Tuesday, 1 October 2013

DEMO LA NI TAK MACE DULU, TAK BEGHANI KAWE NAK TEGO


Pemimpin PAS beri penghormatan terakhir kepada Chin Peng di Bangkok

OLEH LEE SHI-IAN
September 23, 2013
PENGGANAS
Fadzil (dua dari kanan) bersalaman dengan abang ipar Chin Peng, semalam. Gambar ihsan Fadzil Baharom. Pemimpin PAS Kedah Fadzil Baharom hadir ke tokong Wat That Thong di Bangkok bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Chin Peng kira-kira jam 7 petang semalam.
Fadzil menegaskan kehadirannya bukanlah mewakili PAS atau PKR tetapi atas keinginannya sendiri.
Menurutnya, beliau mengenali ahli keluarga Chin Peng kira-kira lima tahun lalu dan berasa ada keperluan untuk memberi penghormatan terakhir di sana.

Fadzil (dua dari kanan) bersalaman dengan abang ipar Chin Peng, semalam. Gambar ihsan Fadzil Baharom.
Tanda Penghormatan - Bagaimana Kanang Anak Langkau?
Katanya, meskipun kerajaan Malaysia memberi tanggapan negatif kepada mendiang, beliau tetap menggelar pemimpin komunis itu sebagai pejuang.
“Sejarah Malaysia telah diubah. Saya merujuk kepada kisah sebenar.
“Dalam PAS sendiri, tidak ramai yang benar-benar faham tentang sejarah negara dan bagaimana fakta telah diubah.

“Meskipun kehadiran saya pada hari ini tiada apa yang memeranjatkan, tetapi saya yakin dalam lima atau 10 tahun lagi akan dikira sebagai detik bersejarah kerana memberi penghormatan terakhir kepada Chin Peng,” katanya tertawa kecil.
Beliau berkata sejak kematian Chin Peng pada Isnin lalu, ramai yang membuka kisah lama 88 tahun lalu di Internet.

Katanya, pendedahan sedemikian satu peluang kepada generasi muda untuk memahami sejarah.
Ketika ditanya, adakah pemimpin Pakatan Rakyat lain akan berbuat sepertinya, Fadzil mengangkat bahu berkata kehadirannya bukanlah satu masalah dan beliau tidak mengambil kira pandangan orang lain.

Menurutnya, memberi penghormatan terakhir bukanlah bermakna dirinya komunis atau mengikut ideologi fahaman itu tetapi sekadar minatnya terhadap sejarah dan Chin Peng adalah salah satu lembaran sejarah Malaysia.
Bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya itu atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada tahun 1924.
Fadzil bertanding semasa pilihan raya umum lalu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang tetapi kalah kepada calon Barisan Nasional, Suraya Yaacob. - 23 September, 2013.

Rundingan Damai Haadyai 1989

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Chin Peng dan Rashid Maidin semasa Rundingan Damai Hatyaai

Rundingan Damai Haadyai merupakan perjanjian damai yang ditandatangani pada 2 Disember 1989 di antara Kerajaan Malaysia dan Parti Komunis Malaya (PKM). Turut menandatangani perjanjian ini ialah Kerajaan Thai. Setelah lebih 41 tahun Malaysia dibelenggu dengan ancaman komunis, akhirnya perjanjian ini mebawa kepada pembubaran dan perletakan senjara PKM.

Lokasi

Perjanjian damai bersejarah ini diadakan di Hotel Le Garden , Haadyai, selatan Thailand. Haadyai terletak berhampiran sempadan Malaysia dan Thailand. Perjanjian itu ditandatangani pada jam 11.30 pagi waktu Malaysia.
Seramai 400 perwakilan, pemerhati dan wartawan dari malaysia, Thailand dan seluruh dunia telah hadir. Hotel itu tidak terkawal ketat di bandar Haadyai, majlis tidak teratur, bising dan kelam-kabut dengan jurugambar dan para wartawan yang tidak lagi menghormati protokol tetapi berdiri membelakangi para tetamu kehormat yang sepatutnya menyaksikan peristiwa itu.
Majlis itu berderai dengan ketawa apabila seorang dua jurugambar jatuh tersungkur kerana pasu bunga yang dipijak oleh mereka untuk membuat sudut penggambaran menarik telah pecah dan memecahkan suasana yang sepatutnya hening dan tenang itu.

