Wednesday, 11 September 2013

Apabila Isteriku Tertawa Apabila Harga Rumah Naik 10%


Suhaimi Mior Hassan - Apabila Isteriku Tertawa
APABILA ISTERIKU TERTAWA

Aku sering dilanda kerinduan
Pada keamanan pada kedamaian
Namun semua gelora
Hilang entah di mana


Apabila isteriku tertawa


Aku risau memikirkan harga rumah
Makin melambung tinggi
Langsung tiada batasnya

Namun segala risau
Terus hilang ke mana saja


Apabila isteriku tertawa


Ketawanya pendek sahaja
Bagaikan sengaja direka
Namun penuh bermakna
Lantas mengubat segala duka


Aku sering memohon pada Dia
Agar aku dan isteri sentiasa bersama
Kerna semua derita hilang entah ke mana
Apabila isteriku tertawa

Menteri Bidas Rehda Umum Harga Rumah Naik 10%

September 8, 2013
Kenyataan itu tidak bertanggungjawab, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan.

ALOR SETAR:  Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini membidas Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah (Rehda) yang mengumumkan kenaikan harga rumah tanpa berbincang dengan pihaknya.

Sambil menyifatkan kenyataan itu tidak bertanggungjawab, Abdul Rahman berkata alasan Rehda bahawa kenaikan harga rumah berkenaan disebabkan pengurangan subsidi petrol dan diesel sebagai tidak munasabah.
“Kita juga mempunyai formula kita sendiri dan kita rasa pengurangan subsidi minyak sebanyak 20 sen tak boleh diterjemahkan kepada kenaikan sehingga 10 peratus harga rumah.
“Saya juga tahu kos struktur dan sebagainya, kita jangka kalau naik pun maksimum lima peratus. Ini akan membimbangkan rakyat yang dalam keadaan berdepan dengan kos kehidupan tinggi di bandar,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Komuniti bersama beliau, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Rehda Datuk Seri Michael Yam Kong Choy pada Khamis yang dilapor berkata peningkatan harga minyak sebanyak 20 sen dijangka menyumbang kepada peningkatan harga rumah sehingga 10 peratus.

Mengenai makmal perumahan yang diadakan baru-baru ini, Abdul Rahman berkata pihaknya telah mengumpul fakta serta maklumat penting berkaitan isu itu.

“Kami sedang menyediakan laporan untuk diserah kepada Perdana Menteri dan kami ada pertemuan pada Khamis ini khusus bagi membincangkan bagaimana untuk mengurangkan harga rumah ataupun mengawalnya,” katanya.

Dalam perkembangan lain beliau memberitahu kementeriannya telah meluluskan peruntukan sebanyak RM20 juta untuk membina ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Kedah di Suka Menanti dekat sini.
Beliau berkata pembinaannya akan bermula tahun depan dengan kos permulaan RM8 juta dan selebihnya akan disalur secara berperingkat.
“Dengan adanya balai baharu ini diharap dapat memberi khidmat terbaik untuk rakyat,” katanya. – Bernama


 SALAHKAH KALAU RAKYAT MEMBERI PENDAPAT MENGENAI HARGA RUMAH?
RUMAHKU SYURGAKU

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menetapkan hari Isnin pertama bulan Oktober setiap tahun sebagai Hari Habitat Sedunia. Tahun ini, ia akan diraikan pada 1 Oktober 2012. Tujuannya adalah untuk kita meneliti perancangan bandar dan situasi hak asasi semua, untuk perumahan yang selesa.
Di Malaysia, hak perumahan kepada semua masih tidak tercapai. Ini kerana 70% rakyat Malaysia berpendapatan kurang daripada RM3,500 sebulan dan majoriti dari mereka tidak mampu memiliki rumah sendiri kerana kebanyakan rumah yang dibina adalah untuk kumpulan yang berpendapatan tinggi sahaja. Lebih kurang 284,423 unit rumah kos rendah dan sederhana dibina untuk 70% penduduk berpendapatan rendah manakala 297,483 unit rumah kos tinggi atau mewah dibina untuk 5% yang berpendapatan RM10,000 dan ke atas sebulan. Malah harga rumah kos rendah sudah melambung dari RM25, 000 ke RM65, 000 hari ini. Gaji pekerja pula beku sejak 10 tahun lalu!

