Thursday, 14 November 2013

SEMUA KEMELUT POLITIK NEGARA BERMULA DARI SINI


6 PERKARA AGENDA PR - Adalah punca Negara ke arah kehancuran

Surendran Suruh Ku Nan Jadi Sami(Murtad)dan HINDRAF menyesal jadi Rakyat Malaysia. Apa Komen Saudara Islamelayu?

OLAK LEMPIT, KHAMIS 10 Muharram 1435 = 14hb November 2013. Melihat kepada kenyataan-kenyataan Pemimpin Pembangkang dan Pemimpin-pemimpin Kerajaan yang bukan dari Islamelayu nampaknya sukar untuk memulihkan "Ketegangan" yang meresap kedalam pemikiran Kaum Pendatang di kala ini. Semua in tidak boleh di sangkal lagi dan seakan tidak ada noktahnya. Serangan demi serangan di tujukan kepada Islam dan Melayu. Sehingga Pemimpin-pemimpin Islamelayu sudah terikut dengan Wil-wil dan Tarian Singa dan sudah terlupa Joget, Inang dan Masri.

 Jika di perhatikan semula dengan kemelut yang bemain di dalam masyarakat sekarang ini, ianya bermula dengan PEMBEBASAN ANWAR. Selepas DSAI di bebaskan, ia terus di lantik sebagai Ketua Umum PKR. Bermula dari sini, DSAI meniti dari satu ceramah ke asatu ceramah, dari satu pentas ke satu pentas.

Dengan jelas kelihatan auranya sebagai bekas TPM dapat cepat menyerap kedalam minda rakyat. Strategi DSAI amat mudah. Kekuatan politik sesuatu Parti itu terletak kepada Orang Melayu. Cina dan India adalah pelengkap sahaja. Oleh itu, orang Melayu perlu di Pecahkan menjadi dua kumpulan. Satu memihak kepada BN dan satu lagi memihak kepadanya. Parti-parti sederhana besarnya ni seperti PAS, DAP dan PKR perlu di satukan. 

Setelah ujudnya PAKATAN RAKYAT, maka rancangan seterusnya adalah menanam perasaan BENCI yang melampau kepada UMNO. Dengan cara ini dia dapat mengenalpasti mereka ini melalui FB, Twitter, Blog. Untuk mereka yang tidak minat berparti ini di himpun pula kedalam NGO-NGO sama ada yang berdaftar atau pun tidak. Semua antiti-antiti ini di layan semahunya dan mereka ini di mesrakan dengan Pemimpin-Pemimpin PR. Dan yang akhir adalah menghimpunkan "Orang Melayu Atas Pagar" memihak kepadanya. 

Jelas disini apabila melayu berpecah dua, maka sesiapa yang dapat "MEMUJUK" kafirun pendatang ini memihak kepadanya atau Partinya atau Kumpulanya, maka dialah akan mendapat kemenangan. Dengan perpecahan Melayu itulah Kaum Pendatang mendapat MANAFAAT yang amat besar. Sama ada manafaat itu datangnya dari BN mahu pun PR. 

Mulut-mulut manis mula berbicara. Najib dengan 1 Malaysia dan PR dengan "KESAMARATAAN". Kedua-dua selogan ini telah memerangkap Islamelayu. Maka mulalah Kaum Kafirun Pendatang ini mengherdik, mencerca, meminta dan malah sangguh pergi lebih jauh dari itu kerana "IKATAN PERJANJIAN SOSIAL" telah di buka. Hasilnya adalah tepat dengan ayat Allah ini yang di turunkan pada kita untuk peringatan tapi kita abaikannya.

