Thursday, 21 November 2013

KALU BINI TU BOLEH MENDATANG FITNAH SUAMI BERHAK MELARANG ISTERINYA DARI DUK KELUAQ MELARAM


Respon Terkini BINI PM Berkaitan Pemergiannya Ke Qatar Menggunakan Jet Eksekutif Milik Kerajaan


Aku bukan pun penyokong dan orang yang bekerja untuk parti UMNO, tp amatlah berharap, kalau boleh elakkan isu atau kontroversi. Elakkanlah. Kalau boleh naik pesawat komersil, naiklah. Susahlah sedikit daripada menyusahkan ramai orang macam penulis nak pertahankan Kerajaan Islamelayu ni. 
Walau berbuih mulut respon yang diberi menyatakan keperluan ini adalah mengikut prosedur sekalipun, itu bukan jaminan bahawa persepsi negatif tidak terlekat di minda rakyat Malaysia. Kerana yang baik telah di tutup sepenuhnya dan yang tinggal adalah keburukan yang di buka untuk menjatuhkan Kerajaan Islamelayu ini.

OLAK LEMPIT, Khamis 17 Muharram 1435 = 21hb November 2013, Artikal asal di petik dari Blog Anak Seberang, dari mula Najib jadi PM bermacam-mcam di perkatakan tentang Isteri Kesayangan PM ni. Selepas itu kes yang Mahadahsyat adalah PROJEK PERMATA Negara. Sejak dari itu ianya terus bermain di dalam perbualan masyarakat. Fitnah menjalar-jalar. Tapi kalau kita pun "SUKA ORANG BERCAKAP PASAL KITA" ini susah sikitlah. Ini namanya "MENGUNDANG FITNAH". Rasanya eloklah tengok FILM TANDA PUTRA dan perhatikan Tun Rahah dan Isteri Tun Dr. Ismail. Mreka hanya suri rumah dan sesekali turun berjumpa masyarakan di kala menemani Suami mereka sahaja.

Jika kita cuba membantu suami tapi sebaliknya boleh menjadikan suami KEPANASAN rasanya eloklah kembali kepada FITRAH sebagai ISTERI kepada sorang PEMIMPIN MELAYU. Dalam kes naik JET Kerajaan ini Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tidak terganggu dengan kritikan yang dilemparkan kepadanya berikutan beliau menggunakan HARTA EKSEKUTF milik kerajaan yang menjadi IDAMAN PEMBANGKANG untuk menghadiri Persidangan Perniagaan Antarabangsa di Doha minggu lalu.

Rosmah yang ditemui di majlis pecah tanah di Sentul, Kuala Lumpur hari ini, berkata beliau sangat gembira dan tidak akan memberikan komen berhubung perkara itu. “Saya tidak mahu bercakap tentang ini, saya tidak mempunyai komen dan tidak mahu merendahkan diri saya seperti mereka. Saya sangat gembira dan akan terus membuat kerja saya,” katanya.

Apabila diminta penjelasan lanjut Rosmah meminta pemberita mendapatkan penjelasan daripada Pegawai Khas, Datuk Siti Azizah Sheikh Abod. Azizah berkata, lawatan Rosmah ke Qatar adalah atas kapasitinya sebagai isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. “Beliau ke sana tidak mewakili kerajaan, tetapi untuk kepentingan kerajaan. Ini menjustifikasikan penggunaan jet itu,” katanya.

Azizah berkata, mereka menggunakan saluran betul untuk memohon jet itu termasuk memohon kepada Kementerian Luar sebelum ia dibawa ke Kabinet untuk mendapatkan kebenaran. “Permohonan dibawa kepada perhatian Kabinet dan diluluskan,” katanya dan memaklumkan bahawa jet eksekutif itu boleh digunakan oleh mana-mana VIP dengan kelulusan Kabinet.

Apabila ditanya apakah perdana menteri turut bersama ketika permohonan dibincangkan oleh Kabinet, Azizah berkata, ia tidak penting kerana kelulusan dibuat secara konsensus dan bukan atas kapasiti individu. Minggu lalu Rosmah berada di Qatar menghadiri Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa Qatar ke- 4 yang dianjurkan oleh Persatuan Perniagaan dan Rangkaian Interaktif Qatar.

Turut menemani Rosmah ialah Penasihat Khas Perdana Menteri, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil; isteri Menteri Luar, Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad; isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah dan isteri Menteri Pendidikan II, Datin Seri Che Kamariah Zakaria.


AMUKANMELAYU - Sudah-sudahlah ROSMAH....walau pun niat kita tu baik, tapi kalu orang tak suka tak payah buatlah....kalu besaq mana sekali pun jika ianya hanya melibatkan Isteri PM saja, rasanya eloklah naik Pesawat Biasa saja......janganlah duk kelebek nak guna jugak. Kerana semua HAK MILIK KERAJAAN itu adalah IDAMAN  PEMBANGKANG, bukan apa...depatakut rosak dan tak sempat nak melaram nak gadai negara nanti.