Saturday, 16 November 2013

JUTAWAN IMEGRESEN - APABILA AKMAL SIDEK MENULIS


Bekas Ketua Pengarah Imigresen dijel 6 tahun
  • Rasuah
OLAK LEMPIT, SABTU 12 Muharram 1435 = 16hb November 2013. Sudah lebih dari masanya HUDUD perlu di laksanakan demi untuk kelansungan Pemerintahan Berteraskan Sistem KHALIFAH. Lihat Tajuk ini :

Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don dihukum penjara enam tahun dan denda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, selepas disabitkan bersalah menerima rasuah RM60,000 daripada ahli perniagaan berhubung meluluskan visa pekerja Bangladesh, lima tahun lalu.
(Yang ni kot kata 40,000 Bangla tu) Hakim Rosbiahanin Arifin memutuskan demikian selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan Wahid untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sebaliknya diarahkan menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Sekiranya gagal membayar denda, Wahid juga bakal berdepan hukuman penjara enam bulan.

Mengikut pertuduhan, Wahid didakwa menerima suapan RM60,000 daripada Datuk Low Chang Hian sebagai bayaran meluluskan permohonan bagi 4,377 visa pekerja Bangladesh untuk memasuki Malaysia.

Kejadian didakwa berlaku di rumahnya di Jalan Lembah Ledang off Jalan Duta pada pukul 10.15 malam, 10 Julai 2008.
 

KDN HARUS MENGARAHKAN JABATAN IMIGRESEN DISIASAT KERANA TIDAK MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP PULUHAN BURUH PENCUCI KENDERAAN BANGLADESH -

Semalam Kementerian Dalam Negeri, KDN, mengarahkan polis menyiasat dakwaan sebilangan kakitangan Jabatan Imigresen bertugas di KLIA dan LCCT disogok minima RM10,000 untuk membenarkan setiap pendatang haram dari India dan Bangladesh masuk ke Malaysia.

Baguslah, sudah tiba waktunya kedaulatan negara kita tidak terus dilacurkan kepada warga asing.

Awal September lalu, saya telah mendedahkan kes puluhan buruh warga Bangladesh bekerja mencuci kenderaan di Bandar Baru Sungai Buloh dan Paya Jaras, Selangor. 

Saya tidak membuat tanggapan kerana menemu bual sendiri pekerja terbabit di lokasi.


Mereka dibawa masuk ke negara kita untuk bertugas di restoran menggunakan permit sektor perkhidmatan tetapi dipaksa mencuci kenderaan. Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Imigresen sendiri mengakui, TIADA permit dikeluarkan kepada pendatang asing untuk mencuci kenderaan. Maksudnya, mereka semua MENYALAHGUNAKAN permit kerja sekaligus boleh diambil tindakan mengikut Akta Imigresen 1959/63.

Semua lokasi pekerja haram itu berkumpul telah saya kongsikan bersama Jabatan Imgresen, klik di sini.


Menurut penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam, semua 5 premis mencuci kenderaan terbabit TIDAK memiliki lesen beroperasi. 


Hairannya, tiada tindakan diambil, klik di sini dan di sini.

Pada 9 September 2013, saya menghantar maklumat itu kepada Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Alias Ahmad melalui facebook beliau. Mungkin kerana saya ini hanya blogger picisan, lalu tidak diendahkan. Tiada langsung respon.

Justeru, saya amat berharap, KDN mengarahkan kes ini disiasat secara terperinci. 

Klik di sini untuk melihat bukti.

Sila baca kronologi liputan saya lakukan di sini.

Apakah penghalang utama penguat kuasa Jabatan Imigresen tidak mengambil tindakan selama ini? Buruh warga asing jelas melanggar undang-undang di hadapan mata, dibiarkan begitu sahaja.

Sungguh pelik bin ajaib.


Klik di sini.