Sunday, 29 September 2013

KELUAR DAP - ADE AKU KESAH?


MELAYU YANG MENINGGALKAN DAP BERNILAI

Murah...murah....
Menjelang Pemilihan CEC DAP yang dijadualkan hujung bulan ini, ramai pemerhati politik tertanya-tanya apakah nasib pemimpin Melayu dalam DAP? Apakah permainan Lim Guan Eng dan pemimpin Cina dalam komplot jawatan tertinggi DAP?
Jika sebelum ini masa depan pemimpin DAP Melayu di peringkat tertinggi tidak menentu apabila gagal menempatkan diri dalam kalangan kepimpinan tertinggi DAP, tetapi disebabkan kegagalan perisian Microsft Excel dalam pengiraan maka Setiausaha DAP boleh membuat keputusan sebaliknya.
Ade Aku kesah......
Atas sebab itu beberapa pemimpin Melayu DAP ‘berjaya’ dinaikkan pangkat. Begitu senang dan mudah Setiausaha Agung DAP mengangkat pemimpin bawahan untuk dinaikkan pangkat biarpun terpaksa ‘mengorbankan’ demokrasi.
Bagi bekas Naib Presiden DAP Kebangsaan, Zulkifli Mohd Noor, permainan DAP itu disifatkannya menjatuhkan maruah orang Melayu. DAP sifatkan nilai orang Melayu hanya 50 sen dan tiada kepentingan apa-apa dalam parti DAP.

Lebih menyedihkan DAP bersikap tangkap muat apabila hanya meletakkan sejumlah tiga hingga empat orang sahaja orang Melayu ke dalam parti itu. Atas sebab itu Lim Guan Eng melabelkan DAP sebuah parti multi kaum.

Pemimpin Melayu koyak kad keahlian DAP, keluar parti
Oleh Shawaliah Hadir
Post Pic
ADA AKU KESAH?
 
SHAH ALAM: Sehari sebelum DAP mengadakan kongres khas untuk melantik semula pimpinan tertingginya, seorang pemimpin Melayu parti itu mengoyakkan kad keahlian, kerana menyifatkan DAP rasis. 
 
Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Ishak mengesahkan ura-ura beliau akan keluar daripada parti itu pada sidang media di Pulau Pinang sebentar tadi. 
 
Beliau menuduh parti itu memperalatkan orang Melayu untuk agenda politik sempit dengan berselindung di sebalik istilah 'berbilang kaum.' 
 
Rahmad menyelar Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai pemimpin ala-Hitler yang memimpin parti itu secara kuku besi bersama bapanya Kit Siang. 
 
"Parti DAP bukanlah tempat orang Melayu berlindung, tetapi sebaliknya dipergunakan secara senyap dan halus untuk memuaskan hawa nafsu pemimpin mereka.
 
"Malah penggunaan istilah amar makhruf nahi mungkar hanyalah diperdagangkan oleh Lim Guan Eng dengan niat untuk mendapatkan sokongan orang Melayu," kata beliau.
 
Rahmad berharap perwakilan DAP akan memilih barisan pemimpin yang berwibawa esok demi membela perjuangan pelbagai kaum parti itu. 
 
Beliau kemudian mengoyak kad keahliannya. 
 
Semalam,  Rahmad memberitahu Antarapos bahawa beliau amat kecewa melihat DAP semakin bongkak dan meminggirkan ahli Melayunya. 
  
"Selepas PRU13, kita tengok DAP di Pulau Pinang terutamanya melampau tidak dapat menjaga ahli Melayu dalam parti yang bilangannya berapa kerat sahaja,” katanya. 
 
“Jadi macam mana nak jaga orang Melayu di Pulau Pinang kalau macam itu?’ tambah Rahmad. 
 
"(Perjuangan) pelbagai kaum hanya di mulut … tapi mana dia pemimpin Melayu daripada 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi oleh DAP di Pulau Pinang," katanya. 
  
"Bukan tidak ada pemimpin Melayu yang layak tetapi mereka lebih gemar kepada (calon yang) ada kena mengena dengan keluarga Lim Guan Eng," ujarnya. 
 
Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari adalah satu-satunya Ahli Parlimen Melayu daripada DAP di Pulau Pinang sungguhpun status Zairil sebagai anak Melayu dipertikaikan oleh pelbagai pihak di dalam dan luar parti itu. 
 
Pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP Disember lalu, semua lapan calon Melayu tewas dalam pemilihan parti, sekali gus menempelak cubaan Guan Eng untuk memaparkan DAP sebagai parti pelbagai kaum.
 
Beberapa minggu selepas itu, Guan Eng mendakwa berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dan Zairil kemudian diisytiharkan sebagai memenangi kerusi CEC. 
 
Susulan itu, Pendaftar Pertubuhan (ROS) enggan mengiktiraf CEC DAP dan mengarahkan parti itu mengadakan pemilihan semula yang akan diadakan esok di Petaling Jaya. 
 
Bagaimanapun pemilihan semula itu turut dibelit kontroversi apabila ROS mendedahkan bahawa DAP melanggar pelembagaannya kerana tidak memberikan notis 10 minggu kepada ahlinya mengenai pemilihan itu.    
 
Rahmad  menjangkakan lebih ramai ahli DAP yang bakal meninggalkan parti rasis itu dalam masa terdekat ini. 
 
Beliau menyertai DAP pada bulan Jun tahun lalu. 

Pendedahan Teman Baik Ahli Parlimen DAP Melayu - PAS Jadi Mangsa Permainan Politik DAP & PKR


 KUALA LUMPUR: Seorang lagi ahli DAP tampil menjelaskan sememangnya tidak ada tempat untuk orang Melayu dalam parti yang dianggapnya rasis itu tetapi sebaliknya mereka terus diperkudakan untuk agenda sempit pemimpin parti berkenaan.
 
Aspan Alias yang pernah menggemparkan politik negara pasca PRU12, apabila menjadi salah seorang dari 2 ahli UMNO yang menyertai DAP,

Penyeryertan Aspan bersama dengan Ariff Sabri Abdul Aziz yang kini menjadi Ahli Parlimen DAP Raub, menarik perhatian kerana kedua-dua mereka pernah menyandang jawatan diperingkat UMNO Bahagian.

Dalam mengulas kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat, ahli DAP Melayu itu secara terus-terang menyifatkan PAS menjadi mangsa permainan politik DAP dan PKR. Malah beliau dengan tegas menyatakan bahawa DAP tidak jujur kepada PAS.


Menurut Aspan Alias yang menganggotai DAP sejak setahun lalu, dalam parti itu orang Melayu disogokkan dengan wang dan projek tetapi kuasa politik terus didominasi oleh kaum Cina.
“(Perjuangan Melayu) DAP tiada. Mereka setakat beri duit dan projek itu dikira politik. Kita nak cakap bukan semestinya beri duit dan projek itu semua, kita sedang bercakap soal politik. Roh santapan politik negara tiada.

(Perjuangan Melayu) bukan tiada, tetapi DAP terlupa sebab mereka hanya nak agenda mereka sendiri,” katanya ketika diwawancara oleh Antarapos.
Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras DAP Melayu Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor menyifatkan kewujudan ahli Melayu dalam DAP hanya bernilai 50 sen.

Katanya, penyertaan kaum Melayu di dalam DAP hanya sebagai pelindung sikap rasis parti itu.
Kenyataan Zulkifli itu disokong oleh anak kepada bekas Naib Pengerusi DAP, Allahyarham Ahmad Nor – Amran yang berkata nilai orang Melayu dalam DAP bukan 50 sen tetapi hanya 5 sen.
Menurutnya, nilai itu sesuai bagi menggambarkan sikap rasis dan berat sebelah parti berkenaan terhadap pengorbanan ahli parti berbangsa Melayu yang hanya dipandang ringan.