Bismillah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001

 Demi Masa!
 (Al-'Asr 103:1
A002

 Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
(Al-'Asr 103:2)
A003

 Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
(Al-'Asr 103:3)
 

Maka Sang Raja yang telah lama memendam rasa pun mulalah bertempik dan bersorak....yang di hinanya Melayu, yang di makinya Melayu, yang di tipunya Melayu, yang menyokongnya Melayu, yang menjadi balacinya Melayu, yang menjadi baruanya juga Melayu. akhirnya Islamelayu itu di letakkan di tempak yang paling bawah walau pun Negara ini milik kita. Lihatlah artikal di bawah ini jika ini boleh di ambil iktibar kepada kita. Kita boleh membawa Kuda Kesungai, tapi kita tidak boleh memaksa Kuda itu minum jika ianya tidak mahu.


suren_bacul
Pemimpin yang menjadikan orang lain Huru-hara
N SURENDRAN ni betul betul dah melampau.  Apa maksudnya bila dia suruh Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansur (Ku Nan) jadi sami, nak suruh Ku Nan murtad ke?  Sebab seingat penulis, tak pernah jumpa lagi sami yang beragama Islam.
Sami apa pun lah, sami buddha ke, sami hindu ke, semua ikut agama yang dianuti masing-masing.  Islam mana ada sami!!
Isunya yang sampai menyuruh Ku Nan jadi sami ini pun tentang dakwaan palsu kononnya DBKL meruntuhkan kuil, sedangkan yang diruntuhkan itu bukan struktur kuil itupun, tapi bangunan tambahan di sekitarnya yang tidak ada kena mengena dengan orang hindu nak sembahyang.
Ini dah betul-betul melampau.
Hairannya tu, tak pulak penulis dengar macai-macai PAS ni melalak melolong bila gesaan untuk murtad yang datang dari seorang Hindu macam si Surendren, apa hal?
Apakah sebab yang buat gesaan untuk orang Islam murtad ini datang dari kem yang sama, maka masing-masing pakat tutup mulut?  Kalau itulah sebabnya, perjuangan Islam apa taik macam ini.
Nampak sangat Islam yang diperjuangkan selama ini hanyalah untuk tujuan politik saja.  Kalau ada untung politik, buat apa pun sanggup, kalau takde untung politik, terang-terang punya kes macam inipun boleh buat bodoh saja.
Tapi bagi penulis sendiri, bercakap pasal politik PAS dan Islam, hal macam ini tidaklah begitu mengejutkan.  Asasnya, PAS memang selalu kafirkan orang UMNO dari dulu pun, cuma dia tak suruh jadi sami hindu je macam yang disebutkan Surendren sekarang ini.
Surendren pulak ikut resmi peguam putar alam.  Dah tahu dah tuduhan itu sebenarnya palsu, dia cuba mengalihkan perhatian dengan menyuruh Ku Nan murtad dan menjadi sami.  Nasib baik isu ini disebut dalam dewan, kalau tak mahu berkoyan-koyan juga si Surendren ini kena saman.
Bila dah kena halau dewan, dia salahkan Speaker pulak. Penyudahnya, siapa yang ingat lagi Surendren ni bawak cerita tipu pasa kuil yang kononnya dirobohkan?  Ini semua taktik lapuk lah, tapi bab suruh Menteri Islam murtad dan menjadi sami tu cerita baru.
Sebetulnya, bukan kali pertama Surendren guna pendekatan macam ini (alih isu) untuk selamatkan diri.
Bila diminta sertai operasi sebenar masa dia buat banyak bunyi mempersoalkan kerja polis tempoh hari, setakat berani ambik gambar dengan baju kalis peluru saja, join operasinya tak jugak.
Alasan bagi macam-macam, lepas satu, satu, penyudah cerita pun senyap.  Begitupun Surendren kena ingat, kami penyokong UMNO tak lupa tu,
Tapi dalam kes ini, cubalah Ku Nan pulak suruh Surendren jadi imam dulu tengok, kalau tak meletup puak-puak ni menuduh Ku Nan perkauman dan pelampau agama!!
Kalau bodoh tu memanglah pembangkang.

