penggunaan nama Allah sebegitu berdasarkan petikan berikut;

"Malangnya, kita terlalu kerap cuba untuk contextualize penyebaran Gospel kita sehinggakan menghakis nilai warisan kerohanian gereja. Penghakisan nilai warisan kerohanian gereja dalam penyebaran ajaran Kristus (Christ) mengurangkan potensi sebenar pengalaman rohani keseluruhannya"

(Gabriel Habib, Pengarah Yunani Ortodoks Majlis Kristian Timur Tengah dalam suratnya kepada para pemimpin Kristian;1987)

Umum diketahui penganut Kristian telah lama berusaha memurtadkan kaum Melayu sejak zaman Vasco de Gamma, Albuquerque dan St Francis Xavier namun tidak menemui kejayaan. Prof Mohamad Ajmal Al Aidrus memetik kenyataan G.E.Morrison(1957) dalam jurnal Muslim World(Jurnal Pengajian Islam volum XLVII 298)

"Tanpa unsur Melayu, gereja di tanah ini akan sentiasa berketerampilan asing dan berunsur pendatang ; tanpa Melayu gereja tidak dapat menonjolkan unsur universal kepada semua; tanpa Melayu kita tidak lengkap dalam mengenengahkan kesempurnaan (ideal) perpaduan semua manusia di bawah Kristian".

Bukanlah pihak Gereja tidak berjaya langsung seperti yang kita lihat dalam kes Azlina Jailani (Lina Joy) dan Aishah Bokhari (Felicia). Prof Mohamed Ajmal Al Aidrus menanyakan "Adakah kelulusan penggunaan perkataan Allah itu salah satu peluang yang dinanti-nantikan oleh puak evangelis Krisitan? Adakah desakan ini untuk menarik dan mengundang segelintir orang Melayu Islam yang lemah keimanannya seperti yang dibuktikan dalam kes Azlina dan Aishah?

Pada ketika ini, adalah penting untuk kita menjelaskan penggunaan nama Allah dalam konteks Islam. Penjelasan yang paling tepat adalah dalam sebutan kalimah syahadah iaitu 'La ilaha illlallah', bahawasanya tiada tuhan melainkan Allah. Perkataan Arab untuk tuhan ialah ilah dan nama Yang Maha Esa adalah Allah. Ia adalah suatu nama yang mana penggunaannya hanya merujuk kepada Yang Maha Esa yang wujud tanpa diwujudkan, yang tidak beranak dan tidak diperanakkan. Allah bukan hanya sekadar perkataan, tetapi suatu nama yang diwahyukan bahawa Dia, Tuhan Semesta yang memberi nama Allah. Justeru, Ya Allah Ya Tuhanku membawa erti bahawa Allah merupakan kata nama khas yang tidak boleh diterjemahkan sama sekali.

Penggunaan nama Allah yang tidak memenuhi syarat lebih-lebih lagi apabila perkataan itu membawa maksud yang lain akan mencemari nama Allah dan tidak menghormati Yang Maha Esa, Tuhan segala makhluk kerana ianya adalah nama Nya. Ia juga tidak menghormati kepercayaan penganut yang menyanjungi kesucian nama itu. Pada pendapat kami, bagaimana kita memanggil Tuhan yang kita akui haruslah berdasarkan apa yang ditetapkan oleh Tuhan, bukannya mengikut pilihan sesuka hati.

Kami percaya bahawa setiap kepercayaan mempunyai konsep dan nama-nama yang berkait dengan konsep-konsep ketuhanan yang semestinya membawa pengertian yang selari dan bukannya bercanggah mahupun menimbulkan persoalan dalam mana-mana bahasa yang digunakan. Dalam apa jua agama, nama Tuhan adalah suci. Justeru itu, kepatuhan kepada nama-nama ini dalam bentuk asalnya harus menjadi amalan dalam penyebaran dakwah yang yang ikhlas dan benar.

Tidakkah keadaan haru-biru jika penganut Hindu memanggil Vishnu sebagai Jehovah, ataupun Kristian memanggil Bapa, Anak dan roh kudus sebagai Vishnu, Vishnu dan Vishnu (yang mana satu Vishnu atau ketiga-tiganya sekali Vishnu?) dan penganut Islam memanggil Tuhannya sebagai Dewa Buddha? Bagaimana pula jika orang Cina memanggil "Jesus" apabila menyembah Dewi Kuan Yin? Jika dipersoalkan hanya dari segi hak asasi manusia, setiap kumpulan mempunyai hak menggunakan apa jua nama yang mereka suka dan hak ini harus dihormati semata-mata atas dasar hak asasi. Hujah bahawa ia adalah hak yang termaktub dalam Perlembagaan boleh juga digunapakai oleh semua golongan masyarakat. (Rev. Hermen Shastri, Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia bertegas "akan meneruskan amalan (menggunakan nama Allah) kerana ia adalah hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (Perkara 11) dan kita memanggil semua pihak menghormati hak itu.