Mengulas lanjut, Aspan berkata, pemimpin DAP juga memandang rendah terhadap orang Melayu.
Orang Melayu dikategorikan kurang berfikir dan kurang membaca. Mudah untuk orang lain ambil kesempatan seperti zaman British dahulu. Macam DAPlah, mereka beri peruntukan puluh-puluh juta ringgit kepada MAIPP tetapi kuasa politik nak bangsa mereka yang pegang dan tak nak dikongsi.
“Melayu mudah dibeli dan disuap. Bagi DAP, peruntukan untuk MAIPP adalah baik berbanding GERAKAN semua. Sebenarnya bila dia suap, dia nak politik biar mereka pegang,” katanya.
Aspan juga berkata keputusan beliau meninggalkan Umno dan menyertai DAP kerana tertarik dengan perjuangan pelbagai kaum yang kononnya dibawa oleh parti itu.

“Kita dalam negara berbilang negara, kita kena hormat antara satu sama lain, agama kita tak suruh bergaduh. Itu pasal DAP pun berjuang untuk Cina, saya pun marah sangat dalam hal ini serupa saya marah Umno yang asyik cerita Melayu masih bangsa bangsat. Itu saya tak seronok.
Bagaimana ‘multi-racial’ jika satu bangsa sahaja yang menguasai parti? Orang nak nafikan biarkan, tapi saya tak nak berbohong dengan diri sendiri,” katanya.

DAP sebelum ini berusaha keras bagi mengikis imej ‘kecinaan’ parti itu dengan membawa orang Melayu dan India menyertainya.
Malah, pada CEC parti itu yang diadakan pada Disember tahun lalu Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan bapanya, Kit Siang selaku penasihat DAP cuba membawa beberapa pemimpin Melayu untuk diketengahkan dalam CEC.

Namun pada pemilihan ahli jawatankuasa pusat itu, hasrat mereka tidak menjadi kenyataan.
Semua lapan calon Melayu yang bertanding, termasuk Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil Khir Johari ditolak oleh 1,823 perwakilan yang hadir pada Kongres Nasional DAP ke-16 itu.
Sebaliknya selepas beberapa bulan kemudiannya, DAP mendakwa berlakunya kesilapan kiraan undi dan Zairil berjaya dipilih dalam CEC parti itu – Antarapos 

Tunku Aziz Nasihat Melayu yang masih dalam DAP supaya tinggalkan parti rasis DAP


Bekas naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menasihatkan kepada orang Melayu yang masih bergantung dalam parti DAP supaya tinggalkan parti itu kerana parti itu terlalu rasis dan cuba mengubah Malaysia menjadi negara republik.


Bekas pemimpin DAP yang bertindak keluar dari parti itu Isnin lepas kerana mempertahankan prinsipnya menentang demonstrasi Bersih 28 April, sekali lagi mengulangi pandangannya bahawa program transformasi yang dimulakan Perdana Menteri adalah terbaik untuk negara.

“Apa yang Perdana Menteri buat sekarang ini adalah betul (is the right thing), jadi kita kena sokong (support) dia,” katanya sambil menambah kata bahawa transformasi yang Najib usahakan adalah suatu proses untuk perubahan yang sudah tentu mengambil masa.

Orang Melayu jangan mudah terpesong dengan janji daripada pemimpin cina DAP kerana janji mereka akan hanya tinggal janji sahaja. - Sumber.

Melayu di Kinrara Tinggalkan DAP




Baru semalam 807 ahli DAP dari kaum India di  Seberang Perai telah keluar parti dengan sertai MIC, kali ini giliran Cawangan Melayu DAP pertama Lembah Kinrara di Selangor seramai 64 orang  keluar dari parti chauvinis Cina ini. 


Jika ahli partitnya  sendiri yang sudah sedar akan sikap sebenar parti mereka yang hanya mempejuangkan satu kaum saja , buat apa lagi rakyat di luar sana  terutama  pengundi atas pagar sokong lagi parti  seperti ini . 


Itu pun ada lagi juak-juak PAS di PP masih lagi dok puja pemimpin DAP ini seperti Guan Eng  kononnya baik dan setaraf dengan Khalifah Umar Abd Aziz . 