Kuil Tak Roboh Tapi Waythamoorthy Bakar Sentimen Perkauman



Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waythamoorthy, hari ini menyelar Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebagai tidak berhak mencampuri urusan Hindu.
Menggunakan kedudukannya sebagai Pengerusi Persatuan Hindraf Malaysia, P Waythamoorthy, menyatakan Tengku Adnan tiada hak menyatakan apa yang tempat suci dan apa yang kuil. (“no business in interpreting what amounts to a shrine or temple”).
“Sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, beliau sepatutnya menghormati perasaan dan sensitiviti penganut Hindu, bukannya mempertahankan tindakan tidak bertanggungjawab Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.”
["As a federal minister he should respect the feelings and sensitivities of Hindus, instead of justifying an unconscionable act by the Kuala Lumpur City Hall (DBKL)."]
Keputusan merobohkan ini merupakan arahan Mahkamah dan perlu dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya 
Kuala Lumpur. Sekira Tengku Adnan tidak berhak mempertahankan para pegawai DBKL yang menjalankan tugas dan arahan Mahkamah, siapakah yang layak?

Ini bukan isu agama Hindu. Ini isu undang-undang. Jika Waytamoorthy sebagai Timbalan Menteri tidak boleh menghormati undang-undang, apakah rakyat Malaysia perlu patuh kepada undang-undang?
Kuil tidak diruntuhkan. Sepatutnya sebagai Timbalan Menteri dan Pengerusi Hindraf, Waythamoorthy menggunakan kedudukannya untuk menyelesaikan masalah, bukannya membakar sentimen keagamaan.

Ini merupakan kali ketiga Waythamoorthy menghina Mahkamah dan pihak berkuasa. Sebelum ini beliau mempertikaikan tindakan Mahkamah kerana tidak membebaskan abangnya. [Lihat Tuan Peguam Negara, Adakah Ini Bukan Menghina Mahkamah? 
Seterusnya beliau mempertikaikan tindakan Polis mengadakan Ops Cantas  Lihat: Waythamoorthy Perlu Kaji Sebelum Bela Penjenayah.
Apakah beliau bebas daripada sebarang undang-undang dan tindakan menghina mahkamah?

Waythamoorthy Bela Penjenayah Kerana Terpengaruh dengan Film Tamil dan Politik India



UMNO RACISM - Kerana KEBEBALAN UMNO lah Keturunan India mendapat Kerakyatan.
Setelah diminta untuk tidak mencampuri urusan polis baru-baru ini oleh Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Zahid Hamidi, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waythamoorthy tampil memberi membela diri.

Katanya, dia bukan mahu mencampuri urusan polis dan mendakwa Menteri KDN itu mungkin salah faham terhadap kenyataannya mengenai tindakan PDRM menembak mati lima penjenayah kongsi gelap 04 tempohari di Pulau Pinang.

Berikut adalah kenyataannya yang dipetik dari media…
“Saya tidak berhasrat mencampuri urusan polis, tetapi percaya persepsi masyarakat terhadap pasukan itu sedang menurun disebabkan tindakan pasukan itu sendiri.
“Menteri Dalam Negeri perlu memahami isu ini bukan hanya beberapa penjenayah berat telah dibunuh dengan cara yang wajar. Isu ini juga berkaitan golongan muda India yang `hanyut’ dan membunuh mereka dengan cara melampaui batas ini tidak menyelesaikan masalah jenayah yang semakin meningkat di negara ini,” – Waythamoorthy.

Baiklah. Pemimpin Hindraf itu mendakwa dia tidak campur urusan polis? Kalau tidak campur urusan polis, mengapa mempertikai tindakan PDRM menembak penjenayah yang terbabit dengan kes bunuh dan senjata api itu? Dia campur tangan sebenarnya dan mengapa nak berdolak-dalik?
Waythamoorthy tahu dan sedar tentang persepsi masyarakat terhadap pasukan PDRM sedang menurun. Dengan mempertikaikan tindakan PDRM itu, apakah dia fikir ia mampu meningkatkan persepsi baik masyarakat kepada pasukan keselamatan itu?

Cara dia mempertikaikan tindakan polis itu sebenarnya akan memburuk-burukkan lagi persepsi rakyat terhadap pasukan PDRM yang selama ini bersabung nyawa memperjuangkan keamanan di negara kita.

