Thursday, 14 November 2013

N. SURENDARAM TIDAK SEPATUTNYA DI GANTUNG TETAPI DIA TIDAK LAYAK JADI WAKIL RAKYAT.


N. Surendrann Hina Speaker Digantung 6 Bulan.

 




KLIA - 10 MUHARRAM 1435 = 14 Nov.2013 - Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran digantung enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat ekoran kenyataannya yang menghina Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan Dewan Rakyat. Ekoran kenyataannya menuduh Pandikar Amin memberi fakta tidak benar dan bersifat bias, semua keistimewaan Surendran termasuk bayaran elaun ditarik balik selama tempoh tersebut yang berkuat kuasa serta-merta.

Bagi pendapat penulis tidak sepatutnya Surendram di gantung 6 bulan, ianya menampakan PERLIMAN RESIS. Ia sebaiknya Surendran langsung tidak layak untuk menjadi WAKIL RAKYAT dan ia juga sepatutnya sudah lama di lucutkan Kerakyatan. Perhatikan selama ini Surendram banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang berbau PERKAUMAN dan tidak bezanya dengan lain-lain Pendatang yang kini BERTUKAR menjadi PENJAJAH.
Usul bagi menggantung kehadiran Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga seorang peguam itu dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri mengikut Peraturan Mesyuarat 27(3) selepas dibenarkan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee. - UTUSAN


N SURENDRAN SURUH TENGKU ADNAN JADI SAMI
ni betul betul dah melampau.  Apa maksudnya bila dia suruh Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansur (Ku Nan) jadi sami, nak suruh Ku Nan murtad ke?  Sebab seingat penulis, tak pernah jumpa lagi sami yang beragama Islam.
Sami apa pun lah, sami buddha ke, sami hindu ke, semua ikut agama yang dianuti masing-masing.  Islam mana ada sami!!
Isunya yang sampai menyuruh Ku Nan jadi sami ini pun tentang dakwaan palsu kononnya DBKL meruntuhkan kuil, sedangkan yang diruntuhkan itu bukan struktur kuil itupun, tapi bangunan tambahan di sekitarnya yang tidak ada kena mengena dengan orang hindu nak sembahyang.
Ini dah betul-betul melampau.

NAIB PRESIDEN PKR, SURENDRAN AKAN JADI PEGUAM BELA PENGAWAL KESELAMATAN AMBANK!!

TERGAMAKNYA seorang pengawal keselamatan yang diharapkan menjaga keselamatan majikannya menembak seorang pegawai bank yang tidak berdosa semata-mata hanya mahu melarikan duit berjumlah ratusan ribu ringgit. Sanggup menembak mati seorang ibu yang punyai suami juga anak-anak yang masih kecil.
Lebih tergamak apabila ada beberapa orang peguam yang mahu mempertahankan pengawal keselamatan itu atas dasar hak asasi manusia. Lebih hebat lagi apabila yang membela pengawal keselamatan yang juga seorang pendatang asing tanpa izin dengan menggunakan kad pengenalan palsu adalah seorang pemimpin dan wakil rakyat berstatus Naib Presiden PKR.
Apa sudah jadi dengan Malaysia ini? Apabila yang salah dan si penjenayah terus-terusan dibela, sedangkan mangsa serta ahli keluarga mangsa hanya dapat sekadar merintih dan mengenang kenangan silam bersama arwah.
Seperti mengendalikan kes biasa dalam mahkamah, N. Surendran dibantu oleh Lateefa Koya dikatakan akan mewakili pengawal keselamatan durjana itu bagi menegakkan keadilan atas dasar hak asasi manusia yang wajib dikecapi oleh semua golongan tidak kira mahupun penjenayah sekalipun.
Bukan sekali atau dua kali peguam berfahaman pakatan haram ini bertindak membela si penjenayah. Apa sahaja yang berkaitan dengan penjenayah dan PDRM pasti akan muncul beberapa orang peguam berfahaman pakatan haram ini yang turut diketuai oleh Karpal Singh. 
Sedih, pilu keluarga Allahyarhamah apabila masih ada lagi manusia yang lupa diri ingin membela pembunuh isteri dan ibu mereka. Apakah perasaan orang seperti kita yang kehilangan orang tersayang secara tiba-tiba, sedangkan kubur masih lagi merah sudah ada orang lain yang mahu membebaskan si pembunuh.