Kesedaran yang timbul dalam diri kamilah yang menyebabkan kami rasa bertanggungjawab untuk kembali bersama perjuangan UMNO, kerana kami juga satu ketika dulu merupakan ahli UMNO, namun kerana kesilapan yang kecil ketika itu, kami membawa perpecahan kepada UMNO di kawasan kami.

Kami sedar, dan kami bersepakat untuk keluar DAP. UMNO tu bukan tak elok, yang tak elok itu adalah diri kita sendiri. Kita yang tak sokong dengan elok, yang akhirnya orang pandang serong dan buruk pada UMNO atas kesilapan yang kita sebagai ahli sendiri yang buat,” ujarnya selepas menyerahkan 64 borang permohonan kepada Datuk Ahmad Maslan, petang tadi.
PKR memang wujud di kawasan Lembah Kinrara, namun keputusan meninggalkan UMNO dan menubuhkan cawangan DAP Melayu yang pertama dibuat pada tahun 2009 kerana beliau tidak yakin dan percaya kepada perjuangan PKR di kawasan tersebut, manakala PAS memang tidak ada di kawasan tersebut.
”Ketika itu, kita memang tengok DAP pada zahir sahajalah. Cara mereka memikat kita ketika itu memang eloklah. Kalau ada apa-apa yang kita cakap pun ketika itu, dia dengar. Tapi sekarang ini, kalau kita nak minta bantuan pun, lepas tapis, tapis.
Sekarang ini bila mereka dah menang lama, dah semakin kuat, kita pun dia dah tak pandang lagi. Sehubungan dengan itu, buat umat Melayu yang masih bersama DAP ini, agar berfikirlah kembali asas perjuangan kita, agar kita tidak mengkhianati anak bangsa kita di masa depan atas kesilapan yang kita lakukan pada hari ini,” ujarnya. - Sumber.

Razali Nasihat Orang Melayu Perlu Sedar Tentang DAP




Orang Melayu yang masih menyokong pembangkang khususnya DAP perlu membuka mata tentang nasib dan masa depan mereka jika terus bersama parti itu.

Bekas Setiausaha Organisasi DAP Jelutong, Mohamed Razali berkata, perjuangan parti itu jelas bersifat perkauman dan janji untuk menjaga kepentingan orang Melayu hanya bersifat politik semata-mata.

"Sebab itulah saya tersedar dan pada masa sama merayu rakan-rakan dan orang Melayu di seluruh negara yang masih bersama DAP supaya tinggalkan parti itu.

"Kenyataan terbaru Pengerusi DAP, Karpal Singh telah menunjukkan belang sebenar mereka. Jadi adakah orang Melayu masih mahu bergantung harap kepada parti yang hanya memberi mereka harapan palsu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Karpal bahawa selagi hidup, beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri. Secara peribadinya beliau menganggap tiada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang oleh bukan Melayu.

Mengulas lanjut, Razali berkata, apa yang diucapkan Karpal itu tidak harus dipandang sepi oleh orang Melayu dan golongan itu mempunyai tanggungjawab untuk memastikan cita-cita Karpal tidak menjadi kenyataan.

"Kita kena pastikan Karpal tidak akan berjaya. Orang Melayu di negara ini kena ingat, jika mereka bersatupadu, agama Islam akan menjadi kukuh dan tidak ada pihak yang mampu menggugat.

"Kata-kata Karpal bahawa dia tersasul menyebut nama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri juga boleh dipertikai. Bukan silap, tetapi niat itu memang ada di dalam hatinya," katanya.
Razali berkata, tidak hairanlah jika Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah berkata bahawa beliau sanggup diperkudakan DAP.

"Jadi inilah puncanya, Anwar dijanjikan jawatan Perdana Menteri mungkin sekejap sahaja, lepas itu DAP akan teruskan agenda mereka.

"Pengunduran Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim daripada parti itu baru-baru ini juga harus menjadi isyarat jelas kepada orang Melayu yang masih bersama mereka," katanya. 
 
AMUKANMELAYU - Ade aku kesah...... hilang tak mengurang...ada tak menambah