Saturday, 28 September 2013

SOSMA UNTUK PORTAL MULUT BUSUK


Portal Berita Agungkan Chin Peng & Komunis Diberi Amaran


Orang yang bodoh saja akan sokong perjuangan Komunis. Mereka juga buta sejarah tentang penubuhan komunis dan apa perjuangan mereka sebenar.

Ada pulak yang mulut busuk jaja sana sini kata Chin Peng lah pejuang sebenar kemerdekaan Malaysia. 
 
Desperado | 9/28/2013 | 0 ulasan
KOTA BHARU 27 Sept. - Hentikan laporan yang boleh menyemarakkan semula fahaman komunis atau berdepan tindakan tegas daripada pihak polis.

Demikian amaran tegas diberikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada pengendali portal berita dan individu tertentu kerana masih menyiarkan kenyataan serta laporan yang dilihat mempertahankan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Menurut Khalid, polis tidak akan teragak-agak menahan pihak berkenaan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sekiranya meneruskan perbuatan tersebut yang boleh mengancam demokrasi berparlimen negara ini.

Saya mengingatkan mereka di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan, apa juga tindakan yang boleh mengancam demokrasi berparlimen kita boleh ambil tindakan di bawah seksyen itu dan siasatan juga boleh dibuat di bawah SOSMA.

Jangan bagi salah nasihat kepada orang ramai kerana ini perkara serius. Saya ambil berat perkara ini dan menasihatkan orang ramai supaya jangan terpedaya dengan nasihat portal berita online tersebut kerana mereka adalah daripada kalangan orang yang kurang cerdik memberi nasihat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Tahunan Ketua-Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri di Hotel Perdana di sini hari ini.

Khalid mengulas beberapa kenyataan dilaporkan oleh portal berita yang mempertikaikan halangan membawa masuk abu mayat Chin Peng yang mati di Bangkok, Thailand pada 16 September lalu ke negara ini.

Beliau berkata, tindakan mempertikaikan halangan tersebut adalah tidak cerdik kerana membawa masuk abu atau mayat tanpa permit telah termaktub dalam Akta Kawalan Penyakit Berjangkit di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengimportan dan Pengeksportan Mayat, Tisu Manusia dan Organisma Atau Bahan Patogenik) 2006.

Sesiapa yang nak membawa apa juga remains atau abu mayat masuk ke negara ini tanpa permit itu akan menjadi satu kesalahan. Kita takut abu mayat ini ada penyakit berjangkit ," katanya.


CERITA DERITA CHIN PENG....PEJUANG MERDEKA!!!!!

Faizal Izwan' : Sejarah negara kita sedang dipersendakan ke peringkat paling maksimum. Mana boleh ketua Parti Komunis Malaya (PKM) bernama Chin Peng digelar pejuang kemerdekaan?

Saya kenali Chin Peng menerusi namanya sejak saya kecil di Kampung Separap, Simpang Kiri, Batu Pahat, Johor. Ayah, Ibu dan guru-guru saya sering menceritakan hal Chin Peng dan PKM kepada saya.

Dari cerita-cerita mereka, saya insaf bahawa Chin Peng adalah pengganas yang perlu disula. Kata Ibu saya, di kampung saya sendiri masih wujud bukti keganasan PKM pada tahun 1945.   Di kampung saya banyak rumah dibakar secara rambang.  Di kampung saya ada sekeluarga Melayu di kuburkan hidup-hidup dan beramai-ramai oleh pengganas PKM.

Di kampung saya ada orang yang di sula dan digantungkan ke pohon pedada di pinggir Sungai Simpang Kiri. Di suatu kampung yang kira-kira empat kilometer dari kampung saya, terdapat sejarah penduduknya di humbankan ke dalam minyak yang menggelegak dalam kawah gergasi. Mereka mati bagaikan katak. Di satu lagi kampung pendalaman kira-kira enam kilometer dari kampung saya, sebuah surau pernah dijadikan pusat pengganas Bintang Tiga (PKM) untuk berpesta meminum arak dan menikmati juadah khinzir panggang.

Di situ juga sekumpulan perawan Melayu pernah dirogol dan diperkosa oleh gerombolan pengganas yang sama. Berikutan seluruh peristiwa di atas, bangkitlah angkatan pemuda parang panjang pimpinan Allahyarham Kiayai Salleh. Kumpulan ini lebih dikenali sebagai Pejuang Selempang Merah. Mereka bertindak dan berjuang semata-mata untuk memansuhkan kezaliman PKM. Mereka adalah pahlawan yang tidak pernah didendang. Mereka berjuang demi agama, bangsa dan tanahair. Saya belum pernah berterus-terang sebegini menerusi tulisan di blog ini sebelum ini kerana khuatir dituduh sebagai mengapi-apikan semangat perkauman.

Tetapi, saya pernah suarakan kisah di atas di Dewan Rakyat sehingga membuatkan pihak DAP senyap dan tergamam. Oleh itu, tanpa apologi kepada sesiapa, hari ini saya katakan bahawa saya hilang sabar bila ada individu mengatakan pejuang kemerdekaan negara adalah Chin Peng. Pastinya luahan suara bangkangan saya ini disetujui oleh penduduk di sekitar Pagoh, Bukit Pasir dan Bukit Kepong, Muar, yang terdapat waris-waris mereka dibunuh oleh PKM yang zalim.

