Monday, 28 October 2013

ALHAMDULILLAH - HUDUD AKAN TERLAKSANA DI BUMI BANI TAMIM


Pas Kelantan Nekad Laksana Hukum Hudud

ROGOL - Lihat perbezaannya


KOTA BHARU 28 Okt - Kerajaan Pas Kelantan nekad untuk melaksanakan hudud meskipun terdapat pelbagai halangan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri Kelantan tetap meneruskan usaha bersungguh-sungguh agar Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 yang diluluskan Dun Kelantan dapat dilaksanakan sepenuhnya.

“Kita amat hormat Brunei yang sudah mampu menegakkan hukum ini di negara mereka, ini menjadi semangat kepada kita bahawa ALLAH SWT akan pelihara hukum-Nya dan sampai masa insya-ALLAH negeri kita akan dapat laksanakan.

“Ada pihak menyatakan hasrat kerajaan ini sekadar mainan politik sahaja, padahal tuduhan itulah mainan politik dan saya sifatkan golongan yang menolak dan mengejek, mengetepikan syariah Islam khususnya hudud adalah golongan jahil, malah tidak mengetahui keindahan syariat Islam itu sendiri,” katanya semasa merasmikan Konvensyen Amar Ma’ruf dan Nahi Mungkar Peringkat Kebangsaan sempena sambutan Hari Hududullah negeri Kelantan di sini.

BERSEDIALAH - Jangan ada belas kasihan kepada PESALAH HUDUD

Tambahnya, sambutan hukum hudud itu dilaksanakan bagi memberi gambaran sahih terhadap pelaksanaan hukum Islam dalam masyarakat kerana ia bersifat mendidik dan bukannya menzalimi.

Sejak akhir- akhir ini, pelbagai kes jenayah berlaku yang menakutkan dan berpandangan undang-undang ALLAH SWT adalah pencegahan kepada umat Islam dan wajib memperjuangkannya untuk dilaksanakan di negara serta negeri.

Sebelum ini, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan penguatkuasaan hukum Hudud termasuk melaksanakan hukuman potong tangan ke atas pencuri dan rejam terhadap kesalahan zina.

Pelaksanaan undang-undang Islam tersebut berlandaskan Syariah itu bakal dikuatkuasakan secara berperingkat-peringkat dalam tempoh enam bulan.


AMUKANMELAYU - Di harap ini bukan JANJI POLITIK......