Pihak polis mempertaruhkan nyawa dan sanggup meletakkan risiko menjadi janda dan anak yatim pada keluarga mereka, sedap-sedap saja Timbalan Menteri JPM itu mahu mempertikai tindakan mereka? Tolonglah rasional sikit…

Pada pendapat penulis, Waythamoorthy sepatutnya menjadi wakil kerajaan untuk menjelaskan rasional serbuan pasukan PDRM dalam kes tembak menembak itu. Dia wajar bertemu dan dapatkan laporan penuh yang adil mengenainya sebelum mengeluarkan sebarang kenyatan liar sebegitu.

Jika pemimpin Hindraf itu mendakwa anak muda kaumnya itu “hanyut” dan tindakan berbalas tembakan dengan mereka sehingga terbunuh itu adalah satu tindakan yang “melampaui batas”, apakah dia sanggup melihat anggota polis gugur seorang demi seorang ditembak anak muda India yang “hanyut” tersebut?
  
Siapa yang melampaui batas? Anak muda India yang “hanyut” dan bergelar penjenayah tegar itu atau pihak polis yang bertindak membanteras sekumpulan pembunuh yang bermaharajalela sebelum ini menembak dan membunuh rakyat sesuka hati mereka?

Apakah dia fikir semua kes jenayah boleh diselesaikan di mahkamah dan tidak sewajarnya berlaku tembak menembak? Tolonglah logik sikit bila bercakap mengenai tembak menembak di antara polis dan penjenayah. Ini bukan cerita polis tamil di TV2 setiap petang Sabtu!

Penulis faham Waythamoorthy memperjuang kaum India di Malaysia. Tidak salah peranan itu. Tapi percayalah bahawa tiada pilih kasih dalam situasi berhadapan dengan penjenayah bersenjata seperti lima anggota kongsi gelap yang “hanyut” itu. Kerana orang jahat ada pada semua kaum.
Kalaulah anak muda Melayu yang diserbu polis dan mereka degil enggan menyerah serta cuba menembak atau mengancam pihak PDRM, mereka juga akan menerima nasib yang sama seperti anggota-anggota 04 tersebut.

Sejarah menunjukkan pihak polis tidak pilih kasih. Lihat saja bagaimana pasukan PDRM berhadapan dengan Al-Maunah yang bersenjata dan mengancam nyawa. Ada Melayu yang terbunuh dihujani peluru pasukan keselamatan kita, bukan?

Jadi, tak usahlah terikut-ikut dengan rentak “chauvinis” DAP. Waythamoorthy sebagai Timbalan Menteri perlu rasional, adil dan jujur dalam kenyataannya. Tak payahlah jadi rasis seperti DAP, nanti ramai rakyat yang menyampah. 

Hindraf dan Jutawan Segera Membuatkan Kaum India Menjadi Tidak Keruan

Kerana terlalu berangan-anagn nak kaya inilah akibatnya
 
Sudah bermacam cara di lakukan Hindraf, kemuncaknya mengadakan demonstrasi di depan Suruhanjaya Tinggi British di Kuala Lumpur. Mereka menyerahkan petisyen kepada Suruhanjaya Tinggi British meminta Ratu Elizabeth II melantik seorang penasihat diraja untuk mewakili komuniti India di dalam dakwaan bahawa Kerajaan British membawa mereka ke Tanah Melayu sebagai buruh kasar dan mengeksploitasi mereka.

Mereka telah memfailkan saman US$4 trilion (RM13.5 trilion) di Mahkamah Keadilan Diraja di London dan mendakwa pihak British patut dipersalahkan terhadap 'penindasan' kaum India di Malaysia. Saman itu adalah US$1 juta (RM3.4 juta) untuk setiap orang India di Malaysia.

Peristiwa robohnya sebuah kuil Hindu berusia seratus tahun di Shah Alam telah memuncakkan tuntutan Hindraf ini setelah tunjuk perasaan di depan pejabat Perdana Menteri di Putrajaya dulu.

Kuil Hindu di Malaysia sebenarnya terlalu banyak dengan ratio penduduk Hindu sendiri. Dulu setiap rumah ada kuil tersendiri. Hari ini pembangunan tidak memungkinkan terlalu banyak kuil Hindu. Kuil-kuil harus dialihkan dan digabungkan menjadi satu kuil yang lebih besar. Orang Islam sendiri, sebagai majoriti penduduk negara ini, tidak boleh sewenang-wenangnya membina masjid. Pembinaan masjid terlalu banyak yang lari daripada ratio sebenarnya tidak menggambarkan suasana jemaah dan sebagai punca berpecah-belah. Sembahyang Jumaat pun minimum 40 orang.