Pastinya orang Pontian juga turut menyimpan kisah seperti ini dalam lipatan sejarah keluarga masing-masing. Begitu juga dengan masyarakat Melayu di Bahau, Negeri Sembilan; di Sekinchan, Selangor; dan di Sungai Manik, Perak. Mereka juga mempunyai sejarah keganasan PKM yang hampir serupa bentuk dan kisahnya. Beribu-ribu keluarga bekas Polis Khas atau Special Constable (SC), Polis biasa dan Askar Melayu juga pastinya amat arif akan kezaliman PKM. Beratus-ratus ayah, pakcik, dan anggota keluarga mereka di bunuh anggota PKM sewaktu mempertahankan tanahair di zaman darurat.

Waris-waris askar Melayu yang hilang kaki, hilang tangan dan hilang nyawa akibat bom dan jerangkap samar PKM di Lembah Gubir pun pastinya mengakui bahawa Chin Peng dan PKM bukan pejuang kemerdekaan negara. Cukuplah setakat ini curahan rasa bangkangan saya terhadap individu yang sedang mempersendakan sejarah perjuangan bangsa kita memerdekakan negara. Saya harap pihak berkuasa akan segera bersuara dan bertindak untuk membetulkan fakta dan hakikat sejarah yang sebenar-benarnya. sumber dari rakan blogger..
 

Bekas tentera: Chin Peng pejuang kemerdekaan

Bekas pegawai tentera udara, yang hilang seorang kawan dalam tragedi Gubir 1967 selepas komunis menembak jatuh helikopter Nuri di Perak, berkata Chin Peng patut diperakui mempunyai peranan dalam gerakan kemerdekaan.

"Apabila kamu berlawan, kamu berkhidmat kepada negara kamu dan kamu menyerang apabila diserang.

"Tetapi kemudian, apabila saya membaca mengenainya, saya faham beliau melawan Jepun, beliau melawan British, jadi beliau melawan untuk negara ini juga," katanya.

Ditemui di majlis perkabungan setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) di Bangkok pada Sabtu, pegawai tentera yang enggan dinamakan itu berkata, atas sebab itu beliau hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Chin Peng.

"Perjanjian damai sudah ditandatangani. Biarkan begitu. Saya di sini untuk memberikan penghormatan kepada seorang rakyat Malaysia.

"Sekarang abunya juga tidak dibenarkan kerajaan. Apa yang abunya boleh buat?" soalnya.


Kerajaan tidak membenarkan Chin Peng tinggal di Malaysia atas alasan bukan warganegara negara ini dan tidak pernah memohon kembali selepas Perjanjian Damai 1989 ditandatangani.

Dakwaan ini disangkal rakan dan anggota keluarganya.

“Iktiraf Chin Peng Pejuang Kemerdekaan,” Kata Bekas Ketua Pengarang Utusan

OLEH DIYANA IBRAHIM
September 16, 2013 
Bekas ketua pengarang Utusan Malaysia Said Zahari
Sudah sampai masanya kerajaan mengiktiraf bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng sebagai pejuang kemerdekaan, kata bekas ketua pengarang Utusan Malaysia Said Zahari (gambar).
Menurutnya, biarpun kerajaan cuba menafikan hak Chin Peng namun hakikatnya beliau tetap merupakan anak kelahiran Malaysia dan sejarah tidak menafikan bekas pemimpin komunis itu juga merupakan antara tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara.
"Saya menganggap Chin Peng ini perjuang kemerdekaan, Chin Peng dan rakan-rakannya sebenarnya merupakan sebahagian dari kemerdekaan negara, benar mereka ini menganggotai parti komunis tapi demi membebaskan Tanah Melayu dari penjajah.

Menurut Said yang pernah memimpin mogok Utusan membantah pengambilalihan oleh Umno itu, tidak wajar kerajaan menghalang Chin Peng dari pulang ke tanah air.
"Chin Peng ini anak kelahiran Sitiawan Perak, darahnya mengalir di negara jadi mengapa hak mendiang sebagai rakyat Malaysia dinafikan tidak dibenarkan pulang ke negara? Beliau patut diberi penghormatan untuk kembali ke negara, biarlah Chin Peng bersemadi dengan aman di tanah airnya sendiri.
"Chin Peng benar-benar seorang pejuang, begitu setia pada negara lihatlah sampai saat terakhir beliau tetap mahu kembali ke negara asalnya saya rasa sudah tiba masa rakyat Malaysia menerima Chin Peng sebagai rakyat yang memperjuangkan kemerdekaan bukannya pemberontak," katanya.
Chin Peng dilaporkan meninggal dunia di Bangkok, Thailand pagi ini pada usia 90 tahun.
Menurut Bangkok Post, beliau meninggal dunia pada pukul 6.20 pagi.
Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada bulan Oktober, 1924.
Chin Peng mengetuai PKM melawan penjajah British selepas darurat diisytiharkan pada tahun 1948.
Perang berterusan sehingga perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada tahun 1989.
Beliau menetap di Bangkok, Thailand sehingga kematiannya pagi ini dan tidak pernah dibenarkan pulang ke Malaysia walaupun berkali-kali memohonnya. – 16 September, 2013.



AMUKANMELAYU - Ternyata ramai pemikiran raayat sekarang "KELIRU" kerana dari sekolah lagi mereka di KELIRUKAN oleh Guru-guru yang tidak amanah yang lebih mendahului POLITIK dari tanggung jawab dan amanah yg di berikan....