Thursday, 21 November 2013

ANWAR ARTIS POLITIK - KES BANGLA AKAN MELONJAK NAMANYA DI CARTA TERATAS MINGGU INI


BIAWAK - Amfibia PEMBANGKAI dan lidah bercabang
OLAK LEMPIT, Khamis 17 Muharram 1435 = 21hb November 2013, HARI ini, lebih tepat lagi, petang tadi, hidup penulis penuh dengan hilai tawa dan kelucuan. Mana tidaknya tetiba jer Anwar menafikan apa yang telah di perkatakan. 40,000 Bangla semasa PRU KE 13 itu hari adalah mainan Blogger Pro - UMNO. Apahal mamat ni. Bila penulis perhatikan....semua ini adalah mainan Anwar sendiri.

 Anwar tak takut pun kepada semua ini. Dia tak takut pun kalu orang kata dia PEMBOHONG, MUNAFIK dan belbagai lagi. Sudah beberapa minggu tiada ISSU tentang Anwar. Artis Politik macam Anwar ni perlukan PUBLISITI. Jika tiada issu dia akan di lupakan dalam kes Bangla ni sudah pun di lupakan....tapi Anwar sendiri yang keluarkan supaya orang terus mengingatinya.

IMG-20131120-WA0018
Ramainya Bangla yang nak mengundi
Mana tidaknya, mendengar Anwar Ibrahim buat kenyataan media menafikan bahawa dakwaan pengundi hantu dari Bangladesh seramai 40,000 orang itu, adalah angkara dia sebaliknya blogger UMNO, semua dunia menjadi GILA dan bercerita tentangnya. Dalam sekelip mata....TV, paper dan Blog terus menyahut dan menyambut cerita ini sebagai cerita sensasi.

Oh Tuhan, ujian macam manakah ini?

Rasanya orang pembangkang sendiri pun ramai yang masuk lidah ke dalam mendengar penafian Anwar.  Nombor satu sudah tentu Rafizi Ramli.

Rafizilah yang bersungguh-sungguh nak menubuhkan pasukan penyiasat bagi memastikan dakwaan Anwar bahawa pengundi hantu dan blackout itu benar-benar terjadi. Dahlah tidak ada apa perkembangan sehingga sekarang, Anwar buat U-Turn la pulak.

IMG_74697499920156
Memang sahlah kata orang yang Anwar ini bukan saja Raja Saman, tapi dia juga Raja Nafi.  Asal tak kena dengan dia, semua dia akan nafikan, termasuklah kenyataan yang dia sendiri buat dan disebarkan secara meluas.

Kita pun tak tahu bilakah masanya yang Anwar ini pernah cakap betul.  Dari kenyatan petang tadi, nampak jelas disitu Anwar sebenarnya hidup  dengan putar-belit dan menipu.

Jika bukan menipu apa?  Nyanyuk?

Takkan baru 66 tahun, Anwar dah tunjuk simptom nyanyuk. Botox baru saja buat itu hari, tak puas lagi memandang pipi yang kembung tu, takkan nyanyuk dah.

Ramai yang bersungguh-sungguh benar nak angkat jadi Perdana Menteri? Mintak jauhlah, nanti bila dah dapat jadi Perdana Menteri, senang-senang dia kata ”saya tak pernah janji nak  hapus PTPTN”, “saya tak pernah janji nak hapus Tol” – saya pernah cakap tapi saya tak janji.

Anwar tahu sajalah, kaki putar alam 1Malaysia(PA1M).  Jangan kata mustahil, tengoklah macam mana sekarang.

Sebab itu sudah lama di ingatkan, jangan percaya orang lidah biawak macam ini. Jangan berani-berani nak pertaruhkan nasib negara dengan mengangkat penipu ini sebagai Perdana Menteri, konon-kononnya belum cuba belum tau.

Anwar boleh pusing cakap macam itu saja dan kemudian berlalu pergi tanpa rasa bersalah apa-apa.  Macam tak ada apa yang berlakulah.  Inikah jenis manusia yang nak lantik jadi PEMIMPIN lebih tepat lagi PM Malaysia. Malu sendiri penulis bila di ingatkan malam-malam terakhir sebelum PRU KE 13, Pengacara akan menjemput Anwar dengan ayat sempoi ini......"DENGAN SEGALA HORMATNYA DI PERSELIKAN BAKAL PM MALAYSIA UNTUK bla..bla...bla...."

Jika orang bermoral....dah lama duduk dalam rumah dan tak mahu berjumpa dengan khalayak kerana malu....tapi penulis lihat orang-orang Politik ni selamber jer...mereka mudah lupa apa yang di ungkapkan semalam. Benarlah kata Ayahanda Tun...."MELAYU MUDAH LUPA"


Ramai tak tahan ketawa apabila Anwar menafikan dia cakap tapi blogger UMNO buat cerita. Kalau apa yang penulis lihat, dengar dan tahu selama ini salah, maka orang yang bercakap dan dilaporkan menuduh UMNO dan kerajaan BN terlibat melakukan salahlaku tuduhan reka angka pengundi hantu 40 ribu orang Bangsadesh mesti blogger UMNO meniru Gaya dan muka di solek menyerupai dan bercakap macam Anwar yang buat PC.