Jika diikutkan sudut pandangan 'hak' semata-mata, sudah tentu keadaan menjadi porak-peranda.

J.Dudley Woodberry dalam "Contextualization Di Kalangan Muslim Menggunakan Rukun Biasa" ( Diterbitkan dalam International Journal of Frontier Missions, Volume 13:4 , Oct-Dec 1996) berkata;

Contohnya, "Allah" asalnya dari Syriac Kristian dan telah sekian lama digunakan sebelum zaman Nabi Muhammad. 'Wahy' (wahyu) sekurang-kurangnya berkait dari segi etimologi dengan perkataan-perkataan Yahudi-Aramia dan Kristian Ethiopic dan digunakan oleh para penyair pra-Islam. Dalam mukasurat 174 beliau berkata; "Bahagian pertama sebutan syahadah "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan selain Allah" adalah berdasarkan ayat-ayat seperti surah 37:35/34 ("Tidak ada tuhan selain Allah") dan 112:1-2("Katakanlah, 'Dia(adalah)Allah,Satu(Ahad).Perkataan tersebut, seperti yang ditunjukkan oleh Hartwig Herschfeld adalah berdasarkan shema dalam Deuteronomy 6:04 (Dengarlah, hai orang bani Israel, Tuhan Allah kita adalah satu (Ahad) Tuhan")

Hujahan bahawa nama "Allah" berasal dari Syriac Kristian lantas menjustifikasi penggunaannya oleh Kristian zaman sekarang merupakan hujah yang kurang bernas.

Sepatutnya, penganut Kristian zaman moden boleh menggunakan nama Allah jika mereka mematuhi lunas "Deuteronomy 6:4; bahawa Tuhan Allah kita adalah Satu Tuhan". Kami yakin jika penganut Kristian kembali kepada konsep asas bahawa Allah adalah Satu, Dia bukan Ayah, Dia tidak beranak, dan pengakuan ini dijunjung secara konsisten, penganut Islam tidak akan membantah kerana ianya adalah kenyataan benar. Jika Kristian mahu menggunakan nama Allah dalam semua bahan bercetak mereka dan mereka mengaku dan mematuhi dengan sepenuhnya bahawa Tuhan itu Satu (sepertimana Deuteronomy) (bukan bertiga), maka tidak akan ada bantahan.

Profesor Al Aidrus mengulas bahawa terdapat hujahan yang mengatakan bahawa nama Allah telah digunakan dalam kitab Bible Melayu 272 tahun yang lalu. Hujahan ini mengiktiraf tindakan kuasa penjajah yang menindas yang tidak merujuk mahupun menghormati umat Islam tempatan. Sebagai penjajah, mereka telah berbuat sesuka hati mereka termasuklah menggondol harta dan kekayaan negara. Dalam mengutarakan hujah sebegini, pihak gereja menyokong keganasan dan ketidakadilan itu yang jelas sekali bercanggah dengan doktrin Kristian 'cinta sesamamu' (love thy neighbour).

Kami juga berasa amat curiga akan hasrat gereja Kristian yang hanya menuntut untuk menggunakan nama Allah dalam bahan bercetak Bahasa Melayu. Mereka tidak berhasrat menggunakan nama Allah dalam semua bahan mereka yang dicetak dalam semua bahasa.

Prof Al Aidrus menyatakan bahawa "Perlu ditegaskan di sini bahawa terjemahan Gospel di negara China dan India yang masing-masing mempunyai jutaan umat Islam, tidak menggunakan nama Allah. Sebaliknya, mereka menggunakan perkataan seperti "Sheng Fu, Sheng Zu dan Sheng Ling dan di dalam Gospel bahasa Tamil, perkataan Suthan, JesaPa dan Parisutha Avi untuk Bapa Suci, Anak Suci dan Roh Kudus".

Jika begitu, apa pula motif tuntutan menggunakan nama Allah dalam bahan bercetak Kristian bahasa Melayu?

Di peringkat antarabangsa, kita melihat bahawa penganut Kristian telah mencipta dan merekabentuk Gospel bahasa Arab, pada mulanya bukan dalam bahasa Arab Al Quran tetapi telah lama kelamaan telah mengambil bahasa Arab Al Quran. Sekarang, kitab Gospel ini dipenuhi ayat-ayat yang bermula dengan ungkapan Islam "basmallah" and diakhiri dengan "sadaqallahul a'zim (ungkapan yang dilafaz oleh umat Islam). Apabila mendengar Kitab Gospel ini dibaca, mereka yang tidak prihatin akan menganggap Quranlah yang didengarinya.

Kita menyedari akan wujudnya gereja-gereja di Indonesia yang dikenali sebagai "Rumah Jemaah Allah" dan kewujudan sebuah kolej yang mengajar Bahasa Arab dan kitab Gospel bahasa Arab kepada para paderi Kristian.

Di Timur Tengah, terdapat sebuah stesen radio yang membaca Kitab Gospel bahasa Arab setiap hari.

