Monday, 28 October 2013

PRK Sg. Limau - PAS MUHONG LAGI


PRK Sg. Limau: KANTOI 3-0!.......PAS MUHONG LAGI

TENANG DAN DAMAI - Tukang Kempen, Jangan tinggalkan "KUDIS" di Sg. Limau


Kata pepatah kalau nak tahu kebaikan seseorang tu kelih pada cakapnya. Jujuq ketika berbicara dan jujuq dari segi tindakannya. Kalau bercakap pun asyik muhong memanjang maknanya jelas orang tersebut tak boleh dipakai apatah lagi diberikan kosa di angkat jadi kepala?.

Pepatah popular bagi orang-orang kat Kedah dituju pada PAS; "PAS cakap sepuluh tapi sebelas tak boleh pakai".

Itulah yang berlaku pada PAS sepanjang kempen PRK Sg Limau ni . Dalam keghairahannya PAS meraih undi, kaedah taqiyah syiah menjadi amalan wajib untuk mereka mempengaruhi penduduk-penduduk di Sg Limau melalui beberapa siri pembohongan yang mudah saja sahabat-sahabat kami para pejuang siber .

  Duk Muhong lagi - Muhung duk kata calon PAS Mohd Azam sebagai anak didik Arwah Tan Sri Azizan dan  mempunyai pertalian darah dengan arwah. Ini dicanangkan melalui poster-poster. Semua kat Sg. Limau ni semua ada hubungan koga....cuma jauh dengan dekat jar.

Hakikatnya, calon PAS adalah anak didik dan juga anak sepupu kepada Pahlolrazi yang merupakan musuh ketat dan musuh dalam selimut kepada arwah Tan Sri Azizan. Masih ingatkan kita perbuatan si Pahlolrazi menghina arwah ketika arwah sedang sakit dan nazak?


  Duk Muhong lagi - PAS mengaitkan ayah Dato' Jamil Khir; Haji Baharom atau Pak Ngah kononnya menyokong calon PAS dan mendoakan agar calon PAS menang. Lawatan PAS ke rumah Hj Baharom telah dieksploitasi sepenuhnya dan diterbitkan dalam Harakahdaily.

Lawatan yang tidak ikhlas penuh muslihat akhirnya kantoi menipu buat kali ke 2


Hakikatnya, Hj Baharom begitu sedih dan kesal apabila calon PAS tidak ikhlas melawatnya dan mempergunakan kesakitannya sebagai modal kempen PAS yang tidak beretika. Sekali lagi amalan taqiyah Syiah diguna pakai untuk menghalalkan pembohongan demi undi. Ini dibuktikan melalui rakaman rela tanpa paksa yang dilafazkan oleh Haji Baharom.

Duk Muhong lagi: Sekali lagi PAS kantoi menipu para penyokongnya dengan mengedarkan foto calon PAS Mohd Azam pernah bertemu dengan arwah Tan Sri Azizan semasa hayatnya bagi membuktikan betapa rapatnya si calon PAS dengan arwah. Ia juga membawa maksud kononnya akhbar Sinar menyokong penuh calon PAS tersebut kerana pernah menemukan si calon PAS dengan arwah Menteri Besar dahulu. Risalah kempen ini diedar secara percuma di Markaz Induk PAS Kawasan Jerai sejak semalam.

Foto superimpose kononnya calon PAS berkepiah ni memang disukai oleh arwah Tan Sri Azizan sebab itulah PAS pilih dia jadi calon...


Hakikatnya, foto di atas adalah superimpose yang dilakukan oleh puak-puak PAS untuk membohongi penduduk di Sg Limau dan juga rakyat Malaysia. Foto asal Sinar Harian Utara adalah seperti di bawah;

Foto asal bertarikh 25 Mei 2011. Pada ketika inilah puak-puak Pahlolrazi sedang giat menyusun strategi menjatuhkan Azizan yang mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Pusat dan disebabkan arwah tidak memberikan projek serta jawatan penting GLC Kedah pada puak-puak PAS yang memang tak berkelayakkan. Sinar Harian mempunyai misi menyelamatkan imej kerajaan Negeri.