Sebab Perjanjian Damai berjaya

Pada 28 dan 29 Diember 1955 Rundingan Baling telah diadakan antara PKM dengan Tunku Abdul Rahman selaku Ketua Menteri, Persekutuan Tanah Melayu.
Setelah empat kali kerajaan Malaysia dan kerajaan Thailand berunding dengan PKM akhirnya rundingan kelima berjaya diadakan .
Perjanjian Damai ini berjaya diadakan kerana ;

Perwakilan

PKM diwakili oleh :
Turut hadir ialah :
AMUKANMELAYU - Ai Ying juga di kenali dengan nama Zainon, adakah Zainon Islam? Jika Zainon Islam....mungkinkah Chin Peng juga Islam?. Jia Islam...kenapa Wakil PR yang menziarahinya tidak menuntut mayat ini di kebumikan cara Islam? Kenapa harus di bakar?

Isi Kandungan Perjanjian Damai

Antara kandungan utama Perjanjian Damai Haadyai ialah :
  • PKM berjanji untuk menamatkan perjuangan bersenjata mereka.
  • Parti Komunis Malaya dibubarkan
  • Senjata api hendaklah diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia atau Thailand atau dimusnahkan di hadapan pihak keselamatan.
  • Chin Peng selaku wakil ahi PKM berikrar taat setia kepada Yang diPertuan Agung Malaysia.
  • Ahli PKM akan mematuhi undang-undang negara Malaysia.
  • Artikel 3 perjanjian menetapkan bahawa Kerajaan Malaysia akan membenarkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang dilucutkan senjata untuk menetap di Malaysia sekiranya mereka mahu.
Artikel 3.1 menetapkan bekas anggota Parti Komunis Malaya yang memang berasal dari Malaysia akan dibenarkan menetap di Malaysia mengikut undang-undang Malaysia.
Proses kepulangan bekas-bekas anggota Komunis ke Malaysia adalah berdasarkan tawaran one-off di bawah perjanjian untuk menghentikan peperangan di antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaysia (PKM) yang ditandatangani pada 2 Disember 1989.

Di bawah perjanjian tersebut, mana-mana ahli PKM yang ingin kembali ke Malayisia perlu mematuhi beberapa syarat seperti:

a. Memaklumkan hasrat untuk kembali ke Malaysia kepada pihak berkuasa di dalam tempoh tidak lebih setahun dari tarikh perjanjian ditandatangani; (Chin Peng tidak pernah memohon dalam tempoh ini)
b. Mengemukakan butir-butir berkaitan dengan permohon;
c. Menjalani proses temu duga serta dokumentasi

Kerajaan tidak memaksa mana-mana anggota komunis untuk pulang ke negara ini. Mereka diberi kebebasan memilih sama ada untuk pulang atau terus tinggal di Selatan Thailand.
Dengan pilihan tersebut, ternyata tidak semua bekas anggota komunis menerima tawaran untuk pulang ke Malaysia, malah ramai yang memilih untuk terus tinggal di Selatan Thailand.