Mengapakah gereja Kristian mengambil pendekatan sebegini dalam menyebarkan kepercayaan mereka? Adakah pendekatan ini semata-mata untuk penganut Kristian sahaja ataupun 'contextualization' sebegini bertujuan menggerakkan hati penganut bukan-Kristian terhadap ajaran Kristian?

Setelah mengkaji agama dan amalam Kristian, kita melihat bahawa konsep contextualization ini, iaitu untuk memperkenalkan kepercayaan agama dengan kaedah yang boleh diterima oleh masyarakat, dengan menggunakan bahasa, simbol dan konsep yang khusus kepada masyarakat yang yang ditujukan, adalah amalan biasa dalam kepercayaan dan tatacara Kristian.

Kajian kami menunjukkan bahawa konsep "Trinity" berkemungkinan besar lahir di Majlis Nicea pada tahun 325 Masihi semasa pemerintahahan Maharaja Rom, iaitu Constantine. Masyarakat Eropah antara lainnya, mempunyai sejarah ' agama tiga dalam satu yang terpahat dalam kepercayaan 'pagan' purba Eropah. (sila rujuk http:/www.deepertruth.com/trinity untuk melihat koleksi Cassaro mengenai konsep agama Eropah pra-sejarah 'tiga ikon' yang didakwanya menyuluhi kepercayaan "agama tiga dalam satu").
Ada kemungkinan kemasukan konsep Trinity adalah bertujuan menjadikan agama Kristian lebih mudah diterima oleh masyarakat Eropah awal.

Dalam kertas kerjanya "The Trinity and Contextualization", Rev Ralph Allan Smith menyangkal idea di atas.

Rev Ralph Allan Smith menulis: Masih banyak lagi yang perlu dikatakan. Perkembangan konsep Trinity Kristian ortodoks telah melibatkan penyingkiran (rejection) " konsep tradisional, yang berkurun lama - diguna pakai, yang boleh katakan hampir menyerupai Katolik, mengenai Kristus sedia wujud sebagai perantaraan dengan seorang Bapa yang tidak tercemar (impassible Father) dengan dunia sementara, yang mempertengahkannya sebagai alat kefalsafahan yang mudah diguna pakai. Doktrin Logos - doktrin yang digemari oleh ramai ahli teologi ortodoks terdahulu, telah dtinggalkan. Ahli-ahli teologi pro- Nicene, dalam erti kata lain, mengubah doktrin Gereja dan mengubah secara radikal .

Dalam proses itu, mereka dengan teliti menolak unsur-unsur bukan Gospel (non -Biblical) yang telah terterap ke dalam tradisi Gereja dan mula meletakkan asas-asas bagi ekspresi pandangan dunia Gospel yang lebih meluas . Aktiviti begini melampaui anggapan contextualization linguistik. Kita boleh perhati melaui ilmuan Gereja penelitian diri dan penghakiman diri yang dirujuk oleh Conn sebagai de- contextualization. Mereka membuang unsur anti Kristian daripada pemikiran dan merekacipta suatu bahasa teologi yang baharu menggunakan perkataan-perkataan yang dipinjam .”

Rev Ralph Allan Smith menulis: Dari sudut pandangan ini, contextualization hanyalah satu usaha untuk menyalurkan secara berkesan kepada mereka yang bertutur bahasa berlainan dan mempunyai persepsi keduniaan yang berlainan daripada mereka yang berkebudayaan Eropah. Ini termasuklah menampilkan semula ajaran asas Gospel dalam bahasa yang mungkin asing kepada penutur bahasa Eropah, tetapi ini bukanlah bererti, dan bukan pula kelulusan untuk sesiapapun menukar ajaran Gospel Kristian itu sendiri.

Mari kita kaji satu contoh yang ringkas proses contextualization.
Kita melihat penyerapan kepercayaan "pagan" Eropah dalam bentuk perayaan Krismas dan Santa Claus. Pada hari ini, kita mengakui bahawa ianya satu pembohongan untuk mengaitkan kelahiran Nabi Isa (a.s) dengan perayaan Krismas (tiada bukti dalam Gospel bahasa Aramaic atau bukti sejarah yang menyokong tuntutan bahawa Krismas adalah sambutan kelahiran Isa (a.s), seperti yang diberitahu dan dinyanyikan oleh penganut Kristian sekian lama. Kita mengenali St Nicholas dari Myra dan perkaitan dongeng perayaan Krismas dengannya dan masyarakat Eropah meraikan perayaan St Nicholas pada 6hb Disember setiap tahun.

Walaubagaimanapun, ada segelintir sarjana sejarah yang berpendapat bahawa lagenda St Nicholas sebagai pemberi hadiah mempunyai unsur kepercayaan 'pagan' yang berasal daripada sumber-sumber pra-Kristian. Dewa mitos Teutonic Odin mempunyai janggut yang panjang. Ada sarjana yang berpendapat 'janggut panjang' merujuk kepada Thor, seorang tuhan Jerman. Thor mempunyai janggut putih yang panjang dan melayari awan dengan menaiki kenderaan yang ditarik oleh dua ekor kambing putih.