Foto ini diambil tiga tahun lalu ketika Timbalan Pengarang Berita Sinar Harian, Muhamad Mat Yakim bersama Ketua Biro Sinar Harian Utara, Mohd Idros Mohd Ali (kanan) mengunjungi Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak pada 25 Mei 2011 di Pejabat Menteri Besar Wisma Darul Aman, Alor Setar. Turut hadir, Penolong Ketua Biro Sinar Harian Utara, Roslinda Hashim (tidak kelihatan dalam gambar). Kunjungan adalah sempena sesi wawancara eksklusif Sinar Harian bersama Azizan.

Sinar Harian bertarikh 28 Oktober 2013 mendedahkan pembohongan PAS ke seluruh negara. PAS kantoi menipu lagi buat kali ketiga... 


Kini dah terbukti PAS kantoi sebanyak tiga kali menipu para penyokong dan pengundi mereka. Rakyat Malaysia, Kedah dan penduduk Sg Limau menjadi saksi kecurangan dan pembohongan demi pembohongan PAS.
Sukalah kami memperingatkan umat Islam danpara pembaca semua sebuah firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran surah Al Hujurat ayat 6:
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
Kalau PAS fikir mereka bijak berbohong, sebenarnya mereka silap banyak kerana ada lagi manusia yang lebih bijak membongkar pembohongan mereka. Buat jahat selalunya tak kekal lama, lama-kelamaan akan kantoi jugak. Allah s.w.t tak pernah redho dengan sebarang penipuan oleh hambaNya walaupun si hamba tersebut kepiah tak pernah lekang di kepala dan dahi-dahi mereka bertompok-tompok hitam kononnya disebabkan solat yang tak pernah tinggal dan sujud terlalu lama.
Benarlah kata-kata bijak pandai....kalau tak berbohong bukan PAS namanya...

SEJAK BILA KEPIMPINAN ULAMAK TIDAK RELEVAN?

PAS sedang di PKR kan, itulah punca ULAMAK di TOLAK
KEMEROSOTAN PAS - Mahu atau tidak, PAS perlu GUGURKAN 4 dari mereka ini untuk kembali kepada KEPIMPINAN ULAMAK. supaya kerja-kerja "ORANG MUNAFIk" tidak berlaku lagi dalam PAS.


Elok benarlah penduduk Sg Limau pakat-pakat kalih berhijrah sokong calon Islam yang lebih baik. Hijrahlah diri dari terus-menerus menjadi mangsa penipuan berganda kumpulan Anwaris ini. Insya Allah semoga Allah s.w.t merestui hijrah tersebut dan memberikan kemenangan buat calon yang lebih bertanggung jawab.

Pengerak Media Sosial, Pakatan Tidak Layak Jadi Ahli Pas


Di dalam kesibukan kempen pilihan raya kecil Dun Sungai Limau, penulis dikejutkan dengan kenyataan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Idris Ahmad yang menyelar penggerak media sosial di kalangan pakatan pembangkang yang dikatakan sebagai penyebar fitnah.

Tambah menarik kenyataan tersebut dilaporkan di dalam akhbar HarakahDaily (Bil 1889, 23 – 26 Zulhijah, Edisi Isnin). Menurut Idris “budaya fitnah dan pengkhabaran yang tidak betul, tidak boleh menjadi budaya walaupun dengan musuh. Apatah lagi sesama jemaah”.
Nampaknya Idris baru menyedari akan KEJAHATAN penggerak media pembangkang yang selama ini menjadi kebanggaan mereka.
Pengerak Media Sosial, Pakatan Tidak Layak Jadi Ahli Pas
AJK Pas Pusat, Idris Ahmad
“Mereka yang bersikap demikian, TIDAK LAYAK bersama dengan Pas, Apabila kita bertanya kenapa mereka memburukkan Pas melalui media sosial, jawapan mudahnya, pimpinan Pas tidak ambil perhatian teguran mereka” katanya.
Malah Anwar Ibrahim sendiri di dalam salah satu forum yang diadakan di ibu negara, turut mengakui antara faktor ‘kemenangan’ mereka dalam pilihanraya umum ke-13 yang lalu adalah disebabkan kerana jentera media sosial.