Pelaksanaan Perjanjian Haadyai

Selepas perjanjian tersebut dimeterai :
  • Kira-kira 1,188 anggota pasukan keselamatan bersenjata PKM yang berada di hutan sempadan Malaysia - Thailand akan keluar dari hutan dan memulakan hidup baru.
  • Di hutan Malaysia - Thailand terdapat 694 rakyat Malaysia, Indonesia, Singapura dan 2 bekas anggota tentera Jepun.
  • Kerajaan Malaysia membenarkan 380 338 bekas anggota komunis untuk pulang ke Malaysia sepanjang tempoh tawaran sekali sahaja di bawah perjanjian untuk menghentikan peperangan di antara kerajaan dan Parti Komunis Malaya (PKM).seramai 431 ahli PKM memohon pulang ke Malaysia. Tetapi 338 diluluskan dan 93 ditolak kerana tidak memenuhi syarat perjanjian dan masalah daripada segi status kewarganegaraan. Nama mereka yang dibenarkan pulang tidak akan didedahkan demi keselamatan.
  • Kerajaan Malaysia berjanji untuk membayar subsidi kehidupan sebanyak RM 8,000 sekembali ke Malaysia dan wang saranan hidup sebanyak RM300 untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan kehidupan di tanahair.

Chin Peng perlu diingati sebagai petualang bukannya dijulang? 

 Oleh : Zulkifli Bakar

Baginda Tuanku Sultan Selangor

 

Titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tegas menyatakan bahawa pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng adalah petualang seharusnya menamatkan segala desakan, tekanan atau tindakan yang bertujuan membenarkan abu mayat mendiang dibawa pulang ke negara ini.

Kesalahan dan dosa Chin Peng tidak boleh dimaafkan apatah lagi diampunkan begitu sahaja. Abu mayatnya tidak dibenarkan dibawa pulang untuk dikebumikan atau disemadikan di Malaysia hanyalah pembalasan kecil jika berbanding dengan dosa-dosa yang Chin Peng lakukan ketika memporak-perandakan negara melalui perjuangan dalam PKM.

Chin Peng seperti mana titah Sultan Selangor adalah petualang negara yang berjuang dan berazam untuk menjadikan negara ini sebuah negara komunis. Inilah fakta sejarah yang harus diterima, difahami dan dipegang oleh semua pihak.

Tidak usahlah cuba hendak mengiktiraf Chin Peng dengan menganggap sejarah adalah sejarah dan biar ia menjadi sejarah, sedangkan kerana sejarah itulah yang memungkinkan sehingga ke hari ini beribu-ribu rakyat Malaysia khususnya anggota keselamatan yang berjuang ketika ancaman komunis dahulu menempuh perjalanan hidup yang tidak sempurna.

Suami menjadi duda, isteri menjadi balu, ayah dan ibu kehilangan anak dan si anak menjadi yatim. Apakah semua penderitaan itu mahu dilupakan begitu sahaja?

Membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang secara tidak langsung mengiktiraf perjuangan PKM dan pengkhianatan serta keganasan yang pernah yang dilakukan satu ketika dahulu. Justeru tidak payahlah mana-mana pihak hendak melakukan usaha seolah-olah Chin Peng adalah salah seorang wira yang menentang penjajah sedangkan semua orang tahu bagaimana jahatnya perancangan PKM dalam usaha mereka melaksanakan agenda komunis.

Tidak kira siapa pun seandainya mereka membuat kenyataan untuk mendesak abu Chin Peng dibawa pulang, bermakna mereka seolah-olah tidak melihat apa yang dilakukan oleh PKM sebagai satu kesalahan. Mungkin mereka tidak berada dalam kelompok rakyat negara ini yang menjadi mangsa komunis tetapi janganlah cuba menjadi 'wira' tidak tentu hala.

PENJENAYAH
Suka atau tidak, setuju atau tidak, mahu atau tidak, Chin Peng adalah pengganas komunis, Chin Peng bukan perwira yang berjuang untuk memerdekakan negara tetapi Chin Peng adalah pemimpin kepada satu gerakan yang mengundang kepada kesengsaraan dan penderitaan kepada rakyat dan menghuru-harakan negara.

Justeru kita memuji ketegasan kerajaan yang tidak mahu berkompromi dan bertolak ansur dalam soal ini. Memang tepat keputusan kerajaan tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa pulang. Biarlah keputusan itu tidak popular, biarlah pendirian itu akan menyebabkan mungkin ada kelompok yang tidak akan mengundi kerajaan dan biarkanlah kerajaan dianggap berat sebelah.

