Saturday, 28 September 2013

ANWAR BELANJA OBAMA PASMOQ PADANG KOTA TIKA NAJIB MEMBAWA PELABOR AMERIKA BERBILION DOLLAR


Persaingan Najib-Anwar ambil hati Obama, siapa menang?

Imej memainkan peranan yang sangat besar dalam politik, dalam usaha membina imej popular untuk meraih sokongan ramai.

Dalam dunia hari ini, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menjadi pemimpin berimej paling popular, dengan muncul bergaya di pelbagai jenis majalah termasuk majalah budaya popular terkenal dan diminati di seluruh dunia.

Imej ini memberi implikasi positif yang luas kepada AS, ekoran kemampuan seorang presiden memberi impresi baik hanya melalui imej dirinya.

Imej Obama ini mampu memberi kesan positif kepada mereka yang mendekati dan dilihat bersamanya, menjadikan peluang dilihat bersama presiden AS daripada Parti Demokratik itu sesuatu yang sangat dihargai oleh pemimpin seluruh dunia.

Di Malaysia, dua pemimpin utama kerajaan dan pembangkang, Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersaing untuk mendapatkan kesan imej positif Obama, dan juga sokongan melibatkan politik.

Najib tidak melepaskan peluang untuk dilihat bersama Obama, dan hal ini sentiasa menjadi isu yang diangkat media pemerintah setiap kali Najib bertemu Obama.

Malah, gambar Najib sedang memegang gagang telefon dan dilaporkan sedang bercakap dengan Obama juga pernah diangkat oleh media pemerintah, dalam satu usaha yang kelihatan terdesak dan murahan untuk dilihat bersama Obama.

Kemuncak usaha Najib ini ialah pertemuan empat mata di Washington di sidang kemuncak isu nuklear dan pelancaran Gerakan Moderat Global yang sentiasa disesuaikan untuk menarik perhatian Obama.

Malah keputusan kes Anwar Januari lalu, yang terkait dengan kekangan terhadap homoseksualiti juga kelihatan mempunyai kaitan dengan usaha untuk tidak meletakkan Malaysia di posisi berseberangan dengan Obama, ekoran pengumuman sokongan Washington terhadap homoseksualiti di seluruh dunia.

Najib juga menunjukkan sikap selari dengan Washington di sidang kemuncak Pertubuhan Kerjasama Islam, OIC, di Arab Saudi Ogos lalu dan kemudian tidak menghadiri sidang kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali di Iran selepas itu.

Anwar, yang mengambil banyak pengajaran berhubung kempen politik dari AS, tidak ketinggalan dalam usaha menumpang imej Obama dan menarik perhatian pemimpin AS itu.

Kempen Anwar kini menampakkan hal ini; dengan bas dihiasi gambarnya seperti yang dilihat dalam kempen presiden di AS, dan gaya berceramah sambil berjalan yang menyerupai gaya Obama dan gaya ucapan dalam kempen pemilihan presiden.

Terbaharu, Anwar menulis sebuah artikel dalam bahasa Inggeris dan diterbitkan di laman webnya - dan bukan di akhbar seperti The Wall Street Journal yang biasa menjadi amalan Anwar untuk mengiringi pertemuan berprofil tinggi seperti Forum Ekonomi Asia Pasifik - menjelang lawatan Obama ke Burma.

Anwar biasa menulis komentar-komentar seperti ini untuk mengiringi acara-acara penting serantau dan global, untuk pelbagai tujuan yang antaranya termasuk menarik perhatian dan sokongan.

Dalam tulisannya itu, Anwar memuji peribadi Obama sambil turut menyebut kekerasan yang dikenakan ke atas peserta protes menuntut pilihan raya bersih, dipercayai merujuk kepada protes Bersih di Malaysia.

Pemimpin PKR itu memilih penggunaan nama Burma dalam tulisan ini, selari dengan dasar kerajaan AS. Dalam satu kenyataan lain, mengulas isu Rohingya, Anwar menggunakan nama Myanmar dalam kedua-dua kenyataan bahasa Melayu dan Inggeris. 

Anwar turut menggesa pentadbiran Obama membina kumpulan masyarakat sivil dan pakatan pembangkang yang efektif di Burma, dan dibaca berdasarkan konteks tulisan ini, juga dapat dikaitkan dengan seluruh rantau Asia Tenggara.

Di penghujung tulisan, Anwar memuji Obama dengan menyifatkan rakyat AS telah memilih seorang pemimpin yang "berprinsip dan berintegriti."

Persaingan merapati Obama antara Najib dan Anwar ini ialah satu sisi persaingan yang tidak kurang sengit berbanding persaingan lain antara kedua-dua tokoh yang masing-masing mengetuai kerajaan dan pakatan pembangkang itu.

Usaha kedua-dua pemimpin lama-kelamaan semakin jelas kelihatan dan semakin menarik untuk diperhatikan.

Persaingan ini menegaskan lagi kepentingan imej, yang berperanan meningkatkan profil dan populariti di dalam dan luar negara, dan paling utama, membuktikan kekuatan imej Obama sebagai seorang pemimpin.