“Jawapan saya mudah, apa tujuan kita masuk Pas? Kita tidak boleh kecewa teguran yang tidak diambil peduli pimpinan. Pemimpin seperti ini tidak lama di dalam Pas jika dia bersikap demikian. Orang yang seperti itu ‘nafas’ tidak panjang dalam perjuangan” tegasnya.
Sekiranya diteliti ia secara tidak langsung membuktikan bahawa kelebihan yang diperoleh oleh pembangkang dalam pilihan raya lalu adalah disebabkan penyebaran fitnah yang disebarkan oleh mereka.

Sekiranya kenyataan ini dikeluarkan oleh pemimpin Umno, pasti ada yang akan mengatakan ia sebagai cubaan untuk memburuk-burukkan pakatan pembangkang. Namun kenyataan tersebut dikeluarkan oleh pimpinan parti Pas yang jelas tidak selesa dengan budaya yang disebarkan oleh jentera pakatan pembangkang.
MENANGGUK DI AIR KERUH

Paling menarik, Idris bukan sahaja menyelar para penggiat media sosial pakatan malah dia juga secara sinis menujukan kenyataan tersebut kepada para pimpinan pakatan agar tidak lagi mengamalkan budaya fitnah dalam berpolitik. Ini kerana beliau berpendapat mereka yang gemar dengan amalan tersebut TIDAK LAYAK untuk duduk bersama dengan parti itu.
Ini bermaksud, Idris akhirnya mula sedar bahaya fitnah yang begitu berleluasa di amalkan di dalam pakatan pembangkang. Tambahan pula budaya tersebut dilihat sudah semakin membarah, apabila ada di kalangan mereka yang sanggup berkata apa sahaja demi untuk mendapatkan kuasa politik.
Malah pendekatan tipu dan fitnah di kalangan pembangkang juga, dilihat begitu semakin menjadi-jadi khususnya ketika PRK Sungai Limau ini. Sebagai contoh jentera Pas cuba memainkan sentimen Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak bagi meraih undi dengan menggambarkan kononnya calon parti itu, Mohd. Azam Abd. Samat merupakan anak didik bekas Menteri Besar Kedah tersebut.

Mereka mula mengedarkan pelbagai gambar antara Azizan dan Azam bagi mengukuhkan persepsi tersebut. Namun apabila diselidiki semua gambar-gambar tersebut adalah palsu dan rekaan semata-mata. Rupa-rupanya mereka menghasilkan gambar-gambar ‘akrab’ tersebut melalui perisian Adobe Photoshop dan teknik superimpose gambar.

Tidak cukup dengan itu, mereka turut menggunakan gambar Azizan dalam risalah mengenai biodata, latar belakang dan visi Mohd. Azam yang diedarkan kepada orang ramai sempena PRK ini.
Nampaknya Pas yang mendakwa sebagai pejuang Islam tidak lagi memikirkan soal halal dan haram. Patutlah ada pimpinan di kalangan mereka yang mula tidak senang dengan perkembangan tidak sihat itu. Kesimpulannya budaya tipu, fitnah dan adu domba sudah mula membarah di dalam parti itu.

TAPI BAGAIMANA PULA DENGAN YANG INI? FITNAH ATAU PROVOK?

BANNER Syiah di PRK. Sg. LIMAU!!!!!...........




Nampaknya Syiah semakin menampakkan belangnya di Sg Limau. Apakah Orang Sg Limau masih tidak nampak? Jika benar PAS di Sungai Limau PENYOKONG SYIAH, tiada syak lagi...Orang Sg. Limau perlu menolak calon PAS Sg. Limau. Jangan biarkan pendokong dan menyokong Syiah ini bertapak di Sg. Limau. Moga Allah selamatkan Malaysia dari Syiah, Wahabi, Khawarij, Liberal dll.


AMUKANMELAYU - PAS semakin rosak dan mungkin akan "PUPUS" jika tidak di bawa kembali ke LANDASAN ASAL dengan KEPIMPINAN ULAMAK.  Berkompromi dengan PAKATAN RAKYAT dan terlalu mesra dengan DAP telah banyak melukakan hati Islamelayu. Senampak ada kegagalan ULAMAK untuk "mengulamakkan" mereka yang menjadi Pemimpin Tertinggi PAS yang bukan dari BERPENDIDIKAN UGAMA. Sebaliknya dasar Tolak Ansur ULAMAK telah menjadikan ULAMAK kurang di hormati dan seakan-akan ULAMAK itu sendiri telah di NUTERALKAN.