Semua itu tidak penting dan tidak perlu dirisaukan kerana Chin Peng yang memilih untuk mati sedemikian rupa setelah merempat di negara orang. Chin Peng bukannya tidak diberi peluang untuk menjadi rakyat Malaysia.

Dalam Perjanjian Baling, salah satu perkara yang dipersetujui ialah anggota PKM termasuk Chin Peng diberi tempoh setahun untuk memohon menjadi warganegara Malaysia dan Chin Peng difahamkan tidak membuat sebarang permohonan. Oleh itu kenapakah ada pihak yang mahu bersusah payah memperjuangkan usaha membawa pulang abu mayat bekas Setiausaha Agung PKM itu? Apa motif mereka? Janganlah soal hak asasi manusia hendak diperalatkan dalam semua perkara!

Kalau hak asasi manusia hendak diperkatakan, bagaimana pula dengan nasib keluarga rakyat dan anggota pasukan negara ini yang terkorban akibat kekejaman komunis? Apakah mereka tidak mempunyai hak asasi atau hak asasi hanya terpakai untuk individu atau kelompok tertentu yang dibela oleh pihak tertentu sahaja?

Chin Peng sudah meninggal dunia tetapi itu tidak bermakna sejarah apa yang beliau lakukan akan turut terkubur. Sejarah keganasan PKM yang diketuai oleh mendiang akan kekal dalam lipatan sejarah. Tidak usahlah berdolak-dalik dengan membentangkan pelbagai hujah dangkal semata-mata kerana mahu melihat abu mayat Chin Peng disemadikan di negara ini.

Mereka yang tidak mahu menerima keputusan kerajaan akan dilihat kelompok yang seolah-olah sengaja mahu melupakan sejarah atau berhasrat menulis sejarah. Jika mereka tidak bersikap sedemikian maka hentikan usaha sia-sia untuk membela Chin Peng. Generasi muda yang tidak begitu faham sejarah keganasan PKM tidak sepatutnya dipesongkan pemikiran mereka dengan menyatakan PKM adalah kelompok pejuang kemerdekaan.

KEJAM

Sebaliknya generasi muda perlu terus diperingatkan dari semasa ke semasa bahawa PKM adalah komunis, Chin Peng adalah petualang negara dan perjuangan PKM membawa petaka kepada negara. Adalah diharapkan kelompok tertentu termasuklah pemimpin daripada parti politik yang disertai oleh orang Melayu akan berkongsi sentimen dengan ketegasan kerajaan.

Tidak perlulah bertindak apa sahaja semata-mata hendak menunjukkan kononnya kita terbuka dan memperjuangkan hak asasi manusia. Kalau mahu bersikap terbuka pun biarlah bertempat, kalau mahu memperjuangkan hak asasi manusia biarlah betul.

Kini Chin Peng sudah tiada, oleh itu hentikanlah usaha untuk membawa pulang abu mendiang. Sudah cukup dosa mendiang ketika dalam PKM, janganlah pula abu mendiang pula mahu menjadi punca perbalahan sesama kita. Chin Peng yang memilih untuk tinggal di negara orang sehingga nafas terakhirnya, oleh itu terimalah hakikat ini.

Kita tidak mahu tempat abu Chin Peng disemadikan akan menjadi kawasan pemujaan atau mungkin juga 'tarikan baharu pelancong' seperti mana dikhuatiri oleh banyak pihak. Tidak kira apa pun hujah, dosa Chin Peng tidak boleh dilupakan apatah lagi dimaafkan ini kerana selagi nyawa dikandung badan dan selagi ada bulan dan bintang maka selagi itu Chin Peng akan diingati sebagai pengganas.

Ingatlah titah Sultan Selangor, ''Jangan kerana ingin mendapatkan sokongan dan populariti sanggup menggadaikan maruah bangsa dan tanah air sendiri.'' Semoga pihak-pihak tertentu faham peringatan bermakna ini!



AMUKANMELAYU - Demo la ni tak mace dulu...........tak beghani kawe nak tego.......