Apa yang pasti adalah Santa Claus bukanlah tokoh Gospel serta perayaan Krismas itu tidak mempunyai kaitan dengan rujukan Gospel.

Dr.Richard P. Bucher berhujah bahawa Santa Claus zaman moden merupakan hasil pencantuman beberapa sumber menjadikan ia suatu watak lagenda yang telah berevolusi berzaman-zaman lamanya. Sepanjang proses itu, unsur-unsur legenda pra-Kristian, cerita St. Nicholas, penghijrah Belanda ke Amerika, Washington Irving, Clement Moore, Thomas Nast serta syarikat Coca-Cola semuanya menyumbang terhadap proses itu.

Apakah yang ditakrifkan sebagai "Contextualization"? Memetik daripada Rev Ralph Allan Smith

"Hesselgrave dan Rommen memilih tiga cadangan awal;

1. Kami memahami istilah ini bermaksud membentuk konsep yang selari dengan sesuatu keadaan tertentu.(Byang H Kato)

2. Terjemahan unsur Gospel ke dalam bentuk lisan yang bermakna kepada orang-orang berlainan budaya dalam persekitaran mereka tersendiri.(Bruce J Nicholls)

3. Contextualization digunakan dengan betul bermakna membongkar implikasi sah Gospel di dalam satu satu keadaan. Ia lebih mendalam daripada aplikasi. Aplikasi, saya boleh lakukan atau tidak lakukan tanpa menjejaskan teks Gospel. Implikasi, dituntut oleh penelitian yang tepat terhadap teks ( George W. Peters ).

 Menurut Conn , kita mesti menimbang "rangka presuppositional " itu sendiri dengan " penghakiman kata-kata Tuhan. Untuk contexualize mesej Gospel ke dalam bahasa budaya yang lain, kita perlu keluarkan unsure-unsur yang wujud disebabkan oleh “cutural bias” kita sendiri. Kita juga adalah sebahagian daripada matriks budaya yang merangkumi unsur-unsur anti-Kristian yang menghalang penyebaran Gospel kepada orang lain.”

Kita dapat melihat agama Kristian telah lama menggunakan kaedah contextualization. Ia bukannya bertujuan untuk menyatakan kebenaran, atau menghormati kesucian Rukun agama lain, dalam hal ini merujuk kepada nama Yang Maha Esa ALLAH, tetapi sebagai kaedah mentrampilkan agama Kristian sebagai sesuatu yang boleh diterima oleh penganut agama lain yang mempunyai rukun kepercayaannya sendiri.

Untuk menjadikan lebih mudah diterima, istilah dan konsep yang biasa digunapakai oleh masyarakat yang menjadi sasaran pendakwah itu diambil and digunakan, supaya kepercayaan Kristian diterima dengan senang.

Justeru, penghasilan buku Gospel dalam Bahasa Arab Al-Quran. Jelas kelihatan desakan menggunakan nama Allah merupakan satu strategi Kristianisasi .

Maka tidak jauh tersasarlah jika kita membuat kesimpulan mengenai persoalan apakah motivasi gereja Kristian Malaysia membuat tuntutan untuk menggunakan nama ALLAH dalam bahan bercetak mereka di kalangan masyarakat Melayu/Islam.

Begitu juga apakah motivasi mewujudkan kitab Gospel dalam bahasa Arab Al-Quran, atau mengadakan upacara keagamaan (service) pada hari Jumaat (seperti yang berlaku di Indonesia) dan bukannya pada hari Ahad.

IMCA berpandangan bahawa permintaan gereja Kristian Malaysia untuk menggunakan nama Allah adalah sebahagian daripada strategi contextualization yang telah lama digunakan, suatu strategi untuk mempengaruhi orang Melayu Islam untuk murtad daripada Islam. IMCA ingin menegaskan bahawa bukanlah niat kami untuk memperkecilkan kepercayaan Kristian.

IMCA dengan rendah diri meminta penganut Kristian Malaysia yang mencintai Tuhan untuk menimbang semula pendirian mereka dan menjunjungi jalan Kebenaran Kristian. Kami yakin bahawa orang Kristian yakin akan keteguhan agama mereka dan kebenaran iman mereka. Mereka patut menzahirkan kepercayaan mereka dalam keadaan asal, tanpa mengubahsuaikannya dengan istilah-istilah dan konsep yang lebih sedap didengar oleh orang bukan Kristian.

Kami memohon kepada penganut Kristian yang mendakwa diri mereka sebagai orang yang beriman, yang juga melafazkan Kebenaran supaya ikhlas dengan Kebenaran itu. “Jika penganut Kristian berhasrat, mereka patut memperkenalkan kata nama Aramaic bagi Tuhan yang dikatakan digunakan sendiri oleh Jesus seperti Eloi, Eli, Eloah, Elohim, Yahweh atau Jehovah ke dalam perbendaharaan kata Melayu” (Prof Al Aidrus).