Di katakan, permintaan untuk rumah kos rendah sejak Rancangan Malaysia ke 3 melebihi penawaran. Kenapa tiada usaha untuk membina rumah yang mampu dimiliki oleh rakyat? Terma ‘rumah mampu dimiliki’ untuk rumah-rumah berharga RM120, 000 – RM300, 000 adalah satu penipuan besar dan lawak jenaka. Kenapa kerajaan dan Bank sanggup memberi 100% pinjaman bank untuk rumah-rumah kos tinggi ini? Adakah mereka yakin apa yang berlaku di Greech dan Sepanyol tidak berlaku disini?  

Selain masyarakat kurang berkemampuan di bandar, Peneroka Bandar dan pekerja-pekerja ladang juga diingkari hak perumahan. Sehingga hari ini tidak ada satu akta atau undang-undang yang melindungi pekerja ladang  dan menjamin hak perumahan.
Peneroka bandar ialah masyarakat kota yang paling terpinggir dan tertindas. Selama ini, kerajaan regim BN memberikan ribuan janji palsu hanya untuk menagih undi mereka tetapi tuntutan umum mereka iaitu rumah selesa mampu milik atau lot tanah perumahan tidak pernah ditunaikan.
Pengorbanan warga peneroka bandar tidak boleh dipertikaikan. Hutan belantara dijadikan kota. Keperluan tenaga buruh di kilang-kilang dipenuhi. Tetapi titasan peluh mereka hanya dipergunakan oleh golongan majikan untuk menjadi kaya raya. Isu kaum dan agama pula dimainkan selama ini oleh ahli politik untuk memecahbelahkan mereka. Situasi ini menjadikan mereka berpecah dan tidak bersatu.

Kini, situasi politik tanah air sudah berubah. Warga peneroka bandar sudah bangun menentang penindasan yang berlaku. Taktik kotor kaum pemerintah dan majikan tidak lagi terpakai.
Pengusiran paksa di Kg Berembang telah menjadi topik nasional. Isu masalah rumah flat Dengkil yang menempatkan bekas para pekerja ladang dari Putrajaya jelas menunjukkan kegagalan kerajaan memenuhi keperluan asas rakyat untuk membina rumah selesa. Pengusiran dan penempatan paksa di rumah flat tidak akan menyelesaikan masalah warga peneroka Bandar dan pekerja berpendapatan rendah.

Justeru, pengabaian isu mangsa perumahan kini menjadi ancaman apa jua kerajaan yang memerintah. Perubahan ini akan hanya berkekalan sekiranya kaum peneroka dan pekerja  ini mampu berdiri sendiri tanpa mengharapkan bantuan sesiapa. Lapisan masyarakat yang berdikari menjadi ancaman kaum penindas dan usaha kita haruslah ke arah tersebut. Tuntutan perumahan rakyat kini tidak boleh dijadikan kayu ukur untuk menagih undi mereka semata-mata.

Hari ini perumahan digunakan sebagai alat spekulasi untuk memperkayakan kaum kapitalis dan ini direstui oleh Kerajaan. Rumah bukan lagi hak asasi yang wajib dinikmati dan dimiliki oleh setiap rakyat. Sudah tiba masanya untuk rumah dibina untuk rakyat bukan untuk untung

Dikeluarkan oleh
BIRO PEKERJA DAN PENEROKA
PARTI SOSIALIS MALAYSIA
1-10-2012



AMUKANMELAYU - Bro.....rumah bukan bahan dagangan. Ianya adalah KEPERLUAN. Untuk apa kita membena rumah yang terlalu banyak melebihi KEPERLUAN? Ini adalah kerana semua BENDA hendak di PERNIAGAKAN. Kerajaan perlu melihat semula perkara ini, 1 Keluarga sepatutnya memiliki hanya sebuah rumah. Sekiranya kaedah 1 keluarga sebuah rumah.....harga rumah tidak akan melambung setinggi ini. Kerajaan ada rekod PEMBELI RUMAH?