Naib Presiden PKR, N. Surendran Hina Pemimpin Negara Di Twitter


Ini tweet terbaru seorang politikus pembangkang. Ikutkan hati, saya tidak berselera hendak ulas, tetapi bila ia sakan dijadikan bahan jenaka di pautan laman sosial FB dan Twitter, saya terpanggil untuk bercakap sedikit.

Bagi mereka yang berfikiran waras untuk menaakul secara objektif, 'tweet' ini adalah satu penghinaan. Yang dihina dengan perkataan 'bodoh' ini adalah para pemimpin negara.

Tweet ini pula disebarluaskan sebagai bahan jenaka ketika negara diambang hari kemerdekaan.

Tidak bolehkah pada satu hari ini kita berkongsi rasa bahagia ulangtahun kemerdekaan tanpa merosakkannya dengan kenyataan sebegini? Ya, kita tahu pemimpin berkenaan adalah pemimpin BN, tetapi kenapa pada hari bersejarah ini pun, orang-orang ini mahu melemparkan penghinaan semata-mata mahu meraih laba politik?

Bagi saya, pada hari kemerdekaan, semua politikus sama ada kerajaan atau pembangkang patut mengajak rakyat sama-sama menyemai semangat patriotisme, meraikannya dengan rasa bangga, bukan mencemarinya dengan kenyataan dangkal begini. Saya rasa, ada baiknya selepas ini pemimpin kerajaan dan pembangkang berkongsi pentas bagi sama-sama meraikan hari bermakna ini.

TAMADDUN PERLU DI BENA BUKAN MERUNTUHKANNYA

Lebih malang, dikhabarkan pada majlis-majlis tertentu termasuk di Dataran Merdeka, ada pihak yang tergamak menggantikan Jalur Gemilang dengan 'Sang Saka', bendera yang dikatakan akan diangkat sekiranya pembangkang memerintah. Jujur, saya terkejut dengan perkembangan-perkembangan ini.

Apa motif di sebalik semua ini? Kenapa simbol, lambang dan sejarah kemerdekaan negara mahu diserang sehingga sebegini rupa? Tidak keterlaluan jika dikakatan ini tidak ubah seperti satu gerakan subversif yang mahu menyemai anti patriotisme dalam kalangan rakyat.


Seingat saya, setiap kali menjelang hari kemerdekaan, ada sahaja kenyataan dangkal keluar dari mulut pemimpin pembangkang. Siapa boleh lupa bagaimana pemimpin DAP, M. Manoharan sebelum ini menghina Jalur Gemilang sebagai 'bendera tidak berkelas dunia'? Malah dengan angkuh mengatakan bendera Malaysia akan diubah jika Pakatan Rakyat memerintah!


Siapa boleh lupa bagaimana pemimpin Pas, Datuk Seri Nizar Jamaluddin menggelar Jalur Gemilang sebagai Jalur Malang? Begitu juga tindakan kartunis pro-pembangkang, Zunar yang melakarkan karikatur yang memperlekehkan panji-panji kemerdekaan negara.

Di banyak negara, hatta di barat, politikusnya berlumba-lumba menyemai semangat patriotisme dalam kalangan rakyat walaupun berbeza kabilah politik. Bagi mereka, tiada kompromi dalam menunaikan tanggungjawab memelihara panji-panji negara kerana ia simbol kedaulatan negara.

Nampaknya, nilai-nilai itu semakin terhakis di Malaysia, sebuah negara bertuah. Bukan kerana rakyat kita tidak cukup patriotik, tetapi kerana membiaknya politikus haprak yang mahu menjadikan apa sahaja sebagai modal politik untuk meraih tampuk kuasa. 


AMUKANMELAYU - Selagi Pemimpin Islamelayu membisu dan BERTAHAN dengan KAFIRUN seperti ini. Kita akan terjerumus kelembah penghinaan berpanjangan dan KEHILANGAN NEGARA seperti kita kehilangan SINGAPURA.