Keikhlasan menuntut supaya mereka mencari penyelesaian kepada masalah ini berdasarkan Kebenaran dan fikiran yang waras. Kami meminta mereka menarik balik tindakan dan tuntutan mereka, di atas nama KEBENARAN. Kami meminta mereka teguh dan konsisten dalam menggunakan nama Tuhan seperti yang dinyatakan dalam Gospel Aramaik, bukan apa sahaja yang mereka gemari, kerana Gospel Aramaik adalah asas kepercayaan mereka.

Manusia hari ini terlalu banyak masalah. Kita berdepan dengan begitu banyak penderitaan, kebuluran, pembunuhan dan ketidakadilan.

Adalah lebih bermanfaat jika semua makhluk yang mengasihi Tuhan untuk menumpukan usaha untuk kebaikan manusia sejagat.

Menghormati setiap budaya dan kepercayaan sesama sendiri akan mengurangkan konflik dalam dunia yang sudahpun dipenuhi penderitaan. Kami meminta KEAMANAN.

Marilah kita bersama berusaha ke arah KEAMANAN dengan nama Tuhan.

Sheikh Kareem
Secretary General
International Muslim Consumer Association

 Kuala Lumpur 5 Sept 2013

Rahsia Kenapa Kristian Mahu Guna Kalimah 'Allah'






Di Malaysia ketika ini masih terdapat kelompok umat Islam memandang remeh isu desakan orang bukan Islam untuk dibenarkan menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan ajaran agama mereka. Malah kelompok ‘liberalist’ dan ‘pluralist’ Islam ini menggesa pula umat Islam supaya tidak perlu khuatir jika bukan Islam dibenarkan menggunakan kalimah tersebut atas alasan kononnya gambaran ancaman kegelinciran akidah umat Islam adalah sebenarnya hanya datang dari orang Islam yang lemah iman semata-mata.
Sebenarnya kekhuatiran dan kewaspadaan itu sangat berasas serta munasabah. Penentangan terhadap penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh bukan Islam ini bukan datang dari mereka yang lemah iman tetapi hadir dari mereka yang sangat arif tentang agama, dakwah dan permasalahan umat Islam termasuk dari kalangan para mufti dan ulama pelbagai parti politik.
Majlis-majlis agama Islam negeri sendiri juga telah bertindak memohon kebenaran untuk mencelah dalam semakan kehakiman terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Hakim Puan Lau Bee Lan pada 5 Mei 2009 yang telah memberikan kebenaran kepada Archbishop of Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam untuk memohon bagi semakan penghakiman terhadap keputusan Kementerian Dalam Negeri yang melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan “Herald - Catholic Weekly.
Pada 21 April 2008, Pakiam telah memohon semakan kehakiman kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk mencabar keputusan Kerajaan Malaysia yang melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Herald - The Catholic Weekly.
Beliau kemudiannya mengemukakan semula permohonan baru pada 16 Februari 2009 selepas permohonan serupa sebelum itu telah dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Disember 2008.1

Archbishop of Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ketika memohon semakan kehakiman untuk mencabar keputusan Kerajaan Malaysia yang melarang penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh Herald - The Catholic Weekly.
Langkah pihak berkuasa melalui majlis-majlis agama Islam negeri ini sebenarnya adalah bertujuan mengelakkan sebarang kekeliruan di dalam beragama sebagai akibat daripada penggunaan kalimah ‘Allah’, yang boleh mengancam keselamatan, keamanan dan keharmonian masyarakat awam serta boleh menimbulkan sensitiviti agama.
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.2
Memang kita mengetahui bahawa kalimah ‘Allah’ ini turut digunakan oleh bukan Islam di negara-negara Arab dan negara jiran kita, Indonesia untuk merujuk kepada Tuhan mereka, bahkan sebelum kehadiran risalah Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. lagi.
Walaupun larangan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh bukan Islam ini tidak disebut secara jelas dalam al-Quran dan al-Hadis, serta mana-mana kitab fiqh muktabar namun tindakan menyekat penggunaan kalimah ‘Allah’ kepada bukan Islam di negara ini sebenarnya menepati kehendak 'Siyasah Asy-Syar’iyyah'3.
Pihak berkuasa boleh berijtihad atas dasar ‘Masolih Mursalah4 iaitu kemaslahatan-kemaslahatan yang tidak ada dalil mengakui dan menolaknya, dan ia menepati tuntutan ‘Maqasid Syariah’5 (tujuan syarak) iaitu ‘Hifzu ad-Din’ (memelihara agama).
Kita juga amat menyedari bahawa di sana terdapat alasan yang amat munasabah dan kukuh untuk mewujudkan kewaspadaan dalam isu ini kerana dapat difahami penggunaan kalimah ‘Allah’ merupakan salah satu strategi terancang oleh pihak gereja untuk menyebar luaskan agama Kristian di Malaysia, dan di negara-negara bukan penutur jati Bahasa Arab dan memurtadkan umat Islam terutama bagi mereka yang masih lemah akidah dan pengamalan agama.