OBAMA BERTEMU ANWAR DI MALAYSIA OKTOBER

Anwar minta sokongan Obama



Buat kesekian kalinya Anwar berbohong tentang kewujudan "pengundi Bangla" sewaktu PRU13, kali ini pembohongan itu sengaja diulangi demi meraih simpati masyarakat antarabangsa di New York. Meskipun dakwaan itu telah pun dinafikan sendiri oleh rakan sekutu beliau dalam Pakatan Rakyat.
Mungkin kerana terlalu terdesak untuk meraih simpati serta dana dari Amerika, Anwar kelihatan cuba meminta sokongan Presiden Obama yang akan berkunjung ke Malaysia.
Ketika mengulas mengenai kunjungan Presiden AS Barack Obama pada bulan hadapan, Anwar menyeru Obama agar menyokong gerakan politiknya sebagaimana Al Gore pada 1998 sewaktu beliau dipecat dari kerajaan.
PASEMBUR Padang Kota Lama
Dengan harapan bertemu Presiden Obama, Anwar berkata, "jika Obama berpegang pada janjinya,(makan pasmoq Hussain) beliau akan menemui pemimpin pembangkang sebagaimana dilakukannya dengan negara Arab".
Disisi lain, beberapa NGO pro-pembangkang sedang merancang untuk mengadakan demonstrasi bagi membantah lawatan kerja Obama ke Malaysia, yang dikatakan ada kaitan dengan rundingan TPPA .
Persoalannya, Apakah benar pembangkang akan membantah lawatan Obama? sedangkan Anwar mengharap lawatan Presiden AS itu nanti akan turut menemui dan menyokong politik Anwar selaku pembangkang, tidak hanya menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib. 
 
SURAT - Betulkah Anwar di Belasah Obama? Kata kawan baik?
 
 
Harapan Anwar memang agak berlebihan, namun yang pasti berbagai kenyataan negatif telah pun dihamburkan terhadap kerajaan Malaysia  sepanjang Anwar di New York.
Jelas sekali Anwar sedang mengharap "sesuatu imbuhan" serta "simpati yang berpatutan" dari pihak Amerika?

OBAMA TIDAK LAYAN PERMINTAAN ANWAR

Sebenarnya kita faham dengan kekalutan Anwar Ibrahim yang mendakwa Pakatan Rakyat (PR) akan menyerahkan 'bukti-bukti' kononnya berlaku penyelewengan besar-besaran pada PRU13, 5 Mei lalu kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.
KECUNDANG - Anwar TEWAS di tangan Najib dalam menawan hati OBAMA

Apa tidaknya, Presiden Amerika Syarikat itu sendiri yang menelefon DS Najib Razak dan bukan sebaliknya. Dan Barrack Obama sendiri mengucapkan tahniah kepada perdana menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat untuk terus menerajui Malaysia.

Anwar Ibrahim sudah tentu berasa tercabar dengan inisiatif Presiden Amerika Syarikat itu yang secara tidak langsung mengiktiraf kerajaan BN Persekutuan yang baru untuk penggal 2013 - 2018.

Jika mereka yang termakan dengan kenyataan Anwar Ibrahim, mereka tentu berasa 'hebatnya si Anwar ini' tetapi MiM difahamkan bahwa hasrat tersebut tidak akan kesampaian kerana Barrack Obama mempunyai polisi luar negeri yang tidak mencampuri hal ehwal pentadbiran sesebuah negara berdaulat.
 
Kehadiran Obama selaku Presiden negara yang terkuat di dunia adalah satu pengiktirafan kepada pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Selepas 47 tahun buat kali pertama Presiden Amerika Syarikat melawat Malaysia, kini Barack Obama dijadual melawat negara ini pada Oktober depan bagi menghadiri Sidang Kemuncak Keusahawanan Global.

Timbalan Penasihat Keselamatan Negara AS, Ben Rhodes menerusi akaun Twitter miliknya memberitahu;

“Heading out to Rangoon, Naypyidaw and Kuala Lumpur for meetings with governments and civil society. (Menuju ke Rangoon, Naypyidaw dan Kuala Lumpur untuk pertemuan dengan kerajaan dan masyarakat)

“Look forward to reinforcing US support for reform in Burma and discussing POTUS (President of the United States) visit to Malaysia and the Global Entrepreneurship

Summit.” (Untuk melihat bagi mengukuhkan sokongan AS untuk reformasi di Burma dan membincangkan POTUS (Presiden AS) melawat Malaysia dan Sidang Kemuncak Keusahawanan Global).

Sumber Jabatan Perdana Menteri juga mengesahkan lawatan tersebut kepada Mynewshub ketika dihubungi sebentar tadi.

Mengikut rekod, kali pertama dan terakhir Presiden AS melawat Malaysia adalah Lyndon B. Johnson iaitu pada 30 Oktober 1966 semasa pentadbiran Tunku Abdul Rahman.- sumber


AMUKANMELAYU - Pakat duk bersaing, sapa yang dapat menjuarai "MENJUAL" Tanah Melayu dengan harga yang tinggi. Macam berebut se ekor lembu susu. Anwar menarik tali hidung dan Najib pula menarik ekor.....sedang PENJAJAH CINA sambil bertinggung memerah susu di tengah-tengah.....hampa pikiaqlah sendiri taraf pemimpin Melayu sekarang ni.