Sunday, 17 November 2013

HUKUM KARMA - RUNTUHKAN MASJID di Pasay City, FILIPHINE Punca TAUFAN HAIYAN


OLAK LEMPIT, Ahad 13 Muharram 1435 = 17hb November 2013. Entah dimana silapnya, sudah berkurun Islamelayu Nusantara seperti tidak dapat keluar dari BELENGGU PENJAJAH.  Jangakan nak melaksanakan HUDUD, nak menstabilkan Negara pun Islamelayu masih terkial-kial macam ayam terlekat padi. 

Ada empat kawasan BESAR dalam Nusantara yang perlu kita berbalik kepada FITRAH asal kita yang dulunya adalah satu. TANAH MELAYU meliputi Semenanjung dan Pattani, BORNEO meliputi Sabah, Serawak, Kalimantan dan Brunei, INDONESIA dan beribu kepulauannya dan akhir sekali adalah SULU yang menaungi keseluruhan kepulau di Filiphine. NUSANTARA. Ini adalah kawasan PERGERAKAN kita. MELAYU itu luas kekuasaannya. Di dalam MELAYU itu ada Jawa, ada Tausug, ada Bugis, Madura, Betawi, Banjar, Minang, Menelin, Iban, Bidayuh dan beratus atenik lagi dengan beribu dailek. Kita MELAYU.

Janganlah kita di pisah-pisahkan lagi. Dah terang lagi bersuluh...lihat di sekeling kita. Orang Islamelayu di hina, di cerca dan di malukan malah harta kita di rampas di dalam Tanah Air kita. Ugama kita di sepek Terajang di musnahkan Masjid-masjid kita. Apa lagi jika surau-surau. Tapi apa tindakan kita?

Jangan di hina Islam ini...nanti buruk padahnya. Allah menurunkan Bala Kemarahannya tiada lagi dia memilih siapa. Semua yang ada akan terkena tempias balanya yang maha dahsyat. Lihatlah selepas Masjid ini di runtuhkan......10,000 mangsa tak kira Bangsa dan Ugama...semuanya menjadi korban kerana kita telah mendatangkan murka Allah. Sudah-sudahlah. Marilah bersama kami menganuti Islam yang syumul dan maha adil ini. Jangalah jadikan kita sebagai mangsa KEMURKAAN ALLAH.



 

Kita sadis dan simpati apabila melihat bencana alam yang menimpa Filipina baru-baru ini, Taufan Haiyan telah meragut banyak nyawa dan memusnahkan harta benda. Kini wilayah tengah Filipina kini bagaikan padang jarak padang terkukur selepas dibadai Taufan Haiyan yang merupakan ribut paling kuat di dunia pada tahun ini.


 Taufan yang dahsyat tersebut mencetuskan ombak besar seperti tsunami yang melanda pulau-pulau di Filipina sejak Jumaat lalu. Taufan Haiyan turut mengakibatkan kemusnahan teruk di sekurang-kurangnya enam daripada 7,000 kepulauan negara itu dengan Leyte, Pulau Samar dan bahagian utara Cebu paling teruk terkesan.

 
  

Di sebalik daripada kejadian ini pasti ramai tak tahu, mungkin ini adalah salah satu bala yang menimpa negara tersebut setelah sebuah masjid di robohkan di Manila pada September 2013 dan Allah turunkan bala dengan kelajuan angin 315km/sejam di mana yang terkuat sekali terjadi di dunia yang pernah di catatkan.
 
 Dalam kejadian perobohan masjid tersebut pergolakan telah berlaku bagi mempertahankan masjid tersebut dan dikatakan 3 orang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Abdelmanan Tanandato, seorang pemimpin Islam berkata, tiga orang terbunuh dalam pertembungan - Yakob Macalnas, 37; Hakim Usman, 30, dan Rajid Batalo.

Beliau berkata Macalnas meninggal dunia di Hospital San Juan de Dios daripada dua luka tembakan manakala Usman dan Batalo terbunuh di tempat kejadian.

 
 Penduduk cedera apabila polis melepaskan tembakan amaran menguatkuasakan perintah untuk merobohkan masjid pada masyarakat Islam di daerah Baclaran dan melepaskan tembakan bagi menentang penduduk yang mempertahankan masjid tersebut.

AMUKANMELAYU - KAFIRUN.....baiklah bersama kami meneguhkan ISLAM, Sudah-sudahlah memusuhi ISLAM ni....kelaknya kamu juga yang binasa.