Ia dapat dibuktikan menerusi pendirian sebuah organisasi pendakyah Kristian, The People of the Book6 yang termuat dalam risalah strategi mereka. Walaupun mereka sendiri mengakui bahawa kalimah ‘Allah’ di dalam al-Quran tidak memiliki maksud yang sama dengan ‘God’ di dalam Bible, namun organisasi ini berpendapat penggunaannya amat berkesan untuk memurtadkan umat Islam sebagaimana telah dijelaskan oleh mereka seperti berikut:
“We believe that it can be very effective to use the Quran as a tool to share concepts that are familiar and acceptable to Muslims, and that support Biblical principles. There are many concepts that are very compatible with the Bible and there are other Quranic teachings that may actually be misunderstood by Christians and Muslims. Of course, the Holy Bible is the only and complete authority for everything pertaining to doctrine and lifestyle. We believe that it is perfectly acceptable to use the name Allah, both in the Bible that we use to minister to Muslims, as well as materials that we distribute. It is the translation of the word “God” in Arabic. Joshua Massey has written an excellent summary about this topic. This does not mean that Allah in the Qur’an is exactly the same as the God of the Bible.” 7
John Hultvall, seorang mubaligh Mission Covenant Church of Sweden yang terlibat dalam misi pengembangan agama Kristian di Turkestan timur (kini wilayah Xinjiang, China), sebuah kawasan berpenduduk majoriti Islam, juga berpendapat bahawa walaupun penggunaan kalimah ‘Allah’ dipersoalkan dalam kalangan penganut-penganut Kristian sendiri, mubaligh-mubaligh Kristian sentiasa menggunakannya dalam usaha mereka memurtadkan umat Islam.
Hultvall, dalam kata pengantar bukunya, Mission and Revolution in Central Asia menulis:
“It is questionable whether a description of mission work among Muslims should use the name of “Allah” and not “God”. Some Muslims mean that “Allah” should be translated by “God” in western languages. The missionaries always use the word “Allah” and this usage has been observed here too.” 8
Selain itu, Kevin Greeson, yang juga seorang mubaligh Kristian juga telah menulis sebuah buku bertajuk The Camel: How Muslims Are Coming to Faith in Christ!. Buku ini telah dijadikan panduan oleh mubaligh-mubaligh International Mission Board (IMB) khusus untuk memurtadkan umat Islam.

Buku bertajuk The Camel: How Muslims Are Coming to Faith in Christ! karya mubaligh Kristian, Kevin Greeson yang menjadi panduan kaedah bagi memurtadkan umat Islam termasuk melalui penggunaan kalimah ‘Allah’.
Kaedah ‘The Camel’ dalam penyebaran agama Kristian kepada orang Islam, antaranya ialah penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada Tuhan agama Kristian.
Walaupun penggunaan kalimah ‘Allah’ ini dikritik dan kurang disenangi oleh kalangan pemimpin dan penganut agama tersebut sendiri namun disebabkan oleh muslihat terselindung yang mampu memberi manfaat kepada dakyah mereka, maka ia tidak dianggap sebagai sesuatu isu besar. Mereka menjadikan penggunaan kalimah ‘Allah’ ini sebagai suatu ‘jambatan’ untuk mendekati serta memurtadkan umat Islam di seluruh dunia.
Pengarah Misi untuk The Corpus Christi Baptist Association di Texas, Edd Jump mengakui keberkesanan kaedah ‘The Camel’ ini sekalipun dia secara peribadi tidak selesa dengan penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada Tuhan.

Seorang baptis Georgia seperti dilaporkan oleh portal The Christian Index, mendakwa kaedah ‘The Camel’ telah menjadi pendekatan yang sangat berkesan sepertimana dapat disaksikan terhadap umat Islam di Amerika Syarikat. Baptis itu berkata: “Sebahagian orang menggunakan pendekatan ini dalam komuniti kita dalam perkara asas harian dan mereka melihat tindak balas yang hebat.”

Sementara itu, Presiden The Christian Index IMB, Jerry Rankin dipetik sebagai berkata:
“What our missionaries are doing with ‘The Camel’ is much like what Paul did when he went to Athens. He saw an altar ‘To The Unknown God’ and stated, ‘him declare I unto you.’ In seeking to reach the Muslims, you start with where they are and with their worldview and bring them to the bridge, to the passage in the Qur’an that speaks of Isa (Jesus) and then take them to the gospels. Of course, the Bible is the inspired Word of God and you pray and trust the Holy Spirit to reveal the truth about Christ to them.” 9
Kita juga didedahkan dengan laporan cover story majalah Christianity Today dalam keluaran Februari 2011 yang bertajuk Muslims and the “Son of God”.10 Di mana laporan ini secara tidak langsung telah membongkar rahsia sebenar niat jahat pihak Kristian untuk “use religious vocabulary familiar to Muslims” (mengguna istilah-istilah agama yang biasa untuk umat Islam) supaya memudahkan kerja-kerja dakyah mereka.