Ni dia yang di katakan menipu HIDUP-HIDUP....

Waktu PRU13 puak puak pembangkang lah paling bising kata BN bawa 40 ribu pengundi dari Bangla. Portal Pembangkang Malaysiakini dan Blogger Macai PR bukan main spin kata 40 ribu pengundi Bangla dan penulis sendiri ketika itu baru habis solat Magrib di Masjid Olak Lempit di ajak ke KLIA kononnya ada penerbangan dari Sabah yang membawa Bngla akan mendarat dan dah ramai Orang-Orang PR di sana untuk merakam dan menghalang dari Bangla ni keluar dari KLIA. Sekarang ni pusing pulak salahkan Blogger Pro UMNO.


Dr Novandri ada menyiarkan PC Anwar menuduh UMNO pelbagai macam salahlaku pilihanraya. Malas nak layanlah Jenis Lidah Bercaabng ni. Tapi tujuan penulis di sini adalah untuk mencerahkan apa yang sebenarnya belaku dan BAGAIMANA PEMIMPIN yang kita mahu supaya sedikit-sebanyak dapat membantu kita ke arah KERAJAN yang lebih adil dan AMANAH.

Lim Guan Eng pun sama berbohong:



 Anwar juga mengkritik hebat sistem pilihanraya Malaysia mempertikaikan pakatan pembangkang sepatutnya menang kerana mendapat undi popular yang lebih. Padahal, dia tahu sistem pilihanraya negara berdasarkan kepada 'first past the post':  

Selain daripada itu, media pro-pembangkang juga memainkan peranan yang sangat jijik dan kotor tentang isu 40,000 'pengundi Bangladesh'. Lihat printscreen di bawah:





Baca komen panjang lebar Dr Novandri di SINI.

Dunia dunia ... tak malukah berbohong. Zaman internet ini macam-macma bukti tersebar dan boleh diperolehi. Penyudahnya :

YUKTES VIJAY BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ANWAR APABILA ANWAR MENAFIKAN ISU 40,000 PENGUNDI BANGLADESH.



YUKES VIJAY - Dari membela kepada menentang
Pukul 9:00 malam tadi, bekas pembantu peguam Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay yang sekarang ini sedang menjadi perhatian di Facebook, telah membuat laporan polis di Balai Polis Travers berhubung penipuan Anwar Ibrahim dalam kes 40,000 pengundi hantu Bangladesh.

Anwar Ibrahim beberapa jam sebelum itu telah menafikan yang dia pernah menuduh UMNO-BN membawa masuk seramai 40,000 orang rakyat Bangladesh untuk mengundi UMNO-BN pada PRU13 lalu. Bahkan Anwar Ibrahim telah menuduh, cerita tentang 40,000 orang rakyat Bangladesh tersebut hanyalah cerita yang telah diputarbelitkan oleh blogger UMNO.

Yuktes Vijay telah membuat laporan di bawah Seksyen 3 Akta Hasutan yang hukuman mandatorinya adalah digantung sampai mati.

Seksyen 121 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3(1) Akta Hasutan.

“Istilah ‘kecenderungan menghasut’ (seditious tendency) dalam Seksyen 3(1) Akta Hasutan sudah cukup memberi takrifan yang cukup luas untuk menghukum individu yang;

(a) mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;

(b) membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu;

(c) mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana negeri;

(d) menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana negeri;

Mari kita tengok, adakah Peguam Negara MEMPUNYAI TELUR untuk bertindak terhadap Anwar Ibrahim atau ada hakim yang berani menjatuhkan hukuman gantung sampai mati atau sebarang hukuman kepada Ketua Umum PKR itu sepertimana hukuman yang telah dijatuhkan kepada Ibrahim Ali dan seorang blogger PERKASA tanpa sebarang tolak ansur.

Atau sekali lagi, sebarang kes yang diadukan membabitkan Anwar Ibrahim akan dipengap dan disenyapkan begitu sahaja sepertimana yang kita dapat lihat dalam banyak laporan polis sebelum ini? Atau sekali lagi Pejabat Peguam Negara akan buat-buat pekak badak atau menghantar kertas siasatan yang dibuat oleh PDRM ke peti sejuk beku sepertimana dalam kes BERSIH 2.0, BERSIH 3.0, HKR dan sebagainya?


AMUKANMELAYU - Artis Politik macam Anwar ni perlukan PUBLISITI. Jika tiada issu dia akan di lupakan dalam kes Bangla ni sudah pasti nama Anwar akan di julang di CARTA tertinggi seminggu dua ni.......percayalah....