Sungguhpun golongan Hindu berhak menyuarakan hak-hak mereka, jika ada ditindas, namun apabila dilihat pada nilai saman itu, rasanya tidak masuk akal. Adakah golongan Hindu yang kurang pengetahuan mereka dieksploitasi dengan habuan sedemikian rupa? Adakah Ratu Elizabeth bakal menerima petisyen itu dan membiarkan kerajaannya disaman dengan jumlah yang mungkin menyebabkan negara Britain muflis?
Hindraf menggunakan kerajaan British di dalam petisyen mereka, mereka juga menghantar salinan kepada Setiausaha Agung PBB, Senat Amerika Syarikat, Perdana Menteri India dan juga Menteri dari negeri Tamil Nadu di India. Atas asas apa mereka mahu mendakwa kerajaan British?  Nenek moyang mereka yang dibawa British yang sepatutnya menfailkan saman kepada British. Tapi kenapa mereka dan jenerasi yang terkemudian ini yang lahir dan dibesarkan di Malaysia dan tidak merasai kesusahan nenek moyang mereka yang beriya-iya untuk memfailkan saman ini? Mereka rakyat Malaysia sekarang ini dan kenapa pula mahu mengadu kepada British? Adakah British masih menjajah Malaysia? Jelas disini mereka tiada KESETIAAN kepada Negara ini. Lihat sajalah GAMBAR yang mereka bawa semasa perhimpunan. Gambar GHANDI megah besarnya , kenapa tidak gambar DYMM Yang Di Pertuan Agung?. Kesetian mereka sememangnya jelas boleh di pertikaikan.


Rasanya masih ada orang Malaysia yang masih berangan berada di bawah kekuasaan Inggeris dan berjiwa Inggeris. Inilah golongan comprador yang perasan diri mereka berkulit putih padahal penuh dengan pigmen Asia dan mengagungkan apa saja dibuat orang kulit putih. Mat Salleh berlari pakai baju kerja di Taman KLCC pun dia nak ikut. Mat Salleh makan donat J.Co, dia pun nak ikut sama sampai beratur panjang mengalahkan cop pasport di imigresen Woodlands, Singapura...


Orang Hindu dari India berhijrah ke Tanah Melayu kerana salah satu alasannya mahu lari daripada sistem kasta di India yang amat diskriminasi. Rasanya orang India di Malaysia lebih baik taraf kehidupan mereka jika dibandingkan dengan di India. Kalau dikatakan dieksploitasi, atas dasar apa?


Mereka berhak menyuarakan pendapat mereka, namun caranya biarlah kena. Buat demonstrasi di depan pejabat Perdana Menteri ketika Perdana Menteri berada di luar negara. Demonstrasi  di depan Suruhanjaya Tinggi British pun ketika hari pegawai tidak bekerja di situ.


Kesian orang estet atau kampung sanggup datang ke KL bersanggulkan bunga Melur melalui beberapa sekatan jalan dengan hajat mendapat duit yang belum tentu dapatnya. Semasa di lebuhraya beberapa halangan jalan raya dibuat oleh pihak polis. Kelihatan beberapa keluarga India ditahan. Antaranya orang tua yang siap berpakaian sari dan bersanggul bunga Melur di kepala mereka.
Mereka nampak naif. Apabila diminta polis untuk menunjukkan kad pengenalan mereka, mereka akur. Tidak seperti pembangkang Melayu yang boleh bertikam lidah dengan pihak polis yang menghalang laluan mereka. Mereka di pergunakan kerana Kerakusan Kuasa Pemimpin mereka.
Harapnya mereka orang kampung yang kurang pengetahuan di pergunakan dan dieksploitasi dengan niat mempertahankan dan menuntut hak-hak mereka. Bagi penulis sewajarnya KERAJAAN memberi Kaum India ini KAD PENGENALAN MERAH khususnya di Negeri-Negeri Selat. Kerana mengikut sejarahnya pun Rakyat di Negeri-Negeri Selat ini adalah Rakyat British Luar Negara dan selepas itu Kerajaan membantu mereka MENYAMAN Kerajaan British. Ini bukan sahaja kepada Kaum India, ia juga termasuk Kaum Cina yang di bawa masuk oleh British.