Majalah berkala Kristian Evangelika, Christianity Today keluaran Februari 2011 telah memuatkan laporan cover story bertajuk Muslims and the “Son of God” turut menyentuh strategi penggunaan kalimah 'Allah' dalam penyebaran agama Kristian di kalangan umat Islam. 
Walaupun sebahagian besar dari pihak paderi sendiri menentang usaha untuk mengguna istilah-istilah yang “familiar to Muslims”, dan mereka ini “…charge their colleagues with compromise that undermines belief in Jesus Christ”, namun kerana niat jahat mereka untuk mempengaruhi dan memurtadkan umat Islam, maka penggunaan istilah itu tetap diteruskan.
Dalam perbincangan di kalangan mereka yang melakukan kerja-kerja dakyah Kristian di negara-negara majoriti umat Islam tahun sebelumnya, telah diperakui bahawa usaha mengelirukan umat Islam dengan istilah-istilah ini telah berjaya dengan “many thousands of Muslims in this nation alone, then, had found faith in Jesus” (ribuan telah berjaya dimurtadkan).
“This nation” ini merujuk kepada sebuah negara Islam yang dirahsiakan namanya dari disiarkan dalam majalah tersebut. Mungkinkah negara tersebut ialah Malaysia?
Artikel tersebut juga memetik seorang missiologist (pakar dakyah mereka yang telah melakukan kerja-kerja ini di Asia dan Afrika sejak 1977 lagi) yang berkata “Missionaries can live in a Muslim culture for decades, blaming Muslims for being “resistant” to the gospel, when the problem actually lies with linguistic and cultural stumbling blocks”. Maka secara tidak langsungnya, kini mereka percaya bahawa mereka telah dapat melepasi satu “halangan” linguistik untuk kerja dakyah kepada umat Islam (di Malaysia).
Dan dia merumuskan “Once these are removed, many Muslims are quite open and interested in knowing more about Jesus”.
Kisah penggunaan istilah Allah juga disabitkan sebagai suatu kejayaan mereka untuk membuka minda umat Islam untuk menerima dan membaca Bible – “Muslims reading Scripture for the first time won’t immediately reject the Bible as foreign to their culture”.
Dengan itu, apa yang kita lihat berlaku di negara kita dengan usaha mereka mengguna istilah-istilah seperti kiblat, Kaabah, solat, dan beberapa lagi adalah di antara usaha mereka untuk “strategically changed particularly challenging phrases”.
Menurut tulisan itu lagi, mereka juga ada missionari khas untuk “discipling Muslims” dengan program latihan “teaches missionaries what Muslims believe so they can minister to them effectively”.
Oleh kerana itu, sedarlah mereka yang “memperjuangkan” kebebasan untuk mengguna istilah-istilah yang lazimnya digunakan oleh umat Islam di negara ini, bahawa bukannya kebebasan yang mereka cari tetapi usaha untuk memurtadkan umat Islam yang menjadi matlamat mereka.11

Mengapakah pihak Gereja Katolik tidak mahu menggunakan istilah Tuhan, ‘God’ atau ‘Lord’ dalam penerbitan mereka, sebaliknya mahu bertegas menggunakan kalimah Allah. Puak-puak ini sanggup untuk turun naik mahkamah hanya sekadar inginkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.12 
Semoga dengan pendedahan ini dapat sedikit sebanyak menyedarkan umat Islam terutama kepada mereka yang masih keliru dengan agenda tersembunyi musuh Islam dalam penggunaan kalimah ‘Allah’ ini.

Ambillah peringatan Allah Taala dalam al-Quran seperti berikut:

“Orang Yahudi dan Kristian tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepada engkau (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut millah (agama) mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka), "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepada engkau (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh daripada Allah (sesuatu pun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada engkau". [Surah al-Baqarah: 120]



[1] Akhbar Herald - The Catholic Weekly, pada tahun 2009 berdepan masalah berikutan larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk penerbitan edisi Bahasa Malaysianya yang menggunakan kalimah 'Allah' bagi merujuk kepada Tuhan dalam agama Kristian.

Pada 16 Februari 2009, Archbishop of Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam sebagai penerbit akhbar berkenaan telah mengemukakan permohonan baru bagi mendapatkan semakan semula penghakiman selepas permohonan serupa pada 21 April 2008 dianggap bersifat akademik berikutan tamatnya tempoh sah permit penerbitan itu pada 31 Disember 2008.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Majlis Agama Islam Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAIPP), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) telah memohon sebagai pencelah dalam semakan kehakiman tersebut.

Bagaimanapun, dalam penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember 2009 telah memutuskan bahawa larangan menyeluruh KDN berhubung penggunaan kalimah 'Allah' adalah salah di sisi undang-undang.