UMNO PERLU MENYOKONG "Hindraf Saman Ratu British"




Akhbar-akhbar perdana rata-rata kesemuanya melaporkan tentang penahanan tiga orang peguam di bawah Akta Hasutan 1948 kerana dipercayai terlibat memberi ceramah berbaur hasutan kepada orang ramai di dalam satu majlis di Kuala Selangor beberapa tahun yang lepas. 
Ketiga-tiga orang peguam ini merupakan antara penggerak utama Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) di hadapan bangunan Suruhanjaya Tinggi British di Jalan Ampang seterusnya menyerahkan memorandum kepada wakil kerajaan British.
Kandungan memorandum tersebut antara lain meminta Ratu Elizabeth II melantik peguam diraja untuk mewakili masyarkat India Malaysia dalam tuntutan saman bernilai AS$4 trillion terhadap kerajaan Britain untuk kira-kira dua juta kaum India di Malaysia yang mana nenek moyang mereka dibawa ke negara ini pada tahun 1800-an sebagai sebahagian daripada usaha pengembangan empayar British.
Penulis tidak menafikan tuntutan Hindraf untuk menghantar memorandum serta berhimpun secara aman di hadapan bangunan Suruhanjaya Tinggi British itu, tetapi merasakan bahawa tindakan mereka menyaman kerajaan British atas tindakan silam (British) yang kini hanya dikenang sebagai sejarah adalah sesuatu yang bersifat bermotifkan politik dan bukan untuk membantu Kaum India.
Jika dikatakan bahawa dibawah penjajahan British, nasib kaum India tidak terbela dan ditindas, maka begitu jugalah apa yang menimpa kaum Melayu yang diragut hak dan kedaulatannya. Apakah wajar sekiranya UMNO sebagai sebuah parti nasionalis yang memperjuangkan hak-hak Melayu memfailkan saman terhadap Kerajaan Portugis, Belanda, British dan Jepun dengan dakwaan bahawa penjajahan keempat-empat negara terbabit ke atas Melaka dan Tanah Melayu telah menyebabkan nasib kaum Melayu tertindas dan teraniaya? Penulis merasakan ianya juga ada logiknya.
Hindraf dan Kaum India seharusnya sedar bahawa nasib kaum India di Malaysia sewajarnya dinilai dari period selepas negara berjaya mengecap kemerdekaan serta membentuk sebuah kerajaan yang bebas dan berdaulat. Dan jika dilihat dari aspek politik dan pentadbiran, jelas sejak merdeka Kerajaan yang ada yang diberi mandat untuk mewakili rakyat pelbagai kaum di negara ini dengan Kongres India Malaysia (MIC) sebagai tunjang yang mewakili masyarakat India telah berusaha untuk membangunkan Negara dan Rakyatnya. Dengan itu bersyukurlah
Apakah wajar untuk menyalahkan kerajaan British era 1800-an sedangkan MIC-BN yang sepatutnya dipertanggungjawabkan? Atau Hindraf mempunyai motif lain disebalik tuntutan tersebut?
Dan seandainya tuntutan Hindraf ini diterima dan wang pampasan dibayar, apakah Presiden MIC, dan yang bersekongkol dengan BN juga layak menerimanya? Jadi tidak salah untuk membantu Kaum India ini menuntuk apa yang mereka merasakn ADIL kepada kaum mereka. Kerana kita juga (Islamelayu) berhak menuntuk HAK-HAK ORANG ISLAMELAYU yang di paksa berkongsi dengan kaum pendatang ini.



AMUKANMELAYU - Islamelayu sering RUGI Berganda kerana KEBODOHAN PEMIMPINnya yang telah di cabut keberanian di hatinya dan yang ada hanyalah ketakutan semata-mata.