Penghakiman tersebut mencetuskan siri serangan membakar beberapa gereja di seluruh negara pada bulan berikutnya, kemudian digantung sementara menunggu rayuan kerajaan yang berhujah bahawa kalimah 'Allah' adalah eksklusif kepada umat Islam.
[2] Fatwa rasmi oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan mengenai isu tuntutan penganut Kristian terhadap penggunaan kalimah ‘Allah’ ini boleh dibaca di http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/isu-tuntutan-penganut-kristian-terhadap-penggunaan-kalimah-allah
[3] Perkataan ‘siyasah’ (سياسة) dari sudut bahasa bermaksud “mentadbir sesuatu perkara dengan baik” atau “pemerintah mentadbir urusan rakyat”. Perkataan ‘syar‘iyyah’ (شرعية) pula berasal dari perkataan ‘syari`at’ (شريعة) dalam Bahasa Arab, yang dalam penggunaan biasanya diertikan sebagai “sumber air minum atau pembawaan yang jelas”.

Menurut sudut istilah, para fuqaha’ (ahli-ahli fiqh) pula mentakrifkan ‘Siyasah Asy-Syar‘iyyah’ (السياسة الشرعية) sebagai “tindakan pemerintah terhadap sesuatu perkara kerana mendapatkan suatu kemaslahatan walaupun tindakan itu tidak mempunyai dalil pada juzu’nya.” Dalam penakrifan lain mereka berkata “menguruskan kemaslahatan manusia dengan mengikut  ketentuan syarak.”

Siyasah Asy-Syar`iyyah ialah ilmu yang membincangkan mengenai pentadbiran sesebuah kerajaan Islam yang terdiri daripada undang-undang dan sistem yang  berasaskan kepada asas-asas Islam atau mentadbir urusan umum negara Islam dengan cara yang membawa kebaikan kepada manusia dan mengelakkan mereka daripada kemudharatan, tanpa melanggar sempadan syarak dan asas-asas kulliah walaupun dalam perkara yang tidak disepakati oleh ulama mujtahidin. [Abdul Wahab Khallaf: Siyasah Syar`iyyah Aw Nizam al-Daulah Islamiyah Fu Syu Un al-Dusturiyah wa al-Kharijiyah wa al-Maliyah; Kaherah, Dar al-Ansar. hlm.18]
[4] ‘Masolih Mursalah’ (المصالح المرسلة) dari segi bahasa bermaksud “suatu keadaan yang sesuai untuk diadakan hukum syarak kerana boleh mendatangkan kebaikan atau menjauhkan daripada keburukan.” Menurut istilah, ia bermaksud “membuat sesuatu hukum dan undang-undang yang baik dan berfaedah untuk kepentingan manusia dan masyarakat yang tidak ada sebarang nas untuk dijadikan bukti dan dasar sama ada ia boleh dilaksanakan, harus atau tidak boleh dilaksanakan.” [Abdul Karim Zaidan. 1994. Al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh. Beirut: Muassasah al-Risalah. Cet 4. hlm. 237]
[5]Maqasid’ merupakan matlamat yang ingin dicapai dalam melaksanakan sesuatu. Maqasid asy-Syariah’ (مقاصد الشريعة) merupakan matlamat atau objektif utama yang diletakkan dalam mensyariatkan hukum. Terdapat 5 perkara asas dalam ‘Maqasid Asy-Syariah’ dalam konteks perjuangan menegakkan agama hari ini iaitu:

(1) Memelihara agama, Hifzu ad-Din (حفظ الدين), (2) Memelihara nyawa, Hifzu an-Nafs (حفظ النفس), (3) Memelihara akal, Hifzu al-Aqli (حفظ العقل), (4) Memelihara keturunan, Hifzu an-Nasl (حفظ النسل), dan (5) Memelihara harta, Hifzu al-Maal (حفظ المال).
[6] The People of the Book ialah sebuah organisasi yang giat menjalankan pengembangan kepercayaan agama Kristian kepada umat Islam yang boleh bertutur dalam Bahasa Sepanyol. Sila rujuk  http://www.thepeopleofthebook.org/about.html
[7] The People Of The Book - Following Isa along the straight path, Strategy Brochure. Risalah dakyah Kristian ini boleh dimuat turun di http://www.thepeopleofthebook.org/PofB-PDF/PofBbrStrat.pdf
[8] John Hultvall, Mission and Revolution in Central Asia, Preface by the Author 1981, hlm. 7. Tulisan ini boleh dimuat turun di http://www.missionskyrkan.se/Svenska-Missionskyrkan/Aktuellt/Material/Mission-and-Revolution-in-Central-Asia-by-John-Hultvall/
[9] Untuk pengetahuan lebih lanjut mengenai perkara ini, sila baca di http://www.christianindex.org/3313.article.print
[10] Untuk membaca keseluruhan artikel tersebut, sila akses kepada edisi online di http://www.christianitytoday.com/ct/2011/february/soncrescent.html
[11] Untuk kupasan asal artikel majalah Christianity Today, Februari 2011 bertajuk Muslims and the “Son of God”, sila baca di http://membelaislam.wordpress.com/2011/04/21/kenapa-tidak-boleh-dibenarkan-pihak-gereja-mengguna-istilah-"allah"-untuk-tuhan-jesus-mereka/